“Eh, perempuan ni muncul dari planet mana ya? Kawan kau ke, Sara? Kalau perempuan ni kawan kau, aku nasihatkan lain kali kau pilihlah kawan yang elok-elok. Cari yang waras sikit, ya?” – AKID ARYAN “Awak tak puas ha ti dengan saya ke? Kalau tak puas hati, cakap! Sesedap rasa saja cakap saya ni gila, ya? I’ll sue you. Just wait and see.” -PUTERI IMANINA
Pertemuan pertama yang terus membengkakkan hati Puteri Imanina terhadap Akid Aryan. Sudahlah ditolong dari kecelakaan yang hampir meragut nyawanya, ucapan terima kasih pun entah ke mana tetapi begini balasan penghargaan yang dia dapat? Melampau. Okey, mulai hari ini Akid Aryan diisytihar sebagai musuh!
Sakit hati Imanina dengan peristiwa itu dan tanpa berfikir panjang, dia membulatkan kata dan hati bahawa dia tidak akan menjejakkan lagi kakinya ke kampung itu. Muktamad!
“Inilah kali pertama dan terakhir tapak kaki aku jejak kampung ni.” -PUTERI IMANINA
Namun, tiba-tiba tuntutan kerja menghantarnya kembali ke kampung Akid. Mahu tak mahu, Imanina terpaksa berhadapan dengan Akid lagi. Lelaki yang tidak tahu menghargai jasanya dan sombong.
Dalam kesibukan kerja di kampung itu, sekali lagi Imanina menjadi saksi rancangan jahat seseorang kepada Akid dan kerana hal itu, Imanina yang menjadi mangsa keadaan sehingga sesuatu yang tidak dijangka telah menimpanya. Dari situ, Akid mula bersimpati kepada Imanina dan terasa terhutang budi. Kesal. Itu yang Akid rasa. Simpati. Perasaan itu untuk Imanina. Dan… Ada satu rasa lain dalam hati Akid untuk Imanina yang telah menyelamatkan nyawanya buat kali kedua.
Terungkapkah rasa hati Akid itu kepada Imanina andai rasa benci Imanina terhadap Akid melebihi segalanya?
“Aku akan cuba dapatkan balik perasaan Iman terhadap aku walau dengan apa cara sekalipun.” -AKID ARYAN
Sederhana bagus ceritanya. Lebih heavy sikit dari Pemegang Watak Cinta.
5 Lelaki 2 Wanita. Wanita yg ceritanya saling berkait dari zaman Universiti. Yg bermusuhan hanya kerana seorang lelaki. Dan salah seorang wanita masih ingin terus bermusuhan kerana lagi seorang lelaki. Sebenarnya, cerita di antara kedua2 wanita ini, hanya gaduh2 manja.
Akid to Iman (Puteri Imanina) Disuruh jangan jatuh cinta, tapi sentiasa prihatin. Bagaimana hati tidak terpaut? Disuruh menjauhi, tapi ditahannya dari pergi. Bagaimana nak menghindari?
_________*****_________
1. Pertemuan pertama, di majlis persandingan bila keadaan menjadi kecoh di sebabkan Nina. Why? Kerana dia hampir menyaksikan pembunuhan secara terang2an semasa acara persembahan seni silat bersenjata. Adakah benar apa yg di lihat atau ia hanya part of the persembahan?
2. Pertemuan kedua bila kereta Nina rosak semasa menuju ke kampung Akid untuk memujuk Tok Aziz menjual tanah yg di anggap terbiar.
3. Saya tak berkenan dengan Nina pada awal cerita kerana dia jenis yg tak peduli siapa yg dia sakiti asalkan dia dapat apa yg di ingini. Tapi caranya quite subtle. Monologues sahaja daring. Cepat melatah dan tak begitu pandai menyesuaikan diri dengan keadaan di kampung tapi she was awed by most of the thing she saw, ate and experienced. Lawak bab padi. Kelakar. Tak pandai nak jaga perasaan orang dan degil. Terlalu berprasangka and quite astute but that came with her job as a lawyer. What to do. Saya juga rasa dia adalah pampered child. But all these stopped after few chapters. Meleset.
4. Kebetulan sekali lagi, Nina menyaksikan jenayah yg sedang dilakukan oleh pelaku. Nasib sempat di hindarkan. But then satu demi satu kecelakaan yg menimpa Akid sehinggalah Nina di dajjalkan hingga hilang ingatan. Kemudian, Akid pula di tuduh membunuh sekali lagi buat Nina terpanggil untuk membantu. Dari sini, hubungan mereka semakin akrab dan cinta berputik. Demi keselamatan Nina, rasa cinta itu terpaksa di pendamkan sahaja.
Ada a few watak dan jenayah yg dilakukan saling berkait dalam urusan pekerjaan Nina dan bapanya serta dengan kehidupan Akid. Saya semakin suka dengan watak Nina. Jenis berterus terang dan bukan seorang yg suka memainkan perasaan orang lain. Suka dikatakan suka. Tak suka pun dia menolak dengan cara berhemah. Akid pula kekadang agak kasar bila bersama Nina. Ada sebabnya yg lain selain ingin melindungi Nina.
Overall, susunan jalan cerita juga moves at a steady pace takde hiccups. Dan benar2 tak sangka kerana cemburu akan kelebihan orang lain menjadikan seseorang tu hilang pedoman. Musuh dalam selimut. Biasanya watak2 jahat snagat jelas. But this story was slightly different. Okalah. Saya tak mampu nak beri lebih bintang sebab saya tak begitu teruja semasa membaca. Maaf ya.
Cukup nak kata, cerita yang disampaikan penulis. Sangat mengecewakan.
Sebelum ini, ada membaca Saya Kenal Sayang Saya - penulis sama yang lebih bagus daripada karya terbaharunya ini. Walau bagaimanapun, tahniah buat penulis atas kelahiran novel terbaru!
Enjoyed reading! Bestnya. Puteri Imanina adalah seorang peguam di sebuah syarikat hartanah. Dia disuruh untuk ke kampung untuk mendapatkan tanah pusaka Abdul Aziz @ Tok Wan. Dengan cara tak sengaja, dia jadi saksi seseorang ahli pesilat (Akid Aryan) hampir dibunuh oleh rakannya sendiri. Selepas itu banyak kejadian yang terjadi ke atas Imanina. Akid terasa amat bersalah lalu dia cuba untuk melindungi Imanina dengan caranya sendiri. Malangnya, hati Imanina terluka. Namun begitu mereka berdua berusaha untuk dapat tahu siapa pembunuh yang sebenarnya dan siapa yang cederakan Imanina. Akhirnya Imanina dan Akid dapat tahu siapa pembunuh sebenarnya. Alangkah terkejutnya mereka! Siapakah pembunuh itu? Bagaimana pula dengan Akid, Imanina, Yasyira, Naufal, Haziq dan Adam? Apa kaitan mereka dengan Megat Qariz dan papa Imanina?
I rate this book 7.5/10, I think ini buku pertama saya baru baca dari Nurrul Shuada . Suka sangat dengan penyampaian cerita dan pick up line dari buku ni. Sometimes kelakar and I really like the jokes told by the author through the character . Suka sangat dengan Akid heheh! To those yg suka misteri,action,suspens boleh layan buku ni :) Saya baca 2 hari sebab nak tahu sangat pengakhiran cerita hehe kalau boleh satu hari tu saya baca sebab curiousity melanda tapi mata tak mengizinkan hehee..ok sampai situ saja lah review saya..Terima Kasih.