Semua orang mampu melakar masa depan yang sempurna. Tapi mampukah kita menduga apa yang bakal menimpa?
Lili Eldyra gadis yang sangat nakal, polos dan ceria hanya inginkan sebuah kehidupan yang biasa, dikelilingi oleh insan yang menyayanginya. Namun, pabila terbongkarnya rahsia tentang kematian kedua bapanya, segalanya berubah buat gadis itu.
"Arwah mama dan papa Dyra dibunuh dan sekarang Dyra sedang diburu."- Eidlan
Dia rasa tertipu.
“Kalau you rasa melindungi you adalah satu kesalahan besar, you buat kami kecewa.”- Rei
Dia ‘hilang’ bersama emosi yang tak mampu dikawal.
“Susah sangat ke kau nak terima hakikat yang kau sedang diuji? Just face the facts and fight for your future. Itu pun susah ke?!”- Noah
Nekad untuk membongkar motif kematian mama dan papanya, Lili Eldyra menerima semua syarat daddy dan ojiisan walaupun dia terpaksa mempertaruhkan masa depannya.
Bumi Malaysia dijejaki. Si pembunuh mula dicari namun ianya tak semudah memetik jari. Malah, semakin jauh dia pergi, semakin ramai yang disyaki. Dia diburu tak kira masa. Kematian berlaku di depan mata. Buat hidup Lili Dyra huru-hara.
Sejauh manakah dia mampu ‘menggali’ kebenaran yang dah terkubur lama? Mengapa musuh terusan memburunya? Siapa pula menjadi pelindungnya dari semua ini? Dan akhirnya, dapatkah si bintang Polaris ini kembali bercahaya
Lili Eldyra, selama 17 tahun hidupnya bahagia di jaga 3 Knight, Eidlan, adik tiri bapanya, Rei, anak daddynya, dan Noah, kawan baik Eidlan. Namun, segalanya bagai direntap apabila mengetahui bahawa ibu bapanya di bunuh, bukannya mati dalam kemalangan seperti tanggapannya selama ini. Enggan mengalah, die menurut kehendak daddynya, di hantar belajar modelling di Milan dan menjadi model terkenal, semata-mata ingin mencari dalang pembunuhan tersebut. Berdepan dengan pelbagai ancaman dan kematian, dia mengesyaki seseorang yang rapat dengannya turut terlibat. Siapakah sebenarnya?
Mula-mula, dihidangkan dengan watak Dyra yang lembik, manja dan mudah gelabah. Selepas 8 tahun, balik dengan harapan dia jadi kuat dan mampu nak hadapi semua, tapi masih rapuh lagi. Dia kembali ke Malaysia untuk mencari siapa pembunuh ibu bapanya. Daddy (ayah angkat Dyra), orang Jepun merangkap ketua yakuza dekat sana, banyak membantu Dyra dalam melaksanakan misi menuntut keadilan, namun dalam masa yang sama tidak mahu Dyra tersalah langkah.
Sedikit thriller, tapi misteri utama dalam buku ni bukan lah pembunuh ibu bapa Dyra (jumpa je orang tu dah mengaku dia yang bunuh n nak hapuskan Dyra gak), tapi siapa Noah sebenarnya. Adakah Noah dalang semuanya? Apa sebenarnyaa yang menyebabkan Dyra di buru? Banyak jugak puzzle kena dalam ni, so kena sabar sikit baca. Dan, tak dinafikan itulah kekuatan novel ini, setiap bab membuak-buak rasa ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku.
Secara peribadi, sikap Dyra tu mula2 letih jugak layan, annoying pun ada tapi lama-lama faham la masalah dan dilema jiwa dia.. kesian jugak kat dia. Tapi, masih tak cukup kuat nak lawan musuh-musuh dia. Nasib baik ada bantuan Noah dan Abi, pengawal peribadi Dyra yang sentiasa ada di sisi.
Noah ikut Dyra balik Malaysia, so banyak konflik emosi antara Dyra dan Noah ni. Dalam kelam kabut dengan musuh pun sempat lagi bergaduh, tapi kadang-kadang rasa tak puas pulak sebab kejap je part thriller, lepas tu hilang macam tu je sebab diorang gaduh. Mungkin nak bagi santai sikit la kot tapi macam tak sempat nak berdebar.
Tapi apa pun, still boleh layan, lain dari kebiasaan dan tak bosan membaca. Olahan penulis pun agak santai, tak terlalu meleret. Suka part dekat Jepun, macam best je duduk sana. Banyak juga penulis selitkan adat budaya dan tempat-tempat menarik di sana. Ada cameo dari novel #Qaiser (saya belum baca lagi).
Cuma, part dekat Malaysia macam kurang sikit, dah macam hilang aura 'diva' Dyra terus bila sampai, kan dia supermodel.. Tu je la, lain bagi saya ok je. Tahniah untuk penulis.
Buku ni melibatkan ramaii org, yg membuatkan ku rasa keliru, and nk catch up sampai akhir penamat.
Dah ada blurb so mayb dh tau cerita pasal apa. Dendam, tamak, kekeluargaan merupakan tema novel ni.
Review setulus hati. Aku minat thriller novel, tapi novel ni kemungkinan terlalu buatkan ku berfikir, sampai akhirnya ku jd penat nak baca. Tapi perkembangan plot sangat bagus. Susunan ayat yg kita tahu senang dibaca.
Ini adalah novel pertama daripada penulis yang aku baca. Ramai yang rekomen suruh baca sebab ada unsur2 action.
Pada part awal aku rasa sedikit slow. Sebab aku sedikit bosan. Part yang menarik aku bila Dyra diserang dan Noah yang selamat kan dia. Haa start pada tulah aku mula fokus.
Aura Noah memang misteri. Daripada perangai dia yang dingin dengan semua orang. Tapi dia ada sebab kenapa jadi mcam tu. Untuk melindungi satu rahsia besar dalam hidupnya.
Dyra, memang nampak keanak2an. Setelah 8 tahun dia pulang dari Milan ke Jepun kat situ lah nampak aura dia berbeza. Nampak sedikit matang.
Aku suka sikap 2 beradik kembar Cassandra dan Tetsuya. Cuma aku sedikit confuse. Kadang2 aku faham yang yang Cassandra kakak. Dan ada masa ade sesetengah dialog menjadikan Tetsuya sebagai kakak.
One more, aku suka sikap setia Abi terhadap Dyra. Dia betul2 menjaga Dyra dari Milan hingganlah Dyra ke Malaysia. Tapi sesuatu berlaku pada abi buat aku sedih.
Overall cerita ini oke. Cuma penulis kena padatkan lagi. watak terlalu ramai. Dan seperti yang aku kata watak kembr tu kadang2 tertukar adik kakak.
Polaris suatu cerita yg sarat dgn teka teki. Kita boleh mengagak motif pembunuhan kedua ibu bapa Lily Eldyra cuma mengapa Dyra diburu oleh pembunuh ibu bapanya mmg agak sukar utk kita jangka. Dipenghujung cerita barulah kita mengetahui sama ada benda yg dicari pembunuh tersebut wujud atau hy omongan kosong. Cerita dimulai dgn kisah kehidupan Dyra di Jepun yg dibesarkan oleh bapa saudara dan juga keluarga angkatnya di sana. Dyra sentiasa dilindungi dan pergerakannya sentiasa dikawal oleh guardian angelnya iaitu Eid, Rei dan Noah. Namun antara ketiganya, Noah sering menimbulkan kecurigaan mereka kerana dia sendiri menutup kemas identitinya dr pengetahuan mereka semua sehingga byk konflik yg berlaku menjurus persoalan siapa Noah yg sebenarnya. Kerana ingin memgetahui kenapa ibu bapanya dibunuh, Dyra bersetuju mengahwini Noah dan kembali ke Malaysia. Sepanjang berada di Malaysia, Dyra sering diburu. Pada masa Dyra dicederakan di salah sebuah hotel, Dyra menyaksikan kemesraan Noah disamping bekas kekasihnya dahulu. Bermula dgn kekecewaa Dyra inilah yg menjadi titik tolak terungkainya sedikit demi sedikit rahsia yg Noah cuba sembunyikan selama ini dan akhirnya pembunuh sebenar dpt ditangkap dan misteri pemburuan pembunuh ke atas Dyra juga turut terurai. Namun bagi saya, adegan yg plg sedih bila mana Abi pengawal peribadi Dyra yg sgt setia dan rapat dengannya mati dibunuh di depan mata Dyra. Dlm byk2 part, part kematian Abi yg berjaya buat saya mengalirkan air mata. Keseluruhannya, saya amat berpuas hati dgn jln cerita polaris ini dan hope slps ini writter dpt menulis cerita sebegini lg kerana jln cerita yg penuh teka teki ini membuatkan kita tidak mudah 'lena' dan bosan.
Take sometimw nak habiskan buku Bukan sbb x best or malas More kpd xde masa
What i like... Friendship n theme family dalam novel ni.. Dgn uya, usu, cas, lili n rey.. I felt that in this book Gaya bersahaja raid noah How lili evolve dr seorang yg cengeng kepada seorang yang berani
The beginning was so slow, rasa macam nak DNF. Tapi, nasib baiklah hati masih kuat untuk teruskan membaca.
Rating: 🌟🌟🌟🌟
Sepanjang hidupnya, dia diburu kerana satu benda. Benda apa? Itulah yang menjadi tanda tanya. Ibu bapanya dibunuh kerana benda itu. Setelah lama bersembunyi, gadis itu bertekad untuk mengubah hidupnya. Dia munculkan diri, sekaligus ingin mencari siapa pembunuh ibu bapanya. Benda apa yang mereka nak sangat sampai dia diburu? 🤔
ML - Raid Noah Bin Zachary / Noah Sangat misteri. Itu jer yang kita boleh cakap. Seorang lelaki yang cold, banyak rahsia and suka mengeluarkan ayat2 yang pedas. FL banyak terasa hati dengan ayat2 pedas ML. Tapi, di sebalik hatinya yang beku, rupa2 nya ada kisah kenapa dia bersikap sangat mysterious.
Masa part nie kan, kita dah menjerit dah. Punya lah susah ML nak mengaku yang dia dah sukakan FL…❤️💖💛
FL - Lili Eldyra Binti Ahmad Rafizi / Dyra / Lili Pada permulaan cerita, FL adalah seorang gadis yang ceria dan naive. Tak tahu yang sebenarnya dia sedang diburu oleh orang jahat. Bila the reality hits her and she learned the truth about her parents, FL mula berubah. Mula mendewasakan diri secepat mungkin sehingga FL menjadi seorang supermodel terkenal. Sampai satu masa, FL juga mula bersikap cold dengan orang sekeliling bagi memudahkan misi FL untuk merungkai segala misteri di sebalik pembunuhan kedua ibu bapanya.
FL sentiasa dikelilingi oleh rakan2 dan pakcik saudaranya, yang sangat2 sayang kepada FL. Suka sangat tengok hubungan kekeluargaan di antara mereka. Disebabkan FL diburu, pakcik saudaranya melarikan FL ke Jepun dan dibesarkan oleh keluarga angkat di sana. Sampai satu masa, bila FL dah bersedia, mulalah FL mencari siapa orang jahat yang memburunya.
Banyak misteri dalam buku nie. Walaupun awal2 pembacaan agak slow, tapi, bila dah sampai part misteri2 tue, fuh, memang susah nak letak buku nie…😵 Especially misteri yang berkaitan dengan ML. Banyak sungguh misteri yang menyelubungi ML.
The angst between ML & FL? Chef’s kiss…👨🏻🍳😘 Suka sangat the banter between those two. Dua2 keras kepala. Walaupun dua2 dah mula suka each other.
Plot memang best. Bila dah sampai part misteri, baru pace tue rasa okey. Author memang tak rushing untuk habiskan cerita. Author memang pandai create curiosity / rasa ingin tahu pembaca. In the end, bila semuanya terbongkar, fuh, puas hati sangat…😨
Banyak juga scenes sedih dalam buku nie. Buku thriller, what did you expect. Akan ada yang mati, akan ada cerita sedih di sebalik semua ini.
Kesilapan ejaan agaklah banyak dalam buku nie. Especially perkataan English yang digunakan dalam buku nie. And satu lagi, apa yang membuatkan kita hampir DNF buku nie adalah kerana setting yakuza. Awal2 kita rasa janggal, apabila satu keluarga Jepun mahir berbahasa Melayu, bukan Melayu baku, tapi slang macam orang kita. Rasa macam pelik. Tapi, disebabkan kita suka dengan jalan cerita buku nie, bahagian tue kita pejam mata jer lah. Cuma, kalau setting orang Melayu, lagi best rasanya. Rasa tak awkward sangat kot.
And kita nak puji cover buku nie. Cantik okey…😍 Apa2 pun, tahniah untuk author kerana menghasilkan naskhah ini. One of the best reads for this year for me…👍🏻
Tropes– Mysterious ml x rising star fl, grumpy x sunshine, slow burn romance, he fell first but both fell harder, forced proximity, marriage of convenience, age gap romance, arranged marriage
Dyra yg hidupnya sentiasa ceria dan happy go lucky bersama Sandra, Uya, Eid, Rei dan Noah si mamat gay. Hidup dyra walaupun yatim piatu sejak kecil tapi jarang sangat nak nampak dia ni sedih. Sampai lah kejadian yg Dyra hampir diculik. Semuanya berubah sekelip mata. Dyra yg selama ni tak perasan pun yg dia sentiasa diawasi, makin ketat pengawasannya, kemana saje dia pergi dia mesti bagitahu Eid dan paling kurang pun tiba tiba knight in shining armor dia muncul iaitu mamat gay aka Noah. Setiap kali benda buruk terjadi atau hampir sesuatu terjadi pada Dyra, Noah ni lah yg akan jadi hero utk Dyra. Tapi makin lama hidup dyra sendiri makin tak selamat sehingga daddy & ojiisan buat keputusan utk jauhkan dyra dari semua. Persoalannya siapakah yg berdendam dgn dyra ni sedangkan dia lahir lahir pun dah yatim piatu.
First of all rasanya ml buku ni je kut yg paling tak menyebalkan kalau nak bandingkan buku MA yg lain. Raid Noah yg sangat sangat misteri sampai ada lah jugak rasa lelah membaca buku ni. Sebab terlalu byk puzzle yg sukar utk dicantumkan. Memang siapa yg baca buku ni memang orang yg penyabar 😇 Noah ni malas nak cakap lebih sebab saya sendiri pun stres duk meneka dia ni siapa, asal dari mana, kenapa muncul tiba tiba dalam hidup dyra hah sungguh byk persoalan yek. Dah lah sebelum tu kena teka dulu siapa ml 😇 tapi sebenarnya dari awal kemunculan noah ni dia ada aura dia yg tersendiri. Dia sangat cold dan mmg digelar cold blooded pun dgn dyra dan uya. Susah sangat nak teka apa dalam hati si Noah ni sebab muka stone dia tu. Tapi siapa tahu dalam hati ada taman jugak si noah ni. Bila berdepan dgn dyra sedikit sebanyak emosi dia tergugat jugak. Dyra je tak nampak emosi noah berubah tapi hakikatnya dgn dyra je, mulut noah kuat melaser dan takde filter. Suka hati noah je dia nak cakap apa, nak cabar apa dkt dyra sebab dia tahu dyra tu macam mana orangnya. Semua boleh tertipu dgn dyra tapi bukan noah. Maybe bias sikit kut saya suka watak noah sebab saya mmg suka baca watak cold/grumpy ml sbb dalam pada cold tu dia sayang bini oi. Noah ni kira sempurna jugaklah wataknya cuma kurangnya dia sangat misteri 😐
Lili Eldyra- gadis nakal, polos dan sangat ceria yg buatkan hari hari semua orang berlalu dengan gembira kecuali Noah lah. Tapi still tak sesuai nak letak trope enemies to lovers. Sebab diorang ni bukan musuh pun cuma dyra tak suka noah aka mamat gay 🤣 uya dan dyra anti noah sebab noah ni takde perasaan, muka stone je dia akan pamirkan. Character development dyra ni takde pun sebenarnya sebab dia mmg dilahirkan utk menjadi seorang yg ceria. Memang pelik sangat kalau dia berubah watak tu. Walaupun dia cuba nak sembunyikan riak wajah, tetap noah boleh baca. Yelah dyra ni innocent kut, mana reti menipu. Muka dia sendiri pun dia tak boleh nak sorok. Tapi hidup dyra ni boleh kata sedih 🥹 sama sedih dgn noah. Kali ni penulis mmg patut dipuji sebab kesakitan watak utama sama. Takde yg terlebih sakit takde yg terkurang sakit. Dua dua tanggung penderitaan sendiri 🥹 dyra lahir tanpa papa mama dari kecil, noah lahir dalam keadaan keluarga yg tak berapa nak sempurna sebab mamanya yg tamak. Tak boleh nak cerita byk sebab nanti jadi spoiler 😭 tapi kehidupan dua orang ni sama sedih 😔
Nasib baik episod duka dua orang ni ada jugak penamatnya tapi tak cukup langsung baca kisah bahagia Noah-Dyra. Memang dalam buku ni 90% konflik 10% je bahagianya 😭😭 dapat tengok sisi nakal noah tu bayangkan secoet je 😭😭 dah lah kitanya suka dgn watak noah ni 😔 eeee sumpah saya yg jatuh cinta baca sisi nakal noah ni HAHAAHHAA takdelah nakal tapi berabang–sayang tu haih sikit betul. Memang tak cukup sebab buku ni penuh dengan konflik. Pastu rasa macam sinetron pun ya jugak 🙂
Tak tipu buku ni sangat byk persoalan dan tanda tanya sampai saya rasa lelah nak baca. Sebab bila baca tu bukan makin terjawab persoalan tapi makin bertambah persoalan makin rasa mcm dah lah tak nak tak tahu pun HAHAHA tapi nasib baik baca sampai habis sebab rugilah kalau tak baca noah-dyra-berabang-bersayang 😚
Ini buku ke 5 penulis yg saya baca dan apa yg saya boleh katakan buku ni lain dari yg lain. Kali ni penulis bagi kejutan tu serentak. Tapi still dia dah bagi hint tu sikit sikit tapi kejutan yg paling besar tu boom sekali je dia terus letupkan. Kadang ada lah jugak rasa mcm sinetron, berbelit belit dgn byk wataknya. Watak dalam buku ni sumpah banyak gila. Pastu kena fokus baca kalau tak pening sbb semua watak tu sangat penting. Tapi tulah penulis kalau tak bagi kejutan yg rasa macam tak boleh terima tapi terpaksa terima tu tak sah 😔
Apapun semua watak baik lagi lagi Eidlan, Rei, Uya, Sandra semua menceriakan suasana. Semua pegang watak penting. Semua masuk bila perlu terutamanya Eidlan pak cik dyra yg jaga dyra dari kecil jauh di bumi jepun. Kenapa jepun? Sebab konflik yg menyerabutkan kepala tu lah sampai dua orang ni lari ke jepun. Eidlan ni kan kalau baca dari awal tu kadang confuse betul ke dia ni pak cik dyra? Ke dia syok dkt dyra? Sebab jarak umur pun takdelah jauh mana utk pakcik-anak buah tapi sayangnya eid dkt dyra ni lebih dari dia sayang dkt diri sendiri 🥹 sanggup mati demi dyra samalah macam rei sanggup hukum diri sendiri demi dyra. Rei ni yakuza tak berbayar utk dyra. Rei jugaklah yg memaksa noah jaga dyra HAHAHA. Hubungan persahabatan dyra-sandra-uya pun suka sangat baca. Betapa ikhlasnya sisterhood diorang ni 🥹 kembar tu sangat memahami dyra. Kembar tu tahu bila dyra happy bila dyra sedih eee sukalah baca friendship diorang ni walaupun sandra selalu kena marah dgn uya 🤣
Tak lupa jugak dalam ni ada selit kisah uya yg crush dkt qaiser. Ada scene di mana uya jadi pekerja mcd hahahahaha. Dalam ni rei ni memang betul abang yg penyayang, bukan setakat dgn kembar dua org tu tapi dgn dyra sekali.
Bukan buku MA lah kalau MC tu bukan lebih dari seorang yg suka 🤣 polaris ni tak terkecuali sbb ramai betul yg suka dkt dyra tu dahtu semua orang terdekat dyra-noah HAHAHAAH noah pun macam biasa lah tak dapat tidak terpaksa jugak tunjukkan muka cemburu tu walaupun hanya berbalas mulut laser 🤣 mana tahan orang lain sibuk nak jaga bini sendiri sedangkan dia sendiri boleh protect bini dia dgn kudrat yg dia ada HAHAHA
Sangat recommended polaris ni utk dibaca sbb lain dari yg lain dengan buku penulis yg lain. Story setting pun dekat jepun. Masa awal awal baca tu rasa macam baca buku fantasi ke apa ni 🤣 tapi kalau dah start baca, jangan letak tepi kalau nak jatuh cinta dgn Noah 🫵🏻
I kena mention this first, I love LOVE how writer wrote Rei's character, he's the next in line to be a yakuza yet dia also soft spoken w/ the people he loves, I suka sangat sangat personality dia: despite Dyra and Noah being the main character, Rei really took the spotlight for me ㅠㅠ this story took place in Japan, buat story ni even more interesting, writer tak ada lack apa apa pun pasal culture dekat sangat and I suka sangat sangat!
Lili Eldyra yang kena buru dari kecil dan Raid Noah yang sebenarnya orang yang terdekat dengan dia got to do w/ the pemburuan, the more you baca the more curious you jadi about the storyline, the little twist @ the end it's just amazing! the sad truth of Eidlan punya past :( novel ni eventho dia banyak action, tapi it's kinda a light read? really recommend if you suka baca action/mafia stories.
p/s: kalau Rei dah tua I tak kesah nak pergi Jepun nak culik dia 🫶🏻
Saya dah baca buku ni and agak best bukunya Cuma sebab saya dah baca semua buku miz saya boleh agak yg pemburu lily ni ahli keluarga noah, the same plot dgn novel dia punching bagku, but still love lily dgn noah And lg 1, saya tak nampak kesannya lepas lily pergi itali utk naikkan taraf dia, sbb last sekali dia kena culik, sekali dgn dia punya bodyguard... Ingt boleh nmpk kewibawaan lily utk handle pembunuh parent dia tapi still nmpk lemah, rasa mcm dia takyah g italy pun xpe kot 😅 Tapi kisah friendship and family relationship buat saya rasa best, love all the watak tmbhn, hopebada cerita cinta sandra pula, dan saya harap miz akan keluarkan baaanyak lagi novel pleeeaseee, your writing style hanya boleh jumpa dekat 2 3 novelis shj, serius best .. Gud luck sis.
This entire review has been hidden because of spoilers.