Sekelompok rakyat Malaysia mendendangkan entiti Nazi ini seperti hero.
Kononnya;
i. Nazi adalah penyelamat umat Islam melawan Yahudi ii. Mereka membebaskan umat Islam daripada penjajahan iii. Mereka diibaratkan sebagai adiwira seperti di dalam komik barat.
Hakikatnya, pada hujung jari Nazi ini terlalu ramai jiwa yang terkorban, ada beribu kekejaman yang tidak diketahui, dan terdapat banyak kisah yang tidak tersingkap.
Nazi Di Hujung Jari, membetulkan persepsi salah berkenaan Nazi yang selama ini dipeluk seperti kitab suci.
Bagi pembenci2 "The Patriots" (bukan Yayasan Patriot Malaysia ya) yang tak pernah teringin pun untuk mengetahui isi buku ni atau pun tidak akan faham pun bahasanya jika cuba dibaca pasti menganggap ini adalah tulisan "pro-nazi" yang dikaitkan dengan "malay power" yang ada disebut penulis dalam temubual di mukasurat akhir.
Tetapi percayalah, jika seorang ahli nazi yang setia membaca buku ni, nescaya dia akan mencampak buku ini kedalam pendiang api kerana berang akan fakta2 kejahatan Nazi di dalam buku ini.
Nazi di Hujung Jari adalah ibarat suatu bacaan pemula jika hendak mengetahui serba sedikit tentang National Socialist German Workers' Party. Kebetulan sekarang ini Ukraine diserang oleh Russia, di tempat yang pernah digunakan Nazi untuk menyerang Russia. Tak ada kena mengena pun, saja nak sebut.
p/s: Jika kita tak setuju dengan sesuatu buku, tentanglah balik dengan buku. p/s2: ada beberapa typo, harap boleh diperbaiki lagi.
Sebuah buku yang dapat dibaca dengan santai walaupun ianya bukan fiksyen dan oenuh dengan fakta dan beberapa trivia menarik tentang Nazi dan Hitler.
Lebih menarik, bukan saja gaya penulisan yang ringkas dan padat tetapi cara penerbit The Patriots dalam menerbitkan buku-buku juga unik. Buku-buku terbitan The Patriots ditutup dengan catatan temu ramah dengan penulis.
Sesuatu buku itu akan dapat menggamit pembaca membaca sampai habis dalam 'one sit' sekiranya ditulis dengan minat yang tinggi. Begitulah yang dapat saya simpulkan selepas khatam buku ini.
Begitu banyak fakta menarik dan tidak diketahui tentang Hitler dan Nazi di Jerman dalam buku ini. Dan membaca buku ini saja tidak cukup. Ia hanya bersifat sebagai pemula untuk menarik perhatian pembaca dalam sejarah Jerman ini. Ianya bukan sebuah buku sejarah yang tipikal. Kerana buku ini tidak membicarakan naratif dari awal sampai akhir dengan mendalam.
Sudah tentu, selepas khatam buku ini, saya terasa nak menggali naratif Nazi di Jerman dari awal sampai akhir pula! Terima kasih kerana menulis! Masa untuk mencari buku-buku dan sumber-sumber lain pula tentang Nazi dan Hitler~~~
Setengah rakyat Malaysia menganggap Nazi Dan Hitler adalah simbol pembersihan yahudi Dan sebagainya. Salah seorang sahabat pernah tunjuk gambar Hitler bertemu dengan orang Islam Dan Aku pun nampak gambar Tu Dari persepsi Yang berbeza kerana Aku nampak Hitler ialah orang politik Yang nampak ini satu peluang untuk dapat pengaruh macam kes Lee kuan yew Yang memakai songkok untuk raih undi orang melayu satu ketika dahulu. Buku ini banyak menceritakan Sisi belakang takbir Nazi tersebut, Hitler berjaya Dalam beberapa perang Bukan kerana dia pandai tapi kerana jeneral-jeneralnya yang berkaliber Dalam merancang. Dan melalui buku ini juga Aku dapat tahu hubungan antara nazi-china Yang menarik perhatian Aku. Tak lupa juga mitos-mitos Yang dipercayai Hitler Dan pelbagai lagi. Terlalu banyak pengajaran Yang boleh diambil Dan Yang penting jangan jadi bodoh macam Hitler Yang terlalu optimis pada bibit-bibit kejatuhannya makin hampir dia ego Dan tak endah tentang idea jeneralnya.
Buku ini memberi kita satu pandangan baru terhadap kisah-kisah tentang Nazi yang sering kita dengar dari filem, artikel dan buah mulut orang. Seringkali kita mendengar cerita yang kurang tepat, tidak benar dan ditokok tambah bagi membangkitkan rasa hormat dan menggerunkan terhadap mereka. Hakikatnya mereka juga adalah manusia biasa seperti kita yang melakukan kesilapan, dan mempunyai agenda tersendiri untuk dicapai. Beberapa tajuk dalam buku ini menceritakan tentang orang kanan Hitler seperti Erwin Rommel, Joseph Goebbels dan Martin Bormann di mana mereka banyak membantu dalam mengukuhkan pertapakan kuasa Hitler dan Nazi di Eropah.
Terdapat juga penceritaan tentang plot untuk mengkhianati Hitler melalui beberapa orang kanan beliau yang dipercayai. Di samping itu, buku ini menceritakan kita tentang bagaimana perasaan Hitler yang sebenar terhadap orang Islam (yang mengatakan beliau sangat menyanjunginya) dan peranan Nazi dalam perang di negara China.
Seperti yang telah dinyatakan oleh penulis, buku ini merupakan koleksi catatan beliau, oleh itu setiap tajuk dalam buku ini tidak terlalu berhubung kait sesama sendiri. Namun begitu, untuk saya adalah seeloknya susunan tajuk ini adalah mengikut kronologi Hitler dan Nazi, dari permulaan kebangkitannya, cara beliau menyebarkan propaganda, menangkis plot khianat dan perlaksanaan 'Final Solution' sehingga akhir perang di mana kita boleh lihat permulaan kejatuhannya, seperti kekalahan Stalingrad, pendaratan Normandy dan kegagalan perang perisikan. Tetapi mungkin penulis mahu cara tajuk buku yang tidak teratur agar pembaca dapat lompat masuk ke mana-mana tajuk yang dia sukai bagi penjelasan secara santai.
Selain itu, saya menyedari bahawa beberapa 'point' dalam buku ini agak repetitif. Oleh itu, saya rasa seperti teringat-ingat info dalam buku ini, tidak perlu untuk saya semak balik halaman di belakang semula ketika membaca.
Gambar-gambar yang terdapat di dalam buku ini menarik, terutamanya potret orang-orang yang disebutkan di atas.
Penulis menyatakan dalam temuramah dengan beliau bahawa rujukan beliau tidak terhad kepada internet dan dokumentari sahaja, namun begitu rujukan bacaan yang ditulis di dalam ini hampir semuanya dari internet, dan dua dokumentari dari National Geographic dan History Channel.
Namun begitu, saya tertarik dengan minat penulis terhadap frasa Malay Power kerana ianya bertujuan untuk membangkitkan semangat orang Melayu untuk berjaya dan menjadi bangsa yang terkuat di rantau ini. Pandangan ini agak sama dengan pendapat saya terhadap Malay Renaissance yang seharusnya diwujudkan, lebih-lebih lagi pada masa kini.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Buku agak informatif, tetapi timelinenya agak bercelaru. It would have been nicer to read kalau buku ni start dari permulaan nazi hingga ke hujung hayat orang penting dalam nazi
Rasanya pertama kali berjaya habiskan bacaan eBook. 🙂
Satu penceritaan yang menarik dan membuka mata tentang Nazi Jerman. Dapat tahu sejarah Nazi yang sebenarnya parti pekerja sosialis menjadi rejim pemerintahan Jerman yang mencetus Perang Dunia Kedua (WWII). Tekanan negara-negara yang menang WWI kepada Jerman yang tewas merupakan faktor besar yang menggerakkan Nazi Jerman memulakan WWII.
Rasanya ada segelintir mengagumi Adolf Hitler, tetapi Hitler tetap mempunyai kelemahan, obses keterlaluan dan gila kuasa seperti tidak mempercayai jeneral tenteranya ketika menyerang Stalingrad (Jerman tewas teruk dengan Rusia/Soviet sehingga beratus ribu tentera terkorban atau ditawan). 'Kejayaan' Hitler dalam peperangan juga dibantu oleh orang kanannya yang berbakat seperti Martin Borman dan Erwin Rommel. Yang menariknya, terdapat lebih kurang 40 operasi dan konspirasi untuk membunuh Hitler termasuk direstui Pope Vatikan; yang semuanya gagal.
Kekejaman rejim Nazi tak dapat dinafikan. Mereka mempunyai kepercayaan obses anti-Semetik untuk menghapuskan orang Yahudi sehingga memperkenalkan cara yang sistematik seperti kem konsentrasi. Mereka juga membenci orang Slavik dan ingin menghapuskan mereka di Eropah Timur. Hitler dan Nazi mempunyai kepercayaan yang bangsa Jerman ialah keturunan bangsa Aryan yang bertamadun dan mempunyai kedudukan tinggi serta menganggap bangsa lain sebagai bangsa bawahan.
Terima kasih Patriots Publication atas terbitan versi eBook. Mungkin dalam terbitan kemas kini dan akan datang dapat membuat penambah baikan. Kalau boleh dapat 'book mark' halaman yang dibaca, 'highlight' frasa/ayat yang menarik dan akses klik kandungan ke muka surat mengikut bab (seperti dalam aplikasi Play Book). Glosari mungkin patut dilampirkan bersama agar senang faham istilah "Fuhrer", "Abwehr", "Schutzstaffel".
Walaupun buku ini santai untuk dibaca (terutama dari segi bahasa dan cara penyampaian), buku ini penuh dengan info yang menarik dan jarang dicari. Dan buku ini menjawab pertanyaan saya mengenai satu artikel yang viral dahulu, iaitu adakah Hitler menghormati Islam? Saya baca e-book, dan saya dapati ada kesalahan ejaan, namun cuma sedikit dan mungkin pembaca lain tidak perasan. Tetapi, apapun, saya enjoy baca buku ni...
Amat suka dengan cara penhuraian penulis. Jelas sekali penulis banyak melakukan kajian (62 buah buku menjadi rujukan) dalam menghasilkan buku ini. Buku ini amat sesuai di baca oleh peminat sejarah militer sebagai bahan bacaan asas sebelum ke arah buku yg menghurai lebih komprehensif/berat berkenaan ideologi Nazi.
banyak maklumat menarik, tapi editing buku ni agak kelam kabut. my head is all over place reading this. it doesnt feels like a well plan or well thought books. not bad, but definitely can be better.
Aku sebenarnya tak pernah dengar orang sanjung Nazi dan anggap Nazi hero. Aku tak paham kenapa wujudnya orang2 macam tu.
Apapun, aku tak rasa layak untuk bagi review. Best ke idok aku pun tak tau. Aku minat nak tahu pasal Nazi tapi aku tak pernah tahu perkara-perkara basic tentang Nazi. So, aku tak boleh hadam sangat.
Macam baca buku sejarah, aku banyak kali tertido.
Maybe it's not my cup of tea.
So aku decide untuk tak beri apa2 rating sebab aku rasa aku tak layak.