Jump to ratings and reviews
Rate this book

Derita Terindah

Rate this book
Perkahwinan yang berlangsung antara Hazill dan Airis semata-mata sebab dendam. Kematian Hazieq menjadi asbab hidup Airis menderita. Bukan setakat emosi, tubuh badannya juga sering disakiti. Airis lelah dengan semua ini.

Walaupun menikahi Hazill tanpa rasa cinta, Airis tetap cuba meraih perhatian suaminya. Dia tahu syurga terletak pada lelaki itu. Manakala Hazill yang terikat antara sayang dan dendam masih mempertahankan egonya.

“Kau tak tahu betapa sakitnya aku sekarang. Aku perlukan kesembuhan dan semua tu ada pada adik aku. Kau dah bunuh dia! Kau juga perlahan-lahan bunuh aku!” – Hazill Wafiy

“Tak pernah terlintas di fikiran untuk berlaku curang di belakang arwah Hazieq. Saya cinta dan sayangkan dia, tapi itu semua dulu. Sekarang, saya nak berikan separuh jiwa saya pada awak, Hazill.” –Airis Warda

Penyakit yang disembunyikan akhirnya terbongkar jua. Lebih membunuh jiwa Hazill Wafiy, isterinya tiada di sisi bahkan semakin jauh. Airis membawa diri bagi menenangkan hatinya.

Masih adakah kebahagiaan setelah ada jarak yang memisahkan? Mampukah Hazill mengungkap kata cinta untuk isterinya?

400 pages, Paperback

First published September 1, 2018

32 people are currently reading
459 people want to read

About the author

Eshal Nuranis

1 book12 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
40 (44%)
4 stars
16 (17%)
3 stars
10 (11%)
2 stars
11 (12%)
1 star
12 (13%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for SS.
520 reviews5 followers
October 29, 2023
Permulaan cerita yang mendebarkan. Detik cemas yang berlaku di antara Airis & Hazieq buatkan saya sekali panik. Malangnya, kemalangan kereta tersebut telah meragut nyawa Hazieq dan Airis koma selama sebulan. Mereka berdua supposely akan berkahwin dalam masa terdekat. I wish that lepas dari part ni cerita ni akan semakin best. Hm.

Tapi lama kelamaan cerita ini penuh dengan drama dendam keluarga Hazieq. Di mana mereka seolah-olah tidak percaya dengan ketentuan Ilahi. Tambah bala bila Hazim (adik Hazieq) meletakkan kesalahan 100% atas bahu Airis dan mengelarkan Airis pembunuh abangnya. Dehek?. Dia ni pun terpaling over sampai haramkan orang dtg ziarah kubur. Apa ke gila.

Gara-gara itu jugalah Hazill berubah laku juga. Hazill tampil ke hadapan untuk berkahwin dengan Airis. Tanpa siapa suruh dan tanpa siapa paksa. Diugutnya Airis untuk kahwin dengan dia kalau tak semua keluarga Airis dalam bahaya. Guess what geng. Lepas kahwin. Dia jadi jadi suami terpaling red flag 🚩. Paling pantang bila lelaki angkat tangan pukul isteri tanpa sebab muhasabah. Dicaci maki orang tu suka hati saja. Dia memang gunakan kuasa veto suami 100% dekat Airis. Aku sikit pun tak kesian ya dekat Hazill ni bila tahu dia sakit kronik. Sebab selalunya mesti akan timbul simpati. Tapi kalini phew takleh terima. Sebab perangai dia ya ampun. Tak boleh nak sayang isteri sebab sakit. Yang kau pergi kahwin dengan dia sebab dendam boleh pulak? . Orang bila ada jiran kena la hidup cara berjiran. Tapi lain pulak dengan Hazill. Dia larang Airis berkawan dengan jiran. Kesian Airis.

Jadi seorang Airis pun tidak senang. Sudahlah tak sempat nak hilangkan trauma accident. Kehilangan orang tersayang. Kena pula hidup dengan orang gila. Banyak perbuatan Hazill yang boleh buatkan Airis tawar hati dan angkat kaki sebenarnya. Tapi kau rasa apa jadi? 🤧 Mana mungkin la kan. Porak peranda tau awal cerita. Hm.

Derita Terindah? Hm. Banyak derita dari indah kot.

I dun know la geng. I dun like it. Mungkin saya bukan target reader penulis. Maaf kalau ulasan ringkas ini menguris hati. Saya harap penulis akan comeback dengan cerita yang lebih baik.

* Apa yang boleh saya puji ialah macam mana Airis ditemukan dengan jiran yang baik macam Nisa. Banyak yang Nisa slow-slow berikan pendedahan dari segi agama buat Airis. Dan Airis juga banyak belajar. Bukannya dia pandang remeh benda yang jiran dia beritahu.
10 reviews1 follower
May 6, 2020
Penulis pandai bermain dgn emosi jika buat babak tampar menampar tu.. Mmg terasa emosi hazill wafiy pukul airis warda tu..
Suka dgn semua emosi dlm tu.. Pndai juga airis warda membuat puisi ye? Cerita ini tidak ada sama 100% dengan adaptasi drama tapi kami sungguh hayatinya.. Jalan cerita mmg terbaik buat kami membacany.. Teruskan memberi karya2 yg kelainan drp novel yang sudah biasa berada di pasaran ok? Tetapi dalam novel ini banyak typo yg ada di dalam ini & cuba perbetulkannya semula atau lain kali perlu berhati2 ok? Terima kasih..


Baru habis baca novel ini jam 12.45 tgh mlm pada 7/5/2020..
This entire review has been hidden because of spoilers.
1 review
April 10, 2020
Memang rasa menyesal beli buku ni. Perwatakan hazill sangat x boleh di terima. Pukul, lempang bini. Mmg x suka watak dia. And, family hazieq pon satu. Mmg la kematian menyedihkan tapi bukan kita nak tuduh org pembunuh and balas dendam bagai. Satu family mcm tuuu. Apa kenanya? At least, makayah dia tak payah la buat watak sampai meratap lama gila. Mmg x boleh go.
Profile Image for Hanisah.
52 reviews1 follower
February 15, 2025
Sebenarnya yang derita sepanjang buku ni: pembaca. Macam mana buku ni boleh lulus untuk cetakan pun tak tahu.

Plot dia sebenarnya boleh faham la lagi, tapi tak perlu pun masukkan keganasan rumah tangga tu, sebab tak logik dengan personaliti watak Hazill yang cuba nak cakap Hazill ni nak lindungi Airis tu. Tak membantu plot pun. Lepas tu masuk pulak watak yang cuba justify abuse sebab dia suami.

Ni dah serupa Stockholm syndrome. Tak faham macam mana kau boleh jatuh cinta dengan orang yang pukul kau hari-hari, ugut nak bunuh kau, ugut nak sakitkan mak bapak kau. Semoga budak muda yang baca buku ni tak rasa yang perempuan ni kena hadap je perangai laki abusive. Bukan setakat Airis, Nadia pun sama. Lepas tu kejap main tarik tali, sayang tak sayang, tinggal tak tinggal.

Kalau Hazill dapat donor lain, dia patah balik kat wife dia tak? Tak kan? Jadi sebenarnya terhutang budi je la tu.

Iyye, faham. Nak tunjuk yang semua orang mampu berubah ke arah yang lebih baik. Tapi ada benda yang dah melebihi batas.

Selain plot, grammar bahasa inggeris dalam cerita ni pun banyak salah.
Profile Image for Vida Ariff.
117 reviews
May 4, 2025
Pertama, buku ini sudah tentu mengandungi pengajarannya. Ia lebih kepada natijah andai tiada adab, tiada belas dan taksub berdendam. Buruk akibatnya jelas diceritakan dalam buku ini.

Kedua, harapnya pembaca menyedari watak Hazill ini fiksyen semata-mata. Dalam dunia nyata, pertama yang perlu dipertimbangkan apabila menjadi mangsa keganasan rumahtangga adalah keselamatan diri. Perilaku memukul pasangan bukan sesuatu yang boleh diromantiskan sebagai satu derita terindah.

Ketiga, semoga watak redflag seperti Hazill, tidak diidolakan sebagai ciri dalam mencari pasangan hidup. Walau di akhir kisah fiksyen ini Hazill akhirnya berubah, ia tidak semudah begitu di alam nyata.
Benar, manusia tidak sempurna. Tapi ada garis pemisah antara menyayangi dan menyiksa.
1 review
March 28, 2020
Airis semata-mata sebab dendam. Kematian Hazieq menjadi asbab hidup Airis menderita. Bukan setakat emosi, tubuh badannya juga sering disakiti. Airis lelah dengan semua ini.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Siti Sarah.
236 reviews
July 21, 2024
Boleh la cerita dia, takde part yg best. Kahwin sebab nak dedam tunang adik Airis dan adik Hazil mati sebab nak selamatkan tunang adik dia Hazieq. Ending last mintak maaf, mengandung dan baik balik.
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.