Pulau Siambang dikatakan tersembunyi harta karun. Lantaran itu, Syakiran mengajak Wah Nin dan Palani untuk mencarinya. Tetapi semasa berada di Pulau Siambang, budak-budak bertiga itu telah ditangkap oleh sekumpulan penjahat yang juga mahukan harta karun itu. Bagaimana nasib Syakiran, Wah Nin dan Palani selepas itu? Berjayakah kumpulan penjahat itu menjumpai harta karun di pulau itu? Dan benarkah terdapat harta karun di Pulau Siambang?