What do you think?
Rate this book


940 pages, Paperback
First published June 5, 2018
"Okay my precious? Shall we?"
Aku menahan gelak sambil memalingkan muka
ke sebelah. Kartun betullah!
"Fatimah dan Matt dah ke depan. Jom balik."
Firman sudah memayungkan aku dan kami sama sama meredah hujan. Fatimah dan Matt laju sahaja dengan daun keladi sehelai seorang. Nasib baik hujan tidak lebal sangat. Aku mendongak, memandang Firman yang setia memegang batang keladi. Dia selamba sahaja dalam hujan. Rambutnya yang diikat stail samurai sudah basah lencun. Hati-hati sekali nampaknya dia, seperti tidak mahu setitik pan air hujan mengenai aku. Satu usaha yang sia-sia tetapi aku tersentuh.
"Mana payung daun pisang tadi?"
"Nama pun payung mesra alam... terlebih mesralah. Pakai sekali dah bersepai."
" Awak pegang keladi ni tak gatal ke?"
"Gatal keladi apalah sangat. Ada cara nak hilangkan gatal, ada ubatnya. Orang yang gatal susah nak ubat."
Aku tergelak sambil mendongak memandangnya. Lucu kalau datang otak kartunnya. Firman hanya tersenyum nipis dan menunduk memandang aku. Mata kami bertentang dan dia cepat-cepat mengalihkan pandangannya.
"Hate me? Like I care. Awak tak tahu awak sedang berdepan dengan siapa. Di Malaysia bolehlah awak berlagak. Sekarang awak di Kemboja, berdepan dengan the real Firman Ebrahim. Nyawa dan kehormatan awak di tangan saya. Jangan nak buat gila seperti di Malaysia dulu. Nak peluk dan cium saya? Di sini kalau awak berani buat macam tu lagi. saya akan kerjakan awak sehingga awak akan menyesal seumur hidup. Sehingga awak terpaksa menukar nama kerana malu. Jangan cabar saya."