Jump to ratings and reviews
Rate this book

I Love You Stupid! Extended Version #2

I Love You Stupid! Extended Version Vol 2

Rate this book
PENGEMBARAAN MISI KEMANUSIAAN DI BUMI KEMBOJA SEMAKIN PANAS.

Firman yang pedas berapi. Suka melanun tidak bertempat. Iris yang gedik sengal, suka menggoda tidak kira masa. Membiarkan bumi kemboja ini tidak pernah aman dari dua manusia ini.

Bertengkar, bertengkar dan bertengkar sehingga hampir berbunuhan.

"Nay... saya takkan date dengan lelaki cantik dari saya." IRIS

"Saya takkan date dengan lelaki yang berpakaian seperti tahi cicak." FIRMAN

My precious saya pun tak ingin awak menetap di sini terus, melainkan berlaku keajaiban. Bila saya dapat menyentuh, memeluk dan mencium bulan di langit." FIRMAN

"Ini takkan berlaku. Mustahil dapat menyentuh dan memeluk bulan. Sheikh Muzaffar pun tak boleh sentuh. Apalagi nak cium." IRIS

Walaupun sentiasa disulami pertengkaran tetapi hubungan Firman dan Iris ada manisnya. Disaksikan sendiri oleh Doktor Aidan, tunang Iris secara tidak rasmi.

"You tak kenal I lagi Iris. I am not going to just stand by and I am certainly not a loser. When I want something, I will make sure I get it."
DOKTOR AIDAN

"Night my sweet bodyguard. Malam ini awak tentu mimpikan saya kerana saya sedang memeluk awak. I love You Stupid." IRIS

Sekembali ke Malaysia, Iris dipaksa dan terpaksa menerima Doktor Aidan. Pernikahan mereka akan berlangsung beberapa hari lagi. Tapi kenapa ingatan Iris kuat kepada Firman? Lelaki lanun yang tidak pernah lafazkan cinta...?

"FIRMAN, bila saya panggil, awak mesti datang."

855 pages, Paperback

First published June 6, 2018

11 people are currently reading
309 people want to read

About the author

Melur Jelita

10 books427 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
105 (77%)
4 stars
17 (12%)
3 stars
7 (5%)
2 stars
1 (<1%)
1 star
5 (3%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for syahirah.
14 reviews4 followers
March 28, 2022
AAAAA tak percaya kita dah habis baca kisah yang indah ni😭😭dari ms 1 sampai jumpa perkataan tamat kita banyak menangis sebab terharu😭😭😭💗bila jumpa perkataan tamat pun rasa nak menangis sebab rasa macam “eh dah habis?”😭nasib baik ada novel my precious iris🫠kalau tak meraunglah kita sebab takboleh move on dengan firman pagi2 buta ni🤭🤭🤭
Profile Image for Thes.
193 reviews3 followers
August 12, 2022
Pengakhiran ILYS 1 membuatkan aku laju saja mencapai naskah sambungan ini. Iris yang dilanda ketakutan ditambah dengan perangai Firman yang sedang melepaskan geram, dengan aku sekali terasa seram. Mujurlah Firman ni seorang yang peka dengan keadaan sekeliling dan pandai mengawal Iris.

Kerana satu kehilangan yang menyentak, Iris mula berubah kearah yang lebih baik. Perubahan yang turun naik. Ada ketikanya dia sedar, ada kalanya dia masih bebas laku. Untuk itu, aku sangat hargai. Manusia, takkan ada yang berubah sekelip mata, tetap ada masanya mereka tersadung seketika.


Dan segalanya terbongkar. Misi rahsia seorang Iris (eh macam Ejen Ali pulak dah), niat sebenar dia ke Kemboja. Kebenaran yang memeranjatkan aku. Tak sangka sebegitu sekali. Dan dengan tersingkapnya kebenaran itu, terjawablah persoalan aku tentang beberapa babak yang sangat out of the blue dan pelik. Pengorbanan Iris, dan kebodohan mereka yang sekutu dengan Iris membuatkan aku rasa geram yang teramat, sungguh.

Sambungan ILUS ini memang lengkap segala rasa. Sedih, manis, romantik, aksi, saspen, segalanya ada. Babak perpisahan Iris dan Firman tanpa kerelaan Iris tu sangat menyakitkan aku. Apa lagi bila Iris dipaksa berkahwin dengan Aidan, tanpa persetujuan dia. Babak dia melukis kenangan bersama Firman, ah, segalanya selepas Kemboja sangat menyedihkan aku.

Aku agak geram dengan pengakhiran novel ni. Walaupun Iris dan Firman berjaya menggapai bahagia masing-masing, tetapi tetap ada persoalan yang timbul. Kemana hilangnya Matt? Dan apa nasib dia?
Profile Image for SA.
302 reviews31 followers
April 3, 2023
It didn't take me a long time to finish reading Vol 2 because I skimmed about 80% of the book.

Up to the very end, the story centralizes on Phnom Penh - despite this version being the "extended" edition, I honestly feel the fillers are way too much and unnecessary.

My friend once lent me the original version of this book, and I stopped reading in less than 100 pages because it just didn't feel right to me. Unfortunately, I still feel the same today.

But at least now I can say I've finally read the "most sought" book all time.
Profile Image for Mslvoe.
2,065 reviews200 followers
July 26, 2022
Bestlah. Lain dari yang lain. Susah tau orang nak lupakan abang pedas dan iris 💕💕💕
Profile Image for Hida.
119 reviews11 followers
July 22, 2024
Rate: 3.8⭐️

Buku kedua ni for me much better than the first one. Maybe sbb plot dah semakin menarik, dan ‘rahsia’ misi Iris dah nak terbongkar kan. Actually tak tau nak review mcm mana, sbb rasa terlampau byk benda nak cakap. 😂

Dalam ni again, i fell in love with Mai Tuen 🫶🏻 Tutur kata dia semua soo la lurve 🥹🥹 Di sebalik menelusuri kisah Iris dan Firman, aku jauh lebih tertarik dengan kisah di Kemboja. Dengar sejarah Melayu Cham buatkan aku terasa peritnya kehidupan diorang, mmg ada part yg aku berhenti sekejap baca sbb boleh feel tau, aku rasa macam aku berada bersama dengan diorang dekat Kemboja tu dan dengar directly depan2 apa yang berlaku. Rasa nak nangis jgk. Huhu. Itu satu benda yg aku salute 🫡 dengan arwah MJ. Betul la orang kata penulisan dia ada sesuatu / auranya tersendiri. Part2 macam ni mmg menusuk kalbu. Lagi2 part nasihat 🥲

Ada beberapa scene tu kadang aku mcm confuse, mmg terjadi ke tak. Tapi takkanlah Firman tu nak buat camtu. Pening pulak bila aku fikir balik. Itu part yg aku masih confuse sampai skrg. Part yg aku kurang berkenan masih sama mcm buku first, ‘cakap tak serupa bikin’ ML. Haish 😅 Ada scene atau ayat2 yang tak bersesuaian dengan imej dia. Contradicting sangat. Kadang tak faham apa yang ada dalam otak FL dan ML, punyalah ‘flirting’ level apa, tapi masih tak faham perasaan memasing come onlah. 🤣 Time flirting tu takda pulak nak pikir perasaan orang ni dah berpunya ke belum. 🤷‍♀️ Time tu tak pikir pulak. Hahaha. Pelik kadang. Maybe betullah kot pepatah orang putih ⬇️

‘Maybe be in love and being stupid is exactly the same thing’ 😌 Sesuai jgk la dgn tajuk buku ni. Hahahah. Part hujung2 buku ni mmg menggeramkan. FL kemain lagi pertahankan org yg taknak kahwin dkt Kemboja, tiba time dia terus lembik betul. 😤 Punyalah banyak benda tak baik berulang, still nak percaya dkt si Aidan 🤨 Pelik part ni, tapi ada juga masa aku kesian dkt Aidan tu, sbb dia dah mmg gitu (org yg jauh dari agama) dan FL yang tak berterus terang mmg buat aku rasa dia permainkan perasaan Aidan tu. Geram jeeeeee.

Tapi part yang aku suka selain kisah Kemboja tu, time ‘rahsia’ misi Iris terbongkar pergh berdebar giler part tu mcm tgk filem aksi kejap. Sama juga part Firman pertahankan Iris, dan juga part aku suka bila scene perahu tu OMG 🤧 Yg tu mmg terharu habis 🫠

Buku ni memang tak dinafikan ada banyak inputnya, cuma mana yang salah tu tetap salah. Mcm scene ‘flirting’ berlebihan, joke ‘double meaning’ dan batas tak berapa nak jaga contoh naik motor sekali, hmm takleh accept. Yalah, bukan nak suruh sempurna, tapi bila dia melambangkan imej Islamic yang sangat wow, tapi perbuatannya tak selari tu aku tak setuju. Aku just taknak orang rasa owh oklah walaupun tak berapa nak jaga, ML ni power kot bab agama bla bla bla… dan rasa benda tu normal. Huhu. So buku ni bagi aku tak recommended for minor. ✋Again, just my two cents 😌 Nanti nak sambung terus MPI pulak sbb macam ada part yg masih tergantung dalam ni contohnya Matt, apa jadi dekat dia 🤔🤔 Ok cukup, panjang betul rant aku kalini 🙊#emptycanvashida
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for luv.
47 reviews
September 15, 2022
Kalau lepas baca ASST aku tak tahu nak mula buat review dari mana, lepas baca buku ni aku black terus. Nak mula macam mana pun tak tahu. Banyak sangat nak terluah tapi tak terkeluar. Sudahnya aku buat keputusan untuk tulis seseimple mungkin.

yang pertama aku boleh katakan, personally, i think this book stand on its own league. Incomparable. Untouchable. Unreachable. Aku tak cakap buku ni sempurna. Ada ketidak sempurnaannya sana sini. Tapi ketidaksempurnaan tu pun aku suka jugak.

Again, buku ni pun aku beli lama dulu. Tapi baca tak habis. Mungkin aku ditakdirkan baca buku arwah MJ bila aku lebih tahu menilai sesuatu cerita. Dan aku tak menyesal langsung baru sekarang aku baca.

Arwah MJ betul2 berjaya menghidupkan watak-wataknya. Tempat-tempat di kemboja dan yang paling penting penceritaannya mendatangkan satu perasaan khas untuk buku ni. Sepanjang-panjang aku baca aku selalu rasa sebak walaupun bukan pada scene sedih. Entah kenapa. Mungkin sebab aku boleh rasa kasih sayang dia antara watak-watak, kasih sayang pada Allah, pada Negara, bangsa dan bahasa yang cuba disampaikan oleh arwah MJ. Dan tulus dari hati aku, aku sangat-sangat berterima kasih pada arwah MJ sebab lagi sekali buat aku ‘rasa’ sesuatu. Sesuatu yang aku sendiri sukar untuk gambarkan.

Cukuplah setakat ini. Itu saja yang mampu aku katakan buat masa sekarang.
Profile Image for fs.bacabuku.
25 reviews
May 7, 2022
Okay sebelum aku tulis review panjang-panjang,nak cakap satu je...
WOW!!!

Jatuh cinta pandang pertama aku since this is my first time baca karya arwah MJ. Karya beliau sangat lain dari yang lain. Special gituh. Setiap helaian berisi nasihat yang begitu mendalam buat pembaca. Paling aku rasa terkesan nasihat tentang bertuahnya kita hidup di negara Malaysia. Sedangkan pendatang pun pilih negara kita untuk mencari rezeki meneruskan kehidupan. Seringkali kita dengar orang kata negara kita selamat dan aman. Betul la tu. Bertuahnya kita sebagai rakyat Malaysia :)

Mengisahkan Iris yang menjelajah bumi Kemboja dengan abang pedas--Firman. Turut ada mai tuen iaitu mama Firman dan Fatimah,adik Firman. Kedatangan Iris di kampung tu disambut baik oleh penduduk kampung disana.

Pendedahan mengenai bangsa Melayu Cham di Kemboja sangat menarik perhatian aku.

Bangsa Melayu Cham sangat menghormati orang Malaysia kerana Malaysia banyak menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mereka. Mereka juga kaya dengan adat dalam menghormati agama Islam. Aku kagum dengan sikap keteguhan mereka dalam mempertahankan agama dan maruah diri. Tapi yang sedihnya mereka ialah bangsa yang ditindas dengan sangat kejam di negara sendiri. Dilenyap bangsa ini lalu diganti dengan bangsa Khmer padahal hanya satu je cara untuk membezakan agama yang dianuti mereka kerana majoritinya bangsa Melayu Cham menganut agama Islam.
Belum cakap lagi tentang kekejaman setiap dari mereka perlu tanggung.Sangat ngeri dan menyayat hati. Tapi mereka tetap kuat dan teguh mempertahankan segalanya.

Pengalaman misi kemanusiaan di Kemboja berjaya buka mata hati Iris untuk lebih menghargai setiap sesuatu dalam kehidupannya.

Aku suka characters development dalam cerita ni. Terutamanya Iris! Terinspirasi sangat dengan dia. Plus,she's indeed strong and independent woman💯

Yang pergi bumi Kemboja Iris dan Firman tapi rasa macam aku pun join sekali. Semua situasi dan tempat di sana diceritakan dengan begitu jelas! Seronoknya jalan-jalan😂

Okay tu je ulasan saya.
Selamanya abang pedas di hati♡
16 reviews
August 4, 2022
Kisah kemanusiaan. Atau lebih tepat, kisah yang memanusiakan. Sungguhlah, Firman buat Iris. Iris buat Firman.

Iris yang rasa sunyi, sepi dan tidak berpunya. Namun, selepas kematian Ahmad, selepas shj menyebut nama Firman, Iris menyebut "Allah!" dan menangis semahunya. Rupanya, selama ini jiwanya kosong kerana itu. Kerana dia melupakan tanggungjawabnya sbg hamba Allah. Benarlah. Selepas menyebut nama Firman, pasti terfikir "Firman Allah". Kata orang, cintailah orang yg mendekatkanmu kepada Allah.

Kisah Firman menolak sampan itu benar. Kagum kerana wujud orang sebegini.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Ikanjerung.
3 reviews
July 12, 2021
“Musim silih berganti, manusia datang dan pergi…. Hanya Allah yang kekal abadi”

Aku seolah berada di kemboja. Melalui kepayahan mereka.
Profile Image for Am. Han.
107 reviews1 follower
November 3, 2022
Macam tak cukup 5 bintang, need more untuk karya arwah MJ. 😍😍
♾️/10
Displaying 1 - 13 of 13 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.