Curang? Perkataan itu pantang bagi semua isteri di dunia ini. Begitu juga dengan Lyn. Ketika di kemuncak bahagia, dia diuji dengan kecurangan suaminya Rafael. Rafael telah membuat hubungan dengan gadis muda di pejabatnya. Sebagai wanita, sudah tentulah dia terluka. Tetapi adakah dia akan bertangis duka, meratapi nasib diri?
Sama sekali tidak!
“You layan I macam ni, I akan layan you lebih teruk lagi, Rafael. Try to stop me now. I don’t care.”-Lyn
“Apa yang Lyn nak abang buat? Abang buat, sayang!”-Rafael
“You nak rumahtangga ni jadi begini, kan? Let’s enjoy the moment.”-Lyn
Wanita itu bukanlah lemah orangnya. Bukan wanita yang senang dipermainkan perasaannya. Maka, silap besarlah Rafael cuba menduakannya. Sekali Rafael cuba menduga kesabarannya, seratus kali dia akan membalas semula.
Rafael alpa apabila merasa hidup terlalu selesa. Ada isteri yang cantik dan sayang kepadanya, maka dia cuba menduga. Akibatnya, karakter pendendam Lyn muncul semula membelah maruahnya sebagai suami. Pengkhianatannya terhadap ikatan perkahwinan mereka dibalas habis-habisan oleh Lyn tanpa belas kasihan.
“I dah tak tahu macam mana nak hidup dengan you selepas ini. Hati I dah tak macam dulu lagi, Rafael.”-Lyn
Rafael terduduk oleh dugaan apabila Lyn nekad membawa anak-anak jauh darinya. Melihat kesedihan di mata anak-anaknya, dia sengsara. Berusaha keras untuk meraih maaf isterinya, namun tidak semudah itu.
Itulah tempoh berharga untuk mereka belajar tentang banyak perkara. Baik Lyn mahupun Rafael, sama-sama ada kelemahannya. Cerai tidak semesti menjadi jalan keluar. Sejauh manakah Lyn ikhlas untuk menerima Rafael semula dan seikhlas mana penyesalan Rafael?
Kembali mengukir bahagia, itulah impian mereka berdua setelah seketika mereka tersesat oleh kekhilafan. Siapa tahu setelah berarak mendung itu, bahagia milik mereka jauh lebih indah dari yang pernah ada dulu! .
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM17. Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.
Lyn is one badass bitch and I love her!
Biasanya kita dihidangkan dengan kisah suami curang and then isteri tuntut cerai dan cuba untuk bangkit semula sambil nangis2.
Oh, no, not Lyn.
She took control. But then again, dengan kuasa yang Lyn ada, it is understandable that she is in position to take control. N bukan nak undermine mana-mana pihak yang tak mampu nak mengambil tindakan yang serupa seperti Lyn.
I really, really like this story and N sangat happy that I decided to baca novel ni time N tengah cuti sebab once I start, memang susah nak berhenti.
Initially memang menyampah giler dengan watak Rafael. Sebab yang diberikan untuk menjustifikasi kecurangan dia memang tak boleh diterima langsung! Memang padan lah dengan muka kena berdush-dush dengan orang sekelilingnya. Watak Syifa jangan dicakap lar. Rupa-rupanya memang satu keturunan dia tak guna...
FYI, Curanglah Lagi adalah sequel kepada Ada Madu Ada Racun, which N tak baca, nor do I have any plan to. Tapi without baca Ada Madu Ada Racun, N tetap boleh enjoy the story very much and N tak rasa sebarang kekurangan sekali pun.
Aku suka cerita ini.. Barulah rasa berbaloi beli. 🤭🤭🤭
Geram sungguh dengan si Rafael tu. Jahat sangat. Kasihan sungguh aku dengan si Lyn. Menangis aku dibuatnya. 😭😭😭
Janganlah ada yang ikut jejak langkah si Syiha tu. Eeeiii...! Tak tau nak cakap apa dengan perempuan macam ni. Ggrrr...!
p/s: Perempuan yang punya segalanya; harta, kerjaya dan anak-anak, jika suami buat skandal dengan perempuan lain, jangan susah hati. Lepaskan aje la suami tu. Jadilah seperti Lyn yang garang dan tegas. Heh.
Tulisan saya tidak mewakili mana-mana persatuan wanita-wanita yang dicurangi ok. Tulisan saya hanyalah berdasarkan bacaan sahaja.
4.75⭐️ 1) Saya taktahula kenapa tapi puas betul hati bila saya baca cerita ni padahal saya agak pantang baca cerita curang & dicurangi ni. Kalau boleh memang tak nak baca langsung tapi terbaca review di Instagram so the rest.
2) Lyn such a badass woman and I really love her. Watak dia memang nampak kuat luaran & dia langsung tak benarkan si suami & penyondol sesenang hati nak pijak dia maruah dia. Dia bangkit demi anak-anak & salute betul dia buat sampai Rafael terduduk & penyondol masuk penjara.
3) Rafael pula hmm sejenis lelaki ego & selalu nak dimenangkan. Tak faham isteri seorang yang bekerjaya. Kalau boleh nak berkepit sentiasa. Bila terasa diabaikan mulalah berangan nak pasang lagi satu. Si suami ni lagi terseksa okay even dia yang curang. Puasnya hati I bila Rafael ni berusaha nak selamatkan rumahtangga yang runtuh. Dia punya grovel tu memang secukup garam & rasa.
4) Tapi kan, bila kita sebut tentang curang, macam semua kesalahan diletakkan atas bahu lelaki sahaja. Tapi perempuan hmm entahlah kadang tu ada juga salahnya tapi macam selalu dikaburkan. Lynn even dia seorang ibu & isteri yang bertanggungjawab tapi dia punya mulut tu bila mengeluarkan kata-kata bagai jantung dihiris pisau. Mencela dan mengherdik suami dah macam benda biasa. Masing-masing bagi saya ada salah silap tapi tidaklah saya menyokong tindakan Rafael untuk curang walaupun perangai Lynn yang sedemikian.
5) Bila masing-masing dah berbaik kita boleh nampak Rafael & Lynn sedaya upaya cuba menjadi lebih baik. Buku ni sarat dengan pengajaran andai kita baca gunakan mata hati bukan semata-mata baca untuk cari kesalahan.
6) okay last, buku ini untuk bacaan dewasa sahaja.
Si Rafael kononnya dia curang, tapi merana lebih dari yang dicurangi. Bila dapat isteri yang tak lemah, memang beginilah nasibmu!
Puas hati. Walaupun ku dah maafkan Rafael awal lagi, aku sangat puas hati bila bab-bab akhir tu memang nampak dia bersungguh nak bahagiakan Lyn.
Walaubagaimana pun kepuasanku tak akan di tahap yang maksima kalau Syiha dan Rafael tak menerima tamparan dari Lyn. Meski Rafael sudah ku maafkan, memang kau layak dapat penampar.
Bila sebut tentang lelaki curang, ramai nampak salahnya kepada lelaki. Tapi perempuan tak tahu, salahnya juga ada dalam diri perempuan. Lyn dia memang bertanggungjawab. Tapi lidahnya ada kala suka mencela, mengherdik suami. Hakikatnya masing-masing ada salah.
Bila Rafael dan Lyn dah berbaik, aku nampak progress dari Lyn dan Rafael. Kedua-duanya cuba memberikan yang terbaik dalam perkahwinan mereka yang diberikan peluang baru.
Saya tak tahu berapa kali ulang baca novel ni. Sampai nak lunyai juga novel kerana kerap sangat dibelek untuk pembacaan.
Unlike Ada Madu Ada Racun (AMAR), saya lebih suka sikap Lyn dalam novel ini. Jenis yg lembut, penyayang, setia dan amatlah tegas. Book 1 dia setia juga. No nonsense type of woman. Walaupun dia berdendam, tapi dia bersikap rasional dan matang.
Jika book 1 saya mudah sikit nak memaafkan Johan, novel ni saya agak sukar ingin memaafkan. Sebabnya :
1. Curang. 2. Gunakan wang isteri untuk membiayai kelangsungan hidup kecurangan dia kerana dia dah banyak hutang tertunggak. Itupun masih punya masa dan wang nak berlibur dgn Shiha semasa melakukan tugas di Vietnam. 3. Tidak pernah membeli atau memberi apa2 buat Lyn sepanjang perkahwinan just because she usually didnt accept his gifts (bersebab) or tak pernah meminta. Tapi dgn si Shiha segala macam dia beri. Rumah, kereta dan credit card yg berlambak. Dengan isteri tak perlu di mintalah, even small little things or gesture meant a lot to the lots of us. 4. Buta dalam menilai 'gold digger'. 5. Tidak tegas dengan Shiha. Tidak membela Lyn secara berdepan ketika isterinya di hina oleh Shiha. Eleh..Shiha berani ketika bersama Johan je. Belakang Johan tergugat juga. 6. Abaikan anak2 dan isteri tapi kekurangan isteri dijaja tanpa belas walhal ingin menutupi kecurangan sendiri. 7. Dengan Shiha terlalu berlembut, dengan Lyn dia berkeras. Until lah Lyn ugut cerai, baru terkedu. Itupun masih slow poke juga. Tak sedar2 lagi tentang niat Shiha yg sebenar. 8. Mengugut untuk mengambil hak anak jika Lyn berterusan keras hati dan mengungkit khilaf Johan tanpa ingin berdamai.
Bodoh betul lelaki ni. Ego dia sentiasa ingin di belai. U get what u give tau. U beri kasih sayang, kasih sayanglah u dapat. U beri harta, cinta tak dapat tapi harta u lah yg tergadai. Shiha is another Laila.
Jujurlah, her treatment in this novel is nothing. Dgn perangai Johan yg melampau, he deserves the Lyn in Book 1. (AMAR). Biar terus jatuh terduduk tak boleh bangun2 lagi.
Dan saya suka bila Lyn menumbuk Shiha. Tumbuklah rasanya. 🤔 How I wished Lyn belasah dia cukup2 sebelum handed her over to the authority. Just because she is a woman, if she caused harm towards others, saya takde nak tegakkan woman's right or empowerment. Jika dia belasah lelaki yg tak bersalah macam jantan, biar lelaki tu belasah dia balik. Saya takkan anggap lelaki itu dayus jika perkara ini berlaku. Well it didnt happen in this book. Shiha was a weakling menangguk di air yg keruh.
Bagi saya, imprisonment is nothing for Shiha. She deserved caning as well. Keluarga dia terlepas begitu sahaja kerana they did nothing melainkan menghabiskan harta Johan. Kenapalah tak tarik balik kesemua harta yg dah dibelanjakan hingga naik papa Johan dibuatnya. Hutang keliling pinggang. Inilah yg saya tak suka tentang Johan. Berhabisan pada tempat yg salah dan sebelum waktunya.
But ending dia kelakar juga lah. Saya suka scene pindah rumah baru the most.
Kisah pasangan bahagia rafael dan lyn. Kebahagiaan mereka diuji apabila rafael mula bermain kayu tiga dengan perempuan di pejabatnya. Mulanya hanya suka2. Lama terpaut suka.
Rafael mula berubah kerana di rasakan lyn begitu asyik dengan dunia pekerjaannya. Dirinya terasa diabaikan. Dia sunyi. Maka sebab itu dia mula pasang angan-angan untuk membesarkan masjid. 😅😅😅
Lyn yang mula perasan suaminya berubah mula terdetik sesuatu. Tapi dia masih percaya kan suaminya. Kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh. Lyn dapat tahu rahsia rafael. Maka berperang besar la mereka. Dalam novel ni, tak ada heroin yang lemah, lembik tangiskan nasib diri. Tak ada. 😁
Lyn bangkit demi anak-anak. Dia membalas perbuatan suaminya. No no bukan lyn main kayu tiga juga. Lyn pasang strategi buatkan rafael tu terduduk. Jangan main2 dengan kuasa isteri. Rafael hari2 memujuk dengan kata ampun dan maaf. Tapi hati lyn keras. Tiada maaf bagimu rafael.
Lyn akhirnya keluar dari banglo mewah tu sambil membawa keluar anak-anaknya. Rafael masih tak jemu memujuk rayu lyn. Adakah lyn akan terima semula suaminya?
Kenalah baca novel ni. Sarat dengan pengajaran buku ni. Kadang kita isteri asyik salahkan suami mengapa kasih suami berubah. Kita lupa nak tilik diri kita. Yang kita tau suami yang salah. Tahniah penulis.
Cerita ttg lelaki curang.. dan penyondol tu pun gold digger.. yg bgus nyee slalu bile ppn kene tggl ngn lelaki, tk dpt pape.. kire baik laaa si Rafael nie byr ganti rugi kt ppn tu.. bukan sket yee.. byk okay..
Byk pengajaran bole dpt dlm cerita nie.. eh cerita dri Adnil Zaff mmg akn ade byk pengajaran pun.. hehe
Biasanya membaca novel yang berkisarkan suami curang, pasti mereka bercerai kemudian story seterusnya lebih kepada hero lain.
Tapi, tengok pada tajuk pun, kalau kita baca dah macam tanda amaran. Curanglah lagi! Ada berani. Pembalasan yang diberikan oleh Lyn memang kaw-kaw punya. Walaupun aku pada awalnya tak suka dengan Rafael ni, bila jatuh baru terhegeh balik dekat Azlyn. Tapi, kemudiannya , yes.. boleh rasa penyesalan dia tu. Bila dah hilang, baru kita mengingati dan refleksi diri balik kan?
Namun, dalam sesuatu, memang betul. Kepincangan tu mungkin bukan hanya dari sebelah pihak. Masing- masing ada kekurangannya dan dalam perhubungan juga kita memerlukan variasi untuk menghidupkan jiwa pasangan.
Paling aku suka watak Bibik Sutinah yang memainkan peranan sangat penting dalam perhubungan mereka.
Tahniah dan terima kasih penulis atas karya yang sangat memberi iktibar ini.😊
Sebenarnya nak bagi 4 bintang,tapi disebabkan takde sorang pun watak dalam cerita ni hadiahkan penampar/penumbuk kat Rafael,terpaksalah bagi 3 bintang je.Paling suka part Lyn marah Rafael sampai Rafael jadi "bodoh" sekejap.Puas hati bila Lyn lempang Syiha sampai Syiha pengsan. Best wehh watak Lyn ni,dia tak lemah bila Rafael buat perangai.
Curanglah lagi! Tajuk sahaja dah boleh mengambarkan keseluruhan isi cerita. Namun bila start pembacaan, terus tidak mahu berhenti. Sangat best cerita ini. Cerita yg sangat realiti yg sering berlaku disekeliling kita. Seorang suami yg pada mulanya hanya ingin mencuba utk mendekati perempuan lain hanya kerana diri tidak diberi perhatian yg secukupnya, namun terjebak dengan cinta. Bila sudah dilanda demam cinta, maka si suami mula menjadikan kekurangan isteri sbg alasan utk dia berkahwin dgn perempuan lain. Padahal sepertimana kata2 lyn terhadap Rafeal, setiap kekurangan yg ada pada suaminya semua ditelan dan diterima tanpa pernah terfikir utk mencari suami lain. Sbb lyn berpijak pada bumi yg nyata, tiada ada 1 manusia pon yg sempurna. Jadi bagaimana mungkin si isteri sanggup mencari kesempurnaan yg lain padahal sempurna pd manusia itu tidak pernah wujud. Salute dgn watak lyn yg sgt tabah dan tegas dlm menangani masalah yg dtg walau kadang kala dlm hati sentiasa menangis dan sering rasa tertekan dgn kecurangan si suami. Cerita ini memberi kita gambaran bahawa bila ibu bapa bertelingkah, maka yg jd mangsa adalah anak2. Malah bahagia yg ada di depan mata ranap kerana desakan nafsu dr sang suami yg kononnya mahukan lebih kebahagiaan dan perhatian. Juga, diselitkan juga nasihat yg walau mcm mana pon sibuknya seorang isteri itu, jgn sesekali mengabaikan kehendak suami kerana suami seakan2 anak2 kecil yg sering meminta perhatian dan manja dr seorang isteri. Byk unsur pengajaran di dalam cerita curanglah lagi ini dan pastinya novel ini seharusnya dijadikan manuskrip pd pasangan yg baru mendirikan rumahtangga. Sangat berbaloi memiliki novel ini dan yg pastinya sentuhan writter dlm setiap novelnya tak pernah memgecewakan pembaca dan ada magisnya. 😘😘😘
I’ve been in that situation, I faham sgt feeling Lyn 🥹. After 7 years and this book, I have to come to terms that siapa kita untuk hukum kesalahan orang? Kita bukan Tuhan. Hanya hamba lemah. I lupa, bukan I saja yang diduga. Suami I pun. Cuma berbeza rupa dugaan tu.
It’s how we face it and handle the situation yang sgt penting. I appreciate the husband tu tak putus asa pujuk Lyn. Although dia still tak 100% forthcoming in his action even after affair tu was found out, I still appreciate dia tak putus asa and put effort untuk better himself as a husband.
I faham juga where Lyn is coming from. Memang susah untuk trust his intention after what’s happened. I faham kenapa dia mengamuk and bawa diri sampai mcm tu. Tapi, dah fitrah perempuan ni lembut. Kalau dah syg tu, mmg syg betul.
PUAS!!! Itu saja kata yang dapat aku berikan untuk naskhah ini. Jalan cerita yang terbaik & watak - watak yang sangat - sangat kuat chemistry memang satu naskhah yang berbaloi untuk dibaca. Watak Lyn adalah TERBAIK... watak wanita yang kuat & mampu bangkit kerana suami. Rafael.. walaupun sakit hati kerana wataknya diwarnakan sedemikian tetapi aku dapat rasai penyesalannya & kekhilafannya. Terbaik AZ.. anda memang penulis yang sentiasa memikat aku untuk membeli & membaca karyanya.. 👍👍💪💪
Johan oh johan. Tak ada masalah, cari masalah. Kau lupa ke betapa kerasnya hati bini kau ni dulu🤦♂️
Suka gila karakter lyn. Lyn bukan jenis akan merayu kat suami yang curang. Apa dia buat, dia stand up for herself. Keutamaan dia, diri dia dan anak-anak. Itu lah yang sebetulnya. Jangan biar orang pijak kita biarpun pasangan hidup sendiri. Nak bahagia, kita kena bahagiakan diri kita dulu baru the happiness can be spread.
Syiha ni memang ada dan wujud. Bersepah-sepah syiha ni.
kalau syiha ni ada kat sebelah, awal-awal lagi dah tolak masuk kandang b@0-, dasar penyondol! dah tau kut rafael tu dah ada isteri dan anak tiga orang, lagi nak sondol. yalah, tengok rafael tu kacak bergaya, mewah, haa ... mulalah. buat malu kaum pompuan aje.
rafael pun sama naik tocang. konon test market ke apa? walhal lyn tu sama bekerja, sama penat. nak uruskan anak-anak lagi. dah sibuk nak meggatal ... adoi. ni dah sama macam kalau rafael dengan syiha ni betul jadi kahwin, kena panggil pak ropi nyanyi - lahanat, pengantin baru!
nasib baik tak sempat weihh... lyn mula tebar kuasa dia. jangan main-main bila isteri mula kembangkan kepak dia bila tahu yang suami dia curang. ha ... berani sangat ya... curanglah lagi!
macam biasa, sedap penceritaan penulis nih. takyah nak kupas lebih dah. kihkih.
perkahwinan. memang akan banyak onak dan ranjau. bertahan itu memang payah, tapi yakinlah. Dugaan yang Allah beri bukan sia-sia. yakin dengan hikmahnya.
This was worth the wait for me to get this. Title pretty much sums the whole story. Seorang suami yg rasa “terabai” bcos isteri is a career woman. Kena “cuit” sikit ngan pucuk muda, trus rebah dlm affair. Jln crite yg smooth, tak meleret. Suka watak Lyn. Bile dah tau suami curang, dia tak lemah. This is wat i like but of cos she can afford to do that due to the fact that dia ni career woman. Kalao jadi pada surirumah yg tak bekerja, i guess jln crite mesti lain. I pon suke watak si suami curang ni actually. He tried ways & means to prove that he’s sorry. Dia masih ade sifat kesian pada si langau by dropping her gently. And dia tak putus mintak maaf pada Lyn. Dari prolog aje kite dah tau hepi ending lah.. so takde lah stress sgt.
terbaik! puas hati betul baca novel ni.. start baca kat wattpad, memang tertunggu2 je novel ni publish.. salute utk puan lyn yang betul2 berkorban untuk rumah tangganya..
sgt best berkali2 baca.. kisah lynn dan raf.. jika nk kenal lg mendalm bc la ada madu ada racun.. ni kisah kesinambungn citer tu. tp kalo sekadar bc ni shj pun ok... tahniah 5*