Buku ini merupakan coretan 99 kisah stres seorang isteri. Bohonglah jika sebuah rumah tangga sentiasa dalam suasana ceria. Tentunya ada perasaan berkecil hati, kecewa, rajuk dan tertekan dengan pasangan. Namun percayalah. Melalui perasaan tertekan inilah para isteri belajar mengenali suami mereka sebenarnya. Alah, bukan stres sangat pun, stres ala-ala manja saja.
Anekdot suami isteri memang boleh jadi buku berjilid-jilid. Ada kisah yang mencuit hati, ada kisah yang nampak annoying, ada kisah yang memberi kesan mendalam.
Sungguhpun penceritaan berbentuk anekdot lebih kepada unsur humor tapi jika diperhatikan setiap satu ada mesej tersendiri yang ingin disampaikan.
Sebab itulah Allah jadikan kita berpasang-pasangan supaya dapat melengkapi antara satu sama lain. Konflik yang dihadapi juga perlu diselesaikan dengan baik. Bukan mengikut perasaan tidak tentu hala.
Terima kasih penulis. Ada sesuatu yang saya belajar dari buku ini : sifat memahami pasangan, bertolak-ansur serta meraikan pasangan.
puan penulis Shaza Baharuddin memang sinonim dengan karya yang menceritakan keadaan sekeliling dalam kehidupan beliau. suka baca sebab dalam kisahnya memang banyak pengajaran yang ada.
kali ini kisah suami vs isteri. kisah puan penulis dengan suaminya dalam mengharungi kehidupan seharian sepanjang berumahtangga. ada saja kisah yang mencuit hati yang mampu membuat pembaca tersenyum sendiri sepanjang pembacaan.
sifat suami dan isteri memang berlawanan. kedua-duanya saling melengkapkan. tak kisahlah nak lengkap harmoni atau nak lengkap bertelagah. hehe.. bertelagah ni sebenarnya mampu main peranan merapatkan lagi jurang antara suami dan isteri. kalau tak gaduh, mesti tak tahu sifat sebenar dan cara nak hadapi. bak mantan bos akak kata dulu, rumahtangga yang tenang harmoni tanpa pergolakan sebenar ada pusaran bahaya di dalamnya!
suami kentut depan-depan. hadap jelah. isteri kuat merajuk, suami tak heran. suami kata tak suka fast food, masakkan je la. suami pi makan kat mamak lepas main bola, senyum je la. sesekali nak merajuk, suami tak pandai pujuk, redha je la.. hehe... apa pun moga pasangan suami isteri semua bahagia sentosa hendaknya ya...
. 99 Stress Free Wife sebuah naskah santai yang mengisahkan kehidupan suami isteri. Coretan isteri yang melalui kehidupan seharian bersama suami dan anak-anaknya. Anekdot yang mencuit hati bila ada kisah seakan sama tapi tak serupa dengan diri saya. . Sememangnya, begitulah gabungan suami dari Marikh dan isteri dari Zuhrah. Ada sahaja yang tidak kena. Rencah kehidupan sebegitulah yang menjadikan sebuah perkahwinan itu saling melengkapi. . Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Macam lagu P.Ramlee tu. Ingatkan? . Jadi buku ini amatlah sesuai untuk bacaan santai dan mencuitkan hati. Pastinya, mesti ada kisah-kisah mereka yang sedikit lebih kurang sama saja dengan kita. . Selamat membaca! . #cabaranmembaca2018 #readingchallenge2018 #akudanbuku
A lovely book of the author's reminiscing her moments with her husband; not many, I consider as unnecessary. 149 pages, average of 90 words/page, quotations from Mother Teresa (p.20), Khalil Gibran (p.27), Dr. Bilal Philips(p.51), Sayyidina Ali bin Abi Talib KW, RA, AS (p.66), Imam As Asyafi'(p.83), Sukarno (p.101), Mahatma Gandhi (p.121), Benjamin Franklin (p.143) published in 2018, certain pages load with simple illustrations.
Quite a light book that you can fast read and finish within a day. 99 situations based, no direct lessons, but somehow it pictures you how marriage may look liked-some say imperfectly perfect. It would be nice if she could explain the lessons learned in situations shared or else it would be just lame stories. Read it just for fun!