Hanya kerana terkhilaf dalam memilih kawan, Syafa terheret dalam kancah sebuah dendam yang tersimpan puluhan tahun lampau. Tidur malamnya yang sering didatangi oleh mimpi-mimpi seorang wanita bernama Suraya, cukup membingungkannya. Rupa-rupanya, mimpi-mimpi itu telah membuka pekung sebuah kisah lampau yang sengaja dipadamkan daripada memori kehidupan Syafa oleh ‘seseorang’.
Ammar, rakan baik Syafa menyedari perubahan Syafa. Dia cuba membantu. Tetapi, entah di mana silapnya. Semakin dia mencuba, semakin Syafa menjauh daripadanya. Kemunculan Nizam semakin meruncingkan lagi kedinginan hubungan antara Syafa dan Ammar.
Dalam diam, dendam mula bersemai mekar dalam hati. Ada hati yang terluka dalam diam. Permainan bermula. Aduka hanya memerhati ‘drama’ yang sedang dimainkan. Dia tahu, kini tugasnya perlu diselesaikan segera. Dia yakin, sejauh manapun ‘pendusta’ itu melarikan diri, akhirnya pasti tersungkur bersujud memohon ‘keampunan’ daripadanya.
Antara sahabat dan janji, Syafa hampir-hampir tewas. Apa kaitan Syafa dengan Aduka? Mengapa pula Ammar mengkhianati sahabat baiknya sendiri?
“Jangan sentuh akulah! Apa salah aku pada kau? Sampai sekarang, kau masih ganggu hidup aku. Pergilah kau dari sini! Aku rayu pada kau. Tolonglah!” - Syafa
“Pasti kau kenal siapa Suraya, kan? Aku yang bantu keluarganya dan membatalkan perjanjian mengarut dengan keluarga kau. Kerana mereka berdua iblis. Dan begitu jugak dengan kau. Manusia tak seharusnya bersekutu dengan iblis.” - Fateh
“Kita tak boleh biarkan ayah macam tu aje, long. Sampai bila? Ayah tu Imah tengok dah macam mayat hidup.” - Fatimah
Buku ini penuh kejutan dan plot twist.. Seronok membacanya.. Tertanya-tanya siapa Aduka, berjaya menarik Sha untuk membaca novel ini sampai habis.. Memang menarik garapan dan penceritaan penulis.. Berbaloi Sha beli, simpan dan baca.. kikiki.. Semoga penulis terus berkarya..
Sebuah novel seram keluaran Buku Prima yang best. Ditulis dengan gaya penulisan yg santai, berserta dengan latar suasana kampung yang terasa dekat di hati. Unsur2 seramnya boleh tahan, dan endingnya juga memuaskan. Cuma keliru sedikit dgn susunan plot2 yg berlainan latar masanya...
Novel ni mengisahkan tentang Syafa, seorang pelajar yatim piatu yang bercuti di kampung sahabat baiknya, Ammar. Sejak berada di kampung itu, dia mula mengalami peristiwa2 yang seram dan aneh. Semuanya disebabkan oleh dendam silam satu entiti bernama Aduka. Sejak itu juga, satu demi satu rahsia silam keluarganya mula terbongkar.
Percutian semester di kampung sahabat baiknya Ammar membuka satu episod ngeri buat Syafa. Dia mula mengalami pelbagai peristiwa yang menakutkan. Malah ada yang mendendaminya.
Mula-mula membaca bahagian Ammar kejut Syafa tu SH rasa kemain yea. Kejut anak dara orang. Kat rumah keluarga pulak tu. Mati-mati SH ingatkan Syafa ni anak gadis. Rupanya anak teruna. Nama tu buat keliru betul.
Geli hati sungguh dengan ulah kedua sahabat Syafa dan Ammar. Ada sahaja usikan dan hilai tawa di antara mereka. Bila bab bergaduh dah serupa gaduh adik beradik. Ada saja yang nak disakat. Tak Ammar yang mengusik mesti Syafa yang menyakat.
Jalan cerita menarik dan mempunyai pace penceritaan yang agak laju. Tetapi ada beberapa imbas balik yang berlaku namun tidak dinyatakan tahun/masa ia berlaku. Agak pening jugaklah bila membaca. Kalau diletakkan akan lebih memudahkan. Tapi mungkin juga sengaja dibiarkan untuk menjadi teka teki. Sebab di tengah penceritaan sahaja yang tidak dinyatakan waktunya. Menuju hujung cerita bab yang menceritakan imbas kembali diletakkan waktunya.
SH suka bagaimana penulis menyingkap rahsia dengan perlahan-lahan. Satu persatu rahsia mula terbongkar. Walaupun sudah dapat diteka siapa dalangnya namun penulisan penulis masih mengikat SH untuk meneruskan perjalanan.
Masuk bab Cik Kalsom SH rasa sungguh tak sangka. Kemain Cik Kalsom dan Syafa yea. Rupanya apa yang terjadi ada sebabnya. Bukanlah seperti apa yang difikirkan.
Tapi SH sedih ramai yang jadi mangsa dek kerana dendam. Orang yang tak bersalah menjadi korban. Tapi begitulah lumrah hidup. Andai hati hitam gelap, tidak kira siapa menjadi mangsa, janji dendam terbuku dapat dibalas.
Secara keseluruhan, novel ni memang best dan berbaloi untuk dibeli dan dibaca. Suka sangat dengan persahabatan dan kenakalan Ammar dan Syafa. Kata-kata dan usikan si Ammar tu memang betul-betul mencuit hati 😂. Nampak macam jahat, tapi saya puas hati gila bila baca dekat bahagian Ida kena strok. Dah lah mulut jahat takda insurans, boleh pulak buang darah daging sendiri dekat rumah anak yatim. Errr 😑 (Amboih teremosi pula)
Letih membaca novel ni. Jalan cerita dah ada cuma agak kalut sedikit terutamanya penggunaan watak tambahan, perubahan timeline dan juga agak sedikit tergantung.
Boleh perkemaskan lagi flow cerita agar lebih dramatik. Contohnya ketika Dr Fateh bertempur dengan Aduka tu. Terlalu mudah dan kurang mencemaskan.
ni antara buku yang memang buat saya meremang dan ia berkait dengan dendam kesumat. Pada mulanya,memang tak faham,tapi sampai klimaks dengan tiga timeline dan karakter yang ramai,baru faham susun galur keluarga Syafa dalam buku ni.
Buku ini mengisahkan tentang sebuah perjanjian yang tidak disengajakan, disertai dengan rasa benci seorang watak yang akhirnya menjerat orang lain yang sebenarnya tak bersalah. Namun, walaupun watak utama dicampak ke tempat yang bukan sepatutnya, dia tetap menemui lorong cahaya — seolah-olah dirinya punya magnet kebaikan yang menarik kasih sayang orang sekeliling, termasuk daripada mereka yang kita tak sangka ada pertalian istimewa.
Pada pandangan pertama, aku tertarik dengan kulit buku yang menonjolkan watak buaya jadian — makhluk yang muncul menuntut perjanjian lama, sedangkan waris keluarga sendiri pun tidak mengetahui puncanya. Rupanya semuanya berpunca daripada moyang yang bersahabat dengan unsur khurafat, hingga menyebabkan cucu cicit menjadi mangsa sumpahan itu.
Walaupun plotnya tidak terlalu seram, cerita ini menyentuh sisi lain — pergelutan mental seorang anak yatim akibat kekejaman neneknya sendiri. Ia memberi mesej tentang luka batin, dendam, dan pengampunan.
Aku suka sebab plotnya lain daripada kebiasaan dan penuh pengisian. Akhirnya, berjaya juga aku habiskan buku yang sarat dengan makna dan nilai kemanusiaan.
This entire review has been hidden because of spoilers.