[eBOOK 34_2025]
Topeng Berdarah by Saidee Nor Azam.
.
Sebenarnya kan, aku baca buku ni sebab ratingnya yang tinggi (4.08) di Goodreads. Dan genrenya thriller.
.
Tapi, perasaan aku waktu baca buku ni, sama macam waktu baca buku The Lost World suatu ketika dahulu.
.
Rasa cringe. 😅 (Maafkan saya)
.
Okay, kisahnya tentang ada pembunuh bertopeng bersiri iaitu Algojo yang akan membunuh pasangan yang curang.
.
Dan Hazwadi pulak ialah seorang pelukis psikik, yang mampu melihat gambaran pembunuh. So, dia la yang selalu tolong pihak polis selesaikan kes.
.
Pada masa yang sama, ada 3 doktor pakar bedah yang bertugas di hospital.
.
So, antara semua orang tu, siapakah Algojo?
.
Okay, overall, tema cerita ni menarik.
.
Cumanya terlalu banyak pengulangan part bercinta-berasmaradana-curang yang ditonjolkan. Iya, faham la punca Algojo mengganas, sebab isu curang tu. Tapi bagi aku, tak perlulah terlalu mendalam pulak part doktor-doktor tu bercinta. Ini kan cerita thriller.
.
Keduanya, sebagai seorang staf kesihatan, aku rasa part kerja doktor tu, perlu diperhalusi dan diteliti lagi. Aku faham juga yang watak doktor yang perlu ditulis dalam buku ni (bukannya pekerjaan lain) , tapi tetaplah aku mengharapkan gambaran profesion yang lebih tepat.