Jump to ratings and reviews
Rate this book

Derhaka Cinta Jebat

Rate this book
Jebat Zulkarnain…

Dia seorang yang perengus. Egonya melebihi tahap tujuh petala langit. Setiap bait bicaranya hanya mengundang luka di hati insan yang terlalu sayangkannya.

Aisyah Humairah…

Bila hati dah terlanjur cinta… dia rela menadah hatinya untuk disakiti berkali-kali, walaupun jelas… sayang Jebat padanya hanya dusta semuanya. Cinta Jebat hanyalah helah untuk pemuda itu melunaskan dendamnya.

“Sebesar kuman pun tiada cinta dalam hati aku untuk perempuan curang macam kau ni.”
Bicara itu membunuh jiwanya. Sakit yang teramat.

“Kalau tiada sayang, kenapa awak biarkan saya terus merasa, sayalah wanita yang paling bahagia bila bergelar isteri pada suami yang paling saya cinta?”

“Sebab aku nak kau rasa balik setiap kesakitan dan derita yang kau hadiahkan untuk orang yang aku sayang. Aku akan pastikan, setiap nafas yang kau hela akan beralaskan duri yang amat tajam.”

Aisyah pasrah, Aisyah reda. Hukuman diterima dengan senang hati, tapi kenapa layanan Jebat padanya sering tak selari?

Kata benci, tapi kenapa Jebat yang terlebih cemas bila dirinya ditimpa sesuatu? Sikap caring Jebat melebihi ego dan panas baran yang sering ditonjolkan.

Pening Aisyah. Apa sebenarnya yang ada dalam hati Jebat? Kenapa Jebat begitu berdendam dengannya? Benarkah dirinya dah tak bertempat langsung dalam hati Jebat Zulkarnain?

508 pages, Paperback

First published October 1, 2018

21 people are currently reading
208 people want to read

About the author

Cik Tet

35 books114 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
38 (31%)
4 stars
39 (32%)
3 stars
34 (28%)
2 stars
7 (5%)
1 star
2 (1%)
Displaying 1 - 20 of 20 reviews
Profile Image for Puteri Nurcahaya.
160 reviews12 followers
November 1, 2018
Yg penulis ni memang ada trademark yg akan selalu nampak dlm setiap novel dia. Semua novel dia akan ada trend yang sama

Baru habis baca novel ni dlam erti kata sebenar benarnya...muahahhaha..😂😂😂 (ku x minat cover depannya)😅😅

Nak ckp mcmana yer... As expected by cik tet la. Novel dia jenis lari2 , and then dtg carik balik, and then nk pujuk tp ditipu sbb nk uji hati ... Eh...and btw, sweet tahap potong kaki buku ni..hahaha..mmg enjoy baca, tapi kadang meremang jugak dgn sweet2 dia...hadoi. ak terpaksa tutup sekejap, tarik nafas ,and bukak balik sambung baca..

Dia x kan ada langau mengacau, setakat langau x diiktiraf ada la.. Tp lebih kpd berkisarkan mereka berdua jer. Mcmana sesi memujuk, menyembunyikan kenyataan, and dare i say, meleret2 ...haih...

Sampaikan for me isu yg kecik, yg boleh diselesaikan cepat, tapi still sampai ke bab2 terakhir bru la dijelaskan.

For me, i hope this writer boleh keluar dr zon selamat dia.. Yeah, this kind of story, readers loves to read. Saya x nafikan, tapi i want more. ..Something yg x menyakitkan hati bila baca and ada pengisian, ada yg buat kita rasa satisfied bila baca.

Penulis pandai buat ayat untuk bagi kita terbayang, tersenyum2, and saya yakin jugak penulis boleh buat reader rasa, yg karya dia is something special..

Hope for the best untuk next novel!!! Good luck penulis...

P.s : saya dah baca semua novel cik tet..wink..wink..😉😉😉
Profile Image for Ririn Aziz.
790 reviews106 followers
January 9, 2020
3.5 bintang

Buku pertama penulis yang saya baca. Not bad. Nampaknya bertambah senarai penulis yang akan saya ikuti.

Ceritanya ringkas jer sebenarnya. Miscommunication. Ego. Dan insecure. Pusing2 pun berbalik pada hal yang sama. Geraaaam jer rasa.

Tapi penulis pandai membentuk karekter yang dimahukan. Walaupun dok putar isu sama (berbaik-salahfaham-cemburu-merajuk-pujukmemujuk), tapi olahan penulis berjaya mengikat saya untuk terus membaca sampai tamat.

Good job!

Ps - rupanya penulis pun orang kampung saya ya. Ramainya orang kampung saya jadi penulis tersohor.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,334 reviews67 followers
April 25, 2019
[BOOK 45]

Derhaka Cinta Jebat by Cik Tet.
.

Buku ini masih mengekalkan identiti Cik Tet. Hero yang handsome, kaya, romantik, ego dan kali ni, ada karakter tambahan iaitu perengus. Heroin pulak seorang yang lawa giler, lemah-lembut, sopan dan ayu, dan juga cengeng. Dan buku Cik Tet juga santai dan stress-free with light conflict tanpa melibatkan langau. Sebenarnya, ada je langau yang nak hinggap, tapi senang je tepis sebab konflik sebenar ialah pada hero dan heroin tu sendiri. Dan kebiasaannya, ada la scene salah faham. Hero sejenis ego, tak suka minta maaf tapi lebih kepada perbuatan la to compensate salah dia tu. Tapi dia expect heroin faham apa yang dia rasa. Hurm...bongok betul. Heroin pulak pastilah akan assume yang bukan-bukan. So ada lah jugak adegan pujuk memujuk.
.

So, sama jugak kali ini. Tapi kurasa Cik Tet cuba untuk variasikan gaya penulisannya jugak. Permulaan cerita, ku tertanya-tanya kenapa Aisyah ni melarikan diri daripada Jebat dan apa kebenaran yang Jebat dah tahu sehinggakan dia mula menjejak Aisyah. Dan bila masuk part pertengahan, Aisyah mula flashback. Tapi, sebab dia flashback tu sekaligus terus, so tak pening pun la mencari jawapannya.
.

Kisahnya ni, Jebat kahwin ngan Aisyah untuk membalas dendam. Kononnya, dulu Aisyah couple ngan adiknya, Tuah, tapi Aisyah curang dan mengakibatkan Tuah ditimpa kemalangan dan lumpuh sehingga sekarang. Tapi sebenarnya tu salah faham je. So, bila Aisyah dah hilang, barulah Jebat menyesal.
.

So, again, kalau mencari kelainan dalam karya ini, mungkin takde. Tapi kalau sukakan gaya penulisan Cik Tet dan ceritanya yang santai, bolehlah baca. (Walaupun santai je, tapi awal-awal cerita tu, dahi aku dah berkerut. Ni semua sebab Jebat yang perengus ni. Selamba je dia campak kerusi kayu dari tingkat 3 resort. Eh banyak handsome perangai dia ni. Dan disebabkan Aisyah ni pun lembut je. Itu yang Jebat tak makan saman tu)
Profile Image for Yaya H. Amir.
147 reviews6 followers
July 29, 2022
2.7 🌟🌟🌟

Sebenarnya tak berapa suka watak Jebat. Macam budak². Mengamuk sampai buat kerosakan, baling barang.

Bagi aku, lelaki baran yg tak boleh kontrol emosi, akan baling/rosakkan barang sebab tak boleh pukul si perempuan. Tak pun maybe jebat ni mental😒

Btw, ceritanya light reading. Boleh layan. Nak kata sedih, biasa² je. Kalau aku jadi aisyah, aku blah je tinggalkan si jebat. Tak ada maksud nusyuz dah kalau laki pun macam setan😂 dia punya niat salah nak kahwin dengan aisyah pun dah satu dosa.
Profile Image for SS.
512 reviews5 followers
October 21, 2023
Hanya kerana ingin membalas dendam. Jebat berkahwin dengan Aisyah. Ikatan suci itu dipermainkan Jebat. Tegar betul dia 💔 Lepas berkahwin, rasanya korang sendiri boleh agak apa jadi dekat Aisyah. Sampai Aisyah tekad untuk membawa diri. Bagi saya, dendam Jebat memang dendam yang sia-sia dan makan diri. Tiada usul periksa yang mendalam. Terus buat keputusan bodoh.

Benda pertama yang saya nak highlight ialah cerita ni cerita dewasa. Ada part 🔞 (atas katil, cium & mandi). Sikit-sikit ke situ je otak Jebat. Hm. Inikah dikatakan sweet dan nuckal? idunknow. Perspektif masing-masing la. Bagi saya dengan membaca, pembaca akan imagine. Mustahil tak imagine. Jadi, macam mana? . Tak salah pun kan letak peringatan dekat belakang ke mana-mana ke mengatakan yang dalam buku ada part 18sx. (-1)

Cerita sedikit meleret bab pujuk memujuk, klise & pengulangan dialog. 🙃. (-1) Nak sampai ke main point tu agak makan masa juga. Awal tu geram sebab tak tahu apa sebenarnya yang mereka gaduhkan. Tapi saya tahu mesti Aisyah face it something really bad. Kalau tak. Takkan la dia layan Jebat macamtu.

Tapi dalam pada dia taknak melayan Jebat. Jebat gunakan kuasa dan duit yang dia ada. Dengan stay di resort tempat Aisyah bekerja dan menjadi VIP guest di sana. So nak taknak Aisyah kena juga entertain dia as VIP guest. Money can buy that. Hm. Cuma isu ni di sini. Cara Jebat tu macam tak bijak sampai akhirnya menimbulkan fitnah. Dan Aisyah pun sampai ke sudah rahsiakan status dia dari pengetahuan rakan sekerja. Ini semua benda simple je pun. Takkan nak kena ajo. Haha adui

Konflik boleh diselesaikan dengan cepat sebenarnya. Tapi Jebat lebih memilih untuk tunjuk lagak dan ego dia. Walhal apa yang dia perlu buat ialah minta maaf & mengaku salah.

NOTA: Benda yang aku suka dalam ni mungkin nama anak-anak Puan Huda. Jebat, Tuah & Teja. ❤️
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
May 24, 2019
ada akak terbaca yang heroin dalam novel puan penulis Cik Tet selalu main lari-lari. beb, oklah camni. ada sesetengah penulis ni memang ada trademark tersendiri. so kalau macam puan penulis ni korang taula dah, lari-lari dan romantika de amour mesti ada dalam novelnya.

tapi puan penulis bijak. ceritanya tak straight forward. susunan jalan cerita itulah buat jadi rasa sangat sedap untuk dibaca. korang takkan jumpa kisah aisyah tertipu ketika bercinta dengan tuah pastu lari. then kenal dengan jebat lepas tu kahwin dan kemudian kecewa. jumpa amar yang bantu dia mendapat kerja. jalan cerita dan olahan puan penulis buat pembaca nak tahu apa jadi seterusnya. bagi akak, itu dah cukup mengancam jiwa!

dan lagi, hehe... pembinaan watak sangat compliment each other. jebat, huh. serius akak menyampah baca nak pulak part dia baling kerusi keluar dari bilik hotel penginapan. macam bagus betul perangai sampai takde yang boleh menegur. kalau akakla, panggil polis je dah. serius meluat tapi on the other side sangat kesian sebab dia pertaruhkan jiwa dia untuk sesuatu yang sangat berharga.

aisyah. memang pada dasar nampak macam lemah, lembik, mudah kena buli tapi dia ada kekuatan yang tersendiri. dalam lemah lembik tu lah dia mampu bidas hingga jebat mati kata. dalam mudah kena buli itulah buat jebat sasau dalam penangan cinta aisyah.

everything is about trust. kepercayaan. bila mudah sangat percaya pada fitnah dan kemudian tak mau selidik kebenaran, hadap sajalah kebarangkalian yang bakal berlaku dalam kehidupan. tambah pulak bila ego. isskk... jangan jadi manusialah kalau sombong ego tinggi melangit. siapa awak yang nak menidakkan takdir?
Profile Image for Mazila.
106 reviews13 followers
July 12, 2021
Novel pertama penulis yg aku baca. Not bad. Cerita yg agak santai dan ringkas. Semuanya berkisar ttg salah faham dan ego. Rasanya dr awal sampai habis asyik berputar benda yg sama iaitu salah faham dan ego. Tp penulis pandai olah dan bentuk karekter watak utama. Kalau ikutkan isunya kecil je, tp dia duk pusing-pusing sampai akhir baru tau apa yg menjadi punca.

Jebat, menikahi Aisyah kerana dendam. Cinta Jebat buat Aisyah terbuai tp pd hari pertama pernikahannya Aisyah dpt tahu ttg niat Jebat yg sebenarnya. Hati Aisyah dirobek krn hanya menjadi mangsa dendam suami sendiri. Disebabkan itu Aisyah melarikan diri krn tidak tahan dengan layanan dingin Jebat. Pd hari yg sama dgn pemergian Aisyah, Jebat tahu kebenaran ttg Aisyah tp dia dah terlambat, Aisyah dah pergi membawa diri.

Parah naw cara Jebat nak pujuk Aisyah bila dia berjaya menjejak keberadaan Aisyah. Macam gangster pun ada. Ego Jebat tinggi melangit. Bukannya dari awal dia jumpa tu nak minta maaf dan pujuk, tp guna cara kuku besi dia tu. Mampukah Jebat yg ego memujuk Aisyah yg telah terluka hatinya? Masihkah ada peluang utk mereka?

Pd aku kisah ni agak klise, mula-mula benci, lepas tu jatuh cinta. Tp kalau korang nakkan bacaan santai bolehlah baca, sbb bila dorang dah berbaik tu, kemain lagi tau sweet si Jebat ni, tahap potong kaki dah. Pastu ketiadaan langau tak menambahkan tension utk baca. Bukan takde tp langau tak sempat nak beraksi. Haha...
Profile Image for Sera.
92 reviews14 followers
January 20, 2019
Crite dari penulis ni mesti ade watak heroin yg lari. Tapi kali ni, heroin dah larikan diri dari permulaan story. Honestly, most of her books sume dah patut jumpe ending kat pertengahan crite tapi it’s her style of wrting to potray what goes on after main characters dah berbaik. Mayb saya yg tak brape minat nak baca that portion lah. Kalao sikit aje story after the happy reconciliation, then itz fine. Tapi for this story, almost half of the book dok crite bout their life after berbaik... mcm bosan sikit tu part..
Profile Image for Sha Mohamed.
2,521 reviews1 follower
January 9, 2020
Gaya penceritaan penulis menarik cuma susunan cerita tu Sha tak berapa minat.. Kisah Jebat dan Aisyah.. Perkenalan dengan niat membalas dendam akhirnya makan tuan.. Jebat ingin menyeksa Aisyah namun yang terseksa Jebat sendiri.. Bukan mudah sebenarnya nak menyakiti bila dalam hati ada cinta.. Nice ceritanya..
Profile Image for Cik.
211 reviews5 followers
December 20, 2023
Memang semua heroin2 Cik Tet ni lemah ye? 😪
Profile Image for Ajoilynn Fadlina.
37 reviews2 followers
November 14, 2018
Derhaka Cinta Jebat
Kaseh Aries Publication Sdn Bhd / 512 mukasurat
Cik Tet
#novelcinta
#bukusedap

Semua berpunca kerana rasa dendam, salah faham dan ditambah pula dengan ego yang tinggi melangit, sanggup Jebat Zulkarnain menzalimi Aisyah Humaira isterinya sendiri. Bijaknya Jebat mengatur rancangan agar Aisyah jatuh cinta padanya hingga membawa kepada sebuah perkahwinan dengan niat ingin membalas dendam. Aisyah Humaira, suatu ketika dahulu pernah menjalinkan hubungan cinta dengan adik lelaki Jebat iaitu Tuah Iskandar.

Tanpa usul periksa teganya Jebat menjatuhkan hukuman sewenang-sewangnya tanpa memberi peluang kepada Aisyah untuk menjelaskan segala-galanya. Aisyah dituduh berlaku curang semasa dia berkasihan dengan Tuah dan menjadi penyebab musibah yang menimpa adik lelaki kesayangannnya. Aisyah benar-benar kecewa. Jebat mendustai cintanya. Dia dinikahi Jebat bukan untuk disayang, dicintai sepenuh hati tapi Jebat punya agendanya sendiri. Misi Jebat hanyalah satu, melunaskan dendamnya dan membalas balik segala kesengsaraan Tuah yang kononnya dikhianati Aisyah dahulu.

Hati isteri manalah yang tidak kecewa. Bahagia yang diharapkan namun dibalas dengan derita sengsara oleh sang suami yang sangat dicintainya sepenuh hati. Aisyah semakin menderita, lalu dia mengambil keputusan untuk pergi meninggalkan Jebat bersama sekeping hati yang luka. Mainan takdir, disaat segala kebenaran terbentang di depan mata, Jebat pula yang jadi penasaran. Menyesal kini tidak berguna, Aisyah semakin jauh membawa diri. Penyesalan kini menyeksa diri Jebat. Masih berkesempatan lagikah dia atau sudah terlambatkah untuk dia meraih sebuah kemaafan dan cinta Aisyah kembali?

Satu je pesanan saya, nak baca novel ni perlu ada tahap kesabaran yang cukup tinggi ya. Perangai tak semenggah Si Jebat ni betul-betul menyakitkan hati. Mana dengan egonya, perengus, baran lagi.. adoii, kita yang membaca ni pun turut makan hati. Dan mungkin bagi sesetengah pembaca berpendapat jalan cerita yang sebegini agak cliche sebenarnya, tapi untuk novel ni ada kelainannya. Nak tahu, korang kenalah baca. Untuk Cik Tet dan Penerbitan Kaseh tahniah saya ucapkan. Dan untuk Cik Tet, teruskan berkarya lagi dan lagi. Semoga berjaya menghasilkan karya-karya yang lagi best dan sedap di masa akan datang.

Done
154 reviews2 followers
October 27, 2021
Tak habis baca. Hate the main characters too much - aku siap bagi peluang sampai ~300 m/s sebelum serender, kut-kut ada sekilas sinar pelangi (heheh) kasi reda sikit dentuman guruh ribut petir hasil dari mulut cabul hero yang asek terpekik terlolong (saiko agaknye mamat ni...) heroin pulak buat-buat main tarik tali (is she preggers?) karekter lain jadi pak pacak biar aje "VIP" buat perangai Godzilla. What. The. Fish!
Profile Image for Penchinta Novel.
78 reviews
April 24, 2019
Derhaka cinta jebat karya cik Tet.

Kisah tentang dendam yang membuatkan manusia hilang kewarasan.
Kerana dendam, jebat tega sakiti hati orang yang disayangi.
Tanpa penjelasan dari pihak satu lagi jebat buat keputusan sendiri yang akhirnya memakan diri sendiri.

Adakah pintu kemaafan akan terbuka dari Aisyah untuk jebat? Dendam apa yang sehingga jebat sanggup menyeksa jiwa dan raga isteri? Kena bacalah. Hihihi.. 😁😁

Tahniah penulis.
Profile Image for Crystal R.
10 reviews
September 12, 2022
For me, okaylaaaa. Tapi novel ni kinda slow & meleret.😫 Terlalu banyak flashback and terpaksa 'skip' sbb penat nk baca. Actually, beli novel ni sbb sebelum ni pernah baca novel Jampi cinta Dato' F (smthg like that) and karya Dato' F tu besttt, so mcm expect karya ni pun best jugakk tpi sorry 🥲

Tpi yeahh watak 'nakal' hero2 Cik Tet mesti tak lari ek 😂❤️ Tapi okaylaaaaa 🤍
Profile Image for Nadiah Zaidi.
76 reviews93 followers
August 5, 2019
To let go rm28 including postage by pos laju
Berminat boleh whatsapp kaknad 0147940285 or visit igshop or fb page kaknad Store
5 reviews
March 19, 2025
It's a fun read, tak sakit kepala Dan stress, sebab takde watak bekas girlfriend/boyfriend datang kacau, lancar je baca 👏🏻👏🏻👏🏻
Profile Image for Siti Sarah.
232 reviews
July 3, 2024
Habiskan buku ini dalam 2 hari. Suka suka suka sangat buku ini. 10 bab yang pertama sangat seronok. Sebaik sahaja dimulakan buku ini tidak boleh letak. Walaupun tahu dah di adaptasi ke tv, suka lagi bukunya.
Displaying 1 - 20 of 20 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.