kemas mini novel ni. dari kulit depan, isi sampailah ke kulit belakang. sama juga perjalanan kisah bella.cantik olahan dan penyampaian. emosi yang ada memang sampai. tak perlu nak banyak kisah. cukup dengan satu kisah wanita sombong dan angkuh seterusnya kehidupan yang perlu dilaluinya.
bella, digambarkan cantik bergaya oleh penulis Afifah Yusof. anak tan sri tapi sangat sombong dan ego. teman lelakinya danish ikutkan saja ragamnya. bella tak berkenan dengan khalil, sahabat danish yang sangat menjaga tingkah laku dan pandangan mata.
disebabkan sombong dan angkuhnya itu, bila khalil seperti menidakkan yang bella itu perempuan cantik dan bergaya, tambahan bella sangat sakit hati dengan kata-kata yang pernah diluahkan khalil, bella bertindak. dan tanpa disangka, tindakan itu membuahkan satu perkara yang sangat luar jangka. khalil terbunuh! muncul watak khareef dan atas kejadian itu, khareef mula merancang sesuatu. tanpa diduga, rancangannya terduga!
itulah, kata-kata ni sebenarnya memang lagi tajam menusuk hati, kalah pisau atau pedang. tambah pula yang terkena tak boleh nak tahan dengan tikaman kata-kata. mungkin diamkan tapi ada jugak yang jadikan ia sebagai pencetus api dendam. dendam yang bagai api dalam sekam sangat-sangat membakar dalam diam. sama ada mampu dipadam atau terus membara ditiup angin. sebaiknya bersyukur dengan limpahan nikmat dariNya. bila ditimpa musibah, reda dan yakin ada yang lebih baik percaturan kehidupan yang diatur olehNya selagi manusia beriman, menurut perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya...
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM8 (excl. postage). Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.
Kisah ini sangat, sangat pendek and everything seems so rush. Sayang sekali sebab N rasa cerita ni ada potensi to be really good, if only penulis would take some time to properly develop it.
But in hindsight, maybe bagus jugak cerita ini pendek sebab Bella zaman jahil sangat, sangat annoying!
Cerita yang mudah dihadam bersesuaian dengan saiznya sebagai buku poket. Sejenis cerita yang pembaca tak payah sakit hati sebab dalam cerita ni takde orang ketiga yang mengganggu-gugat. hehe. Pembaca cuma perlu serap segala pengajaran yang dihidangkan penulis.
Disebabkan saiz buku yang comel, sekali hadap sahaja pembaca sudah boleh habiskan bacaan. Tapi disebabkan sayang bookmark free tu, guna jugalah bookmark tu sekali; bagi cukup syarat merasa guna bookmark padahal sekejap sangat mark page tu, lepas tu sambung baca semula. haha!
Tahniah kepada penulis kerana berani melangkah ke hadapan dengan kemunculan Atap Publication dan buku poket Bella ini. Semoga maju jaya!
Lama dah baca ingtkn dah buat review lupa la pula.
Buku ni mini novel bagi sya biarpun mini pengisian cerita menarik juga baca dri bella yg pertama dan bella 2 bru lengkap rasa menarik tu.Buku Bella ni klu tak baca sambungan Bella 2 dia memang rasa tak kan puas.Kena baca bella 2 LE dia bru rasa menarik. 😍
Jalan cerita santai2. Tapi tak sangka yg Danish pukul Khalil sampai dia mati. Asalnya Bella nak malukan Khalil kawan Danish. Sebab nampak Khalil dgn Bella kat hotel, Danish belasah sampai Khalil mati. Jumpa Khareef dgn Bella nak balas dendam. Tapi dia yg jatuh cinta dgn Bella. Sehingga bapa Khareef xdpt terima Bella sebagai menantu.
Penulis buku pon baik hati bagi kita masa beli buku Kat PBAKL 2025. Thank you Nuriffa 😘