“Hasil bedah siasat mendapati Tuan Gilbert meninggal kerana kehilangan darah lapan jam selepas ditikam.”
“Aku rasa... Bonda kau dah hilang.”
Longlai dan terduduk Raid Arjuna saat fakta tentang kedua-dua ibu bapanya dibentangkan di depan matanya.
Degil, kerana sikap itu… Hidup Raid Arjuna dihantui rasa bersalah berpanjangan selepas satu insiden terancang telah melibatkan dirinya dan dia menjadi tunjang masalah tersebut. Penculikan. Pembunuhan ayahnya, Tuan Gilbert. Kehilangan bondanya, Engku Marsitah tanpa jejak serta seluruh harta keluarga dirampas, akhirnya seorang Raid Arjuna yang lembik dan tidak pernah kenal apa itu erti susah mencabar diri untuk menuntut keadilan dengan caranya yang tersendiri.
Saat tanggungjawab berat ditimpakan ke pundaknya, Raid berhenti jadi anak manja. Selama 15 tahun, Raid bangkit memperlihatkan sikap tangguh berdepan musuh-musuh keluarganya dalam gelanggang korporat. Bagi kakistokrasi, Raid adalah ancaman kerana melatih kader-kadernya sendiri termasuk Yasmin Qawla Azwar. Hubungan platonic yang terbina atas dasar kemanusiaan.
“Zaman orang berpistol, kau masih ke hulu ke hilir dengan kerambit. Kau perasan kebal macam pendekar jawa Taming Sari, eh?” – Yasmin
“Apa pun Yasmin, jangan terburu-buru, okey? Perkara ni bukan main-main. Siapa pun, dan apa pun gelaran mereka, pokoknya mereka ada di luar sana. Mereka boleh bunuh orang sesuka hati dan tak ada sesiapa berani melakukan apa pun untuk menghentikan mereka.” - Raid
Tapi pengawal peribadinya Noah dan Gambit menyedari sesuatu... Fizikal luaran Raid mungkin kalis pukulan tapi sekeping hati Raid menjadi rapuh hanya kerana Asyanur! “Syarikat orang pun aku boleh rampas, inikan pula Asyanur yang belum sah jadi isteri kau!” – Raid.
Musuh kembali mahu mencelakakannya dan dia harus melindungi Asyanur daripada terkena tempias. Satu per satu rahsia lebih hitam terkuak.
“Terima kasih Raid Arjuna… Awak betul-betul jaga saya dengan nyawa awak.”- Asyanur
Ini kisah tentang kesaterian putih, pengorbanan melawan kuasa manusia, kecintaan dan kesetiaan serta sejauh mana manusia sanggup berubah melawan pengkhianatan serta kerakusan.
Update: 20/12/2018 Adrenaline rush -- rasanya ini paling tepat untuk menggambarkan keseluruhan rasa. Ok, time to move on. Eh! Haha.
4.5*
Akhirnya 🤩 We’re waiting for years! Novel ni membuka kenangan zaman dolu-dolu. Saatnya di mana aku masih gagah menatap skrin komputer berjam-jam hanya semata-mata untuk membaca di blog haha.
Terima kasih Kak Rose ❤️ Moga ada lagi yang bakal menyusul. Arsalan, mungkin, atau Luke (?) 😉
Ps: Ini bukan review.
Full review: 4/11/2018
Raid memang selalu akan dekat dalam hati. Namun takdir Allah membuat aku tukar Raid kepada Raisha 😘 Oppss, sorry! Moh ler balik pada tujuan asal iaitu review haha.
Ya, ini rombakan besar-besaran dari Rose Harissa (RH). Lima tahun yang berbaloi, menjadikan naskhah Raid Arjuna (RA) sematang usianya.
1. Berani. Antara teori, konspirasi atau realiti. Ia bukan sekadar tangkap muat. Penulis berjaya buat aku percaya pada tiap isu yang cuba dibangkitkan dan ada beberapa scene yang buat aku tersengih. Nakal ek? Haha.
2. Ilmu baru. Mengenali RH, aku tahu novelnya tak akan pernah ‘kosong’. Banyak yang dimasukkan dalam novel ini tapi olahannya tak buat aku letih menghadam tiap input itu. Dan, rasa semangat nak kumpul emas/dinar tiba-tiba naik kembali.
3. Pace laju dan sangat smooth. Membacanya dah ibarat naik roller coaster bak kata Kakwan.
4. Raid Arjuna. Selayaknya untuk pemimpin lelaki yang dikasihi; jalan berliku, onak berduri. Ecehhh! Silakan dakap RA dan anda akan merasai apa yang aku rasa tentang RA.
5. Noah. Gambit. Asyanur. Tiga tonggak penggerak penting untuk seorang RA. Ketiga-tiganya sangat memberi ‘warna’ pada Raid. Kredit penulis kerana membangunkan watak Asyanur bukan sekadar heroin tempelan.
6. Kosa kata baru. Terima kasih! Cuma meletakkannya di bawah halaman agak menganggu konsentrasiku, dan mungkin ada beberapa patah perkataan yang aku rasa tak perlukan glosari itu. Tapi yalah, tak leh pukul rata; apa yang aku tau tak semestinya pembaca lain tau dan begitulah sebaliknya.
7. Laras bahasa. Ini bukan kepakaranku, tapi aku tak dapat elak meletakkan naskhah Wisalah Cinta Weera (WCW) versi PTS sebagai ukuran. Dan, RA nampaknya tak dapat merampas takhta WCW dalam carta hatiku. Masalah ejaan pula dah umpama tabu. Moga dapat dibetulkan untuk cetakan seterusnya.
Aku tarik 0.5* kerana perbuatan Raid yang ada masa tak selari dengan gaya Islamiknya. Aku tau Raid bukan maksum, tapi kerana aku ada rasa dekat pada Raid, jadi aku mahu dia kelihatan sempurna. Konflik peribadi! 😂 Tapi biarlah, review aku kan? Haha.
Ps: Yasmin, tahniah kerana buat aku makin penasaran tentangmu! Good luck Kak Lily 💪🏻👏🏻
4 bintang untuk kisah ini dan 1 bintang tambahan buat penulis. Saya tidak jangka kali ini Puan Penulis agak berani melakarkan kisah sebegini "based on true event" tetapi di fiksikan. Sampai saya terpikir kalaulah masih di zaman pemerintahan kerajaan terdahulu adakah naskah ini akan diterbitkan.
Conspiracy Theory vs Reality, Sejujurnya saya selalu ngelat kalau berhadapan dengan kisah-kisah konspirasi teori sebegini, bukan apa saya seorang yang cepat teruja. Selagi tidak dapat jawapan konkrit selagi itu lah saya tidak akan senang duduk mulalah keluar aura detective Conan saya nanti. Tapi back to reality disinilah kemahiran penulis di tagih, beliau berjaya membuat saya percaya dan puas hati dengan apa di lakar. Ia ada cuma terlindung dari mata kasar kita dan sekiranya itu hanyalah kisah rekaan penulis sahaja (tiada kaitan dengan yang hidup mahupun telah meninggal dunia) saya tetap memilih untuk percaya.
Saya suka bagaimana penulis membina watak Raid Arjuna. Jatuh bangun dia, hidup dengan rasa bersalah. Kehilangan ayah dan ibu. sebab itu dia harus bangkit menyelesaikan apa yang tertinggal kerana bukan dia sahaja yang jadi mangsa dan seharusnyalah Raid bangkit sebagai pembela.
Watak Asyanur juga dilakar dgn cermat oleh penulis sama seperti Raid, Asyanur juga mangsa ketamakan orang-orang sekeliling. Cuma penulis tidak mahu watak Asyanur lebih dominan dari Raid jadi saya boleh nampak bertapa cermat penulis dalam menghidupkan watak ini. Ada masa saya hampir rasa putus asa (dalam hati jangan lah Asyanur begini/begitu) Yes penulis menjawab suara hati saya. Syabas penulis #teamasyanur.
Watak-watak orang disekeliling Raid, tak semua orang jahat kan?, pasti ada yang akan menghulurkan bantuan dengan cara mereka sendiri.
Banyak yang saya nak kongsi lagi sebenarnya tapi, kehabisan kosa kata pula, yang pasti buku ini banyak info tentang pertanian, penternakan, makanan sihat rasanya memang penulis amik masa dan buat research terlebih dahulu. Mungkin itu antara punca mengapa buku ini lewat diterbitkan dari 2013 sehingga 2018.
Laras Bahasa, gaya penulisan saya bukan lah orang yang arif tentang hal ini, cuma bila penulis menyatakan beliau berusaha menulis dalam Bahasa Melayu sepnuhnya jadi usaha itu tidak wajar dipandang remeh, bukan apa tak larat bila baca novel Melayu tapi penggunaan bahasa Inggerisnya boleh tahan. Asal meluah rasa je dalam bahasa orang putih hurmmm kita pula yang penat heh. Pengunaan perkataan-perkataan yang lain dari kebiasaan mungkin sedikit menganggu tapi tak mengapa penulis dah sediakan glosari di bahagian bawah cumanya bila glosari di sediakan saya jadi malas, asal nampak je perkataan yang ada tanda(1) saya cepat-cepat melihat ke bawah sbb nak tahu maksud perkataan tersebut dan ada masanya perkataan yang saya dah sedia maklum maksudnya pun saya tetap memandang ke bawah, tak tahulah apa motifnya sedikit sebanyak ia menganggu konsentrasi saya. Pengunaan glosari di bawah tu ada pro dan kontra nya jadi tepuk dada tanya selera masing-masing. "Typo" agak banyak, sesuatu yang harus diperbaiki di masa akan datang.
Ada sesi pengenalan watak Yasmin Qawlah Azwar heroin novel Kak Lily ni yang buat saya penasaran ni. Tak pasti bila terbit tp saya akan menanti dengan sabar. Cameo Luke Khuzairi, aduhhh terubat juga rasa rindu dekat Luke walapun hanya keluar satu babak, yang ini pon dinanti dengan sabar.
Saya tak pandai nak buat review or ulas panjang2 tapi novel ni memang wow! Tanggapan pertama adalah beraninya penulis! Ok kerajaan baru so xde masalah..hehe
Raid Arjuna...hmmm bukan Asyanur je,kita pun boleh jatuh cinta kalau gitu gayanya 😄. Gambaran yang diberi memang menunjukkan Raid Arjuna seorang yang perkasa selayaknya dengan namanya - pemimpin lelaki yang dikasihi!
Asyanur- mulanya berdebar jugak menantikan reaksi Asyanur bila tahu perkara sebenarnya. Expect reaksi biasa yang ditunjukkan-marah benci dan memberontak. Ternyata Asyanur lebih matang dan menilai situasi dengan akal bukan hati semata-mata. Memang sepadan ubtuk berdiri disisi Raid Arjuna.
Bab ekonomi dan segala konspirasi tu memang diluar pengetahuan kita so terima jelah apa yang dihidangkan penulis. Cantiknya olahan dan susunan penulis membuatkan saya taknak pertikaikan apa-apa.cuma automatik terkait juga dengan skandal yang hangat dinegara kita ni.hehe...tetiba eh ada kaitan ke ni 😅.
Cuma penggunaan sari kata yang baru membuatkan pembacaan sedikit terganggu bila mata asyik nak tengok ke bawah walaupun dah tahu pun apa maksud perkataan tu.haha..cuma terasa tidak adil untuk menolak bintang kerana hal itu jadi masih lagi 5*dari saya!
Pukul 3 pagi semalam, akhirnya jumpa juga perkataan 'tamat'. Fuhhh...
Sungguhlah, lega rasanya lepas dah habis baca. Sebabnya Raid Arjuna sebuah novel yang begitu sarat dengan konflik. Tipulah kalau aku cakap aku tak lelah nak hadam segala isi yang ada dalam buku ni, tapi disebabkan Rose Harissa merupakan salah seorang penulis kegemaran aku, aku paksa juga diri habiskan buku ni dalam waktu yang singkat. Sudahnya 3 minggu juga aku ambil masa nak habiskan. Singkatlah sangat, kan? Kahkahkah.
Aku tak mampu nak review panjang-panjang memandangkan fikiran aku sendiri masih rasa berbelit-belit cuba hadam semua isi buku ini dari A sampai Z. Aku faham konflik ceritanya, tapi tak mampu nak diterangkan dengan patah perkataan. Cukuplah ia sekadar terkurung di pemikiran aku saja. 😂
Tapi ada beberapa babak menarik yang masih aku ingat dan terbayang-bayang...
1) Scene Raid dan Asyanur dikejar semasa bertolak pulang dari Genting. Masa ni kan... Perghh Raid memang gila. Terbayang-bayang dia drive kereta dia tu laju macam pelesit.
2) Scene Raid berlawan dengan musuh-musuh di atas kapal seorang diri. Sekali lagi, perghhhh Raid memang betul-betul gila!
3) Scene paling gila sebenarnya saat terbongkarnya kebenaran tentang Engku Masitah setelah 15 tahun hilang tanpa mampu dijejak.
Apa-apa pun, Raid Arjuna tetap dalam kategori best walaupun berkonflik berat. Tapi kalau nak dibandingkan dengan Hatiku Untuk Dia yang aku baca sebelum ini, mestilah kisah Reza lagi best! 😋
Akhir kata, selamat tahun baru kepada semua warga GR ya!😉
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM17. Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.
Pada N, the strongest thing about this story adalah watak Raid Arjuna itu sendiri. Perwatakannya sangat menarik and one of a kind. Hubungan akrab Raid, Noah dan Gambit juga menjadi satu tarikan untuk N terus membaca.
I would have given this a happy 5 stars if it weren't for the fact that N alami sedikit kepayahan untuk memahami bahasa dan struktur ayat yang ada masanya sangat asing buat N. Sedikit sebanyak ia membuat pembacaan N terganggu kerana N perlu mencarik maksud perkataan atau frasa yang digunakan.
I think there will be a lot of people yang would appreciate gaya penulisan sebegini. Unfortunately, I'm not one of them.
Gagah gigih usung & ulit RA demi semangat GengBonet yang terbias sampai ke pulau.
4.5 star
Dan KakChik ulang belek lagi selepas khatam, kira nak hadam semula sesetengah perkataan & peribahasa yang tak@kurang faham.
TBC
Full review: 07.11.2018
Karya RH kali ini lebih telus dan terbuka dalam melontarkan isinya. Ada perkara tertentu disentuh secara terang-terangan. Kisah penuh konspirasi, korupsi dan juga perjuangan hidup dalam dunia realiti atau bayangan.
Secara jujur KakChik sangat teruja pada Prolog I, adrenalin rasa menghentam jantung. Tapi pergi ke Bab 1, merudum sedikit keterujaannya sebab ada ciri-ciri adegan kahwin paksa. (Nasib baik hero pujaan ramai ni, Raid Arjuna panjang akal).
Watak:
1. Raid Arjuna - anak tunggal Tuan Gilbert-Engku Marsitah yang suka memberontak. Sentiasa diawasi oleh pengawal peribadi. Tak pernah ambil kisah berkenaan perniagaan orang tuanya. Kerana konspirasi, dia hilang semuanya. Yang tinggal cuma sengsara dan sifat setia Noah & Gambit. Dari anak yang kuat memberontak, dia bangkit menjadi pemimpin yang kuat dan tegas. Tapi perjalanan untuk ke arah itu bukan mudah. Buktinya dia sentiasa menjadi mangsa kepada musuh-musuh yang penuh misteri. Perkembangan watak RA digarap secara matang oleh RH, namun dalam matang dan sebagai pemimpin yang tegas tetap ada sikap manisnya. hik,hik,hik.
2. Noah dan Gambit - pada KakChik mereka adalah tulang belakang kepada perkembangan plot yang diolah RH. Watak mereka ada kekuatan yang tersendiri. Tiba-tiba rasa jatuh hati pada watak Noah yang selalu nampak cool dan bersifat pelindung.
3. Asyanur - Haaaa, yang ni KakChik suka sebab dia pandai hurung kesedihan dia. Tapi tiba-tiba bila jumpa seseorang yang dia rasa bersifat matang dan melindungi, automatik dia boleh kongsi kesedihan. Tapi dia bukan heroin yang lembik. Ada aura yang sentiasa bersamanya walaupun penampilan dia biasa-biasa sahaja. Yang penting kekuatan watak Asyanur tak over shadow RA.
Secara keseluruhannya, KakChik memang menghayati RA dengan pelbagai rasa. Ada kala tiba-tiba rasa eh kenapa laju sangat. Eh kenapa rasa macam betul je sindiran ni.
Dan KakChik potong 1/2 bintang sebab terlalu banyak perkataan baru. Hik, jenuh mata KakChik bolak-balik tengok glosari di bawah. Agak mengganggu juga. Walaupun dapat ilmu baru, tetap mengurangkan halaju pembacaan KakChik.
Tahniah Che Rose untuk RA, sebab tiba-tiba semangat KakChik membaca bagaikan tersimbah dari semangat watak RA itu sendiri. :)
Dan tak sabar nak jumpa Yasmin Qawla Azwar, yang muncul sekejap dalam RA ni.
P/S: Kak Lily, cepat-cepat ye ketuk keyboard selepas selesai urusan anakanda nanti. :)
Naskhah ini boleh dapat 4****, tapi saya tolak 1/2* (saya ada sebab tersendiri...) . Sebagaimana naskhah karya Che Rose sebelum-sebelum ini, naskhah ini sebetulnya tak menghampakan saya. . Membaca karya ini, saya seperti menonton filem aksi yang buatkan jantung saya tak henti bekerja, saya seperti naik roller coaster yang buatkan saya perlu mengusung rasa debar sepanjang masa. . Plot cerita yang laju, lancar dan penuh debar menanti di setiap bab buatkan saya rasa nak mendabik dada sebab dapat habiskan bacaan dalam tempoh 24 jam untuk naskhah setebal 659 muka surat ini... sebabnya, sekali sudah mengadap, saya terus tenggelam dalam lautan aksara.... hahahaha . Watak-watak yang dipotretkan sangat detail dan teliti buatkan saya jadi kagum sendiri. Ya ampunnnn Che Rose kakwan tabik spring kat Che Rose! . Kali ini penulis seperti bereksperimen dengan perkataan-perkataan baru yang jarang digunapakai oleh penulis-penulis lain dalam novel. Ini bagus! Kerana selain membaca cerita, pembaca dapat belajar benda baru... cumanya itulah... sedikit sebanyak, pembacaan saya jadi terganggu dengan nota kaki yang ada di setiap muka surat yang terlibat... mata asyik nak pandang bawah... hahahaha (tapi kalau tak ada nota kaki di bawah, tak boleh juga sebab nanti tak tahu apa yang 'watak' nak sampaikan) . Komen-komen lain... kakwan tunggu adik-adik Bonets kakwan sambung hikhikhik - biasanya ada komen kami yang selari... wink wink wink . . . Salam sayang, Kak Wan
Ps: tak sabar nak baca Nefertiti karya Kak Lily Haslina Nasir kerana watak Yasmin heroin kak Lily, ada buat cameo dalam cerita Raid Arjuna ini ^___^
Raid Arjuna merupakan kisah yg sarat dgn info dan ilmu pengetahuan. Secara jujurnya, tiada satu perkataan pon yg saya tinggalkan dlm pembacaan walau byk word yg ditulis agak 'sastera' dan penuh 'kemelayuan'. Namun definisi yg tertulis di bwh setiap muka surat byk membantu utk memudahkan pembaca faham akan maksud perkataan tersebut. Kisah dimulai dengan kematian tuan Gilbert dan kemalangan tragis yg meragut nyawa keluarga Asyanur. Raid yg asalnya seorang bdk yg manja mula berubah karektor apabila kematian bapa dan kehilangan ibunya. Keadaan menjadi semakin buruk apabila syarikat keluarganya dirampas dan harta disita. Amanah yg ditinggalkan oleh Asyari menjadikan Raid mula berjuang utk hidup dan sentiasa melindungi Asyanur dr marabahaya. Pelbagai kejadian menjadikan Raid tekad melamar Asyanur. Hanya Asyanur yg boleh membuatkan hidup Raid 'normal'. Pelbagai konflik dan tragedi yang diceritakan menjadikan buku ini bergerak dgn 'pantas' tanpa saya rs kebosanan. Part yg paling saya ingat bilamana dlm keadaan marah, Raid akn jadikan bhs kiasan untuk melepaskan kemarahan berbanding maki hamun. And yes, saya rs Raid ni mcm 'old school' dan sgt klassik😂. Tahniah dan syabas kepada penulis yg sanggup mengenengahkan penggunaan bhs melayu yg jarang2 dipraktikkan di dlm novel masa kini. Jadi untuk itu saya tidak2 ragu utk bg ⭐⭐⭐⭐⭐
Membuka lembaran tahun baru 2019, dengan memilih novel RA sebagai novel pembuka saya kira memang sesuatu yang memuaskan!!!
Raid Arjuna - Lelaki yang asalnya tampak cengeng namun, dugaan demi dugaan yang hadir dalam hidup berjaya membuatkan dia menjadi lelaki 'pemimpin' yang digeruni. Hidupnya hanyalah dengan dunia korporat sehinggalah dia bertemu mata dengan Asyanur, amanah yang dia pegang untuk sekian lamanya. Bersama Asyanur, dia mengenal makna cinta. Tidak lama, ikatan perkahwinan antara mereka terjadi. Namun, kalau sudah hidup bersama Raid Arjuna, tidak ada istilah senang-lenang. Dugaan itu tidak pernah berhenti sehingga membuatkan kedua-duanya hampir dijemput ajal. Dapatkah pasangan ini terus melakar bahagia?
Secara keseluruhannya, novel RA ini bagi saya sebuah kisah yang padat... padat dengan aksi, padat dengan pengajaran dan juga padat dengan ilmu. Kosa kata yang jarang² didengar dapat kita lihat dalam naskhah ini. Saya sangat suka dengan penulisan RA sebabkan banyak perkataan BM yang jarang didengar, beliau selitkan dalam setiap naskhahnya. Plot penceritaan bagi saya tiada yang klise, malahan saya kira penulis sentiasa menghidangkan jalan cerita yang lari dari kebiasaan penulis 'cintan cintun' zaman sekarang.
TAHNIAH buat ROSE HARISSA untuk naskhah epik ini! Teruskan berkarya kerana karya RH antara karya yang boleh mencelikkan mata orang yang bukan semua novel itu 'sampah'. Gitukan emosi.
p/s : Mengharapkan agar penulis terus menggunakan kosa kata bahasa Melayu yang jarang didengar, agar cerdik sikit pembaca Malaysia. Takdelah asyik kena hidang dengan ayat sweet tak jadi je. Gitukan.
Terlalu best! Kalau nak baca sila pastikan ada masa yg cukup utk habiskan bacaan in one sit, sebab kalau terpaksa stop2 atas urusan harian, rasa stress sangat sebab tak sabar nak tau sambungannya. Berdebar2 sepanjang pembacaan, langsung tak boring.
Kisah yg penuh dgn plot misteri, aksi, romantik, konspirasi, dan kasih sayang. Cukup rasa semuanya.
Raid Arjuna - pemimpin yg dikasihi. Peribadinya memang sebijik macam namanya yg hebat. Kagum, terpesona, cair, dan jatuh cinta berkali2 dgn character Raid yg sangat..sangat..sangat..gah dan berkarisma, dari segala aspek! Peribadi, dlm soal bisnes, dlm kepimpinannya sebagai ketua, dgn sahabat, dan sebagai pencinta seorang Asyanur.
Dan..aku suka sangat Asyanur. Walaupun sangat muda, tapi sangat matang dan tak mudah melatah. Dia sememangnya pendamping, penenang dan pencinta paling cocok utk suaminya yg gah tu. Beza umur 14 tahun tu tak mencacatkan langsung kisah cinta mereka. Sebab both saling melengkapi.
Terserlah sgt penulis a.k.a Rose Harissa ni sangat berilmu, karya yg penuh dgn info yg tak pernah kutahu mahupun ambil tahu. Selitan konflik konspirasi dunia Korporat, politik, ekonomi, bisnes. Kadang2 aku lost sikit sebab dunia yg aku tak tau semua tu.
Penggunaan bahasa melayu tinggi yg sangat bombastic, banyak peribahasa dan perkataan yg tak pernah dgr langsung. Sejujurnya agak terganggu sikit sebab kita tgh nervous dan berdebar2 baca dialog, tp kena rujuk nota kat bawah page nak tau apa maksud perkataan/peribahasa tu. Tp tak pe la, tambah ilmu baru.
Bukan bacaan yg kosong. Bagi sesiapa yg selalu kritik novel cinta melayu, boleh la baca Raid Arjuna ni. Mungkin boleh ubah persepsi buruk kat novel2 melayu? 😊
#RaidArjuna >>>> Alhamdulillah...selesai sudah dgn Raid Arjuna...😊 tk terkata dgn kisah ni yg pekat dgn semangat juang seorg Raid Arjuna bin Gilbert Abdullah... Kehilangan itu satu kekuatan! dan pula hilang kedua2nya..dpt rasai jiwa tabah dan ampuh Raid...dia penuh kasih sayang dlm tenangnya....yg selalu memikir apa sebelum kenapa.. nangis masa Raid 'jumpa' bonda....Allah...rasanya kala tu Raid klu diminta nyawa pun akan dia beri!.. Asyanur binti Azimudin...si cantik Raid...ada Rahsia mengikat dia dgn Raid!..suka cara Rose bawa Asyanur dlm hidup Raid...cara Raid menjaga Asyanur dan memikul amanah yg besar n berisiko...mcm sama terikut dgn dorang pula..hehe.. bengkak rasa bila musuh paling menakutkan adalah dr mereka yg kita kenali....kejutan yg mmg buat hilang kata2.. Keseluruhan...Raid Arjuna perlu dibaca oleh peminat novel...sbb? kena la baca nak tahu sbbnya kan kan...ahaha hokeyyy...kisah RA ni adalah semangat seorang Raid Arjuna...tiada meleret jln citernya, bahasa melayu yg sgt baik dan kita dpt tahu perkataan baru yg ada biasa kita dengar dan ada yg pertama kali dengar...satu ilmu juga tu..
yeahhh... 🌟🌟🌟🌟🌟 krn RA lelaki yg layak dikasihi bkn dikasihani..TAHNIAH Rose Harissa...😘❤
Finally jumpa jua penamatnya. Lambat sedikit pembacaan, bukan kerana tak best tapi masalah kesihatan yang menyebabkan aku tak boleh fokus membaca.
Sememangnya, karya kak rose harissa tidak kosong, semuanya ber'isi'.
Sejujurnya aku tidak menyukai bab politik & ekonomi. Haha walaupon aku study dulu adelah termasuk dengan subjek ekonomi.haha. dalam naskhah ini banyak diketengahan tentang ilmu politik dan juga ekonomi.
Aku suka jalan ceritanya. Dan aku memang bangga dengan kak rose sebab beliau menggunakan bahasa melayu sepenuhnya...cuma adelah term2 yang perlu menggunakan english. Sesungguhnya aku bangga bila ada penulis memartabatkan bahasa melayu dalam penulisan mereka. Bukan aku tak suka english, tapi ku lagi suka bahasa melayu😄. Tambahan pulak kak rose ade menggunakan ayat2 baru dalam novel ini.
Totally aku sangat suka. 4.5* untuk raid arjuna. Aku taknak kupas tentang watak2 dalam ni, sebab bagi aku kesemuanya perfect.
phew! Pembacaan yang panjang. Tersangkut bukanlah sebab cerita yang bosan, tapi saya yang kekangan masa dan mood tidak sesuai.
Jadi, dari mana patut saya mulakan?
Raid. Lelaki yang dari namanya sahaja sudah terbayang badan kekar, suara macho dan pemikirannya yang tajam. Tetapi, disebalik 1001 kelebihan dalam dirinya, ada lagi 1001 kisah yang membawa kepada Raid yang dikenali semua, taikun dunia korporat.
Green Flag? Tidak. Too good to be true? Yes. But in a good way, sebab masa baca tak rasa menyampah atau cringe lah pula.
Fakta bahawa Raid adalah anak tunggal kepada seorang jutawan lokal, berdarah campuran dan berperangai kenak-anakkan. Ini Cliche. Tapi, kemalangan yang yang mengikat takdir dia dan Asyanur, hmmm interesting. Kenapa saya kata dia too good to be true? Sebab dia ada dan buat segalanya yang menjadikan dia seorang lelaki yang sempurna. Contoh, selepas 15 tahun, dia menjadi seorang jutawan (1), dengan membina perniagaan yang mempunyai 85 cawangan di serata dunia melalui titik peluh sendiri (2), malahan dia dihormati pekerja-pekerjanya (3).. Itu sebahagian contoh. His own organisation (4)? Huh, tak usah cerita. Watak Raid yang menggunakan dinar emas in his business's transaction (5), hmm agak menarik. Can be one of a good research idea, tbh.
Asyanur? Pada awal cerita sehingga hampir ke pengakhiran, dia berkelakuan matang lebih dari usia. Okaylah, saya terima sebab selama 20 tahun dia hidup sebatang kara mungkin menjadikan dia kurang berdamping pada orang lain dan lebih matang. Tapi, ada sesetangah babak yang dialog Asyanur agak kebudak-budakkan, berlaku inconsistency di situ. Keperluan watak Asyanur di dalam kisah ni, macam kurang nampaklah.. Kurang function.
Saya SUKA gila watak Noah dan Gambit. Watak yang menyempurnakan segala lompong kisah hidup Raid. Jujurnya, saya mengharapkan naskah asing untuk kisah Noah dan Gambit, adakah itu selfish? AHAHAHA
TAPI KENAPA 5 BINTANG? Sebenarnya, saya tak tahu nak beri berapa bintang sebab naskah ni bukanlah bombastic-fantastic-kebaboom, tapi kenyataan yang saya berjaya membacanya sehingga habis, why not, kan? Naskah ini juga banyak menyentuh tentang business and political. Penulis menggunakan peluang yang ada semaksima mungkin untuk menceritaakan tentang dunia perniagaan, cita-cita seorang peniaga yang berwawasan, dunia korporat, korupsi, kleptokrasi and so on. Sebab itu, tebal amat. Babak manis-manis, kurang (in a good way). Untuk yang menyukai Arjuna Kaede so much, you might love this novel as well. Idea, flow dan perwatakan ML, ada persamaan. Saya bandingkan dengan niat yang baik ya. Kedua-dua naskah sangat menarik dan radiate the same energy yang I loike!
Plot twist dia agak wow, ya. Ye lah, apa yang boleh Raid harapkan selepas 15 tahun tidak nampak jasad Bondanya? Raid sendiri sudah yakin yang Bondanya yang menghilangkan diri telah pun meninggal.. Tup tup...
Satu je la yang macam tak kena sikit. Raid ada pegangan Islamik yang agak kuat dalam perniagaannya, tapi kenapa tangannya ringan pula nak pegang-pegang Asyanur ni? Pening den. Tapi, siapalah saya nak men-judge, kan?
Buku pertama daripada author ni yg aku cuba baca. Buku ni 'hype' juga, sampai org jual mahal2. Tp aku sanggup tunggu juga KS restock balik, sbbnya aku taknak byr mahal lepas tu tak kena dgn taste aku kan. Tp buku ni memang 'worth the hype' bagi aku. 👍👍
Penulisan yang lain daripada lain, sbbnya memang author ada cakap dia guna 95% Bahasa Melayu dalam buku ni. Tp aku tak expect bahasa dia sangatlah mendalam, mcm klasik mcm tu 😲 Ayat-ayat dia berbunga habis. Buku ni pun banyak sangat fakta dan ilmu2 baru yang aku dapat. Boleh nampak betapa banyaknya research yang author buat untuk hasilkan buku ni. Sangat menarik perbincangan diorang pasal perniagaan dan sebagainya. Raid Arjuna ni 'one of a kind' la. Nama dia cantik betul 🤭 Sesuai la dgn karakter dia.
Overall, jalan cerita dia menarik. The one yg carry the whole story ni bagi aku the ML, kisah dia dgn FL ok, cuma ntahlah aku lagi fokus kisah jatuh bangun ML ni dalam nak jalankan tanggungjawab dan amanah yg dia ada 😌 #emptycanvashida
saya dah ulang baca buku ni sebanyak 2x dan rase nak baca lagi.. bait bait patah perkataan sangat sangat kemelayuan buku yang sarat dengan keilmuan tapi tak jemu dibaca teruja dengan watak raid arjuna seorang ketua yng disayangi mempunyai sifat pelindung yang tinggi terutama terhadap isteri dan 2 orang pembantunya..dari seorang anak org kaya yang hanya tahu memberontak menjadi seorang yang gagah dan mampu mengawal kemarahan mempunyai idea yang bernas dalm mnghdapi permasalahan ..temph baca sehari je ;p kepada penulis goodjob! semoga terus maju jaya dalam mghasilkan pelbagai genre untuk bacaan kami . kpda readers yang belum dapatkan buku ni sile dapatkan naskah ni dan rasai sndiri dilindungi oleh raid ;) hehe
Terbaik!! Lepas ni kalau nampak aku pakai gelang mas banyak, sila salahlah Raid Arjuna! #justjoking Kesimpulan, novel ni bukan novel kosong. Saya suka penyelesaian setiap konflik, sebab saya sangka akan dirungkai mengikut fikiran biasa, tetapi sebaliknya. Tahniah penulis!
Dunianya kelam. Atas sebab dirinya, orang lain yang tanggung derita. Atas sebab dirinya, ramai nyawa yang pergi. Atas sebab dirinya, Raid Arjuna tanggung kesan yang telah dia lakukan. Takkan boleh hilang peristiwa 15 tahun yang lepas dari ingatannya.
Pertolongan dari orang rapat di sekelilingnya telahpun membuat dirinya semakin kembali bersemangat. Dirinya yang dulu dan kini sangatlah berbeza. Biarkan dunia luar kelihatan dia jahat dan kejam. Apa yang dia lakukan, pasti ada sebabnya.
ZU SUKA!! Kisah cinta antara Raid Arjuna & Asyanur sangatlah buat zu rasa terbuai 😩❤️🩹 secukup rasa betul. Selain dari romance, banyak juga sebenarnya ilmu dalam buku ni yang diterangkan.
Dan lagi satu yang paling zu makin terjatuh hati ialah cara penulisan Rose Harissa dalam buku ni sangatlah klasik gituh fuh *chefs kiss 💋
Buku ni banyak tekankan pasal Raid Arjuna, at first Zu confused sebab banyak sangat watak. Tapi bila dah masuk part suspense, persoalan yang tergantung dah bercantum 💥😨 WOW! Part bonda Raid tu Zu menangis tau. Jujur ni!
Best sangat! Sila baca. Takda benda dah nak cakap, memang zu hasut suruh beli je ni!
Dulu Ada ikut perkembangan raid Arjuna kat blog. Raid yg kehilangan ayah dan bondanya akibat raid lari dari Hari perkahwinannya. Raid yg merasa bersalah dgn ashanur Dan menjaga ashanur Dari jauh sampai dewasa. Jadi seorang raid Arjuna tak mudah. DIA dimusuhi oleh satu kumpulan. Saya plg tak sangka tentang ungku masyitah bonda raid. Betul-betul Salah tekaan. Org yg plg jahat pun tak sangka. Nanti nak baca Nefertiti Pula. Ada yasmin azwa qaulah dlm raid Arjuna.. abaikan Bahasa melayu tinggi. Ilmu Baru. Good job rose harissa utk naskah yg mendebarkan ini.
Novel ini ohsem.. Sha dah jatuh cinta dengan Raid Arjuna.. Hero moden yang sangat Melayu.. Bila marah je keluar bunga bahasa yang sangat menawan.. Tak tahulah nak rasa takut atau terpesona.. Hahaha.. Heroin dia pun tak lembik.. Tahu silat dan pandai mempertahankan diri.. Memang gandingan yang mantaplah senang cerita.. Tahniah buat penulis sebab berjaya mewujudkan watak hero dan heroin yang sangat ohsem.. Penggunaan Bahasa Melayu dan perkataan-perkataan baru yang jarang didengar dan digunakan buat Sha rasa jatuh cinta dengan novel ini..
Usaha penulis menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya dan byk istilah baru saya puji dgn usaha itu.
Tapi bila terlalu byk ia buat kita xboleh nak beri tumpuan kepada jalan cerita dan watak sbbnya mata asyik tgk nota kaki aje berbanding nak selami emosi watak.
Lama2 ia boleh hilangkan perasaan teruja nak baca dan potong stim😭
Sempat baca Muka surat 100++ dah rasa penat dgn istilah dan nota kaki.
/saya akan sambung baca bila dah ok tapi xtahu bila DNF akan bertukar dgn bintang bersinar..
tak expect buku ni mindblown gila?? the plot??? sumpah macam kdrama nokk syok namampuihh😮💨
aku suka setiap isu yang dibangkitkan penulis dalam buku ni. tak kira dari segi bisnes seorang jutawan, ilmu baru tentang emas dinar, korupsi dalam perniagaan syarikat hatta perebutan harta dan kuasa, dan banyak lagi. semuanya digarap secara detail dengan fakta dan akta undang undang. penulis tak main taram je sampai aku semput nak hadam satu satu input yang disampaikan.
watak seorang raid arjuna ni bagi aku hampir sempurna lah. berani dalam menegakkan hak yang batil, tegas, bijak dan perkasa. cukup pakej jutawan hot idaman para waniterss🙂↔️ tapii walaupun raid ni kadang nampak ada gaya islamik tapi buat aku turn off sikit sebab dia tak jaga batas dengan asyanur sebelum kawen.
noah, gambit dan asyanur antara watak penting yang menggerakkan jalan cerita. ketiga tiga ini yang sentiasa menjadi penyumbang semangat hidup buat seorang raid untuk terus bertahan berjuang.
awal awal baca memang aku rasa macam takleh nak tangkap apa yang disampaikan sebab belum apa apa dah huru hara sampai aku macam kerut dahi sikit. tapi aku biar cerita ni nak bawa aku kemana and boomm! plot demi plot, satu pun tak skip sebab menariks betul. apa yang raid lalui dalam hidup dia memang tak mudah. 15 tahun dia berusaha cari dan kumpul kebenaran tentang keluarganya sendiri yang berantakan dan nasib hartanah dan syarikat orang yang tak bersalah demi nak tumbangkan musuh dalam selimut yang tamak.
untuk pertama kali baca karya kak rose, aku sukaaa!! penggunaan gaya bahasa yang sedap, kosa kata baru dan ceritanya yang penuh pengisian. sangat sangat recommended.
Aku berbelah bagi sebenarnya, dari segi penceritaan and characters memang superb, rasa lengkap cuma sadly aku tak dapat nak enjoy the romance aspect of this novel
tbh, 14 tahun age gap antara Raid & Asyanur takde masalah bgi aku, sebab everything starts when they became adult, cuma.. cumaaa.. umur waktu dorang first met tu yang buat aku rasa ick, like she was 5 and he's already 19 😵💫 and not helping bila Raid follow up with Asyanur's updates throughout her life.. it kinda feels predatory to me... idk if that's the correct term to use.. it just feels weird 😭😭
Because of this reason,i kinda wish the author made Asyanur a teenager when they first met
Best lar. Sebelum ni buku Rose Harissa yang tebal giler tu, Hatiku Untuk Dia, pun best juga tapi Raid Arjuna better kerana Sya pun likeable. Satu lagi novel yang sangat best berbaloi ... terutama bila persekitaran dan kehidupan sedang menekan. Jika nak cari outlet untuk tenangkan hati dengan kisah cinta yang watak-watak utamanya berkaliber, handsome tahap dewa namun tidak menjengkelkan, comel macam Japanese doll tapi bukan bimbo, bacalah novel cinta karya Rose Harissa. Pengajaran dan ilmu baru sentiasa ada di hampir setiap helaian. Buah bidara - yang ini bagi saya cabang ilmi baru... haha takkan lah dah bangka pun tak tahu kan? Betul, sebelum ni pernah la saya baca iklan produk mandian bidara, itu saja lah. Loyalty Noah & Gambit, Umi terhadap Raid, best nyer. Ro'id Arjuna ... got my vote sebagai lelaki awesome.
Kagum dengan semangat penulis menggunakan bahasa melayu sepenuhnya dalam buku ni. Barulah boleh dikategorikan sebagai novel melayu. Cuma penggunaan lunak bahasa yang sangat tinggi agak janggal bagi aku yang dah terbiasa dengan novel melayu gaya bahasa santai. Nasib baik ada nota kaki yang banyak membantu pemahaman.
Apa-apapun Raid Arjuna berjaya membuat aku gagal berhenti menyelak helaian demi helaian. Cerita cinta aksi penuh misteri. Manakan aku mampu tahan diri dari merungkai konspirasi pembunuhan dan kehilangan papa dan bonda Raid. Malu mahu mengaku yang aku ada selak helaian akhir kerana tak sabar nak tahu siapa dalang sebenar, tapi niat aku dipatahkan oleh penulis. Lebih baik baca je mengikut urutan, rasa berdebar-debar dan sangat tak sabar nak habiskan buku. Kan lebih baik begitu? Eheh.
klasik betul nama Raid Arjuna ditambah pula dengan ayat berbunga lagak macam lelaki melayu terakhir..hihi
heroin pula, apa yg aku suka dengan watak Asyanur ni dia tak mudah melatah bila orang cakap betapa jahatnya Raid Arjuna sebab dia guna akal fikiran untuk menilai sendiri Raid Arjuna. kadang aku terkejut juga dengan Asyanur bagaimana positifnya penerimaan dia bila tahu cerita sebenar kemalangan yg menimpa keluarganya dan apa kaitan Raid dengan kejadian tersebut. pendek cakap watak Asyanur sangat matang dari usia dan sentiasa bagi sokongan pada Raid.
novel ni dari awal memang penuh dengan babak aksi dan kisah konspirasi dunia korporat, jujur cakap aku tak berapa nak paham bila masuk penerangan bab business bab ekonomi, macam lost sikit..haha tapi storyline dia memang menarik ditambah pula dengan watak sang Arjuna hurmm tak tahu la berapa kali terjatuh cinta dengan heronya..hihi
Raid Arjuna dari anak muda yang ikut kepala dia je.. hingga lah bangkit setelah jatuh dalam kehidupan.. Dugaan dalam kehidupan Raid Arjuna bukan dugaan yg kaleng-kaleng. Saya bangga penulis menghidupkan watak Raid Arjuna menjadi seorang lelaki yang digeruni, pandai berniaga, pandai memimpin dan pandai juga bercinta... Sweet nya Raid Arjuna bersama Asyanur. Paling penting... Heroin dalam watak cerita ni pandai beraksi juga.. Banyak pengajaran yg boleh kita dapat dalam novel ni.. terutamanya... Jangan putus asa bila mencari sesuatu yang hilang.. Rose Harissa buat saya rasa penuh kasih sayang dalam karya dia kali ni... Pengunaan perkataan yg jarang2 dengar pun buat saya teruja nak baca novel ni.. dah macam kamus pun ya juga.. nasib ada bagi jawapan kat dalam buku tu.. Lepas baca buku ni terus suka kat buah bidara... He .he .he . Tahniah Rose Harissa.. awak tak pernah menghampakan saya
Raid Arjuna, nama yang klasik dengan makna yang sangat menakjubkan. Dia kehilangan bonda dan papanya semasa dia lari dari hari pernikahannya 15 tahun dahulu. Akhirnya, dia hidup dalam penyesalan yang bukan sedikit. Rasa ingin balas dendam dan perjuangkan keadilan amat kuat. Laluan yang diambil amat sukar. Tetapi dia mempunyai orang-orang yang sanggup lakukan apa saja demi dia. Tapi ada juga yang membenci dirinya dengan sepenuh hati kerana tindakannya. Siapakah Raid Arjuna sebenarnya, seorang perwira atau sebaliknya? Kenapa dia dibenci dan ada juga yang menyayangi dirinya sehingga sanggup berkorban untuk dirinya? Siapa Asyanur dan apa kena-mengena dirinya dengan Raid? Siapa dia musuh yang sebenarnya? Cerita yang sangat mempersonakan.