"Best ke belajar medik kat India? Dengar cerita, banyak mayat kat sana."
"Wah! Belajar kat India? Jumpa Shah Rukh Khan?"
"Oh, belajar kat India! Reti la ni cakap bahasa Hindi?"
Pelbagai soalan menghujani aku apabila aku memberitahu aku seorang pelajar perubatan di sebuah universiti di India.
Tidak semua orang fasih berbahasa Hindi di India. Setiap daerah ada dialek mereka yang tersendiri.
Tu belum cerita pasal gaya angguk kepala pun dah macam geleng kepala. Bayangkan kalau aku tanya,"Nak ke tak nak lepak mamak?"
Ini kisah aku kutip sepanjang aku jadi pelajar perubatan di India. Walaupun kebanyakkannya pelik-pelik, aku tetap sayangkan India.
India buat aku mudah terhibur. Sampai kalau aku rasa aku stres, aku pandang ke jalan raya. Pastinya akan dihidang dengan pelbagai ragam incredible India. Dosa boleh dimakan di sini. Restoran dipanggil sebagai hotel di India. Haa,kau pening tak tu?
Jom, mengembara ke India dengan buku Sari, Kari & Picagari.
Seronok juga baca pengalaman penulis sewaktu belajar perubatan di India. Penulis tak menekankan sangat tentang dunia perubatan di sana. Beliau banyak bercerita tentang adat, budaya dan bahasa di sana. Saya suka sebab penulisannya santai. Ia juga mendedahkan saya tentang negara yang paling saya tidak mahu pergi. Lancar je baca.
Kisah cebisan pengalaman seorang pelajar medik. Menarik bagi saya yang tak pernah ke India. Baru saya tahu ada pelbagai bahasa di sana selain Hindi. Setiap kisah juga ada hikmah yang dapat dilihat.
The author is a doctor that studied in India with MARA sponsorship. This is a book suitable for leisure read. Some of the chapters succeed to make me laugh out loud or provide some interesting facts, eg: 1. The author studied in Bangalore where the spoken language is Kannada, which is often mistakenly listened as Canada. 2. Why is India a perfect study destination for medical students? Due to its much higher allocated dead bodies to student ratio. In Malaysia, one dead body is studied by 30 pax while in India, one is studied by only 2 pax. 3. Same like the other medical students, the author keeps a set of skull and bones in her room for daily revision. 4. The author asked a cafe owner what is the difference between "Hard Rock Coffee" and "Coffee on the Rocks". 5. The special way of Indian to nod, which resembles shaking head, ie: the famous Indian head wobble. 6. When the author and friends visited a park, they were asked to wait to enter at official opening time at 945am. However, they were told by those coming out from the park they will be permitted to enter if they told the security guards they are entering to watch the birds. 7. The author had visited the scenic Kashmir towns, Pahalgam and Sonamarg. The places look like Switzerland with snow mountains sitting as backdrop. 8. Indian ladies usually get nose studs when they reach traditional age for marriage, ie: 12 years old. Getting nose studs is their way to be blessed by God of Marriage, and to look attractive to their future husbands. 9. Instead of asking "How old are you?", Indians ask "How young are you?". Most people definitely prefer the latter. 10. Indian ladies go jogging wearing Saris is definitely a sight to behold for me.
These are the 10 most interesting chapters for me in the book. The other chapters are mainly the author's personal thoughts, mainly her appreciation of challenges and opportunities bestowed by Allah to her, and about she feeling fortunate to be able to find places to do praying sessions in India.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Pada aku buku ni sedap je. Aku nak bagi 3.5 bintang tapi tak tahu nak pilih.
Penulis ceritakan pengalaman belajar dia di India yang aku rasa banyak juga info menarik pasal India contohnya pasal kopi susu tu dan dosa.
Minat aku memang buku travelog. Jadi pada aku gaya cerita penulis ni nice je. Sedap je dibaca. Sebab aku pernah baca travelog yang lagi tak best. Haha.
Buku ini mengisahkan tentang pengalaman penulis sepanjang perjalanan beliau sebagai pelajar perubatan di India. Dalam karya ini, penulis berkongsi pelbagai cerita menarik dan pelik yang dialaminya, memberikan pandangan yang unik tentang kehidupan pelajar di negara yang kaya dengan budaya ini. Buku ini banyak menghidangkan ragam kehidupan dan keunikan yang terdapat di India, menjadikannya sebagai satu bacaan yang menarik dan menghiburkan bagi sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang pengalaman belajar di luar negara. Penulis juga memperlihatkan bagaimana pelbagai cabaran dan pengalaman tersebut membentuk diri dan karakter mereka sebagai seorang pelajar dan individu.