Siang dan malam. Tanpa henti. Sentiasa merindui. Walaupun di ambang mati.
Dalam doa pada saban malam, bermunajat Nabi kepada Tuhan, melampiaskan kerisauan terhadap umatnya. Dari jeluk hati mulia, tidak lekang ingatan kepadamu.
Wahai Tuhan, mohon umat sentiasa teguh di jalan yang Engkau redai. Jangan Kau mengazab mereka, sungguh mereka tidak mampu menanggung murka.
Nabi mencintaimu. Malah, menangis keranamu. Sedangkan Nabi dengan kita tidak pernah berjumpa, air matanya tetap mengalir untuk umat yang dia cintai. Namun, apakah dirimu mencintai Baginda?
Nabi sudah jauh. Jadi, janganlah dirimu semakin menjauh.
Segala sifat mahmudah itu ada pada Nabi. Antara yg mnyentuh perasaan saya ialah cerita tentang keadilan Rasulullah.
1. Salah seorg tawanan perang nabi iaitu bapa saudara nabi, Abbas meraung kesakitan kerana tali ikatan ditgn yg ketat telah menyakitkannya. Para sahabat bertindak melonggarkan ikatan tersebut. Perkara ini diketahui Rasulullah. Rasulullah memerintahkan semua ikatan tawanan perang dilonggarkan. Ini membuktikan Rasulullah itu seorang yg adil dan tiada alasan utk menunjukkan keistimewaan hnya kpd kerabat baginda sahaja.
2. Seorg wanita bangsawan telah didapati mencuri dan mereka tlh menghantar Usamah utk berunding dgn nabi agar diringankan hukuman wanita tersebut. Ketika diberitahu kpd nabi, muka nabi menjadi merah. Nabi tidak akn berkompromi dgn hak dan hukuman Allah. Ada hadis yg menyatakan jika Fatimah, anak nabi didapati mencuri pasti nabi akn memotong tgnnya.
Penulis berkongsi beberapa contoh yang terdapat pada Rasulullah SAW melalui akhlak dan peribadi Baginda SAW supaya dapat dijadikan panduan dan perubahan untuk minda dan tingkahlaku dalam kehidupan seharian.