Buku yang berkualiti dan padat dengan ilmu psikologi serta perubatan psikologi. Banyak manfaat yang boleh diperolehi daripada buku ini dan penulis berjaya menerangkan definisi depresi yang sebenar dan disertai dengan petua pada bab akhir buku ini. This is such a nice book to be read!
Penulisan yang membincangkan mengenai penyakit psikologi. Acapkali kita dengar penyakit psikologi berlaku disebabkan kurgnya spiritual atau usaha utk mendalami dan mengamalkan ajaran Islam. Hakikatnya penyakit psikologi ini harus di rawat dengan cara berbeza.
Buku yg membincangkan mengapa byk anak muda skrg terlibat dan mudah terkena dengan masalah psikologi.
So here I am, writing about this book. Depresi, tulisan Dr. Zul Azlin Razali. 16 bab, 163 muka surat. Aku beli pun rawak je, alang-alang tengah menghabiskan baucer buku RM 30. Juga nak mendidik diri tentang apa sebenarnya depression ni. Sebab sesetengah orang guna istilah 'depression', tapi entah tahu entah tidak, apa yang dikatakannya. Agaknya boleh tidak, aku katakan, semua orang perlu dan patut tahu tentang isu kesihatan mental ni? Mungkin sekarang diri ini tiada masalah kesihatan mental, namun itu tidak menjanjikan, untuk selamanya. Mungkin pengetahuan ni, untuk keluarga kita, kawan-kawan kita, kenalan yang tak rapat dengan kita, tapi tiba-tiba nampak macam ada yang tak kena, so what should we do to help them in a right way?
Sebagai seorang yang tiada pengetahuan tentang psikiatari, boleh dikatakan buku ni sesuai untuk aku, untuk kita yang zero knowledge about psychiatry. Adalah sikit-sikit diselitkan tentang otak; sinaps, neurotransmitter etc., tapi aku rasa, tak menjadi masalah. Aku minat dengan gaya penulis meletakkan rujukan pada sesetengah perkataan yang perlu untuk diperjelaskan. Sekali dengan link, wah I like. Pada setiap bab juga, diletakkan sumber mana yang digunakan. Jadi senang kalau ada yang tak jelas, ataupun perlu untuk membuat rujukan lanjut.
Bermula bab 10, penulis mula memasukkan topik tentang keterkaitan masalah kesihatan mental dengan agama, ataupun spiritual - histeria, rasuk, jin, syaitan dan sebagainya. Bolehkah untuk kita katakan, orang yang berdelusi itu, dirasuk? Boleh jadi juga, dia menghidap schizophrenia. Aku suka pilihan penulis untuk menerangkan tentang, adakah pesakit psikiatari ni, sekadar makan pil dua tiga kali, wah sudah boleh sembuh. Adakah semudah begitu? Di akhir penulisan, beliau rumuskan tentang pendekatan yang seimbang dan lengkap; bio-psiko-sosio-spiritual. Itu salah satu yang menjadi persoalan aku sejak beberapa bulan yang lalu. So I'm a satisfied reader😁. To end this writing, I would like to emphasize here that mental health issue is a serious topic that needs everyone attention, no matter who you are@ how you're doing.
Saya rasa ini antara pembacaan terbaik saya. Kenapa anda kena baca buku ni? Biar saya senaraikan satu persatu:
1. Buku ni ditulis oleh pakar psikiatri yang bertauliah, menceritakan tentang penyakit mental secara amnya dan mengkhususkan penyakit depresi iaitu kemurungan major kerana secara statistik, dalam sepuluh orang, salah seorang berkemungkinan murung.
2. Bahasa yang digunakan penulis sangatlah puitis dan mudah difahami. Jarang-jarang buku fakta ditulis sebegini.
3. Fakta yang diberikan berasas dan mempunyai rujukan yang dipercayai. Buku ni seperti satu kertas kajian yang berjaya merakyatkan ilmu psikiatri seperti yang dikehendaki penulis.
4. Penulisan yang kemas dan lengkap. Tiada konsep yang ditulis tidak dapat saya fahami. Istilah yang digunakan diterangkan sehingga pembaca faham.
5. Pemahaman saya terhadap penyakit mental meningkat serta didatangkan hujah yang boleh saya guna untuk menghadapi masyarakat yang hanya tahu menuding jari bahawa pesakit mental lemah iman.
"Tidak sampai makna terang kalau tidak pernah jumpa kelam"
Short and complete. Informasi yang lengkap. Cukup informasi dari segi sains, agama dan juga sosial (custom) . Penggunaam bahasa yang tidak terlalu kompleks, senang di hadam oleh pembaca. Penuh dengan sumber rujukan yang senang untuk dijadikan panduan kepada pembaca.
- Prevalens masalah kesihatan mental >16 thn 10.7% (1996) kpd 29.2% (2015), kebanyakan berlaku pada golongan dewasa muda - Narcissism - berasa diri sangat istimewa, sentiasa mahu pujian & hormat dari orang lain, kurang menyelami perasaan orang lain rasa dirinya selalu betul, marah jika tidak dituruti, pandang rendah org lain - Expressive writing- terapi untuk kesihatan fizikal lebih baik
Banyak faktor penyebab depresi. Melihat dari satu sudut sahaja, seperti gangguan makhluk halus, tanpa mendapatkan maklumat dari segi perubatan akan menyebabkan mangsa terlepas untuk dirawat dengan cara yang sewajarnya.
Ada beberapa perkara yang berlaku pada awal pertengahan tahun 2021 ini. Lalu membuatkan aku untuk mencapai baca buku ini dan membaca sehingga habis. Hampir 2 tahun bacaan buku ini tertangguh. Ya mulai Mei 2019.
Tertangguh begitu sahaja. Ditelan masa, dihimpit kesibukan, dicarinya makna bahagia dan akhirnya membawa ku kembali, menghabiskan baca buku Dr. Zul Azlin ini. Beliau merupakan figura yang aktif menyedarkan netizen mengenai kesihatan mental di media sosial.
Ternyata buku ini menjadi mukadimah yang begitu baik sekali bagi merakyatkan ilmu psikiatri seterusnya menerbitkan rasa tidak tahu kepada tahu. Buku ini juga mampu mengisi ruang logik dan rasional diri yang sangat teruji mulai tahun 2019 itu.
Dr. membawa aku untuk menghadam tiga tema utama di dalam buku ini, iaitu: 1) Konsep asas psikiatri dan penyakit-penyakit psikiatri, 2) Isu kemurungan zaman moden, 3) Kefahaman agama dalam mencorakkan pemulihan.
Dr. tidak hanya memberi pencerahan tentang depresi atau kemurungan moden (dan fenomena narsisisme), secara peribadi, aku juga merasakan, ada beberapa sudut pandang berharga yang disajikan dan relevan untuk digunakan dalam memandu cara fikir kita sehari-hari. Cara fikir dalam mengendalikan diri sendiri (dan emosi), cara interaksi dengan orang sekeliling, bahkan soal cara faham apa itu agama dan cara hidup beragama juga disentuh dengan cukup halus.
"Perubatan Islam adalah apa jua jenis bentuk perubatan yang berasaskan dalil dan bukti yang kukuh dan logik, dapat memberi kemaslahatan kepada pesakit dan mengelakkan kemudaratan daripadanya dan tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah dan syariat Islam."
Entah boleh diterima atau tidak, tetapi aku sekali lagi, secara peribadi merasakan, makna yang dibawa boleh digunakan untuk membimbing diri, berfikir dengan lebih benar, lurus dan tulus. Lebih-lebih lagi dengan lambakan isu semasa yang terlihat kabur hitam putihnya, betul salahnya, tidak kiralah yang berselindung di balik nama baik/benar, bahkan agama.
Ternyata sihat fizikal, emosi dan spiritual itu penting, dan sihat mental dalam konteks cara fikir/sudut pandang itu sama pentingnya dalam mengharungi tahun-tahun yang getir ini. Kerana apabila sejahtera semua itu, sejahteralah perilaku dan hidup seluruhnya.Depresi: Terpuruk Rasa Ingin MatiDepresi: Terpuruk Rasa Ingin MatiZul Azlin Razali