Jump to ratings and reviews
Rate this book

NIQAB

Rate this book
Kehadiran semula Herman, Hawa dan anak perempuan mereka Nadia selepas lapan tahun meninggalkan Kampung Pinang serta merta menjadi buah mulut penduduk kampung. Masih segar di ingatan mereka tragedi yang meragut nyawa seorang gadis bernama Aminah dahulu.

Yang lebih aneh lagi, Hawa dan Herman, kedua-duanya berpenampilan moden tetapi kenapa Nadia, anak mereka bertudung litup dan berniqab? Khabar angin mengatakan, gadis itu melindungi wajahnya dengan niqab walaupun ketika berada di rumah sendiri.

Kepulangan semula Nadia disambut dengan satu persoalan di fikiran Lina, rakan sekelasnya dahulu. Kenapa Nadia yang berada di hadapannya kini rasa berbeza dengan Nadia yang dikenalinya dahulu? Dan apakah yang sebenarnya terjadi antara Nadia dan Aminah lapan tahun lalu?

240 pages, Paperback

Published November 30, 2018

1 person is currently reading
65 people want to read

About the author

Shield Sahran

7 books7 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
35 (32%)
4 stars
49 (44%)
3 stars
21 (19%)
2 stars
3 (2%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 35 reviews
Profile Image for Aqiela.
58 reviews1 follower
November 30, 2018
Okay buku ni memang bestt! Before baca buku ni saya takde letak apa2 expectation, sebab takde lagi reviews from anyone. And sebab tajuk buku ni NIQAB, ingatkan cerita ni ada kaitan pasal penunggang agama ke apa, tapi bukan laa haha 😂

Lebih kurang dalam 1/4 start cerita ni memang penuh dengan misteri. Baca sambil diselubungi misteri gituu, tak tenteram gila rasa! Kalau boleh nak baca cepat2 sebab terlampau curious. Then bila dah masuk pertengahan cerita, satu demi satu setiap misteri tu terjawab, then the rest cerita tu sampai ke penghujungnya more kepada crime & thriller.

Sebab buku ni best, saya akan recommendkan buku ni kepada kawan2 & juga peminat2 buku fixi yang lain! Baca laa wei buku nii! 😁
Profile Image for SS.
517 reviews5 followers
September 24, 2024
Ini first time ika baca karya penulis. Tak baca sebarang reviu di GR. Beli sebab blurb & cover buku. Ingatkan penulis ni lelaki, rupanya perempuan. Bila dapat tahu, perempuan yang menulis cerita best mcm ni. Rasa bangga. Perempuan boleh menulis sebaik ni. Wow! Btw, buku ni bergenre jenayah.

Mengisahkan tentang Nadia. Semuanya tentang seorang Nadia. Menariknya, kepulangan dia ke kampung Pinang bersama Herman & Hawa (ibu bapa) dia menimbulkan pelbagai persoalan lagi lagi dengan imej baru dia iaitu berniqab. Kenapa berniqab? Apa yang Nadia nak sorok. Mula la terfikir mcm-mcm. Yang menjadi tanda tanya ialah pulang setelah kejadian 'itu'.

Isu yang diketengahkan dalam Niqab sangat menarik. Isu yang mmg ada dalam realiti kehidupan kita. Hanya segelintir sahaja yang kisah pasal isu ni. Jangan ingat barang saja ada proses jual beli, ehem pun ada okay.Dapat tangkap hint isu nya? Aha.

Serious, ika suggest utk korang dapatkan Niqab dan baca. Explore dunia Nadia. Dunia yang penuh misteri & kepura-puraan. Kita pulak rasa curious memanjang. Half pages, semua persoalan akan terbongkar satu persatu dan buat kita rasa mcm wow! Jalan cerita pun tak drag. Mood baik je nak habiskan buku ni. Ending pun not bad. .

Reviu panjang dekat blog la ya. Sini rasa tak puas pulak nak olah & komen banyak-banyak. #ikareviewbuku
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
December 31, 2019
menarik topik yang penulis bawa dalam novel ini. niqab. ada juga yang sebenar memakainya hanya kerana mahu lindungkan sesuatu.

topik sebenar ialah kisah pemerdagangan manusia. mana sangka pelaksana - iaitu yang memilih dan memujuk mangsa adalah dari kalangan anak muda, kanak-kanak. mastermindnya dah tentu ibu bapa palsu. nadia - seorang pelaksana. hawa dan herman ibu bapanya.

mangsa - kawan nadia. bagaimana dia memilih? dari kalangan kanak-kanak yang yatim piatu, yang bermasalah. watak nadia itu sendiri sebenar terjemahan dari mangsa pelaksana.

mulut manusia juga buat kanak-kanak ini jadi rendah diri. manakan tidak, yang anak tak sah taraf diajuk-ajuk. yang anak bermasalah, diejek-ejek. manalah anak-anak ini tak mencari kehidupan yang mereka idamkan.

tamak. sifat manusia yang kabur dengan harta dunia.

sesalan. sifat yang sebenarnya mampu membina hidup yang lebih baik.

walaupun tak mampu jadi sebaik-baik manusia tapi masih boleh hindarkan diri dari lakukan kejahatan...
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
September 21, 2019
NIQAB
Shield Sahran

Herman dan Hawa kembali ke Kampung Pinang selepas sekian lama meninggalkan kampung tersebut bersama anak mereka, Nadia yang sentiasa berpurdah. Kejadian 8 tahun lalu yang telah merubah hidup Nadia kembali menghantui. Bersama Lina, rakan sekolahnya dulu, kenangan lama kembali menerjah dan membuka kebenaran yang sukar untuk diterima. Segalanya bukan peecuma, ada harga yang mahal perlu di bayar.

Ini buku kedua penulis yang saya baca selepaa Cincang. Berbanding Cincang, Niqab lebih mengangkat isu kemasyarakatan dan dunia gelap dengan lebih teratur dan tidak terlalu thrill. Namun, secara peribadi saya lebih menyukai olahan penulis dalam Cincang, di mana lebih bersahaja dan santai, berbanding Niqab yang agak 'kaku' di beberapa bahagian, dan kurang rinci.

Jika berdasarkan tajuk dan blurb, mungkin ada yang menganggap ini seperti kisah ilmu hitam yang pernah dihidangkan dalam salah sebuah buku terbitan Lejen, namun apabila mula membaca beberapa bab mungkin sudah dapat membaca rentak buku ini.

Teknik imbas kembali digunakan, bagi saya agak tersusun dan mudah difahami-tahniah untuk itu. Tidak terlalu memeningkan, boleh dikira langsung dan tepat pada latar yang dipaparkan.

Namun, sedikit sebanyak mubgkin terlalu banyak yang dipermudahkan, seperti kewujudan 'orang-orang besar' yang mengawal Herman dan Hawa, tapi seakan mudah ditewaskan, perubahan Nadia di akhir cerita dan beberapa lagi.

Tapi, usai pembacaan, saya terfikir, mungkin penulis ingin memberi tumpuan kepada watak Nadia, konflik dan moral yang ingin disampaikan. Oleh itu, banyak perkara yang tidak dapat diperincikan sepenuhnya.

Apapun, tahniah untuk penulis atas karya ini. Masih berbaloi untuk di baca - saya sendiri berjaya habiskan dalam masa yang singkat.
Profile Image for ~:The N:~.
851 reviews55 followers
October 5, 2020
https://cepuaksara.wordpress.com/2020...

Jujurnya, saya membeli dan membaca buku ini apabila mengetahui buku ini tidak akan diulang cetak atau diterbitkan semula oleh Fixi. Begitulah, bila ada rasa kena gertak, mulalah muncul perasaan ingin tahu melubu-lubu dalam sukma. Jadi apabila membaca blurb dan ulasan beberapa pembaca di Goodreads yang rata-rata memberi empat dan lima bintang, saya jadi tertarik untuk menguliti sendiri buku ini. Tambahan pula kulit bukunya kelihatan menarik.

Saya tidak pernah membaca karya-karya Shield Sahran sebelum ini, jadi inilah risiko yang saya perlu ambil kerana sifat cerewet dan penasaran bukanlah kombinasi yang bagus, malah membahayakan. Jika saya terpengaruh dengan ulasan yang saya baca tetapi apabila saya membacanya sendiri dan tidak mencapai tahap piawaian saya, siapa yang boleh dipersalahkan, huh?

Apabila membaca novel ini sendiri, novel ini tidaklah begitu mengecewakan, tetapi tidaklah juga memuaskan hati saya. Bolehlah. Penulis masih berjaya membuat saya tertanya-tanya dan mahu mengikuti kisah ini sehingga tamat, kerana ada buku-buku yang tidak berjaya membuat saya rasa demikian dan akhirnya saya hilang keinginan untuk meneruskan walaupun buku sudah dibaca separuh jalan. Walaupun buku ini tidak berjaya membuatkan saya berkata “Mantap!” atau “Best!”, saya masih merasakan karya ini adalah satu percubaan yang baik.

Novel ini mengisahkan kisah sebuah keluarga, Herman, isterinya Hawa dan anak mereka Nadia yang berpindah semula ke Kampung Pinang selepas berpindah keluar selama lapan tahun semenjak berlakunya kejadian hitam yang menyebabkan kematian Aminah, rakan Nadia. Kepulangan keluarga itu menjadi bahan gosip orang kampung kerana selain kisah silam itu, Nadia asyik berniqab ke mana-mana termasuklah di rumahnya sendiri meskipun kedua ibu bapanya berpenampilan moden. Di kampung itu, rakan lama Nadia, Lina kembali rapat dengan Nadia walaupun dirasakan rakannya itu berubah dan ada misteri di sebalik kematian Aminah dahulu.

Oleh kerana saya telah membaca ulasan-ulasan tentang buku ini di Goodreads, jadi saya tahu intipati novel ini ialah berkenaan pemerdagangan manusia. Sekiranya saya membaca novel ini tanpa apa-apa pengharapan, mungkin itu lebih baik, jadi saya dapat mengekalkan momentum penasaran itu. Namun demikian, seperti yang saya nyatakan sebelum ini, penulis masih dapat menerbitkan unsur-unsur suspens yang menyebabkan saya kekal untuk mengkhatamkan buku ini, jadi saya berikan A-OK buat penulis.

Apa pun, saya rasa ada beberapa babak yang ditulis secara tergesa-gesa kerana penulis mungkin mahu menamatkan novel ini secepat mungkin. Babak-babak itu terasa macam ‘potong stim’ kerana apabila membacanya saya tidak dapat menjiwai keadaan watak ketika itu. Ada juga yang saya rasakan babak yang tak begitu logik dan masuk akal, tapi ini fiksyen, tidak ada yang logik dalam kisah fiksyen.

Namun seperti kebanyakan buku keluaran Fixi yang lain, sepanjang membaca buku ini hati menjadi murka melihat ada kesalahan tatabahasa dan kesilapan ejaan. Sepatutnya perkara asas seperti mengetahui perbezaan ‘baru’ dan ‘baharu’, penggunaan ‘dari’ dan ‘daripada’, kesalahan penggunaan ‘paling xxx sekali’ dapat dikesan oleh pembaca pruf dan editor. Malangnya ini tidak berlaku dan ini amat mengecewakan kerana karya sudah pun diterbitkan menjadi buku, dan saya sebagai self-appointed Mufti Tatabahasa tentulah berasa sangat sakit hati melihat kesalahan-kesalahan seumpama ini.

3/5
Profile Image for Sue Oshin.
Author 10 books56 followers
August 26, 2023
5⭐️ walaupun sebenarnya buku ni layak mendapat lebih bintang! Tak silap percaturan sewaktu memilih Niqab untuk dipinjam di perpuskataan (mobile library). Memandangkan naskhah ini tidak akan diulang cetak lagi oleh Fixi, saya rasa berbaloi sangat jika saya beli dan simpan sebagai koleksi peribadi as a favourite reading.

Awalnya saya menjangkakan Niqab ini pasti mengisahkan tentang ajaran sesat atau tunggang agama memandangkab blurb belakang buku menjurus ke arah pemikiran sedemikian. Bahkan nama penulis yang disangka lelaki rupanya perempuan. Nampak tak sebelum baca pun dah ada dua plot twist, inikan pula bila baca bukunya 🤣

Walaupun dah boleh agak dengan plot twist; namun masih juga berteka-teki sehingga habis pembacaan sebab tak yakin dengan tekaan sendiri. Helaian demi helaian diselak dengan penuh debaran seakan membawa saya untuk menyingkap setiap misteri.

Niqab yang membawakan tema kisah pemerdagangan manusia. Siapa sangka, disebalik niqab juga seseorang menyembunyikan identitinya. Segalanya berubah selepas kematian anak Herman dan Hawa yang bernama Nadia. Sejak dari itu, muncul beberapa orang Nadia sebagai anak angkat dalam hidup mereka dengan menggunakan identiti Nadia.

Cerita yang digarap dengan begitu baik sekali ini menggunakan watak kanak-kanak untuk mencari mangsa dalam kalangan kanak-kanak juga. Mereka ini telah dilatih bahkan identiti juga sangat mengaburi orang awam demi menjalankan operasi pemerdagangan manusia secara rahsia. Sedikit sebanyak pembaca juga boleh alert dengan persekitaran kita dan siapa rakan anak kita.

Rahsia dan dendam antara pasangan suami isteri, ketaatan seorang anak yang dikhianati oleh ibu bapa, kesetiaan persahabatan yang terjalin sedari kecil lagi hinggalah dewasa dan juga pengorbanan seorang sahabat yang sanggup memberikan kehidupannya kepada rakan yang sedaya upaya mahukan kemewahan yang diperolehinya. Ketamakan manusia sanggup melakukan apa sahaja meskipun terpaksa membunuh. Nyawa sanggup digadaikan kerana tidak mampu untuk meneruskan hidup dalam kesengsaraan.

Buku ini dilabel untuk pembaca matang bukanlah kerana adanya isu yang menyentuh 18sx. Sama sekali tiada langsung bahkan kerana isu yang diketengahkan oleh naskhah ini supaya celik dengan persekitaran semasa. Karya matang di mana bahasa dan dialog juga tiada perkataan/ayat berbaur kasar sebagai normalisasi perbualan harian.
Profile Image for Farah Amira.
43 reviews1 follower
December 20, 2019
REVIU BUKU NIQAB

Aku perlukan 1 malam je untuk habiskan buku ni. Jarang terjadi macam ni, aku kira aku tidur pukul 3 pagi semata sebab perasaan curious yang memuncak sepanjang aku baca buku ni. Masa mula mula baca aku macam clueless, pening pening lalat apsal cerita ni macam susah nak paham, makin lama baca rasa seronok nak gali apa cerita sebenarnya buku ni. Makin lama baca, aku dah mula buat andaian sendiri dan ternyata benar apa yang aku olah dari saling kait watak dan dialognya. Dan latar cerita ni sangat fresh bagi aku, diolah dengan pantas dan sangat gila.

Watak Nadia tu sendiri digambarkan cantik dan ceria, tapi sebenarnya cuba melindungi agenda sebenar dia dan ibu bapa dia. Sampai aku rasa macam brilliant sangat idea penulis tentang watak Nadia ni dari mula sampai habis. Watak Herman dan Hawa pun tak kurang gilanya, segila apa yang dorang usahakan selama ni demi kesenangan hidup.

Aku suka cara cerita ni di gubah, ada gaya penulisan tersendiri sebab buku ini jiwanya macam dark gitu, dialog pun ok cuma boleh dibaiki lagi, dan thumbs up untuk idea cerita yang bagus. 5 🌟! Bagi aku buku ni perlukan lebih ramai pembaca, jangan buat tak endah pada karya sebagus ini.
Profile Image for Syarul.
45 reviews1 follower
May 8, 2019
Rasa macam kena tipu. Cerita dalam ni hampir takde kena mengena dengan niqab. Tapi best! Aku sanggup tak tido malam selagi tak habis baca buku ni. Macam tu laa bestnya. Penutup cerita ni langsung tak sama dengan jangkaan aku.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
April 4, 2019
Novel ni ada banyak rahsia. Lepas satu² tersingkap. Aku yakin, benda ni memang ada, cuma sedikit yang peduli. Dan sekarang ni aku tengah fikir, siapa yang tulis surat tu sebenarnya? Adakah dia? Ataupun dia? Terbitan

@BukuFixi
Profile Image for Atul_reads .
190 reviews12 followers
August 25, 2019
NIQAB, karya pertama yang saya baca daripada penulis dan penerbit berkenaan. Ternyata ia memberikan saya sebuah pengalaman baru. Terima kasih kepada Ika, teman bookstagram yang mencadangkan buku berkenaan.

Bagi saya NIQAB digarap dengan begitu menarik, penuh misteri, dengan adegan yang mendebarkan dan jauh berbeza dari apa yang pernah saya baca setakat ini. Saya langsung tak jangkakan bahawa ada kekejaman dan rahsia yang besar tersembunyi di sebalik sehelai Niqab berkenaan. Ingatkan Nadia mengalami kecacatan kekal atau apa lah sehingga Niqab yang dipakai tidak pernah dibuka, walaupun ketika berada di dalam rumah sendiri. Aneh, bukan??

Pelbagai konspirasi yang dapat saya simpulkan berdasarkan butir-butir kejadian yang berlaku tetapi pada pertenghan cerita barulah ia terpampang jelas. Saya tak tahu lah macam mana idea sebegini boleh masuk ke dalam benak fikiran penulis tapi memang berputar belit dan suspen habis. Membuatkan saya asyik tertanya-tanya sahaja. Naik loya pun ada bila baca lebih mendalam.

Apa pun Niqab mengingatkan kita bahawa:
1. Kemewahan yang dimiliki seseorang belum tentu mendatangkan kegembiraan kepada kita jadi buat apa lah nak dengki dengan rezeki org lain.
2. Ketidaksyukuran selalu membawa kepada penyesalan.
3. Ketamakan membuatkan manusia jadi hamba dunia hingga mampu bertindak melampaui batas kemanusian.

Sekarang saya faham kenapa buku fixi hanya sesuai dibaca oleh pembaca matang. Banyak perkataan berbaur kesat digunakan ketika amarah (banyakkan istighfar ), keganasan kejam, dan isu yang dibangkitkan begitu tragis (namun tidak boleh dianggap remeh temeh). Tak boleh nak beritahu lebih jadi jangan lupa baca ya!
Profile Image for Khai Adeen.
73 reviews5 followers
January 25, 2020
First time baca karya Shield Sahran. Two words: Tidak Mengecewakan. Twist yg menarik. Isu yang diketengahkan bukan baharu tetapi masih berlaku.

Ada rahsia di sebalik niqab yang dipakai. Rahsia itu mula terbongkar satu demi satu melalui penceritaan yg menggunakan teknik flashback.

Menarik. Saya suka 👍
Profile Image for Noor Maizan.
85 reviews9 followers
May 30, 2020
Mendebarkan, dan ingat boleh teka plot twist tu tapi masih tak tepat. Persoalan dileraikan dgn baik. I love this book!
Profile Image for Fee.
211 reviews1 follower
Read
April 8, 2021
Isu yang diketengahkan dalam cerita ini bukan seperti yang saya sangkakan lepas baca blurb dan tengok tajuk serta kulit buku. Menarik kejutannya.
Profile Image for Hn.ssss.
57 reviews1 follower
January 23, 2023
Niqab - Shield Sahran

Rate ; 4/5 ⭐️

Mastura - Nadia
Fatimah - Nadia
Salina - Nadia

Hmm..berapa banyak Nadia ni?

Niqab by @hshield …WOW!!
Tak sangka…begini 😂 sungguh tak sangka. That ‘Nadia’ 🤯 tekaan aku betul tapi tulah, haru sungguhlaaa 😵

Herman & Hawa.
Cantik nama.
Macam Adam & Hawa pulak ..aisehhh 🙊

Kalau Adam & Hawa bawa kita menelusuri kisah cinta yang menyentuh hati , Herman & Hawa ni kisah apa pulak?

Nak tahu kena baca la.
YOU WILL GOT GOOSEBUMPS DUDE!! 👀

“…tangisan orang tua tu macam dibuat-buat.”

Bila baca novel ni , memang penuh rasa betul 😭 rasa bersalah pada si anak, rasa kecewa pada nasib, rasa menyesal pada si isteri, rasa benci pada kehidupan, rasa nak tahu, rasa tertanya-tanya….ishhhh banyak rasa lah! Terseksa! 😤

“Belum mati tapi hidup rasa macam di neraka.”

Go get yours pastu jemputlah “merasa”. Tak aci aku sorang .

#bookstagram#fixi#bookrecommendations#bookworm#malaysiamembaca#niqab#gallerybookstorycitiey#booklover
112 reviews3 followers
February 9, 2019
Sakit hati aku baca buku ni. Geram. Tak jumpa pulak apa-apa yang tak best nak dikomen. Bila tak boleh nak kecam, nak membawang maka ishh menyampah! Haha. Gurau je laa 😆

Buku ni best. Serious best. Bacalah. In the end hopefully you will also have the same thought as mine. Just one word - WOW !!!
Profile Image for Heartylilac.
2 reviews
May 6, 2023
Firstly, bila tengok tajuk saya ingatkan 'niqab' ni pasal manusia yang cuba berubah dan insaf daripada kisah silam dia tapi rupanya tajuk dia jauh disebalik itu.

Cerita ni merungkaikan misteri sebuah keluarga hartawan iaitu Herman & Hawa serta anak tunggalnya Nadia yang datang ke kampung untuk melakukan bisnes misteri mereka. Mereka mempunyai seorang pembantu rumah yang mempunyai seorang anak bernama Aminah. Pada mulanya, keluarga mereka kelihatan bahagia namun datang satu tragedi malang menimpa pembantu rumah mereka yang mati dirumah mereka diikuti anaknya, Aminah yang mati di dalam sungai. Tetapi apa yang menjadi misteri sehingga kini mayat Aminah tidak pernah dijumpai. Disebalik keluarga tersebut terdapat beribu misteri yang cuba disorok daripada pandangan orang kampung.

Pada pendapat, saya cerita ni pada awalnya agak slow kerana penceritaan watak perkenalan Nadia, Aminah dan rakan - rakannya yang lain difokuskan terlebih dahulu. Setiap bab diselang selikan dengan waktu flashback semasa mereka bersekolah dan zaman kini selepas 8 tahun kematian Aminah bagi menerangkan hubungkait setiap peristiwa yang berlaku.

Saya suka apabila penulis cuba membawa topik pemerdagangan manusia dalam cerita ini iaitu luar dari expectation saya. Sedikit sebanyak, saya dapat mengetahui bagaimana bisnes gelap ini bergerak kerja. Ia membuka mata kepada kita bahawa seseorang manusia sanggup mengenepikan sifat perikemanusian dan kekeluargaan demi mengejar harta kekayaan yang akhirnya membawa kepada kebinasaan terhadap diri dan keluarga sendiri.

Bagi saya, kelemahan dalam cerita ini ada terdapat beberapa dialog yang sukar untuk difahami lebih - lebih lagi ketika watak Herman sedang bergelut dengan penjaga suruhan Papa Don. Mungkin boleh di detailkan sedikit cara mereka bergelut itu.

Apa - apa pun, saya enjoy baca cerita Niqab ini, seronok berteka - teki siapakah Nadia yang sebenar 😂 sebab banyak nama Nadia dalam cerita ni. Kalau nak tahu apa yang jadi dengan Aminah dan siapa yang bunuh Aminah sila lah baca cerita ni ;) Terima kasih penulis atas cerita yang menarik ini.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
May 19, 2024
[eBOOK 29]

Niqab by Shield Sahran.
.

Bacaan bulan April.
.

Baru perasan ni buku 2018 lagi. Tapi best!
.

Kalau nampak perkataan niqab tu, dah terbayang religion-related issue, contoh penunggang agama ke, ajaran sesat ke. Tapi bukan.
.

Selepas beberapa tahun berlalu, Nadia dan parents nya, Herman dan Hawa kembali semula ke kampung.
.

Mereka menjadi bualan kampung. Ye la, Hawa tu bukan main sosial lagi, tapi Nadia berniqab. Dan dulu, keluarga mereka dikaitkan dengan kematian Aminah. Dahlah mayat Aminah tak dijumpai.
.

Rupanya kepulangan Nadia bersebab. Ada rahsia yang disembunyikan. Rahsia yang dikesali.
.

Isu buku ni berat sebenarnya. Tapi aku yakin kita semua dah jangkakan. Dan aku rasa ada yang berjaya meneka siapa sebenarnya Nadia, walaupun ada banyak Nadia la.
.

Cumanya, aku curious macam mana Nadia selamatkan Laila tu.
.

Overall, best. Happy ending la.
Profile Image for Syafiqha.
66 reviews2 followers
March 10, 2022
Aku suka pengisian dalam buku ni, pengajaran dalam kehidupan sebagai manusia, erti kebebasan dan konsep misteri yang diketengah.
Walaupun aku boleh menjangka plot twist dalam cerita ni mase muka surat ke 50+ tapi ending dia tetap memberi aku impak yang bom gituuu. Not so bom but yeah I love it!
Nadia ni boleh dipangil as badass woman sebab dia sanggup berjuang. Sempat juga aku berteka-teki tentang apa yang berlaku sebenarnya.
Jalan cerita boleh kata biasa-biasa lah mungkin sebab aku baru baca buku ni tahun 2022, kalau aku baca mase tahun terbitan dia 2018 mungkin impak dia lagi blow up. Namun, aku tetap suka penyusunan plot, misteri vibe dan karakter manusia-manusia dalam ni.
Profile Image for Nuyuryna.
204 reviews3 followers
February 23, 2023

"Kita takkan tahu apa yang terjadi pada hari esok, sampailah perkara tu berlaku. Masa tu kita cuma ada dua pilihan. Kita redha atau kita menyesal."

Saya sangat sukakan plot nya, walaupun dari awal bagai sudah mampu teka siapa di sebalik niqab tapi tetap saja perjalanan plotnya menarik. Menelusuri "back story" setiap watak.

Isu yang diketengahkan pun cukup menarik, " perdagangan manusia" jenayah yang cukup bahaya dan menarik untuk dibincangkan.
Profile Image for naa.dee.o.
135 reviews4 followers
April 8, 2020
Herman, Hawa & Nadia yang selalu jadi bualan penduduk kampung.Keluarga yang nampak bahagia dan berharta.Selepas tragedi kematian Aminah. Keluarga tersebut dilanda masalah.

Nadia. Nadia. Nadia. Ada apa dengan nadia? Apa dan siapa punca penyebab kematian Aminah?

"Tak baik tau kalau merungut.Hidup kita semua ada bahagian masing-masing.Kita mesti bersyukur dengan pemberian Tuhan" - Lina.
Profile Image for Izis.
52 reviews
May 9, 2020
Entah kenapa bagi aku buku ini terlalu predictable...dari awal aku baca aku dah boleh agak kenapa keluarga nadia tu misteri... dan akhirnya jalan cerita seperti yang aku sangka.. tepat sekali...cubaan yang bagus untuk penulis walaupon sebagai peminat genre misteri jalan cerita ini sangat lah tak misteri...
Profile Image for Puspa Mazuina.
17 reviews
July 15, 2019
Baca buku ni dengan stereotype dah dalam fikiran bahwa buku ni adalah tipikal Islamic.terfikir juga genre dakwah sudah diterbit fixi? Salah rupanya sangkaanku.ini sebuah buku yang baik,jalan cerita menarik.tak nyesal baca
Profile Image for Hidayah Aziz.
4 reviews1 follower
February 25, 2020
Pada awal pembacaan, ingatkn buku ni tentang seorang wanita yang bertaubat & mula pkai niqab.. tp jalan cerita nya x disangka-sangka.. selalu berteka-teki apa yg terjadi, waktu baca, perasaan ingin tahu tu semakin meluap2 smpai x boleh bhnti baca.. susunan cerita pn menarik.. tahniah pada penulis.
Profile Image for ainisyafiqah.
15 reviews
February 5, 2022
Best dan sgt worth it. Mula-mula ingat pasal ajaran sesat tapi mmg lain daripada expectation. So far sgt best!
Displaying 1 - 30 of 35 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.