Kemunculan simbol-simbol aneh dan kejadian dua rakannya yang tiba-tiba histeria selepas melihat wajahnya telah mengubah hidup Azlan. Dari kehidupan seorang pelajar biasa yang rutinnya bangun pagi, pergi sekolah, main bola, makan, buat homework dan tidur, tiba-tiba Azlan terpaksa berhadapan dengan hakikat kelahirannya sendiri.
Tatkala bulan kembali berdarah Dia, yang berdarah dua Darahnya bakal tersimbah Mewarnai bumi dengan warna merah yang menyala
Dendam yang bertahun-tahun lamanya telah membawa dia bertemu sekumpulan manusia yang tidak pernah diketahui kewujudannya selama ini. Dari mereka, dia belajar tentang pesona dan cara menyerunya. Itu senjata baginya untuk membalas dendam. Bagi Azlan, hutang itu harus dilunaskan, walau dengan apa cara sekalipun.
Arif Zulkifli merupakan seorang penulis separuh masa yang masih belum berani mahu menceburkan diri ke dalam kancah penulisan sepenuh masa. Sering mencelup-celup penanya antara penulisan alternatif dan penulisan sastera dan sering kelihatan melihat sinopsis buku-buku di Kinokuniya tatkala dia kehabisan idea.
PESONA. Habis akhirnya baca buku ni. Bagi saya, Pesona adalah sebuah novel yang perlukan pembaca untuk ambil lebih masa untuk baca. Perlu baca dengan perlahan untuk fahami worldbuilding dan cerita di sebalik novel ni.
Tak perlu kot cerita sinopsis sebab lebih baik terus baca sahaja. Kalau korang minat Percy Jackson dan Harry Potter (both with 'the chosen one' idea), mungkin korang suka baca buku ni. Ada juga macam The Mortal Instruments, kalau nak ikutkan dari segi cara mereka seru pesona (ni betul ke entah apa yang aku faham).
Dari segi penulisan, nampak penulis sangat menjaga lenggok bahasa. Nampak teratur, kemas dan menggunakan BMT di naratif dan dialog (ada campur dengan BMR). Gaya penulisannya agak tinggi sebenarnya untuk FIXI, jadi memang kena bersabar kalau yang jenis nak terus dive into the story. Sesuai sangat untuk pembaca yang mencari-cari novel fantasi Melayu dengan gaya bahasa yg cantik.
Pesona ni adalah satu buku yang, boleh kata 80% is world building. Worldbuilding yang agak detailed. Mana-mana penulis yang nak belajar worldbuilding, silalah telaah buku ni. Saya sebenarnya tertunggu-tunggu dari awal, bila penulis nak jump into the actions. Awal-awal memang nampak macam Percy Jackson punya opening: .
Ada 2 plot yang bergerak:- 1) Azlan nak balas dendam + getting to know of his family + kehidupan dia yang baru di tempat yang baru + cuba sesuaikan diri dengan kuasa pesona. 2) Misteri di sebalik siapa Nuha dan apa fungsi dia dan kaitannya dengan Azlan as main character (MC)
Konfliknya okay. Ada tunjuk the thirst to prove himself. Konflik sebab nak balas dendam. Actions and consequences. Cause and effect. Build up and pay off. Semua elemen ni ada dalam novel ni, which is a good thing. Penulis pun ada selitkan mesej berbaur sinis dalam Pesona.
Apa yang buat saya hampir bagi 4.5 stars adalah lepas saya sedar yang novel ni majoritinya world building. Like, banyak gila fakta yang kita kana hadam before getting into the story. Before we understand the whole story. Is it a bad or a good thing? Well, it depends to the readers' interest. Adakah mereka jenis yang suka detailed worldbuilding (worldbuilding yg saya maksudkan bukan sahaja terdiri drpd settings, malah backstories, etc), atau readers tu jenis nak jump into the actions? Kalau nak letak detailed worldbuilding, saya rasa lagi best sebenarnya kalau novel ni lagi tebal dan lagi banyak benda yang berlaku. So that buku ni nampak lebih seimbang gittew. Tapi itulah, ada kekangan jumlah muka surat pulak kalau dengan FIXI. Hmmm...
Dari segi karakter, lambat sikit baru saya dapat selami jiwa Azlan. Rasa macam... hmm... Penulis ada cerita pasal the pain, the teenage angst, the struggle and all internal conflicts (rasa bersalah sebab apa yang jadi pada parents, etc), tapi saya tetap rasa susah nak 'sekepala' dengan Azlan. Mungkin jugak sebab otak dah banyak hadam worldbuilding facts, menyebabkan susah emotional elements tu nak leave huge scars and impacts to me as a reader. All the pains are described well at the right places, but idk. I need Azlan to show more of his pain and thoughts kot. Sebab tragedi yang berlaku kat Azlan agak huge. Tapi pada saya jelah, I feel like it has to leave more emotional impact. Banyak songeh, kan? Mungkin saya je kot macam ni hahahha.
Tinggi sebenarnya expectation saya untuk Pesona. Tapi saya berani kata, ini antara buku fantasi terbitan FIXI yang terbaik. Boleh dijadikan benchmark untuk next fantasy books. It's quite good actually.
Satu je. I really hope that this book will be on top 5 of FIXI bestsellers. It feels like reading a YA book, a good one, which is what I always crave from FIXI. Tolonglah, semoga novel ni tak underrated. Please!
Oh ya. Novel ni sangat perlukan sequel! Please! Pesona ada banyak benda yang boleh dikembangkan untuk sequel. Bagi jadi trilogi ke kan?! XD All the best, Arif Zulkifli. A HUGE THANK YOU FOR WRITING THIS BOOK. Please keep writing.
Mula-mula baca prolog dah macam menarik. Ada mood serius dan rasa ada sesuatu yang mencemaskan akan berlaku. Tapi semua tu hilang macam tu je bila watak-watak buku ni mula buka mulut. Gaya penulisan yang kemas, baku dan formal terasa kontra dengan dialog bahasa rojak yang bersuara agak kebudak-budakan. Dan dari situ gaya penulisan dalam buku ni mula jadi lebih tidak konsisten dalam memilih sama ada mahu menggunakan baku atau bahasa rojak dalam dialog. Aku tak ada masalah gaya bahasa mana yang penulis ni nak pilih, tapi sekurang-kurangnya kena la konsisten sebab gaya penulisan yang tak konsisten ini turut memberi kesan kepada perwatakan watak-watak dan babak-babak dalam buku ini juga.
Gaya watak-watak dalam buku ini semua sama. Mula-mula mereka akan bercakap dengan gaya formal dan lepas dua tiga muka surat tiba-tiba semua jadi dialog yang lebih kedengaran seperti kebudak-budakan, termasuklah watak-watak orang dewasanya sekali. Sampaikan watak-watak remaja tu yang aku sangka masih budak-budak lepas UPSR rupa-rupanya bila baca balik dah nak ambil SPM dah pun. Jadi, sekiranya setiap dialog tu tak diletakkan pemiliknya, kalau main tukar-tukar ke nama watak lain pun takkan tahu perbezaannya. Macam tu sekali la dialog-dialog yang tidak konsisten ini menyumbang kepada ketiadaan perbezaan personaliti semua watak.
Watak-watak dalam buku ini juga tidak dibenarkan untuk memaparkan emosi mereka, jadi aku tak dapat rasa atau faham setiap situasi watak-watak dalam buku ini lalui. Tidak kira la perasaan sedih, gembira atau marah, semuanya tidak disampaikan dengan baik dan akan segera diabaikan macam tu saja untuk meneruskan ke babak lain.
“Kau selalu rindu parents kau?”
“Dalam setiap helaan dan hembusan nafas. Dalam setiap saat yang berlalu. Dalam setiap pejam dan buka mata. Mereka selalu ada dalam ingatan saya.”
Jeda.
“Aku mengantuklah. Kau boleh tutup lampu tak?”
Mamat tu punya la karang puisi baik dah nak beritahu rasa sedih dia, boleh pula tepis macam tu je. Ini salah satu contoh peluang yang dilepaskan penulis untuk berikan pembaca connect dengan watak-watak ciptaan dia. Kalau sekiranya nak beri alasan Azlan ni jenis seorang yang suka memendam emosi, jadi itulah sebabnya dia tak beri respon jawapan kepada soalan yang dia sendiri tanya kepada kawan dia tak boleh juga. Sebab sepanjang cerita dalam buku ni akan nampak yang Azlan ni marah, sedih, gembira. Tapi setakat itu sahaja la. Penulis cuma beritahu itu emosi yang watak dia rasa. Lepas tu: Okay, setel. Jom teruskan ke babak seterusnya.
Idea bulatan untuk menyeru kuasa dalam buku ni sebenarnya agak menarik cuma sejujurnya benda ni simple je. Tetapi saja la nak rumitkan sampai kena pergi sekolah istimewa pula dah untuk belajar melukis bulatan. Akademi yang wujud ni pun rasa macam satu kesilapan juga bagi aku sebab sekarang ni dah jadi satu lagi benda yang penulis abaikan untuk beri lebih penjelasan. Cuma beritahu siapa pengasas Akademi ni yang sebenarnya masih agak baru juga la ditubuhkan. Jadi, tak ada la sejarah panjang mana pun Akademi ni. Akademi ni sebenarnya lebih berfungsi untuk menceritakan sedikit sebanyak tentang pertemuan ibu dan bapa Azlan dan mempercepatkan Azlan menguasai kuasa dia je dan itupun tak begitu meyakinkan. Dan akhirnya, tak guna sangat pun kuasa bulatan tu. Jadi, macam sia-sia juga la dia belajar.
Dan beralih kepada apa yang aku suka pasal buku ni pula.
Prolog yang sangat menarik dan kemas - terselit sedikit humor namun tak menghilangkan rasa cemas dan saspens memikirkan apa sebenarnya yang terjadi, siapa Joe dan Maria, dan sedikit pengharapan yang baik baik untuk Karim dan Emma. Gaya penulisan juga sangat kemas dan teratur walau kadang kadang ada juga momen janggal sebab ada dialog antara watak watak yang menggunakan bahasa baku (ini pet peeve saya).
Pembacaan saya sebenarnya selalu terganggu sebab naskhah fantasi ini sejujurnya pada saya terlalu banyak persamaannya dengan Harry Potter. Apa yang membuatkan ia kelihatan berbeza sikit adalah keunikan idea simbol simbol dalam buku ini dan teknik teknik bagaimana mereka berlawan. Selain dari itu, saya rasa ceritanya biasa biasa saja.
Watak watak dalam buku ini walaupun punya dinamik tapi saya tetap rasa tak puas sebab tak boleh nak connect dengan mereka. Emosi mereka seperti mendatar; iya memang penulis ada tunjuk yang mereka sedih, marah, dendam tapi tetap tak boleh nak masuk. Gaya penulisan dialog pula tak berapa konsisten, ada bahagian yang nadanya urban, ada bahagian yang nadanya baku.
Tapi apa apapun satu percubaan yang menarik dan tahniah untuk Arif Zulkifli. Teruskan menulis!
Bestt! Macam mana ehh penulis2 cerita fantasi ni boleh dapat idea2 yang kreatif 😫 Baru baca prolog cerita ni pon dah terasa vibe “Harry Potter”. Jalan cerita yang sangatt smooth, rasa seronok je bila baca.
Tapi apa yang saya kurang puas hati sikit bila penulis tak cerita langsung dah apa jadi kat dayah, tasya lepas diorang tiba2 kena histeria tu. And apa jadi kat parents razak lepas anak dia hilang gitu je, diorang takde cari ke? Saya faham mungkin penulis cuma nak fokuskan pasal akademi, orang2 kahin & orang2 hobat. Tapi tu laa, still berharap sebenarnya penulis ada la cerita sikit apa jadi kat SMK Bukit Gembira, tasya, dayah & parents razak lepas banyak kejadian2 pelik yang berlaku kat diorang.
Apa2 pon buku ni boleh dikatakan buku wajib baca! Tak sabar nak tunggu sambungan buku ni!
Honestly I think the prologue was really good. I was really excited to read this book until the end. Tapi bila dah masuk cerita, dah kenal watak semua tetiba rasa macam apa ni? I can’t really relate with the characters. The humours macam tak sampai. Gaya bahasa pula macam tak konsisten. Mungkin penulis boleh pilih gaya bahasa yang sesuai dan konsisten. One thing I liked about this book sebab ada unsur magic. Sebelum ni pernah baca satu series yang ada unsur unsur fantasi ni. The idea was there, it was good, tapi mungkin cerita ni boleh diperbaiki lagi dari segi perwatakan watak yang ada supaya pembaca dapat connect dengan watak tu. Secara kesuluruhnnya, sebagai seorang yang sangat sukakan cerita cerita fantasi, buku ni tak dapat menarik perhatian penuh dari saya. Jadi 2 bintang sahaja untuk buku ni.
Naskah pertama Arif Zulkifli untuk penerbitan Fixi ingin saya katakan segar. Pembaca dibawa masuk ke dalam kehidupan beberapa watak terpilih. Mereka merungkai simbol simbol yang hampir sama. Naskah ini dipercayai ditulis penuh hemat oleh pengarang muda yang aktif menulis di Malaysia. Bahasa bahasa anak muda dalam tanda kutip dan sisipan bahasa Inggeris adalah rakaman generasinya.
Proglog dan Epilog yang tersusun cermat memberi gambaran bahawa kisah masih boleh disambung. Laluan Azlan dan Nuha sangatlah menarik dari bab ke bab. Tidak mahu memberi sebarang klue atau spoiler, ingin disaran baca atau dijadikan hadiah untuk anak anak muda di usia 15 - 25 tahun yang gemarkan genre misteri.
Laras bahasa secara menyeluruh sangatlah teratur dan moden.
Aku dulu tertarik betul dengan Arif Zulkifli lepas baca cerpen daripada Buku Hitam. Tapi masa itu terlalu lambat dan aku baru tau yang dia pernah keluar koleksi cerpen limited edition bawah Buku Fixi. Lepas itu aku follow wattpad dia dan baca sebahagian daripada novel Hijrah tapi macam tak masuk sangat dengan selera aku. Dan tahun ini baru baca novel pertama (kalau ambil kira Hijrah sebagai novella).
Tentang buku ni, aku rasa idea asasnya macam terlalu basic, tentang budak sekolah menengah yang perlu menempuh takdir luar biasa penuh magis yang dia tak pernah sangka. Banyak buku macam itu, macam Bumi dll. Tapi untuk buku ini, aku rasa aku suka beberapa bab macam prolog dan part pertarungan dalam buku ini. Ceritanya kemas, dengan beberapa perkara misteri dan tersembunyi di sebalik ceritanya, macam siapa sebenarnya Nuha. Overall ok lah even kadang bab itu macam terlalu cringe macam dialog dan term term english yang digunapakai (atau aku saja yang tak suka term yang agak 'acah' sebegitu).
Entah kan ada atau tidak cerita sambungannya. Sebab biasa cerita macam ini boleh bersambung sambung dalam banyak siri, macam siri Bumi, Tere Liye.
PESONA karya Arif Zulkifli adalah novel yang pada awalnya kelakar. Penulis mengarang bahagian persekolahan Azlan (protagonis) dengan humor dan adegan-adegan yang realistik. Penulis menggambarkan lagak remaja sekolah dengan empati dan saya ketawa pada banyak bahagian. Saya rasa bahagian humor ini sangat relatable.
PESONA saya boleh kategorikan sebagai novel supernatural fantasi remaja. Rujukan paling dekat saya baca ialah siri Harry Potter. Azlan ialah Harry Porter dengan ayah & ibu angkat yang baik. Nasib ibu dan ayah biologi Azlan sama dengan James dan Lily Potter. Azlan juga ada parut di badannya seperti Harry. Jika Harry masuk sekolah Hogwarts, Azlan masuk Akademi Orang Hobat. Disebut juga yang Azlan diburu untuk dibunuh oleh orang Kahin kerana dia berdarah campuran. Dalam HP ada dikotomi mudblood dan pureblood juga yang menjadi bahan kutukan atau penindasan. Bila Azlan dibawa ke Akademi selepas satu tragedi saya rasa sedih sebab takut tak dengar kelakar watak Razak lagi.
Bila Azlan tinggal di Akademi, barulah pembaca tahu penulis menggunakan tradisi mitos yang mana satu jadi itu satu kepuasan bagi pembaca yang suka cerita-cerita mitos.
Ada sedikit pengaruh gothic barat ala2 siri Fallen (Lauren Kate) bila penulis tentang Akademi dari segi environmen tapi saya pun membayangkan yang akademi ni berada di dimensi lain dan bukan dimensi Malaysia jadi raikanlah imaginasi.
Sedang saya fokus pada watak Azlan, ada watak penting iaitu Nuha. Tapi Nuha tidak diceritakan selengkap cerita Azlan. Watak Nuha ini mungkin pada masa hadapan akan complement watak Azlan.
Satu pemerhatian yang saya dapat tentang watak Azlan dia protagonis yang pasif dan belum menjadi aktif. Azlan setakat ini hanya menerima input daripada guru, rakan dan diari mendiang ibunya. Saya tertunggu-tunggu bila Azlan hendak swing into action. Saya dapati Nuha lebih aktif kerana usahanya untuk mencari Azlan dalam keadaannya sebagai budak pengemis.
Saya tidak akan beritahu pengakhirannya sebab barulah saya tahu kenapa Azlan tidak ditampilkan sebagai heroik. Tapi rahsianya adalah pada Nuha. Mungkin ini kisah Nuha sebenarnya.
Kenapa saya boleh buat analisis yang detail bagi novel ini? Novel ini tidak menggila. Jalur cerita stabil dan teratur. Tapi dia punya penamat cliffhanger memang kejam tahap holy shit. Sekian.
Ps: saya memang suka YA supernatural fantasy.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Kulit dan tajuk buku ni tak memberi petunjuk tentang isi cerita, melainkan bila kita dah mula baca. Bila tahu apa makna tajuk dan gambar simbol tu, teruja pula. 😄
Bila dah baca, saya paling suka konsep simbol dan bayang hitam. Suka juga ending dia, dan ending ni akan kekal bagus jika ada Pesona 2. #hintuntukpenulis 🙃
Cuma kadangkala ada bahagian yang terlalu tinggi bahasanya sedangkan yang lain santai. Bila sampai pada bahagian bahasa tinggi, kena perlahankan bacaan sebab kena ubah cara baca - mengakibatkan rasa nak skip bahagian ayat tinggi tu.
But overall saya suka cerita ni. Saya berjaya masuk dalam dunia ni, watak-wataknya tak ada yang redundant. Cool rasanya baca cara orang Hobat lawan orang Kahin masa bab-bab belakang tu. Baru faham kenapa Balqis marah Azlan bila Azlan kata orang Kahin macam lagi hebat. 🤙
Akhir sekali, nak quote ayat kegemaran saya dalam buku ni:
Arif Zulkifli tidak pernah mengecewakan. Pesona adalah antara novel terbaik dari FIXI. Penceritaan yang cukup menarik. Bahasa yang ditulis dengan teliti. Rangkaan plot yang baik. Pendek kata, novel ini benar-benar memPESONAkan.
Buku ini menyebut 3 jenis kaum didunia ini, kaum Wong, Hobat dan Kahin. Dikatakan Hobat diperturunkan dari Malaikat Harut, dan Kahin dari Malaikat Marut. Malaikat yang diturunkan kedunia sebagai ujian pada manusia,dan setiap 50 tahun, akan ada perang besar diantara dua kaum ini. Kaum Hobat melindung diri dengan lakaran simbol yang memanggil pesona, dan kaum Kahin kerap membunuh dengan bacaan mentera yang berkuasa.
Kalau dari segi latar cerita, kisah ini ada unsur Harry Potter, latar cerita di Akademi Hobat, dan dimana Azlan digambarkan seperti the chosen one, disebabkan mengalirnya darah Kahin dan Hobat dalam dirinya. Azlan kematian ibu bapa, ada simbol pelik dibadan, dan menjadi buruan kaum Kahin. Azlan juga bersahabat dengan Den dan Balqis, persis trio Harry, Ron dan Hermoine. Ironinya, watak Balqis sangat degil dan berani, sekali lagi ada iras Hermoine. Jadi memang banyak unsur Harry Potter dalam buku ni i must say. Tapi jangan bandingkan sebab jalan cerita HP lebih kompleks, dengan kepelbagaian watak dan konflik disana sini, sedangkan buku ini seolah buku pertama yang menceritakan macam mana Azlan berkenalan dengan siapa dirinya yang sebenar dan mula belajar menyeru pesona untuk mempertahankan diri.
Buku ni agak menarik cuma pendek sangat ceritanya. Mungkin ada sambungan lepas ni dari penulis. Ceritanya agak longgar sebab masalah utama Azlan adalah dia menjadi buruan orang Kahin pada hari bulan berdarah, dan berakhir dengan cara yang pantas tapi jauh dari realiti, seolah itu yang terbaik untuk dorang, tapi hubungan dengan yang lain terputus macam tu je.
Penulisan agak baku tapi masih boleh dilayan disebabkan jalan cerita yang menarik dan jauh dari unsur cliche novel melayu.
Aku bagi 4.5 🌟 sebab aku rasa tak puas dengan pengakhirannya, dan aku nak sambungan sebab nak tau apa jadi lepasni.
Buku ni memang best! Kenapa aku kata buku ni best adalah kerana kakak aku yang cerwet tu pun nak beli buku ni lagi walaupun dia dah ulang banyak kali.... Writer memang power arr..😁 Anyway,good job, ARIF ZULKIFLI
Beli buku ni masa Big Bad Wolf hari tu. Asalnya beli buku ni sebab tajuknya. Menarik. Sama macam 'game' yang aku selalu main di PSP - PERSONA. Sejujurnya agak tidak sia - sia beli novel ni. Tambahan pula ada beberapa kaitan yang agak bersangkut dengan 'game' PERSONA tersebut seperti watak utama, senjata, serta watak sampingan dalam novel PESONA ini.
Plotnya laju dan tidak meleweh - leweh. Bagi aku yang juga penggemar novel-novel karya J.K Rowling (ya...sudah tentu Harry Potter) serta karya - karya RAM ~ novel ini agak tidak sukar untuk dihadam which is good for me =). Bahasanya yang digunakan juga bagus. Cermat.
Watak Azlan yang tiba - tiba berubah menjadi keras dan bersemangat serta adakalanya bermain dengan emosi agak kurang dapat dihayati. Kesedihan kehilangan beberapa orang tersayang dalam kehidupannya tidak sampai ke hati aku selaku pembaca.
Secara keseluruhannya, novel ini sangat baik dan menarik. Cuma bagi yang baru mula berjinak dengan genre seperti ini mungkin perlu membaca dengan berhati - hati (berkali - kali juga mungkin...hmmm) supaya tidak keciciran butiran - butiran penting.
Dah baca rasa seronok. Sambungan novel kedua mungkin? Kita nantikan =)
Best! 👍👍 Sebagai peminat filem Percy Jackson (buku dah ada, belum baca 🤭) + Harry Porter, aku sangatlah terbuai dan tenggelam dalam penceritaan. Akhirnya, bila sampai muka surat terakhir, memang aku mengamuk Kenapa kau akhiri ia begini, wahai en penulis?? 😡
Buku ni bagi aku, sangat menarik. Benda-benda yang tampak ringkas dan longgar tu aku harap dia akan kembang jelaskan dalam sekuel (aku mohon ni, en penulis 🙏🏻) Kesiankan Azlan & Razak. Mereka berdua tu kena ambil SPM tau. Nanti susah diorang nak sambung study atau bekerja 😁
Bahasanya buat aku ragu sebab rasa semua watak macam feminin kecuali Cikgu Iskandar 😂
Dah tentu ia ada kekurangan. Editor, ada typo dan perkataan tertinggal juga. Contohnya; sambal, ratus ... 😁
Tapi di sebalik semua tu, aku tetap nak bagi 5 bintang +++ ☺️
Karya ini macam Percy Jackson dan Mortal Instruments. Cerita perkembangan dia ada tetapi tak details sangat. Sebab dunia fantasy ini perlukan lebih details. Hahaha
Karya ini juga perlukan subplot juga. Mungkin penulis mahu lebih tonjolkan Azlan, dua puak bermusuhan dan Nuha sahaja. Emosi bagi aku kurang sikit. Bab sedih, tak rasa macam sedih pun. Errmmmmmm
Tapi cerita ini diolah dengan terbaik, tersusun indah dan gaya penulisan yang menarik. Senang di baca, faham dan tak tahu apa yang akan berlaku. Aku kena habiskan buku ini dengan cepat sebab aku nak tahu what next. Plot twist dia, memang tak terfikir pun bahawa Nuha itu ….
Memang kena ada sambungan lah..!! Kenapa nak biar tergantung macam itu?. Itu sungguh kejam.!
Sebuah novel yang menarik dan gaya penceritaannya membuatkan aku sentiasa mahu membelek muka surat seterusnya. Sayang sekali pengakhiran buku ini membuat aku meronta-ronta untuk sambungannya. Syabas kepada penulis.
Buku ni best gila...and tak boleh nak stop baca..But please...buat keluaran 2 for this book..i really want to know what happens after diorg masuk dunia siluman..and apa jadi kat yg lain-ii and everything about razak, azlan and nuha...
Suka laras bahasa yang digunakan, sedap dibaca. Cerita dia biasa, mungkin sebab genre fantasi remaja kurang menarik minat saya. Konflik dalaman yang Azlan alami, tak sampai kepada saya. Sebagai cubaan pertama Arep menulis untuk Fixi, ini hasil yang cukup baik sebenarnya. Saya percaya Arep boleh pergi jauh dalam bidang penulisan (kena lebih rajin study teknik2 dan tips menulis). Good job dan teruskan menulis!
Suka ceritanya. Cuma, tak berapa gemar cara ia ditulis. Bahasanya kadang-kadang tidak sesuai dengan cerita. Ada babak-babak yang sedikit mengganggu, macam terlalu banyak minta maaf dan terima kasih, tapi mungkin itu sifat watak? Dalam banyak hal, selain daripada penggunaan saya-awak oleh Den, kurang jelas kenapa watak-watak lain bercakap sedemikian. Bahasa Inggerisnya terlalu rawak untuk digunakan secara tiba-tiba oleh sesetengah watak macam Balqis.
Aku suka tema pesona dalam novel ni, ada magis. Perang antara dua puak. Bermain dengan simbol dan mantera. Dan juga dia yang berdarah dua. Moga ada sambungan. Tolong sambung ye. Terbitan
Idea fantasi urban yang menarik. Sistem magis juga menarik dan seronok dibaca terutama sekali apabila watak-watak berlawan.
Walaubagaimanapun, banyak juga perkara yang saya rasa sama seperti jalan cerita Harry Potter.
Contohnya adalah: 1. Watak utama menjadi anak yatim piatu ketika masih bayi kerana ibu bapanya meninggal ketika berlawan dengan musuh 2. Dibawa ke satu akademi untuk belajar menguasai kuasanya 3. Mendapat rakan baik di akademi, seorang lelaki dan seorang perempuan 4. Pertempuran besar di akademi. (Sebelum pertempuran besar, guru di akademi tersebut membuat pelindung supaya musuh tidak boleh masuk)
Kalau jalan ceritanya tak terlalu sama seperti Harry Potter, mungkin saya akan lebih seronok membaca.
Pacing buku ini juga sangat laju. Selalunya saya suka buku-buku yang rentaknya laju, tapi buku ini bergerak dengan terlalu pantas sehingga saya sukar mempercayai dan menikmati jalan cerita yang cuba disampaikan.
Contohnya, apabila sekolah watak utama diserang oleh musuh, kawan baik watak utama tak mengalami kejutan langsung apabila menyaksikan perkara luar biasa yang berlaku. Pendek kata, cepat betul kawan baik dia yang merupakan seorang manusia biasa dan tidak mempunyai kuasa 'move on' macam tu saja.
Apa-apa pun, idea yang menarik. Cuma dari segi perlaksanaan masih boleh diperbaiki lagi.
I truly adore Arif's writing style for this book, so poetic but not too heavy and makes it an ease to read it. Definitely has a sense of familiarity a little bit but it doesn't make it not as unique and beautifully written. Only things I would love to be added on a perhaps (should be) sequel for this, to give more space for character developments, consistency with the dialogues and more details. Other than that, it was a pleasure read for me.
More Razak chirpiness and would love to see his interaction with Den and Balqis to make them more awkward with each other on next book please!
Cerita dia memang best.. tapi tulah tergantung (sakit hati saya). saya harap penulis buat la sekuel.. saya betul-betul nak tau apa jadi lepas azlan, nuha dengan razak sampai dekat dunia tu :( cuma saya nak tahu apa jadi dekat tasya dengan hidayah lepas dorang histeria.. and azlan kan spm?? HAHAHA habislah exam dia nanti... btw overall cerita ni best, sebab saya memang suka cerita-cerita fantasi camni.. bagi tiga bintang sebab kalau nak lagi 2 sila buat sekuel :)
This entire review has been hidden because of spoilers.