Mai cinta pertama Nazim, seorang peminat muzik post hardcore. Saat Mai tiba-tiba hilang, Nazim rasa dunianya bagaikan sudah berakhir. Berbulan-bulan dia patah semangat untuk meneruskan hidup. Yang menemaninya cuma bayangan gadis itu, yang selalu muncul dengan pijama putihnya.
Sehinggalah satu hari Mai muncul kembali secara tiba-tiba. Mai yang kembali adalah Mai yang amnesia. Risau akan kehilangannya sekali lagi, Nazim mengambil keputusan untuk menjadikan Mai isterinya.
Mai yang ‘baru’ cukup pandai menyimpan rahsia. Bayangan ‘Mai’ berpijama putih pula semakin kerap menghantuinya. Antara yang nyata dan yang menghantui, Nazim tahu ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku.
Rasanya ini kali pertama saya baca buku terbitan FIXI yang fokusnya lebih kepada cinta, bukannya hal thriller atau misteri - hal misteri dalam naskhah ini pun mungkin dalam 20% saja.
Pijama menceritakan tentang kekasih Nazim yang hilang dan tiba tiba muncul kembali - dan yang kembali itu adalah kekasihnya yang sudah hilang ingatan. Penceritaan dan plot nya, kalau boleh saya gambarkan seperti bentuk, ia macam satu kadbod yang nipis. Ada perkembangan tetapi sangat perlahan dan momen momen didalam buku ini kebanyakannya repetitif dan rasa macam tak ada signifikan sangat pun untuk perkembangan cerita.
Watak watak dalam naskhah ini pun adalah mehhhh - tidak ada dinamik dan apa apa yang istimewa pun tentang mereka. Dialog pun ada yang janggal ada yang okay, setakat itu saja. Tiada yang wow. Tapi apa apa pun tahniah kepada penulis!
Kalau baca blurb buku ini sepertinya bergenre misteri dan seram. Tapi apa yang aku hadap lebih kepada kisah percintaan dan romansa cringe seorang lelaki yang asyik rindukan teman wanita. Bahagian misteri dan seramnya terlalu minimal. Penceritaan dan perkembangan plot yang santai dan mudah diteka, tujuan utama cerita seakan longgar, terlalu banyak dialog yang mengabur naratif hingga terasa meleret. Ruang cerita terlalu fokus kepada perasaan Nazim-- berlegar-legar dan repetitif. Agak sayang bila aku rasa watak dan personaliti antagonis Fazlin cukup menarik. Kalau penulis lebih fokus kepada misteri dan motif sebenar Fazlin mungkin plot lebih impak dan tak rasa 'kosong'. Agak kasihan dengan Mai yang tanpa sedar jadi mangsa keadaan. A nice try from the author, anyway. Terus menulis, ya!
Hmmh 🤔 Bagaimana harus aku bermula? Aku sukakan cover buku ni. Memandangkan aku baca pun tengah malam ke pagi dan habis baca pun awal pagi esoknya(sekitar jam 1 lebih), cover tu memang sangatlah mengganggu 😂
Tengok sinopsis macam cerita cinta. Bukan feveret aku ni. Tapi sebab ia buku Fixi dan sebagai peminat, aku tetap beli dan meluap-luap rasa nak baca. Hehe.
Aku tak rasa hampa. Malah aku boleh senyum je baca sampai ke muka surat terakhir. Satu cerita yang ringkas, menghiburkan dan mudah diteka. Cuma adalah sedikit twist di hujungnya yang aku tak jangka. Disampaikan dengan berterus-terang, tak payah susah-susah aku nak berfikir. Bagus!
Aku tak fikir pun apa yang aku tak suka. Typo satu je aku tersedar. Peti beku jadi peti buku. Aku bukan pencari typo. Cuma entah kenapa ia sangat noticeable 😂
Sebagai pengguna Grab dan pengangkutan awam, aku rasa sedikit relate. Bolehlah.
Judulnya tak signifikan. Pijama yang menghantui tak menakutkan. Penceritaan dalam naskah ni buat aku sedikit teringat kepada Gantung 2.
Yang aku suka, penulis punya bahasa bagi aku okay. Mudah. Tak try hard untuk deep-deep mengajar aku itu dan ini. Mengejutkan aku bila naskah ini didominasi oleh POV1. Bahaya. Tapi penulis mampu menyampaikan dengan indah. Aku dah dengar sendiri seorang penulis senior cuba menggunakan POV1. Gelak namatey je aku dengar. lol. POV1 tak mudah tapi aku tak rasa bosan pun dengan penyampaian penulis dalam naskah ni.
Aku harap penulis akan terus menulis dan ada buku yang lebih baik. Bukan mudah untuk orang macam aku yang kurang suka cerita cinta nak baca sampai ke akhir dengan penuh semangat 😊
Not bad. 3.5 stars! Sebuah cerita misteri tapi tak berapa nak misteri 😅 Mengisahkan tentang Mai & fazlin yang tiba2 hilang. Mereka merupakan girlfriend & kawan baik Nazim. Then satu hari, Mai dijumpai balik tapi dalam keadaan amnesia. Manakala Fazlin pulak hilang tanpa jejak.
Bila dah baca lebih kurang half cerita tu, macam dah boleh agak dah apa jadi sebenarnya. Misterinya ada tapi penulis tak berapa lebihkan pada part tu. Contohnya dalam dok kalut2 Mai & Fazlin hilang tu, ingatkan penulis akan cerita lebih detail pasal kehilangan diorang tu la kan, tapi takk.. penulis fokuskan pulak pasal cerita kawan sekolah Nazim. Ingatkan ada la kaitan dengan kehilangan Mai & Fazlin yang tiba2 tu, tapi tidakk. Boleh katakan misteri tu tak berapa nak “umphhh”, ha gituu 😂
Sebenarnya banyak part yang saya rasa saya nak pertikaikan, sebab macam tak berapa logik 🤷🏻♀️ tapi tu akan jadi spoiler la pulak nanti. Apa2 pon, buku ni masih sedap untuk dibaca sampai ke penghujungnya 😊 Plus, i like the cover! ❤️
PIJAMA? To be honest, I don't quite enjoy reading this book. I was hoping more of the thriller side than love story side. But this book is more of a love story.
Mai, Fazlin and Nazim is 3 bestfriend who shares the same interest. The 3 of them are from the same college with the same course. Through out the year of being friend with each other, Nazim have a feeling with Mai and wanted to be more than a friend to her. Without him knowing, Mai actually shares the same feeling. And so, Mai and Nazim ended up being a couple. On the other hand, Fazlin also shares some feeling toward Nazim. But not only toward Nazim, she also shares feeling toward Mai which mean that Fazlin is a bisexual.
When Fazlin knew about the relationship of Mai and Nazim, Fazlin felt left out and broken hearted. Just when Fazlin can't stand the thought of being alone, Fazlin request a time out with Mai. During the day out, Fazlin brought Mai to her apartment. Fazlin asked Mai to share Nazim with her and told Mai that she wanted the 3 of them to be together forever but Mai refused to. So, Fazlin ended up killing Mai and preserved her body in a freezer in Fazlin's apartment.
Mai then did a plastic surgery to make herself looks like Mai and pretends to be Mai. She pretends that as though Mai having an amnesia. Fazlin dreams come true when she becomes Mai where she wanted to be the child of Mai's parents and also the attention of Nazim. The both of them ended up married.
On the other hand, Nazim always felt the existence of Mai and able the saw Mai's spirit. He even able to touch and talk to Mai's spirit. At first, he thought that he was dreaming or hallucinating. But as time goes by, he still able the see Mai's spirit even after he is married. He felt that something is wrong so he asked Mai's spirit what does she wants. Mai's spirit then gave him assignments the discover the truth by himself.
Nazim then found out that the true Mai has died and the imposter Mai is actually Fazlin. Fazlin died too in the end. Nazim strangled Fazlin to death when he found out what she did to Mai.
So, I would not recommend this book to you guys. But if you insist on reading it too, then why not? Well, not everyone thought is the same right? It could be that you would like this book.
Happy Reading!
_____________________________________
PIJAMA? Sejujurnya, saya tidak meminati buku ini kerana ia banyak mengisahkan tentang percintaan berbanding triller yang diinginkan. Well, seperti peminat buku fixi yang lain, saya tetap belikan kerana mengingatkan bahawa ia akan memberikan impak yang besar seperti buku-buku yang saya telah baca sebelum ini.
Mai, Fazlin dan Nazim merupaka tiga kawan baik yang mempunyai hobi yang sama. Mereka tiga kenal sewaktu di kolej di mana mereka mengambil jurusan yang sama. Oleh itu, persahabatan mereka terjalin sewaktu mereka berada di kolej. Namun begitu, terbitlah satu perasaan di mana Nazim ingin menjadi lebih daripada kawan kepada Mai. Dan tanpa pengetahuan Nazim, Mai juga mempunyai perasaan yang sama terhadap Nazim. Akhirnya, mereka dua menjadi sepasang kekasih. Dan hal ini diketahui oleh Fazlin yang pada masa yang sama juga mempunyai perasaan terhadap Nazim. Malah bukan terhadap Nazim sahaja, dia juga menyimpan perasaan terhadap Mai. Ya! Fazlin sebenarnya seorang biseksual.
Apabila Fazlin mengetahui tentang hubungan Mai dan Nazim, dia berasa amat kecewa dan dipinggirkan. Oleh itu, dia bercadang untuk mendapatkan segala-gala yang Mai ada termasuklah ibu bapa Mai. Pada satu hari, Fazlin meminta Mai untuk meluangkan masa bersamanya tanpa Nazim. Dan Mai bersetuju. Fazlin membawa Mai ke apartmennya dan di sana Fazlin membuat satu pengakuan dimana dia sebenarnya sukakan Mai dan juga Nazim dan meminta agar Mai mengongsikan Nazim dengannya. Walau bagaimanapun, Mai tidak bersetuju. Oleh itu, Fazlin memutuskan untuk membunuh Mai dan menyimpan jasadnya di dalam peti beku.
Selepas membunuh Mai, Fazlin pun membuat pembedahan plastik agar mukanya menyerupai muka Mai. Setelah Fazlin mendapat muka Mai, Fazlin berpura-pura untuk hilang ingatan. Seterusnya, Fazlin telahpun menjadi anak kepada ibu bapa Mai yang sebenar dengan menjadi Mai. Selain itu, dia juga perhatian Nazim sehingga mereka berkahwin.
Bagi Nazim pula, semasa Mai hilang, Nazim dikacau oleh hantu Mai. Nazim dapat bercakap dengan hantu Mai, dapat merasai kehadirannya dan juga dapat menyentuhnya. Setelah Mai kembali ke rumahnya (di mana dinyamar oleh Fazlin), Nazim berasakan bahawa dia hanyalah mimpi atau berhalusinasi. Apabila Nazim telah berkahwin dengan Mai (Fazlin), hantu Mai tetap mengunjungi Nazim. Oleh itu, Nazim berasa hairan dan menanyakan apa kemahuan hantu Mai itu. Hantu Mai kemudiaannya memberi assignment kepada Nazim agar dia dapat mendapat tahu kebenaran yang sebenarnya.
Akhir sekali, Nazim telah jumpa jasad Mai di apartmen Fazlin dan dia juga mengetahui bahawa Mai yang dengannya sekarang bukanlah Mai yang sebenar. Dia juga dapat tahu bahawa Fazlin telah menyamar jadi Mai. Akibat amarah Nazim yang mengetahui tentang apa yang Fazlin telah buat terhadap Mai, maka Nazim membunuh Mai dengan mencekiknya.
Hmmm. Sejujurnya, saya tidak mengesyorkan anda untuk membaca buku ini terutamanya anda yang ingin mencari buku triller. Tapi, sekiranya anda tetap ingin membacakannya, silakan. Hey! Pendapat kita adalah berlainan dan kemungkinan juga anda akan menyukai buku ini.
Selamat Membaca!
This entire review has been hidden because of spoilers.
"Buat apa jadi pendengar kpd masalah org lain kalau masalah sendiri tidak boleh selesai. Dengar masalah org ni,tujuan utama dia hnya supaya kita nmpk mulia & baik pada pdngn org yg masalah.."
I’m gonna be straightforward and honest. I don’t like this book. First of all, I want to point out with the sentence construction. It’s very short and simple. I understand the beauty and impact a simple sentence structure can give to a story but when it is used repetitively? No. It’s not very well written. A good book is written with simple, compound, complex structure mixed together. Following by simple structure, should come compound then complex structure.. And it goes on cycle. However in this book, I can see the excessive amount of simple structure being used. Which I am quite disappointed with.
Moving onto the plot.. I think it is more romance focused than thriller or horror. Another point that I’m disappointed with. It’s hard to find horror novel that has romance elements and is actually good. This book is a good example on what bad romance in a horror book is like. All of the characters gets on my nerves. I stopped reading around page 40-50 a few months before (mostly due to exam and because it’s not worth to read in one sitting), but I managed to push myself to pursue my reading.
All of the main characters are just full of red flags. If you read the book you can see what I mean. The main character makes me uncomfortable many times. If I count it, it would be a concerning amount. For a character that is strayed from religious beliefs and practices, its no surprise why he behave that way. Immature, pervert, annoying. This isn’t just a religious issue by the way. This guy lack common sense. No sense of respect. Blatantly rude. It’s like he didn’t even pass high school. If he was meant to be written to be cringe and annoying then I would gladly admit it worked. I hated him so much. I was rooting for his downfall the entire time.
Okay, enough the bad part.. The good part. It lies within page 189 or something. After that page, I can feel that I’m slowly not forcing myself to read it. I want to know the truth. The truth is predictable. I unconsciously predicted the plot twist 132 pages early.. However I would want to praise for the amount of chills I got. The air turned sinister, ominous.. I began to worry for the main character (even though i hated him and hoped he die) It seemed like the character in question at the breach of insanity. I like them. They’re cool. We finally get to know the character better in the last few pages.
The writing style piqued me only after the plot twist reveal. Probably because suddenly the book is in 3rd person POV. I love it when writers use 3rd person POV to reveal the mystery and secret. It’s just more intriguing that way. Anyways, the shift from 1st person POV to 3rd person POV left me impressed for a bit. I was beginning to rethink about what to rate this book after I was done. I’m loving the plot twist of the story. Even though it’s full of flaws, it’s still decent. I’m saying this in the behalf of the last part of the book. It was quite impressive indeed but everything before the truth was revealed were boring and hard to read..
Nonetheless, it’s an okay book to read to pass time since it’s short. Honestly wouldn’t recommend. I have nothing but well wishes for the author of this book. He has great potential. Honestly wished there was moral of the story and more religious and spiritual content involved since it is a horror book. Meaning spirits are involved but that’s okay. Good work. Not best but good.
Kau boleh habis membaca Pijama dalam jangka masa setengah hari jika kau banyak masa terluang. Bagi aku, jika sesebuah buku itu aku habiskan dalam jangka masa kurang daripada 24 Jam, maksudnya buku itu bukanlah buku kegemaran aku. Ia boleh jadi buku yang sedap-tapi-bukan-makanan-aku ataupun buku yang boring dimana aku tak sabar nak habiskan bacaan dan simpan di rak.
Aku mengaku kulit muka dan tajuk buku ini sudah menang. Kombinasi kedua-dua ini berjaya menghasut aku untuk membelinya. Tapi kemudiannya, aku tak puas. Cerita dimulakan dengan sangat hambar dan tipikal. Dialog yang kaku dan tampak canggung. Aku rasa tiada apa yang menarik dan berkira-kira untuk tamatkan pembacaan.
Tapi pada muka surat 170 atau 172 atau 173, entah aku tak ingat, aku rasa sensasi Pijama baru bermula. Aku mula ghairah membaca. Aku fikir alangkah ruginya 170 kertas yang terbazir dan masa aku membaca 170 halaman yang boring sebentar tadi. Pijama sepatutnya meletakkan muka surat 170 menjadi muka surat 30 atau 50. Ini bukanlah percaturan yang tepat.
Sejujurnya aku frust. Expectation aku tinggi pada buku ini. Ya, aku orang yang menilai buku dari kulitnya. Misteri dalam Pijama cuma sampingan sahaja. Cinta yang lebih dominan. Plot bagi cinta juga sangat klise. Aku tak tahu sama ada penulis memang kaki drama senja TV3 ataupun sebaliknya. Tapi serious cinta dalam buku ini poyo. Misteri yang aku harap cuma muncul sekali dua. Pijama berhantu langsung tak menakutkan. Aku rasa nak mencarut.
Penulis juga banyak tulis jenaka hambar. Ia seolah-olah takut nak menjejakkan kaki ke daerah komedi kerana mahu play safe. Aku rasa kalau komedi itu lebih berani, 170 muka surat boleh turn to something yang fun. Third act sebenarnya lebih teruk dari first act walaupun first act boring gila. Third act ialah penyelesaian yang mudah dan sometime aku rasa macam tak cukup rasa dan dah banyak rilisan Buku Fixi yang buat plot twist ini macam. Kamon, takde plot twist pun cerita boleh jadi sedap apa?
Watak Lin bagi aku tak cukup kuat. Sebab dia buat semua tu pun bagi aku tak cukup untuk mengangkat tiang cerita. Lagi satu, aku rasa ketiga-tiga watak dalam cerita ni poser je minat post-hardcore. Aku rasa annoying. Baik tak payah claim minat post-hardcore. Baik cari minat lain yang senang atau berkait dengan jalan cerita.
Apa yang aku suka pasal Pijama pula sangat sedikit. Kau boleh cari pada muka surat 170 sehingga semua misteri dalam buku ini diterangkan satu per satu. Itu saja. Aku rasa 2 bintang cukup kot. Ia tak seteruk Lendu untuk diberi 1 bintang dan tak sebaik Penumpang untuk dapat 3 bintang.
Aku habiskan Pijama pada jam 1 pagi. Aku tak kenyang baca buku ni. Aku terus tidur dan berharap tiada mana-mana pijama yang akan muncul kejap lagi.
I dont know if this is thriller or romance or horror or either mystery what i know it messed
Storyline so far so good maybe but i dont like it which is a friendship that like each other and then i dont know i dont get what the point of this book like it just to mess for me
Kejap dia cinta n then horror tiber mystery huh ?? Whatz that the climax not so climax , same to horror not so scary even the mystery is not so mystery TT
Just curious what inside Nazim mind , he so blunt , unserious, weird thinking ehh ntah la x tau la kita
Permulaan yg baik aku rasa bagi seorang penulis yg baru. Cerita yg tidak terlalu berat yang mengetengahkan cinta remaja tapi diselitkan dengan misteri yg bagi aku agak menarik. Konflik ringkas tetapi cukup rasa dan agak mendebarkan bg aku sewaktu nazim mula menyiasatkan kepelikan yg berlaku dalam rumah tangganya. Tahniah penulis!
Bismillah, For me, this novel is good but can be improved for the author's next project. 1. Kisah² romantik dalam cerita ni bagi saya ok je but sometimes the dialogues were a bit awkward. Rasanya boleh diperbaiki macam buat lebih natural but not too sempoi. 2. The plot twist is kinda late & sepatutnya boleh banyakkan peristiwa² yang signifikan dan menimbulkan tanda tanya kpd para pembaca. Bagi saya ada beberapa part yang macam panjang dan rasanya macam meleret, sepatutnya boleh digantikan dengan something yang lebih mystery or psychological thinking, i guess. 3. Ending for me is mantul hehehe. Plot twist superb. Good job la penulis! I think that's all. Ciao!
well the book cover caught my attention but after i finished the book i didnt quite enjoyed it just because there are too much cringey romance stuff rather than horror/thriller. the plot blew me away, page 190, i didnt expect that to happen at all (spoiler : when mai and lin went missing i knew it must've been lin who did something to mai) the ending was meh but overall i would give it a 7/10. from someone who doesnt really enjoy romance i gotta be honest i was disappointed with the story. but yeah its good for a light reading bcs the pages arent that much.
Ok jer novel ni. Aku suka sebab nak tau jugak sapa yang betul, sapa yang menyamar. Memang misteri bila 'Mai' isteri Nazim tu pergi ke apartment lain. Walau cerita dah dapat agak macam tau je sapa bunuh sapa, tapi tak sabar nak tau ending. Sedih jugak endingnya..
Akibat seseorang terlalu obses pada cinta dan persahabatan. Begitu endingnya..
ergh boring - ingatkan buku thriller mystic rupanya cerita cinta je ?? oh and how can bestfriend boleh lupa kawan lagi sorang ? kata trio - trio never worked together u know haih (plot twist is predictable dari mula lagi dah boleh agak). author keep on dragging the story padahal boleh je straight forward dah lah bye
Walaupun lain dari yang lain, tapi agak predictable untuk aku. Watak tak perlu ramai pun, cerita dah boleh gerak. Kalau dia tanya aku, "Ada hal ke dah tahu?", aku tak pasti aku mampu lari ke tidak. Terbitan
maybe in another universe, nazim and mai got their happy ending. fazlin is totally psycho sick character and need therapy asap, tak cukup dengan bisexual ada necrophiliac pula. syabas, fazlin! kau masuk dalam blacklist aku number one, kau berjaya caras tempat eva, I'm impressed...
Just finish reading it and its not bad at all This more on the romantic side and least of thriller... But doesn’t make you bored at all and worth reading
Ini review pertama aku. Selalu nya aku x kan review sesebuah buku tu sebab x nk jd spoiler. Tp tak bermakna buku ni teruk habis. Aku masih blh hadiah kan 3 bintangs utk effort and idea writer.Tapi aku sgt tertanya-tanya, mcm mana fixi blh approve naskah ni. Jauh beza dari ciri2 buku fixi sebelum2 ni.
Still a good start for the writer, tp aku harap writer bkn seorg yg mudah berpuas hati and over confident produce another naskah yg mcm sampah semata2 utk popularity/being part of fixi/money (sorry kasaq sket).
Watak utama - poyo Watak sampingan - not significant Bahasa - mudah Input - quite good. Byk teguran, teladan, sindiran buat pembaca yg nk berfikir (20%) Misteri - 10% Merapu - 69.5% Plot - ringkas sgt Konflik - 0.5 % Setting - borring amat. Rmh mama, rmh die. Tu je smpai sudah. Repetation - most of the time
Eg: aku jalan2 di shah alam mall lagi. Erkkk ape la ade lat shah alam mall tu. X menarik lnsg pilihan lokasi.
So mcm aku ckp td, still a good start for the writer dlm dunia penulisan. Tp tlg lah jgn sekadar menulis sbb rase diri blh menulis. Mst explore, passionate, serious, be creative and most importanly, must willing to learn and do research (dh mcm nk pggl iv plk)