Jump to ratings and reviews
Rate this book

9 Nota

Rate this book
Gara-gara sekeping nota misteri, hidup Kaisara Hakim huru hara. Tanpa sebarang maklumat mengenai pengirim nota, ia mengundang seribu persoalan apabila hadir dalam bentuk amaran agar Kaisara meninggalkan kekasihnya Syazwan.
Malah, nota yang diterimanya bukanlah nota yang pertama tetapi nota yang kesembilan!

Dengan Farid dulu, aku terima nota. Dua minggu kemudian, Farid ditangkap polis sebab kes dadah. Kemudian, tak lama selepas aku terima nota kesembilan… Syazwan pula ditangkap khalwat dengan perempuan lain. Dia nak apa sebenarnya? Apa motif dia? - KAISARA

Mungkin dia cuma nak protect kau. - GINA
Apakah benar telahan Gina? Tetapi, siapa dia yang sebenarnya? Adakah pengirim nota itu tahu sesuatu yang tidak pernah diketahui oleh Kaisara?

Aku nak cari dia. Aku nak bersemuka dengan dia. Aku tak nak tunggu sampai aku terima nota kesepuluh daripada dia.- KAISARA

Kadang-kadang, hidup takkan jadi seperti apa yang kita mahukan.- ALIFF HAIDAR

Berjayakah Kaisara menjejaki pengirim nota misteri? Atau dia bakal tewas sebelum tiba ke garisan akhir?

Paperback

First published January 1, 2018

2 people want to read

About the author

Hannah Ezaty

12 books14 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (40%)
4 stars
1 (10%)
3 stars
3 (30%)
2 stars
2 (20%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
July 19, 2019
abis baca malam semalam. tapi sebab banyak perkara bermain kat fikiran, langsung tak boleh nak review. pertama, adakah kaisara ini dibenarkan hidup seperti biasa dikalangan manusia biasa bila dia dalam situasi luar biasa?

haa... sepanjang pembacaan, bagi akak, 9 nota yang diterima oleh kaisara ini tidak mampu meleraikan apa-apa pada kaisara tapi menjerumuskan dia pada satu perkara yang dia sendiri jadi fobia. beb, korang kalau suka misteri, suka saspen walaupun pada dasar tak nampak pada mata kasar, kena baca novel karya cik penulis Novelis Hannah Ezaty. nak pening, nak pusing, jom hadap sama-sama.

walaupun mungkin ada kata, alaa... bukan ada apa pun. just sebab 9 nota yang diterima tu semacam ugutan pada watak utama, tapi ada seribu satu rahsia. dan tambah serabut, nota kesepuluh bersama jambangan bunga lavender tambahkan lagi sasaran tekaan pembaca kepada siapa yang menghantar nota-nota tersebut. syazwan memang taklah sebab awal-awal lagi dia dah kena tangkap basah. konon cinta tapi ada pulak perempuan lain.

daniel, boleh jadi juga sebab cincin lamarannya ditolak. aliff, yang ni memang suspek utama sebab dari mula dia jumpa semula dengan kaisara, takde pun nota yang kaisara terima sampailah mereka berkahwin. adhwa, pada mula ingatkan dia ni yang mampu tolong kaisara tapi...

trauma. perkara ini kadang-kadang ada manusia memang pandang enteng. satunya sebab mereka tak mengalami jadi mereka tak tahu betapa dasyat impak pada yang merasa. dan jangan sesekali menganggap kemurungan itu mudah untuk diatasi. please, bagi mereka yang alami ruang untuk bernafas. bantu dan selagi boleh jangan beri tekanan yang mampu membahayakan mereka. ok?
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
May 10, 2019
Seperti Sara, saya juga rasanya boleh dpt sakit yg sama bila saya baca ke babak terakhir 9 nota ini. Saya mengharapkan yg Sara akan pulih dlm erti kata yg sebenarnya. Tetapi dlm epilog, Sara spt tidak boleh berenggang dgn Alif Haidarnya sekaligus menyaksikan dirinya tidak boleh lari dari bayangan halusinasi. Dan yes, saya sgt mengharapkan Adhwa utk menjadi teman dlm hidup Sara.

Bagi saya, ini merupakan percubaan berani bg writter dlm mengenengahkan tema sebegini dlm pasaran buku yg sangat sendu. Ada twist di bahagian pengakhiran sehingga kita tidak menjangka apa sebenarnya yg berlaku pd Sara. Siapa yg menghantar kesembilan nota2 itu kpd Sara yg menjadi titik utama dlm cerita ini.
Profile Image for Iza B. Aziz.
232 reviews31 followers
August 8, 2022
Konsep dah menarik tapi cerita panjang berjela. Banyak sangat babak yang saya rasa 'kosong'. Kalau penulis selitkan sedikit fakta kesihatan mental dan sebagainya boleh kukuhkan lagi jalan cerita.
Maaf, bagi saya watak-watak 3 kawan serumah tu macam tiada kesan. Macam tak perlu takpe.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.