Jump to ratings and reviews
Rate this book
Rate this book
Anastasia dan Drizella. Nama kakak-kakak tiri Cinderella. Adalah satu klise apabila mereka membenci dan sentiasa mendengki Cinderella, berusaha merampas prince charming daripadanya. Tetapi bagaimana pula sekiranya kakak tiri Cinderella ikhlas menyayanginya sehingga dia tegar memperjudikan nyawa sendiri demi si adik tiri? Bagaimana pula sekiranya kakak tiri Cinderella rela kuburkan isi hatinya demi kebahagiaan si adik tiri?

Aina Natasha. Dia sanggup membahayakan diri sendiri asalkan Tengku Elyana selamat. Berkali-kali Elyana diserang si musuh tetapi Aina tidak berundur walau sesaat. Selagi hayatnya masih ada, Aina akan berusaha bersungguh-sungguh menyelamatkan si adik tiri. Namun satu hari, Elyana dijodohkan bersama Tengku Arhan Yuzlan dengan alasan Arhan boleh melindungi Elyana juga. Aina terpempan. Kerana Arhan yang ada di depan matanya kini ialah Arhan yang sama, yang dia kenali 13 tahun lalu.

“Awak tak takut mati, Aina Natasha?” – ARHAN

“Saya takut mati tapi saya lebih takut jadi pembunuh,” – AINA NATASHA

Demi mendengarkan jawapan itu, Arhan tersentak. Sesungguhnya dia juga menghadapi kemelut sama. Berusaha menjauhi gelaran ‘pembunuh’ tetapi dia sering dihadapkan dengan situasi yang mendorongnya ke arah itu.

Bersama-sama, mereka cuba melindungi dan menjaga Elyana. Pada saat dua hati mula disapa perasaan indah, kini Aina pula menjadi sasaran. Nyawa Aina menjadi buruan dan si pemburu nyawa itu takkan berhenti selagi dia tak beroleh apa yang dia mahukan.

“Aku takkan biarkan Aina dibunuh disebabkan kau!” – HADI

“Kau fikir aku akan biarkan dia sentuh Aina Natasha?” – ARHAN

Segala serangan dipatahkan dan ditepis. Berkali-kali mereka diasak, berkali-kali jugalah mereka mengasak. Mereka berlawan demi mempertahankan nyawa di dalam tubuh dan rasa dalam hati. Hinggalah satu per satu kebenaran terbongkar, sedikit demi sedikit kekuatan Aina dan Arhan tergugat. Apa yang mereka lihat, bukanlah realitinya. Apa yang mereka fikir, bukanlah hakikatnya.

Sehingga akhirnya, Aina tertanya sendiri – “Apakah tiada pengakhiran bahagia untuk dirinya, Anastasia, si kakak tiri Cinderella?”

586 pages, Paperback

First published January 1, 2018

16 people are currently reading
408 people want to read

About the author

Syu Ariani

19 books223 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
175 (55%)
4 stars
102 (32%)
3 stars
34 (10%)
2 stars
3 (<1%)
1 star
2 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 71 reviews
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
November 4, 2018
Aina Natasha, dia sanggup membahayakan diri demi keselamatan Tengku Elyana, adik tirinya yang diburu entah siapa. Baginya, kehadiran Elyana dan bapa tirinya, Tengku Iskandar telah mengubah hidupnya menjadi lebih baik dan dia banyak termakan budi mereka. Namun, ancaman yang makin membahayakan menyebabkan Tengku Iskandar berhasrat menjodohkan Tengku Arhan Yuzlan dengan Elyana, sekaligus menjaga keselamatannya. Tanpa diduga, Tengku Arhan merupakan orang yang sama yang ditemui Aina 13 tahun lalu dan menjentik hati wanitanya. Keadaan makin mencemaskan kerana bukan saja Elyana, tetapi Aina turut di buru.

Mengambil latar kisah dongeng Cinderella dari sudut kakak tirinya, memang menjadi tarikkan utama untuk membaca kisah ini. Masih lagi mengekalkan elemen thriller, namun kali ini lebih banyak dan padat dengan aksi. Boleh dikatakan, setiap bab penuh dengan detik yang mendebarkan. Awal-awal lagi teruja.

Namun, saya lebih suka olahan di awal-awal bab semasa Elyana menjadi buruan. Apabila terbongkar dalang dan beralih kepada Aina, olahan sedikit longgar dan terasa agak lambat. Walau bagaimana pun, aksi dan detik mendebarkan tetap ada. Dan, dalangnya seperti dapat dijangka melalui beberapa hint yang ditunjukkan jika pembaca teliti dan peka.

Tapi tak puas hati juga la sebab dalangnya mudah sangat dimaafkan.. harap ada balasan yang lebih setimpal. Mungkin penulis nak menjernihkan kembali suasana dan berakhir dengan damai, so saya kira boleh diterima. Yelah, dalangnya pun sudah benar-benar insaf dan minta maaf.

Rasanya, tak ada watak tipikal dalam naskhah ini, ada pun Puan Khalida, ibu Aina merangkap mama tiri Elyana yang bermuka-muka dan bersikap seperti ibu tiri Cinderella. Tapi kadang-kadang kesian juga dengan nasib dia, dan dia pun tak seteruk mana sebab semuanya pun dilakuka demi Aina, walaupun Aina ni bukan anak kandung dia (spoiler).

Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan novel penulis kali ini, ada peningkatan berbanding novel sebelumnya. Mungkin ada sedikit olahan perlu dibaiki, namun jalan cerita kali ini lebih tersusun dan menarik. Tahniah untuk penulis!
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
December 16, 2018
Gila plot twist!

Dinasihatkan siapa yg nak membaca novel ni jangan main selak2 dan check page belakang 😅
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,330 reviews67 followers
December 26, 2021
[BOOK 231]

Anastasia by Syu Ariani.
.

Best!
.

Untuk yang sukakan cerita action romance, wajib baca la. hahaha. Aku rasa cerita ni, dari awal sampai akhir, asyik duk berlawan je, sampaikan aku yang baca ni pun, jadi semput.
.

Aina Natasha. Seorang yang terlalu sayangkan adik tirinya, Tengku Elyana, kerana Aina dan ibunya diberikan kebahagiaan dan kemewahan selepas ibunya mengahwini ayah Tengku El. Elyana bakal mewarisi perniagaan ayahnya sebaik saja berusia 25 tahun. So, selama setahun sebelum 25 tahun ni, Elyana menjadi buruan seseorang. Dan yang sentiasa bergadai nyawa menyelamatkan Elyana ialah Aina.
.

Sehinggalah munculnya Tengku Arhan Yuzlan aka Anak Tukang Kebun Sekolah muncul. Arhan yang bakal menjadi suami Elyana pulak yang mengambil alih tempat Aina.
.

Tapi pada masa yang sama, Arhan lebih tertarik kepada Aina. Basically, they are attracted to each other since 13 years back.
.

Dan bila dalang sebenar tertangkap, Arhan memutuskan pertunangannya dengan Elyana sebab Elyana sekarang dah selamat.
.

Tapi, muncul banyak lagi masalah lain. Aina pula yang diserang.
.

Siapakah dalang sebenarnya? Adib? Ayah Arhan? Ataupun ada arnab yang bakal menghabiskan nyawa si ular?
.

Aku suka sebab watak Aina ni hebat. Dia pandai berlawan. Ini kelebihan seorang perempuan la bila dia pandai mempertahankan dirinya. Dan aku suka momentnya bersama Arhan. They complete each other. Ada masa Arhan menangis, Aina temankan. Comel kan moment camtu.
.

Kenapa Anastasia? Sebab nama Aina Natasya is almost similar to Anastasia. Dan memang dia kakak tiri Elyana pun. Cumanya, dia terlalu sayangkan Elyana. Dan mak Aina pun, bukanlah jahat sangat. Well, dia takdelah kejam, tapi hipokrit la.
.

Dan sebenarnya aku bangga la jugak sebab aku dah boleh agak siapa 'arnab' yang sebenar. hahahaha.
.

p/s: aku baca review, ramai juga yang sukakan Hadi. Mungkin sebab aura Arhan terlalu kuat, so, Hadi a bit tenggelam la for me. No worry, nanti aku akan sukakan Hadi la dalam Ursula nanti.
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
November 6, 2018
Ini percubaan pertama buat syu ariani dalam menulis genre aksi..sangat terbaik. Sebelum ni SA telah menghasilkan karya bertema cinta & paranormal.

Bagi aku SA pandai dalam mengolah cerita itu. Dia mampu membuat aku untuk teruskan pembacaan sepertimana novel 'aku ada'. Aku tak mampu untuk skip bacaan. Rasa ingin tahu siapa dalang sebenarnya membuak2 menjadikan aku habiskan bacaan pada pukul 4 pagi..haaa nampak tak dahsyatnye.

Dalam novel ni, penulis memainkan isu 'pengkhianatan'. Ye sampai satu tahap kite tak sedar sebenarnya musuh sebenar ada disekeliling kita.

Aku suka dengan watak heroin, Aina Natasha yang sangat mahir dalam ilmu mempertahankan diri. Dan dia mampu melindungi Elyana daripada ancaman musuh. Watak hero, Tengku Arhan Yuzlan pula dengan sikap beku dimana dia terpaksa lakukan perkara demi menjaga nyawa orang yang disayanginya.

Mesti ada yang tertanya kan..apa kaitan cerita ini dengam dongeng kakak tiri si cinderella.. First nama heroin, aina natasha & anastasia..hampir sama kan sebutannya. Tapi dalam dongeng cinderella anastasia ni jahat..dengki dengan cinderella...tapi dalam ini, kakak tiri terlalu sayangkan adik tirinya. Sanggup bergadai nyawa untuk menyelamatkan adiknya daripada ancaman musuh. Siapakah musuh si 'cinderella' ni? Yang itu kena baca.😄 manakala watak si ibu tiri cinderella. Haa yang ini hampir sama dengan cerita dongeng, ibu tiri yang jahat..tapi sebenarnya dia bukanla jahat, cuma pentingkan diri sendiri..

Aku jadi tak reti nak explain panjang. Ape yang penting aku sangat sukakan cerita ini. Dan yang paling penting, cover tu memang memikat hati.


4.5* for anastasia
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,023 reviews377 followers
September 6, 2019
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM13 (excl. postage). Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.

Another great read by Syu Ariani!


Jalan cerita yang very, very exciting tapi rasanya N sudah terkena serangan second-hero syndrome sebab I am #teamHadi

Yes, Arhan is awesome tapi dia sangat beku and mungkin terlalu macho sampai terjuling jugak lar mata.

I thought the start of the story was a bit dull. Bila masuknya watak Arhan pun N rasa tak berapa nak exciting sangat. It wasn't until Hadi muncul dan beri sedikit saingan yang N rasa things start to heat up.

N rasa this is one of the story yang readers kena manage your expectation.

Despite cover yang cantik dan ala-ala fairytale, tahap romantis jer tidak lar berapa tinggi. It is action-packed with family drama. So if you expect a Cinderella-ish kind of story, I think you will be disappointed.
Profile Image for Siqahiqa.
593 reviews106 followers
December 26, 2018
Read this book in 3 days. 586 pages. Genre cinta aksi.
Percubaan pertama penulis dalam genre ini dan sangat menarik.Plot twist ada, romance ada, aksi thriller ada, kerohanian pun ada. Lengkap ❤️👍🏻

Tak boleh dibiarkan novel ini selepas dah mula baca. Jalan cerita bertubi-tubi dengan aksi dan diselitkan dengan tanda tanya siapa dalang di sebaliknya dan juga kisah percintaan manis Aina dan Arhan.

Novel pertama daripada Syu Ariani yang aku baca. Akan proceed untuk baca novel kedua, Aku Ada :)
Profile Image for Zulaika.
122 reviews10 followers
November 19, 2022
Aina Natasha, semakin disebut makin bunyinya menjadi Anastasia. Nama seperti kakak tiri dalam cerita Cinderella. Tapi adakah sama perwatakan itu? Tidak. Aina sangatlah sayang akan adik tirinya. Sayang yang ikhlas itu sehingga sanggup selamatkan Elyana walaupun nyawanya boleh melayang bila-bila masa.

Hatinya gugup apabila hadir lelaki yang pernah dia nampak 13 tahun yang lalu. Tengku Arhan Yuzlan. Kehadiran lelaki itu bukanlah untuk dirinya, tapi untuk Elyana. Sekian lamanya, dia cuba untuk hilangkan perasaan yang hadir dalam dirinya. Aina tahu dia tak sepatutnya mempunyai perasaan itu. Semakin dia jauh, semakin itulah Arhan mendekat.

“𝘽𝙚𝙧𝙞𝙩𝙖𝙝𝙪 𝙨𝙖𝙮𝙖, 𝘼𝙞𝙣𝙖 𝙉𝙖𝙩𝙖𝙨𝙝𝙖. 𝘼𝙬𝙖𝙠 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙖𝙮𝙖?”

“𝙔𝙤𝙪 𝙩𝙚𝙡𝙡 𝙢𝙚. 𝘼𝙥𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙖𝙬𝙖𝙠 𝙣𝙖𝙢𝙥𝙖𝙠 𝙠𝙖𝙩 𝙢𝙖𝙩𝙖 𝙨𝙖𝙮𝙖? 𝘿𝙤 𝙄 𝙡𝙤𝙫𝙚 𝙮𝙤𝙪?”

Mudahkan cara Arhan dan Aina confess? Ohoo tidak. Storyline yang tak seindah cover page buku ini.

Cerita yang sangat mendebarkan perasaan. Berlawan sana, berlari sini. Perkara yang awalnya tidak diketahui akhirnya pecah rahsia. Terkejut pun ada. Rupanya selama ni 😰 Waktu zu baca, zu just assume je tau siapa dalangnya for each circumstance yang terjadi. Endup memang betul 🤯 Plot twist dalam plot twist 🤌🏻

Tolong lah baca! Add to wish list korang! I know buku ni susah nak cari. But if dah restock, belilah. 🤣 Zu sangat recommend, walaupun banyak action tapi adalah terselit kemanisan dalam buku ni 🫣 lagi lagi Arhan & Aina 🤌🏻 ugh the tension between both of them just ✨😳 saya suka saya suka ❤️🦋
Profile Image for Mimi [heyitsmeme06].
102 reviews10 followers
October 9, 2019
I love veryyy veryyy veryyy, sooo muchhh!! Haa nampak tak betapa aku suka this story?! Hahahaha

I love all about this book. Characters, story line, plot twist. What i like the most is the characters and all the plot twist.

Characters. Memang sesuai and kena sgt dgn description penulis. Aku suka cara penulis, mati atau hidup semua ada pengakhiran masing masing. Dan diceritakan dgn baik which shown cause and effect of each of them and deliver message/moral value.

Story line, plot. Perghh memang plot twist habis la. Unpredictable gila. And banyak pulak tu plot twist dia. Buatkan aku taknak stop je baca (tapi i cant la tu pasal ambik masa jugak habis!) Semua yg aku guess tu salah.

MEMANG WAJIB BELI DAN BACA LAH CITE DIA NOVEL NIII!!!
Profile Image for Lailee Dee.
197 reviews16 followers
September 3, 2021
Wowww!!! Seriousla plot twist dia macam tu ? siapa sangka...Arhan & Aina... Mendengar nama sahaja , sudah menarik. Jalan cerita yang menarik penuh dengan aksi yang pasti menarik perhatian . Olahan yang jelas daripada penulis membuatkan aku tidak sabar untuk mengetahui penghujungnya. Kuatnya seorang Aina Natasha yang sejujurnya aku kagum dengan kebolehannya. Siapa sangka perempuan juga mampu berlawan dengan handal . Aku sebenarnya lebih tersuka kepada 2nd lead. 2nd lead syndrome , mungkin . Tahniah penulis. Well done !!!
Profile Image for Eisya.
187 reviews4 followers
April 20, 2022
Wow tak sangka plot twist dia… mula tertanya juga siapa arnab tu… bila di bongkar sedikit demi sedikit dah boleh agak siapa arnab yg dimaksudkan itu..

Well done…👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻
Profile Image for Bella RINA.
188 reviews2 followers
March 14, 2022
Its romance action book…a very strong woman…pandai berlawan…perasaan die mcm ade dlm scene movies…
A plot twist of typical cinderella movie.. what if the stepsister not evil but protective…loving in her own way..
What if the prince charming love the stepsister instead..
Suke knowing people around her love her..friend,little brother and her other half..sweet3…

Ok..xsabq nak sambung next pulak…
Profile Image for hanihisbiscus.
115 reviews1 follower
September 15, 2021
Part 1

𝑨𝒏𝒂𝒔𝒕𝒂𝒔𝒊𝒂💙
"𝑨𝒌𝒂𝒏𝒌𝒂𝒉 𝒂𝒅𝒂 𝒑𝒆𝒏𝒈𝒂𝒌𝒉𝒊𝒓𝒂𝒏 𝒃𝒂𝒉𝒂𝒈𝒊𝒂 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒔𝒊 𝒌𝒂𝒌𝒂𝒌 𝒕𝒊𝒓𝒊 𝑪𝒊𝒏𝒅𝒆𝒓𝒆𝒍𝒍𝒂?"
5🌟

Sebuah keluarga yang lengkap bahagia. Namun nyawa sering diburu. Elyana, si adik tiri yang disayangi bagai darah daging sendiri. Tengku Iskandar akhirnya membuat keputusan mengupah pengawal peribadi bagi menjaga kebajikan anaknya.

Beku. Mungkin dianggap tidak berperasaan sedangkan hanya di hadapan satu wanita sahaja dia mendedahkan dirinya yang sebenar. Aina Natasha. Sejujurnya, sepasang mata itu merungkai segalanya. Demi dia, sanggup mengorbankan hampir tiga belas tahun lamanya.
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐫𝐡𝐚𝐧 𝐘𝐮𝐳𝐥𝐚𝐧

"𝑩𝒆 𝒎𝒊𝒏𝒆, 𝑨𝒊𝒏𝒂 𝑵𝒂𝒕𝒂𝒔𝒉𝒂."

Berhadapan dengan lelaki bernama Arhan cukup membuat dirinya bagai cacing kepanasan. Kerana dia jejaka yang menghantui hidupnya sejak kejadian yang hanya seketika namun memberi impak besar dalam hidupnya. Tatkala nyawa menjadi pertaruhan, semuanya berubah.
𝐀𝐢𝐧𝐚 𝐍𝐚𝐭𝐚𝐬𝐡𝐚

"𝑺𝒂𝒚𝒂 𝒑𝒆𝒓𝒍𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒂𝒘𝒂𝒌 𝒋𝒖𝒈𝒂, 𝑨𝒓𝒉𝒂𝒏."

Bersatu dalam ikatan yang suci. Keselamatan dan cinta yang kian bercambah hari ke hari. Darah mengalir dalam mempertahankan hubungan. Tatkala Aina Natasha ditimpa kecelakaan, puteranya hadir menyelamatkan. Apabila kebenaran mula tersingkap, semuanya lebur.

Siapakah dalang sebenar disebalik semua krisis yang berlaku? Mengapa nyawa yang seharusnya menjadi galang ganti? Apakah tujuan utama si pemburu? Semuanya dalam Anastasia.

"𝒀𝒐𝒖 𝒕𝒆𝒍𝒍 𝒎𝒆. 𝑫𝒐 𝑰 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒉𝒆𝒓?"

Apapun, sangat berbaloi aku mengulang semula pembacaan. Aku sukakan hubungan Arhan dan Aina. Saling menjaga, oh my gosh. Lovely badass couple. Namun masih tidak mampu melawan aura Tengku Hadi kesayangan saya. Sempat memuji side character.

🦋

Part 2

Aku menghabiskan Anastasia dua hari lepas. Disebabkan aku reread, maka ulasan aku pendek sahaja. Tujuan awal demi contest kak Syu Ariani tapi tak menyesal langsung aku mengulangi pembacaan.

Tengku Arhan Yuzlan dan Aina Natasha. Masya-Allah, my heart baca always roller-coaster. Termasuk setiap scene baca perasaan dia still sama. Seriously, tak boleh move on dengan karya kak Syu.

Kalau dulu aku baca penuh dengan panasaran, kini aku lebihkan hubungan mereka. Termasuk juga aksi semuanya perfect. Aku suka development watak. Next series, Ursula aku tengah reread. Well, I am #teamhadi anyway. Apapun Aina Natasha dan Tengku Arhan Yuzlan temui kebahagiaan after segala yang dilalui.
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
October 29, 2019
Rasanya ni buku paling lama aku ambik masa nak baca. Haha. Tak tau nak bagi berapa bintang ni. Jalan cerita menarik je, 4 bintang kot. Tapi, kadang buat aku rasa nak bagi 3 bintang je. Sebab, rasa menyampah plak bila kejap² sini Aina ni kena serang. Asyik kena serang je dalam ni. Pastu, aku tak boleh terima alasan Arhan ni yang menyepikan diri 13 tahun, sebab nak protect Aina. Apakah?? Pastu dah jumpa, boleh plak dia p setuju kawin dengan Elyana. Then tak jadi, boleh main tukar² plak kawin dengan Aina. Apakah? Tak boleh terima. Tapi, plot twist dia memang banyak kat sini. Masa awal² kena serang dengan geng Hadi, pastu Hadi dah baik, geng Adib plak, then dapat tau Adib tu baik sebenarnya, tapi tu geng Ku Yusri. Pastu, kena serang lagi dengan adik tiri sendiri. Huhu. Macam berbelit². Twisted sangat aih. Okay, itu part serang. Part Arhan dengan Aina ni, paling tak boleh blah, tau lar korang cinta mencintai sangat pun, tapi takkan sampai si Elyana tu pegang² muka dan badan Arhan (masa Arhan tak sedarkan diri), then si Aina tu boleh rasa jijik sangat sebab jealous dan tak nak bercakap dengan Arhan, ignore Arhan sampai sebulan. Apakah ini?? Aku tak bleh terima lar part ni. Sorry lar, i try, but it's ridiculous to me. So bagi 3 bintang je. Sis kecewa.
Profile Image for Eda Eda.
177 reviews20 followers
November 23, 2022
Officially become one of my fav novel..Karya SA yg pertama dibaca..Hati berbahagi nak rate 5 atau 4 bintang sebab ada bahagian yg kurang sikit (biasalah setiap novel pasti ada lebih dan kurangnya)..Sesiapa yg sukakan novel romance aksi, this one is highly recommended for you..Worth it
Profile Image for Sarah.
51 reviews
April 24, 2022
Best. Novel bergenre action romance. Semuanya mula bila El, adik Aina kene buru. So muncullah watak Arhan sebagai future husband El sbb nak lindung El dari dibunuh. Bila dah tahu dalangnya, Arhan putuskan hubungan dorang sbb bagi dia, tak ada kepentingan untuk teruskan.

And then, Aina pulak dah yg kene buru. Ada someone yg nak Aina mati. Tapi bila difikirkan, Aina tak ada musuh pun sepanjang hidup. So Aina memang clueless. Kejap orang ni la, kejap orang tu la. Boleh nak dikatakan banyak lah jugak yg terlibat.

At last, pap! 'Dia' rupanya. Wow srsly, impressive gila. Tak expect langsung org tu dalangnya. Aku cam, cuba berfikir logik dan fikir fikir sampailah okay, boleh jadi semua kekeliruan ni. Dia punya jahat tu, memang dah kene maki habis. Geram gila dgn dia. Kalau ada depan mata ni, dah lama makan kaki ni. Memang bila baca dari awal sampailah nak penamat tu, anti gila dgn 'dia'. Mengundang kegeraman tau dgn watak 'dia'.

So ingat nak bagi ratings 4/5, tapi bila dah sampai plot twist I rate 4.5/5.
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews30 followers
February 28, 2020
"Love is us against the world"

Quote yang menguatkan setiap bab dalam Anastasia. Sekali baca, mungkin kita tidak merasakan apa-apa. Namun quote yang sama dihadirkan di beberapa bab ini seolah-olah menzahirkan kekuatan kisah cinta-aksi yang ditulis oleh Syu Ariani.

Personally, ini novel pertama Syu Ariani yang aku baca atas saranan siqah (instagram: Siriusiqa). Sebenarnya, siqah ada sarankan beberapa novel syu ariani yang lain, tapi hati aku teruja untuk membaca Anastasia dahulu. 'Anastasia' itu sendiri sudah menarik minat aku untuk explore keseluruhan cerita. Aku kira pilihan aku tepat dan tidak mengecewakan.

Aku suka Anastasia dari awal sehingga lah ke akhir. Tajuk dan cover saja sudah menterjemahkan keseluruhan idea dengan garapan yang sedikit berbeza dari plot cerita, konfliks, dan development characters. Kekuatan penulisan Syu Ariani dalam Anastasia ini ialah apabila berjaya mengakomodasikan plot dan personaliti setiap karakter dari kisah Cinderella yang tipikal kepada kisah Cinderella yang luar biasa. Di tambah dengan unexpected development dan elemen kejutan yang terus-menerus, membuatkan aku sebagai pembaca perlu sentiasa mengikuti dari bab ke bab yang lain supaya tidak terlepas details yang penting.

Setiap kali membaca, hati aku sentiasa berdebar-debar, membayangkan aksi-aksi di dalam Anastasia seolah-olah melihat sesetengah Korean drama yang mengetengahkan ahli konglomerat, yang mempunyai 'orang-orang' tersendiri. Tidak keterlaluan untuk aku katakan ini novel pertama cinta-aksi 2020 menjadi kegemaran aku.

Tahniah kepada Syu Ariani untuk karya yang di luar jangkaan ini! All the best untuk next novel. Ehe.
Profile Image for airareadz.
101 reviews15 followers
June 10, 2022
4.5/5.0

Love is us, against the world

emosi aku tunggang terbalik baca. happy? sedih? keliru? semua ada. aku bukanlah seorang yang minat thriller, and i think this is my second thriller book. but this one lebih action dari my first one.

plot?

amazing. i love every twist in this book. i didnt expect all the twists, datang dengan tiba tiba, jantung berdegup baca. villains terlalu banyak dalam ni, tapi semua sebab yang tersendiri.

love.

bukan sahaja untuk lelaki kepada perempuan, ada kakak kepada adik, kawan kepada kawan, mak kepada anak, anak kepada bapa. cinta juga buatkan seseorang bertindak gila, tindakan ikutkan syaitan, nyawa pun melayang.

overall, sangat seronok baca buku ni, even banyak sakit otak 🤯 tolonglah, yang tengah berkira kira nak beli tu, beli aje, it worth every sen.
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
May 24, 2020
[62-2020]

#Anastasia #SyuAriani #StayAtHome

Berkisar mengenai Aina yang menjadi pelindung si adik tirinya dek kerana ada cubaan mahu menamatkan riwayat Elyana, si adik tirinya. Usahanya bukan mudah bila si 'masa silam' datang dalam hidupnya membuatkan segalanya jadi serba tidak kena. Sudahnya, bagaimana pengakhiran kisah Aina Natasha ini?

Apa yang boleh diperkatakan lagi, novel ini bagi saya cukup segalanya. Cinta, dendam, air mata, kasih sayang semua ada. Penulis berjaya menggerakkan cerita ini dari prolog sehinggalah penamat dengan hampir sempurna. Plot twist demi plot twist yang diwujudkan benar-benar membuatkan saya tidak senang duduk. Tahniah buat penulis!
Profile Image for Aezra.
108 reviews16 followers
November 27, 2018
Tak mampu berikan bintang lebih dari satu buat Anastasia - Syu Ariani ini. Hanya tertarik pada tiga muka surat pertama yakni di majlis tari-menari yang diiringi muzik waltz, dan rasa ingin tahu tentang kisah watak utama ke peringkat bab demi bab yang itu telah menurun! Tiada rasa.
Profile Image for addreads.
279 reviews25 followers
February 3, 2023
"𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐜𝐮𝐛𝐚 𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐚𝐥𝐢𝐡 𝐭𝐮𝐠𝐚𝐬 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐮𝐡 𝐬𝐲𝐚𝐢𝐭𝐚𝐧!"

Anastasia & Aina Natasha nama yg seakan sama bila disebut. Siapa Anastasia? Anastasia ni kakak tiri jahat Cinderella. Adakah Aina Natasha pun seperti Anastasia? Not at all! bagai langit dan bumi. Aina ni sayang sangat dekat El sampai sanggup bergadai nyawa nak protect dia😭

One day, Tengku Iskandar decide nak cari suami untuk El supaya ada orang yg protect dia. Rupanya, bakal suami El orang yg sama Aina pernah jumpa 13 tahun lepas. Siapa dia? Tengku Arhan Yuzlan. Sehabis baik ye Aina tolak perasaan dia. Arhan pula apa perasaan dia kat Aina? Dalam pada itu, tiba-tiba Aina dijadikan target oleh orang jahat. Eh kenapa? haa pelik kan.Yg pasti masih ada sweet tu argh🙈

"𝐘𝐨𝐮 𝐭𝐞𝐥𝐥 𝐦𝐞. 𝐀𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐰𝐚𝐤 𝐧𝐚𝐦𝐩𝐚𝐤 𝐤𝐚𝐭 𝐦𝐚𝐭𝐚 𝐬𝐚𝐲𝐚? 𝐃𝐨 𝐢 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐲𝐨𝐮?"

Dah eh bang sudah. Nak teka teki pula geram je. Persoalannya now siapa yg beria nak bunuh El? Why Aina pula jadi target? Kenapa watak Hadi ada diseru dalam ni?🤔
⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯
Overall, WOW😱 Now i get it why kak Syu, Zu, & kak Rumi pesan bersabar & berpusing bila baca ni😳 pusing gila baca but in a good way! really good! Ad termenung. Plot after plot after plot🫢 bila part plot tu memang menjerit siap pakej berdiri tegak Negaraku serious & easy nak faham eventho character dia banyak and banyak cerita after cerita syok baca. Macam tengah adventure gi hutan banyak suprised🤣

Character dalam ni semua penting tau. So jangan leka. Kena ingat each nama😉and Ad main peranan menyiasat while baca & ramai jadi mangsa assumption Ad, ada yg kena ada tak kena🤣 enjoy gila main 'teka'. Kalau ada buku ni sila baca wajib cuba. Tak rugi masa korang. Favourite words Ad ..

"𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐢𝐬 𝐮𝐬 𝐚𝐠𝐚𝐢𝐧𝐬𝐭 𝐭𝐡𝐞 𝐰𝐨𝐫𝐥𝐝."
Profile Image for Iman Nadia.
53 reviews5 followers
October 7, 2021
Antara novel Kak Syu yang aku suka. Plot twist dia bikin aku menggila. Yaaaa tak tipu. Dengan chemistry Aina dengan Arhan. Melting beb. Kalau scene Aina dengan Arhan ni, jaranglah tak sengih. Comel je tapi gempak beb. Watak Aina ni sangat protective pada adik tiri dia. Cuma sedihlah Elyana ended up macam tu. Hadi pun. Nasiblah ada next novel untuk Hadi cuma belum beli lagi. Tapi terbaik novel ni. Suka sangat. Nak peluk watak tak mampu, peluk novel je mampu haha. Kudos kak Syu. Teruskan menulis!
Profile Image for N.A.N.A.
214 reviews5 followers
April 25, 2023
Best. Suka aksi scenes dlm novel ni. Suka sgt2. Betul la novel ni banyak aksi dan kurang scene romantik. Lps ni nak baca cinderella pulak
Profile Image for Azbaqiyah.
1,001 reviews
January 12, 2021
FIRST READ

Plot - 4.8
Watak - 4
Bahasa - 4
Latar Belakang - 4
Kulit Buku - 4.9

Keseluruhan - 4.34 🌟 / 5🌟

SECOND READ

Plot - 4.8
Watak - 4
Bahasa - 4
Latar Belakang - 4
Kulit Buku - 4.9

Keseluruhan - 4.34 🌟 / 5🌟
Profile Image for Eyd1410.
833 reviews22 followers
November 5, 2019
Anastasia jauh dr klise. Selalu disogokkan ttg kakak tiri cinderella yg jahat dan busuk hati. Tetapi Anastasia dlm versi Syu adalah seorang kakak yg sanggup melindungi adik tirinya dgn nyawanya sendiri. Sanggup menjadikan dirinya sasaran musuh dan menjadikan El adalah priority dlm hidupnya.

Perjalanan hidup Anastasia tak semudah yg disangkakan. Kejadian demi kejadian menyaksikan bahawa dirinya sebenarnya sasaran pihak musuh tanpa dia mengetahui siapa dalang disebaliknya. Aksi demi aksi juga menjadikan cerita ini bergerak dgn pantas sehingga saya merasakan babak romantis antara Aina dan Arhan 'tidak cukup smpi ke hati'.

Yg pasti byk betul watak antagonis dlm cerita ini. Lepas satu, satu. Dan slps terbongkarnya identiti mereka, boleh pulak insaf dan mudah shj Anastasia memaafkan mereka. Masalahnya ada certain kesalahan tu bkn sbb tertendang ke or tertumbuk. Dah peringkat membunuh pon masih juga lembut hati utk memaafkan. Part ni serius saya tak boleh terima sbb pembunuh boleh terlepas mcm tu aje tanpa siasatan dan tangkapan dr pihak polis. Aishh ke polis pon tutup mata jika melibatkan certain vip people walaupon jumlah org2 yg berlawan itu berpuluh2 org ramainya🤷‍♀️.

Apapun, 3 ⭐⭐⭐ utk kisah ini🤗
Profile Image for Hajar Edwina.
10 reviews4 followers
June 3, 2022
I love how the writer use Anastasia as the main character tau. Dia punya pengkhianatan mind-blown dan saya demam Aan (SAYA SORANG JE BOLEH PANGGIL) sampai entah berapa lama... I love how the character portrayed as someone yang sebenarnya terluka, banyak sangat fikir masalah tapi dia appear tough dekat luar. What I can say is Syu Ariani adalah seorang penulis versatil... Boleh tulis aksi, misteri, cinta... I LOVE IT!!!!
Profile Image for Zyra.
28 reviews
April 25, 2020
4.5 🌟
Cerita yang penuh plot twist. Cerita start menarik sampai dekat part hadi punya komplot tu. Start dr tu dah takleh berhenti baca. Paling sedih masa part elyana nangis dekat kubur. Sampai ngan I skali nangis2. Sedih sungguh 😭😭😭

Tahniah writer Syu Ariani! 🌹
Profile Image for Sunita Swanto.
26 reviews1 follower
November 10, 2018
Kalau ditanya berapa bintang yang patut diberikan untuk cerita ini. Kak nita tak mampu berikan lima bintang sebab kak nita nak berikan kesemua bintang yang ada di langit cia cia cia hahahahahahahaha

Kulit buku menarik seiring dengan penceritaan yang disampaikan oleh penulis. Terbukti penulis seorang yang versatile yang mampu menulis berbagai genre novel. Bermula dengan novel bergenre romantik dalam 100 hari mengenal cinta, seterusnya bergenre aksi / paranormal dalam Aku ada dan Anastasia dalam aksi romance thriller. Sungguh mengkagumkan.

Cerita Anastasia penuh dengan excitement. Selalu ternanti2 babak "omaigad" di antara Arhan dan Anastasia. Couple yang "badass". Anastasia digambarkan sebagai seorang gadis yang berdikari, lasak dan sangat melindungi adik tirinya, Elyana. Dia boleh dikatakan mahir dalam seni mempertahankan diri. Seorang gadis yang tidak gentar untuk melawan musuh yang mengancam keselamatan Elyana.

Arhan, fuh! He is something 😏 he manage to swept of Anastasia's feet or maybe mine too kalau dia berdepan dengan akak ni dah tentu2 lutut menjadi jelly seperti yang dialami oleh anastasia setiap kali berdepan dengan Arhan hehehehehehe. Dia ada aura yang dingin tapi warm. Muka selalu tak beriak. Menerajui perniagaan ayahnya Ku Yusri dan kaya raya. Dihantui oleh dunia gelap yang dicipta oleh ayahnya sendiri di mana dia bertukar menjadi seorang "beast" dan hanya Anastasia yang boleh menjinakkan Arhan.

Anastasia juga dicintai oleh Hadi, sepupu Elyana dan sanggup memperjudikan nyawanya demi Anastasia. Kagum dengan sikap Hadi yang begitu melindungi Anastasia dari segala ancaman musuh.

Plot twist dalam cerita ni memang tak disangka langsung. Terkejut apabila mengetahui dalang di setiap percubaan membunuh Elyana dan juga dalang di sebalik kematian Khalida, ibu Anastasia.

Apa pun good job dan tahniah buat penulis. Akak bangga memiliki Anastasia dan berpeluang membaca cerita yang hebat ini. Keep it up.

Maaf buku tak dijual tapi kalau nak yang baharu ketuklah tingkap hijau akak www.wasap.my/60138300669/Anastasia harga sebuah RM25 / RM28
Profile Image for ⁠*⁠♡εniniз♡*⁠.
290 reviews15 followers
April 17, 2020
[Rereading Review]

Aku decide utk reread Anastasia to refresh memories abt Hadi before start baca Ursula but aku endup habiskan Ursula dulu. Haha

Waktu mula2 baca Anastasia dulu, aku pernah terfikir nk DNF this novel sbb aku tak suka character heroin dia, Aina Natasha. Aku tahu cerita ni it's abt her but till the end, and even aku dh reread balik, aku tak dpt nk suka dkt Aina. Bagi aku Aina is too emotional, ofc given the circumstances mmg patut dia jd paranoid n over protecting. Mmg everything make sense but somehow the way she behaves, its kinda annoying to me. (bunyi mcm aku yg annoying kat sini sebenarnye😂)

SA is still one of my fav author. But out of all her heroins in novels, Aina is my least fav heroin of SA novels. Maybe aku jenis yg bila baca aku focus dkt character dulu instead of plot. Because the Main Character is the one yg akan carry the story. So aku kena ada at least decent amount of like for MC before I dive into the story. Tapi Aina tak berjaya buat aku suka dkt dia, so sbb tu aku rasa mcm mls nk habiskan bacaan. But I guess, Arhan saves her. Hah The Irony😂

Overall bagi aku, twist dia yg buat aku rasa mindblowing sbb masa mula2 baca, aku asyik tersalah teka siapa villain sebenarnya. Mula2 org tu tapi salah, lps tu dtg suspek kedua bkn dia jugak, Rupanyaa.....😲 Gila punya twist!
Displaying 1 - 30 of 71 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.