Cerita itu. Ya, cerita yang ingin dilupakannya. Bertahun dia menyimpannya sendiri, berharap yang cerita itu akan terkubur sendiri. Siapa tahu, cerita itu muncul semula ketika bahagia di depan mata. Kesuciannya dipersoalkan, kejujurannya diragui.
“Fik dah fikirkan dalam-dalam. Ikhlas Fik sayangkan Fiya. Fik tak kesah dengan cerita silam Fiya. Kita kahwin!” - TAUFIK
Janji Taufik untuk menerima dirinya seadanya dia, hanya tinggal janji. Kenduri sedang berlangsung. Tetamu sudah berpusu datang. Jurunikah sudah lelah menunggu, tetapi pengantin lelakinya langsung tidak muncul. Aufiya rasa lebih baik dia mati sahaja daripada menanggung malu.
Dan, lelaki itu muncul tiba-tiba menyelamatkan maruahnya dari terus ditelanjangkan Taufik. Dia menerima huluran bantuan Zarul walaupun rasa bersalah menggunung tinggi. Zarul yang tegas, Zarul yang dingin dan Zarul juga tunangan Wina. Zarul itulah yang dihantar Tuhan sebagai penyelamatnya.
“Saya tak tahu saya bakal jadi pengantin hari ni. Jadi saya tak sediakan apa-apa untuk Aufiya. Saya cuma ada cincin ini sebagai tanda saya ikat Aufiya dalam hati saya.”- ZARUL
Perkahwinan itu tidak mampu Aufiya khabarkan hatta kepada kawan-kawan baiknya sendiri kerana yang menjadi suaminya itu hanyalah sekadar pinjaman. Pinjaman seorang sahabat yang dikhianatinya dalam diam.
“Abang bukan hak Faye dari mula. Abang hak Wina. Faye tak mahu rampas abang daripada kawan baik Faye sendiri.”- AUFIYA
Zarul. Dia menawarkan diri bukan kerana terpaksa. Tapi demi rasa yang sudah sekian lama ada. Tapi, sabarnya seakan-akan diuji. Sayang Aufiya terhadap Wina seolah-olah tidak bertepi.
“Kalau sayang sangat dengan Wina tu, apa kata, Faye bermadu aje dengan dia? Senang, kan?”- ZARUL
Hati Aufiya mula berdolak-dalik, antara suami dan sahabat yang dikasihi. Sikap Zarul yang melindungi dan menerima dia seadanya tanpa sebarang syarat mula membuatkan hatinya terbuai. Tapi Wina itu sahabatnya yang paling baik. Melukakan Wina umpama melukakan hati sendiri.
Tegarkah Aufiya terus melukakan hati Wina yang sudah dianggap seperti darah dagingnya itu? Atau Aufiya rela menghancurkan hatinya sendiri demi melihat Wina bahagia? Antara kehendak sendiri dan persahabatan, yang manakah akan menang?
Wow sangatlah! Bukan jalan ceritanya tapi sifat hasad dengki manusia yg bernama sahabat [(s)-hahaha plural] kepada seorang sahabat yg lain. Sungguh, sebab musabab yg diberi tak valid langsung. Teruknya perangai sampai begitu sekali dia menganiayai sahabatnya just because Aufiya digilai ramai lelaki dan senang berkawan dengan sesiapa sahaja. Disenangi ramai.
Walaupun saya emphatised perasaan Farah kerana sering menjadi posman buat lelaki yg menaruh hati pada Aufiya dan menempel dengannya hanya untuk mendekati Aufiya, tetap saya rasa tindakan dia tidak wajar dan bagai hilang pedoman. Bukankah Farah squared(F^2) juga mendekati Aufiya sebab nak tumpang 'glamour' kerana Aufiya disenangi orang dari zaman matrikulasi hingga sekarang. So niat mereka sebagai sahabat tidaklah semurni sangat.
Sebelum itu, saya juga berasa bersalah bila Zarul menikahi Aufiya di saat Taufik tidak hadirkan diri di hari pernikahan mereka. Sebabnya, Zarul tunang sahabat karib Aufiya, Wina. Perampas bukan. Itulah yg sering berada di fikiran Aufiya, perasaan bersalah hingga ada ketika dia tidak berani untuk berlebihan dengan suaminya di khalayak ramai. Adakalanya tindakkan dia juga memberangkan dan mengecewakan Zarul. Bila suami nak buat declaration and set things straight, dia pula buat suaminya bagai 'Suami Simpanan'. Terlalu ingin menjaga perasaan Wina. But your mindset akan berubah untuk cerita ni dari kesian Wina kepada Wina deserved it.
Jika sudah bersetuju, kenapa mungkir hanya sebab kiriman sms dari entah siapa yg dengki terhadap kebahagian mereka. Saya ada juga rasa marah dengan Taufik tapi lebih pada kesian padanya. But then bila fikirkan balik Taufik bukanlah tidak baik cuma cara dia melepaskan diri sungguh tak patut sedangkan dia yg beria2 sangat. Sebenarnya, dia keliru dan malu jika ada org tahu masa silam Aufiya. Bila tahu siapa yg menikahi Aufiya, marah mmglah dia marah tapi saya rasa lebih pada lega kerana ada juga orang yg benar2 ikhlas menikahi Aufiya dan menerima diri Aufiya seadanya tanpa rasa jijik. Sedarlah dia, itu hanya asbab bahawa mereka tiada jodoh untuk bersama.
Selain issue ini, issue mak mertua yg tak menerima Aufiya dalam keluarga juga membebankan dirinya. But Zarul mmg awesome. Dia membela nasib isterinya sehabis daya. Boleh pula salah seorang dari F^2 ni hebahkan aib Aufiya pada mentuanya.
Bagi saya, Aufiya is better off without her two friends. Those two Farah(s) tak berhak menerima salam persahabatan Aufiya dari awal cerita. Kedua2nya sangat dengki. I mean dengki yg bukan healthy dan sikit2, ini dengki ya amat sampai tak terucap tahap mana kedengkian sifat mereka ni. Satu sebab mungkin tak laku nak dijadikan kekasih hati pada mana2 lelaki di luar sana, sebab tu cemburu giler2. Ucapan yg keluar tak pernah yg baik2. Sinis dan menyindir sahaja kerjanya. Kepo mengalahkan makcik Joyah pun ada. Bukan jenis membawang. Sekurang2nya, sifat makcik bawang ni jenis terkam depan2, Farah yg seorang ni jenis tikam belakang asalkan sahabat2nya tidak bahagia. Dia akan bahagia jika mereka menderita. Farah seorang lagi pula, menjahanamkan masa depan Aufiya. Bukan sekali dia aniayai. Berkali2 juga dia cuba. Betul punya jahanam sahabat Aufiya ni. Speechless. Nak describe dengan tepat pun tak tahu macam mana.
Tapi sahabatnya yg mana yg meranapkan hidup Aufiyah. Farah Azwina ke Farah Azureen?
Aufiya dan Taufik sedang menghitung hari untuk melangsungkan perkahwinan mereka. Namun, pada hari tersebut, Taufik menghilangkan diri. Muncul Zarul, kawan baik Taufik merangkap tunang Wina, kawan baik Aufiya sendiri. Terpaksa, Aufiya menerima Zarul. Namun, tak henti rasa bersalah terhadap Wina kerana telah merampas Zarul. Ketika bahagia mula tercipta, Taufik muncul semula menuntut hak. Dan, kejadian hitam yang menimpa Aufiya ketika di kolej dulu kembali menghantui dengan kemunculan Hadi.
Seperti biasa, penulis memang suka cerita tema kekeluargaan yang penuh konflik macam ni. Dalam kes ni, Aufiya dirogol Ikmal ketika pulang dari kelas ke rumah sewanya dan dalangnya adalah Farah, kawan baik Aufiya sendiri. Taufik lari pada hari perkahwinan mereka pun berpunca kejadian tersebut.
Zarul ni memang hero penyelamat la, tapi entah kenapa saya rasa watak Zarul ni macam tak berapa menyerlah. Dalam banyak hal pun macam hanya berdiam, berahsia dan follow the flow je. Last2 bila Taufik muncul tu baru la nampak sikap protected dia dengan Aufiya ni. Bila Ikmal ni muncul balik baru nampak aura Zarul tu. Sebelum tu macam biasa je.
Kali ni kisah pengkhianatan kawan baik sendiri. Aufiya, Wina dan Zureen ni duduk serumah n kenal dari sekolah lagi. Tapi, dua2 dengki dengan Aufiya ni. Ade je la tak puas hati itu ini.. cam Wina sebab Zarul tak de plan pun nak kawen dengan dia walaupun lama bertunang, Zureen pulasebab single. So dua2 ni bermuka2 je depan Aufiya.
Olahan penulis bagi saya antara yang saya boleh masuk sebab tak meleret, ayat pun tersusun. gaya bahasa dan dialog cantik serta bersesuain. Tapi cuma kisah dia kali ni saya rasa tak cukup kuat.. macam tak faham kenapa nak dengki sangat dengan Aufiya ni. N, agak predictable juga la siapa sebenarnya Ikmal dan Farah ni. Ending pun seciput je, last2 eh macam tu je..tu pun dengar cerita je. 1 bab je dapat balasan Farah dengan Ikmal ni, terus habis.
Banyak juga konflik lain sebenarnya, antaranya mak mertua Aufiya pun tak boleh terima sebab memang sukakan Wina ni. Tapi mungkin sedikit je, dan tetap memberi impak tersendiri.
Apa pun, saya masih berpuas hati dengan naskhah ini. Tahniah untuk penulis.
Hahaha, aku ingat lg, baca Dia Bukan Syurga 2 thn lepas, masa tu punya perasaan sakit hati gila dgn watak2 jht dlm tu.
Tp bila aku baca Seadanya Dia ni, hati pulak jd tak tenang sepanjang pembacaan sbb risau dgn hubungan Fiya & Zarul. Kot2 kantoi ke...
Apa yg aku sangka :
1- Kalau kantoi hubungan Fiya & Zarul, mesti si Wina meroyan pergi serang Fiya dan minta Fiya lepaskan Zarul, dan Zarul pulak akn kahwin dgn Wina sbb Fiya suruh.
2- Dan kalau si Taufik tahu yg sebenarnya Zarul aka kwn baik dia sendiri dah kahwin dgn Fiya, mesti Taufik akn bermusuh dgn Zarul n nekad nk rampas Fiya dr Zarul.
3- Dan Zureen sebenarnya dalang di sebalik segala malang yg menimpa Fiya. Zureen yg rancang kejadian hitam tu, Zureen yg hantar mesej tu pd Taufik. Zureen sebenarnya yg jht pd Fiya.
Haaa, aku expect itulah yg akn terjd. Cliche, kan? Tp yg cliche itulah buat aku tak tenang, sbb tak nak sakit hati baca part2 mcm tu.
Tapi...
Hakikatnya...
Semua sangkaan aku jauh meleset woi!
HAHAHA. Dia punya twist tu memang bikin aku nk gelak kat diri sendiri.
Awal2 baca aku memang confident giler pasal Zureen tu, tp makin lama... makin sikit muka surat yg tinggal... makin nipis... makin nak habis... aku dah dapat rasa dah mesti ada twist ni.
Rupanya betul!
Nk tahu apa twist-nya tu? Haa, sila baca sendiri.
Apa aku boleh ckp, buku ni best. Ni buku kedua dr Rissa Ahdiya yg aku baca selepas Dia Bukan Syurga.
Aku suka sgt dgn watak Zarul & Fiya.
Zarul - Aku suka dia sbb dia ni bkn pengecut mcm Taufik. Zarul ni jenis tenang n selamba jer. Apa dia suka n dia rasa betul, dia buat jer tanpa peduli apa org lain nk kata. Apa yg dia x suka, dia xkan buat. Dia kekal dgn pendirian dia. Dia tegas n berani, sbb tu aku suka. - Dan aku suka setiap kali dia sweet2 dgn Fiya. Masa awal2 page buku ni, si Zarul ni mcm takde perasaan. Dingin jer aku rasa setiap kali babak dia dgn Wina. Sekalii.. bila dia kahwin dgn Fiya, haaa keluar segala perangai sweet dia tu, hahaha.
Fiya - Watak Fiya ni best sbb dia tak bodoh mcm sesetgh heroin lain, haha. Mcm sesetgh heroin kan, mesti mcm paksa laki sendiri kahwin dgn org lain laa apa laa, kononnya nk berkorban laa. Tp Fiya ni bijak, at least dia fikir jgk utk jaga hati dan perasaan sendiri. Kalau dia cemburu, dia tunjuk jer. Takde simpan2 mkn hati sorang2. - Walaupun nasib diri dia mcm tu, tp dia tak lemah dan tak anggap diri dia tu kotor sampai thp rasa tak layak diusik suami sendiri. Dia tak letak diri dia pd thp merendah diri mcm tu sekali. Masa dia awal2 kahwin dgn Zarul, dia sendiri yg berani tnya Zarul kenapa Zarul tak sentuh dia, adakah Zarul tu jijik dgn dia ke. Sampaikan Zarul pula terkedu. Zarul fikir Fiya yg perlukan masa, tp hakikatnya Fiya ni jenis yg... mcm mana nk ckp eh... simple? Sbb dia boleh jer terima Zarul seadanya sbg suami dia, dan dia tak tolak tanggungjwb dia sbg isteri. Senang ckp, Fiya ni tak jdkan masa lalu dan kekurangan diri dia tu sbg penghalang utk dia nikmati bahagia dia. Itu yg aku suka.
Taufik - Jujur aku ckp, aku geram dan menyampah giler dgn sikap pengecut dia tu. Sanggup dia larikan diri pd hr perkahwinan sendiri, n then menyesal pastu nk Fiya semula. Giler ke apa? Dah buat ank org mcm tu, ada hati nk lg kat Fiya. - Tp... aku mula suka watak Taufik bila dia dah tahu apa hubungan sebenar antara Fiya & Zarul. Dan masa inilah terbukti yg dia tu betul2 sahabat Zarul.
Wina & Zureen - Hahaha hampeh 2 ekor ni. Zureen tu betul lah dia ckp, sejht2 dia taklah sampai nk aniaya kwn baik dia sendiri ke apa. Jht dia jht bodo2 gitu tu. Tp si Wina tu... Fuhh dahsyat dia punya level jht tu jht diam2. Hahaha, bahaya manusia mcm ni. - Tp itulah, nk ckp... Org yg dianggap sahabat tu belum tentu betul2 baik dan ikhlas. Konon baik di dpn, pijak semut tak mati, tp di belakang? Tikam kwn baik sendiri. Hati manusia, kita tak tahu. Nampak naif dan baik, hakikat? Sebaliknya.
Ikmal - Malas nk ckp pasal dia. Padanlah muka dia akhirnya dpt pembalasan.
Watak2 lain aku mlas dah nk hurai, hahaha. Actually kan, dah lama beli novel ni, tp tak sempat baca sbb sibuk. Dan sekarang dramanya tgh ditayang kat tv, kan? Aku tak tengok pun. Aku minat hero heroin yg lakonkan watak Zarul & Fiya tu, tp takde masa lg nk tgk. Sekarang tgh marathon tgk drama korea. Hahaha.
Kawan mkn kawan. Itu perkataan yg tepat utk menggambarkan keseluruhan cerita Seadanya Aku. 3 org sahabat yg luarannya nmpk baik, namun msg2 ada ceritanya sendiri.
Aufiya yg ditinggalkan Taufik semasa majlis pernikahan telah menerima Zarul sbg pengganti dan penyelamat. Tetapi dlm ms yg sama, Zarul adalah tunang Wina iaitu kwn baik Aufiya sendiri. Taufik pula meninggalkan Aufiya di hari pernikahan mereka kerana fitnah dan hasad dengki Farah, iaitu kwn baik Aufiya sendiri. Malah nasib malang diri Aufiya yg telah dicemari juga dalangnya adalah daripada kwnnya itu juga.
Mula2 rasa sgt kasihan dgn nasib Wina apabila Zarul bertindak mengahwini Aufiya. Tetapi slps terbongkarnya segala rahsia, ok saya rasa Wina deserve utk dpt nasib sebegitu.
DAN yg plg pasti, Seadanya Aku ini best dan tidak mengecewakan
Ini merupakan novel pertama yang aku baca daripada penulis Rissa Ahdiya. Sejujurnya sebelum ini tak pernah aku tergerak hati untuk membaca karya2 beliau. Tapi entah kenape sejak beliau post teaser2 untuk novel ini, aku jadi tertarik. Mungkin jalan ceritanya menarik perhatian aku..aku menunggu setiap hari untuk membaca teaser daripada RA.
Seadanya Aku.. Penulis membuat aku tertarik untuk teruskan bacaan. Perasaan ingin tahu siapa 'pengkhianat' sebenar menjadikan aku terburu2 nak habiskan bacaan. Serius, RA telah mainkan perasaan aku. Dia sengaja membuat pembaca tertanya2.
Isu khianat diterapkan dalam novel ini. Sebagaimana Aufiya telah dikhianati oleh kawannya sendiri. Benarlah kata2 orang, kadangkala musuh sebenar ada dalam kalangan kita sendiri.
Dalam novel ini, aku geram sebenarnya dengan sikap ikmal..sukakan Aufiya tapi sanggup merosakkan hidup Aufiya. Dasar lelaki tak guna😅
Aku suka dengan watak hero, Zarul. Di saat dia bersetuju untuk mengahwini Aufiya, aku rase dea ni memang hero yang terbaikla.. Tak tahu kenape, part tu aku jatuh hati dengan Zarul.😆
Cuma dalam novel ini aku geram jugakla dengan Aufiya ni. Dia terlalu takut untuk berterus terang dengan orang bahawa dia telah berkahwin dengan Zarul. Semua nak sorokkan. Terlalu sayangkan persahabatan dengan Wina hingga tak sanggup mengatakan yang dia telah berkahwin dengan tunangan Wina.
Selain tu, aku geram jugak dekat Puan Kartina merangkap ibu Zarul. Apa yang dia pandang sangat dekat Wina sampai sanggup meminang Wina untuk Zarul sedangkan dia tahu Zarul tak mencintai Wina. Jenis stok paksa.😄
Overall cerita ini sangat best. Aku boleh 'hadam' gaya penulisan Rissa Ahdiya.😄mungkin selepas ini aku akan mencari novel2 beliau yang lain..wait & see.😘
Satu lagi novel yang ai suka. Satu hari habis baca sebab interesting..
Kisah 3 orang gadis yang berkawan dari zaman sekolah menengah. Tapi tu lah kan, luar nampak macam BFF sangat tapi dalam hati hanya Allah yang tahu. Biasa la, semua orang, nak nak lagi perempuan, memang akan ada rasa dengki sedikit sebanyak dengan orang yang rapat tapi bila depan2, hui... bermuka2. Aufiya, Wina dan Zureen... dari zaman sbp, matrikulasi, universiti dan sampai ke alam pekerjaan masih bersama..menyewa bersama, malah Zureen dan Aufiya satu tempat kerja juga... Tapi dalam diam ada satu rahsia hitam yang disimpan....
Kisah seorang lelaki yang terpaksa menyimpan perasaan sendiri sebab orang yang disukainya hak milik kawan baik sendiri. Zarul yang sukakan Aufiya tapi Aufiya merupakan tunang Taufik... Zarul juga salah seorang boss di tempat kerja Aufiya.
Kisah tentang jodoh yang telah ditentukan Allah. Kalau bukan jodoh, dah nak nikah pun boleh tak jadi. Kalau dah jodoh, semuanya akan dipermudahkan. Bila Taufik tidak muncul di hari pernikahan, Zarul yang pada mulanya tak mahu datang, tiba-tiba tergerak hati nak buat surprise pada Taufik... dia yang surprisingly jabat tangan tok kadi.. hehehe
Kisah tentang kifarah atau karma, atau juga "what you give, you get back"... Kesilapan lama datang menghantui kehidupan waktu sekarang...
Saya baca dua novel ini back to back, secara kebetulannya saja. Langsung tidak menyangka kesamaan dan contrast perwatakan keduanya. Jika anda kebetulan ada buku ini dalam kotak atau atas rak, percaya lah saya, baca back to back. Nanti anda faham maksud saya.
Mula-mula baca Cinta ku Tak Buta Amna hampir kemas dalam lautan ganas cinta dua orang lelaki; Adam suami yang dek bercakap ikut nafsu amarah telah menceraikan Amna dengan talak tiga dan Zahid yang mengaku menyimpan rasa kasih terhadap Amna sejak mereka masih bersekolah tetapi terpaksa berkahwin dengan Rohaizah pilihan bapanya. Sadis bila Adam gila talak dan meroyan mencari Cina Buta supaya Dia boleh dakap kembali Amna nya. Zahid yang telah menceraikan isteri-tidak-dicintainya dengan alasan dia tidak dapat berikan anak, ambil peluang melamar Amna. "Tak mahu mainkan perasaan Amna... Kalau nikah dengan Amna bukan untuk sekejap, tapi untuk selamanya", gitu lah yang ditekankan kepada Adam. Ber iya lah kita yang memang benci dengan ego Si Adam ni, tangkap sebak bila ada juga kebahagiaan buat Amna daripada lelaki yang matang, sabar dan tulus mencintai. Rupa-rupanya.... Haa korang mesti baca buku Cintaku Tak Buta Sarnia Yahya.
Baca pula novel karya Rissa Ahdiya berjudul Seadanya Aku. Aufiya telah dizalimi kawan baik sendiri, diperkosa dalam semak sewaktu dalam perjalanan pulang dari kuliah. Bila dewasa, Aufiya bertunang dengan cinta pertamanya. Pada hari pernikahan, Taufik buat gila, tidak muncul dan hantar SMS kepada ibubapa dan kawan-kawan rapat Fiya maklumkan dia tidak mahu teruskan pernikahan. Keadaan ini jika diketahui Zureen, mesti dia bersorak ruang. Zureen memang selalu doakan malapetaka dalam kisah cinta kawan-kawan se universiti dan serumahnya. Namun, pernikahan diteruskan juga, cuma pengantin lelaki bertukar. Itu anda akan tahu jika baca bukunya. Wina teman rapat Fiya, asyik makan hati dengan kebekuan dan sikap acuh tak acuh tunangnya Zarul. Rupa-rupanya, Zarul dipaksa bertunang dengan Wina oleh ibunya. Zarul ditakdirkan menikahi Faye yang bukan tunangnya. Mendapat tentangan hebat ibunya sendiri. Namun, haaaa... di sini anda dapat bezakan watak Zarul dengan watak Zahid. Bagaimana Zarul tekad menjaga Cinta lamanya, walau di ugut domba oleh ibu. Anda juga dapat bezakan watak Fiya yang sekali dia dah benci dengan tindakan pengecut Taufik, tidak akan mahu dijilat kembali bencinya. Maaf namun tidak sekali dilupai. Berlainan dengan sikap Amna. So, apa jadi x2? Anda kena baca bukunya 😁 Nanti anda decide, nak suka watak Amna-Adam-Zahid atau watak Fiya-Taufik-Zarul. Sekian
Tak sabar tunggu kat tv habis. 😅 Boleh layan la. Ini first time baca Rissa Ahdiya. Taste kita tak sama kot. Jgn marah kita bagi 2⭐. Tapi adaptasi dia best.
-spoiler- Tak setuju cerita melayu yang membunuh karakter jahat tanpa sebab. Yela, tau dia jahat. Tapi realitinya orang jahat hidup lama kot. Kasi la dia tobat. Hihi.
Ps: luahan hati si pendosa
This entire review has been hidden because of spoilers.
drama adaptasi novel ni sedang ditayangkan ya? kebetulan memang dalam list nak baca. cuma biasalah, plot drama akan berubah dari yang asal.
puan penulis sememang dari awal kemunculan beliau, bijak memporak perandakan emosi pembaca karyanya. kenapa? mesti akan ada rasa nak baling buku ke dinding, atau pun kena standby kain tuala sebab sekotak tisu memang tak cukup. untuk karya kali ini, degup jantung pun rasanya sedikit tak sekata. rasa cuak ada je terselit celah-celah bab.
awal kisah, aufiya dirogol oleh entah siapa. kalau baca, ianya rancangan kawan baiknya sendiri. bertahun dia pendam rasa tapi taufik buka pintu hati untuk menerima cinta.
cuma itulah, taufik pula tak tetap hati. bila tahu ketidak sempurnaan aufiya sebagai anak gadis, dia pula boleh batalkan perkahwinan saat akhir. zarul datang sebagai penyelamat.
kisah klise? biasalah dunia ni. pusing-pusing memang antara itu kisah yang akan ada sekeliling kita. manusia, kan? ragaman memang banyak. tapi apa salahnya kita baca dengan rasa rendah hati. sebab dalam klise itulah akan ada pengajaran untuk kita. kita tak tempuh rasa itu, bila baca pun boleh buat kita rasa betapa kerdilnya manusia ini.
yang buat jantung jadi libang-libu rentak bila perkahwinan mereka jadi rahsia. kesiankan wina, menyampahkan si zureen, rasa nak tendang si taufik. semua rasa ada. belum lagi kisah mak zarul yang mati-mati tak nak terima aufiya. zarul pula baru buka kisah hati yang lama dipendam. semua datang serentak.
itu sebab, besederhana lebih baik. cinta, simpan sedikit untuk diri sendiri. kalau sayang keterlaluan pun bahaya. percaya keterlaluan pun mampu memusnahkan perasaan, benci melampau pun mampu membinasakan. yang penting ALLAh ada. hala semua pada DIA.
antara mereka, aufiya, zarul, wina, taufik dan zureen, mangsa sebenar bagi akak bukanlah aufiya sebenarnya.
ikhlas dan redha. sepatutnya itu yang tanam dalam hati. bukan dengki dan iri hati.
ada seorang antara mereka mangsa pada perasaan sendiri.
rugi? diri sendiri sebab segala kepercayaan musnah atas kesilapan yang tidak boleh ditebus sama sekali...
SA sebuah kisah yang begitu dekat dengan masyarakat Melayu. Novelis mengadun setiap situasi cerita dengan baik dan mengemukakan plot twist yang tak disangka-sangka. Setiap watak yang ditampil begitu kuat karakternya.
Layak diberi bintang penuh yakni 5 bintang. Seadanya Aku adalah karya kedua yang dibaca selepas Chempaka Widuri. Syabas kepada novelis. Teruskan menghasilkan karya yang memaparkan kehidupan segenap lapisan masyarakat.
Sukaaa! Cerita ni tak berat, biasa je. Tapi interesting. Pastu sampai pulak part plot twist hujung tuuu... Pergh, tak sangka!
Kisah khianat dalam persahabatan, pasal takdir dan jodoh. Persahabatan antara 3 orang sahabat perempuan dan 2 sahabat lelaki, yg berlaku khianat ni antara sahabat perempuan lah. Tapi boleh panggil sahabat ke kalau dah jenis depan baik, belakang khianat camni 🙄
Pasal takdir dan jodoh antara lelaki dan perempuan yang memendam perasaan demi sahabat. Tapi takdir dan jodoh yg kuat membuatkan mereka bersatu dalam ikatan perkahwinan yg tak disangka demi maruah si gadis dan keluarganya.
Okay gitu je lah boleh review haha. Sepatutnya novel ni dalam pending list and lambat lagi turn. Tapi sebab dah nak keluar drama, potong queue baca novel ni dulu. Dah tau diriku ini sejenis cerita bila dah diadaptasi dan tengok drama mesti tak baca dah bukunya. Tapi bila dah baca ni and it's interesting, tak sabar nak tengok versi drama plak 😍
Karya terbaru dari RA memang dinantikan dan tidak pernah mengecewakan pembaca. Mengenalinya melalui Aku Pilih Dia dan semenjak itu sering mengikuti novel karya penulis.
Kisah Seadanya Aku mempunyai kejutan yang tidak disangka sama sekali. Watak-watak yang menghiasi karya ini mempunyai kekuatan masing-masing dan tidak lupa juga pengajaran yang terhasil dari novel ini. Membaca novel ini seperti mengutip jigsaw puzzle sekeping demi sekeping. Hah itulah perasaan ketika membaca naskah ini.
Ada perasaan jengkel apabila Zarul yang selalu acuh tak acuh dengan tunangnya, Wina yang juga merupakan sahabat baik Afiya. Rasa itu hilang selepas mengetahui keadaan sebenarnya. Hailah Zarul ai lebiu 🤭🤭🤭
Sikap terbuka Afiya dan menerima Zarul dalam hidupnya menjadikan pembacaan lebih menarik. Ingatkan Afiya akan bersikap dingin atau menjauhi Zarul demi Wina. Sekurang-kurangnya pembaca tidak diberatkan dengan plot yang sedemikian. Begitu juga dengan penerimaan Taufik terhadap perkahwinan Zarul dan Afiya, lega dia boleh menerima demi persahabatan.
Kejujuran, keikhlasan, saling menerima dan keterbukaan perlu ada dalam sebuah persahabatan.
Terima kasih kepada penulis kerana menghasilkan karya yang menarik.
Walaupun mula-mula tu macam pening sikit nak baca sebab banyak pulak watak yang muncul, tapi makin lama boleh hadam jugak. Terima kasih penulis sebab berjaya membuatkan saya berteka-teki siapa si Farah yang jahat & talam dua muka ni. Sebab dari mula memang tak suka watak si Zureen yang sikit-sikit nak emosi, hadoi la susah tau asyik nak jaga hati orang je. Sekali rupa-rupanya, orang yang paling baik & rapat tu la musuh yang sebenar & paling bahaya. Musang berbulu ayam sungguh.
tw / cw: heavy mentions of sexual assaults (rape), mental and physiological abuse / bashing towards survivors on said issue — no warning and tags at all on the said content from author; reminder that the said content is mentioned from the very first chapter and was brought up as a main plot throughout the story
p/s: I absolutely advise NOT picking up or read the book at all if the said content may upset or trigger you.
Only 100 pages in, and there's way too many things going on. Too many characters being introduced, still barely any correlation between any each ones of the crisis. The story felt like it's all over the place as the issues mainly came from other side characters. The focus towards the FL is completely overshadowed early on that I really couldn't see the plot is going if it weren't for the book's blurbs. It genuinely feels tiring to read. And truth to be told, I don't understand how this book is under 'romance' category, when I think it should be put in pure 'drama' and 'thriller'.
Due to that, the entire book itself certainly feels like it was made to be a drama script more than a regular novel, that's all I could think over how heavy the story is. And honestly I didn't know that the book already had it's very own drama adaptation, it's not surprising at all.
Honestly, the entire premise makes me mald and extremely angry, as I genuinely hate it how there's no trigger warning on these issue, as it is real, and the fact how the 'rape' is the center point / plot of the story but the lack of warning on it is simply ignorant. I simply hate the 'rape' issues being put in the story just for the sake of it, and rather than a romance, it's just a drama genre novel. How her own lover is being indifferent towards the prejudice on the issue. The way how 'virginity' is what the most important in a marriage. How people wouldn't listen to her. How her situation changes from her being raped turned everything abusive
Really, if there's at least a writer's note giving warning of the content discussed on the story, a note to warn what the reader should expect from the story, a note for former survivors regarding the issues, a note to remind readers on mental stability and conditions when we are going to read it, and a note to justify why the triggering issue is necessary towards the story. Please, please take this issue seriously and help some of us readers to feel safe and to protect of state of mind. Genuinely speaking, I probably wouldn't pick up the book at all if I knew how it was going to be. I couldn't help but to cry out of frustration along the story, due to the triggering plots. Excuse my word but the book simply fucked up my mind, and not in a good way.
— spoiler ahead by at this point —
When Fiya and Taufik finally discussed about their argument and on the said issue, the chapter was so brief as if it was dismissing how serious the bashing done towards the FL. It was absolutely abrupt and nothing was moving regarding it. For whatever reason, it was never mentioned why Taufik suddenly agreed to proceed, yet it was mentioned that dia sudah tawar hati in the first place, yet he acted like he actually wanted to get married and looking lovey dovey to others, what's up with that? And the audacity of this arsehole to say he felt regret for not seeking the truth and left Fiya, when he himself admitted that all he thought about was his fiancé's virginity further back! If he knew the truest truth, and actually proceeded the marriage, welp, his prejudice mindset probably only can think of and put a label of Fiya as a non-virgin.
Zarul is nice, but he isn't as innocent he might sounded. There's also barely any explanation why he agreed to be engaged with Wina, while acting absolutely cold towards her, and at the same time giving holier than thou reasoning that 'theres no point being nice towards the fiance as it's not confirmed that we're going to be married'? Yet he casually acts nice towards other people and Fiya at that? He is a very good guy, but what he's doing before that is quite questionable.
The amount of antagonists in the story is simply absurd. From the very first page, us readers were left with bad flavour in the throat and is forced to swallow evil doings from early on. It really do seems like the entire world is going against the FL.
If you have memory issues, or ADHD like I do, there are way too much characters to be remembered, I had to check and re-check the back of the books on any characters I've missed or forgotten. It's a bit hard to went through the story due to this. But apparently the entire 'too much names and characters' actually served a purpose towards the big reveal at the end. And I still think that it's kinda ridiculous.
I the 'makjang' elements is over-the-top, and to be honest, despite how dizzying and frustrating the story is, the plot twist + climax reveal was absolutely, an entire plot twist. That was really surprising and unexpected to me. But again, it took the entire book, repeating conflicts, and a full on frustrating roller coaster ride for the story to unveil everything, right at the very very end of the story. Truth to be told, the plot progression is quite bad for the author to do this up to the very end, as the 'falling action' and 'resolution' doesn't have ample input and gave out efficient impact towards myself.
Nevertheless, screw all of the antagonists, and personally, I don't recommend the book. Oh, I'm just tired.
Cerita yang menarik pada permulaaan persahabatan yang fresh dan ada daya tarikan untuk dibaca dari bab ke bab yang lain. Satu tepukan untuk penulis kerana novel anda yang berjaya diterbitkan. Walau bagaimanapun saya tak menafikan setiap karya mesti ada kelebihan dan kekurangannya sendiri. Sejak novel ini diangkat menjadi sebuah drama saya mengikuti setiap satu episod tetapi entah mengapa daya tarikan itu semakin lama semakin kurang.
Sebab sebab yang dapat diperhatikan:
1) saya dapat rasa banyak vibe buruk yang ditonjolkan oleh zarul si watak utama dari segi sikapnya yang mementingkan diri. Sombong dengan tunang sendiri padahal dia yang khianat yang tipu tentang perkahwinan dgn aufiya. Layanan buruk yg diberikan kpd wina langsung tak memuaskan hati hanya kerana dia tak suka pada tunangnya. Tapi bila dengan aufiya bukan main ulat bulu naik badan dan tak keterlaluan rasanya nak cakap yg dia sejenis melepaskan diri sendiri. Dia tak peduli kalau tunang dia mak dia kawan baik dia sendiri patah hati yang penting dia dapat aufiya. Pengantin bidan terjun? Well rasanya zarul suka sangat. Lebih kepada bulan jatuh ke riba.
2) Kesian dengan wina. Dia ditipu selama ini. Walau macam mana jahat pon dia dulu aufiya tetap salah sebab ambil hak wina. Lepastu bila zarul layan wina lebih-lebih fiya pulak nak jeles. What the hell? You yang rampas tunang dia so what lagi pulak wina langsung tak tahu apa apa.
3) Pasal assignment fiya. I don't know but it sounds illogical sebab assignment yang wina dah koyakkan rasanya printed from soft copy yang dah ditaip dari sebuah komputer. So rasanya tak logik untuk fiya siapkan semula assignment dia sedangkan boleh diprint saja daripada soft copy yang tersimpan dalam komputer. Tak perlu buat semula. Correct me if I'm wrong.
4) Wina cuma nampak jahat di hujungnya. I know this is kinda trick untuk balance kan kejahatan antara watak. Yelah, fiya memang salah sebab dah rampas tunang wina dan rata rata pembaca memang salahkan aufiya tapi disebabkan plot twist yang menceritakan keadaan sebenar di mana wina lah yang sebenarnya jahat sebab dah tikam belakang kawan sendiri. Kejahatan tu dah tutup mata pembaca untuk menyalahkan fiya lagi sebaliknya menyalahkan wina pula. Penulis pandai mencipta senario yang boleh mengembalikan kepercayaan pembaca terhadap aufiya. However, fiya tetap salah tak kiralah wina tu jahat macam mana sekalipun.
5) so sad to see friendship yang hancur disebabkan pengkhianatan dan penipuan. Yes memang susah nak kembalikan friendship yang asal kalau ada konflik besar berlaku. Tak mungkin semuanya akan kembali macam dulu right? Everything akan jadi kekok dan tak best. Hehehe just my two cents.
6) Wina dan zureen tak dpt datang wedding fiya. Takkanlah fiya takde gambar pernikahan langsung untuk diberikan pada kawan-kawan. Mestilah dia orang nak tahu kan macam mana rupa laki fiya but arghhhh stress gwe. Of course kawan kawan dia akan syak sebab fiya ni berahsia sangat. Dah kenapa?
But never mind, after all ini adalah karya yang mind blowing daripada author saya puji dengan idea anda cuma ada sedikit ketidak logikan di situ. Harapnya penulis akan terus menjadikan komen ini sebagai sempadan dan terus berkarya di masa akan datang.
AUFIYA, ZARUL, TAUFIK, WINA, AZUREEN, HADI, PN KARTINI, PN SALMA, EN HALIM, PN JUMAH, EN IDRIS, HANI, INTAN
Nur Aufiya Abdul Halim berkawan baik dengan Wina dan Azureen. Aufiya tunangan Taufik. Setelah setahun, mereka berkeputusan untuk melangkah ke alam perkahwinan. Taufik menerima mesej daripada seseorang yang tidak dikenali. Sejarah hitam Fiya diceritakan. Taufik berasa sangat marah. Berhadapan dengan Fiya untuk mengetahui cerita sebenar. Taufik senyap dan akhirnya dia mengambil langkah untuk meneruskan majlis nikah tersebut. Namun, lagi 3 hari majlis berlangsung. Taufik menerima satu lagi mesej daripada orang yang sama. Dia keliru dan akhirnya dia tidak hadir pada pagi itu. Fiya hanya dapat tahu yang Taufik telah membatalkan majlis tersebut setelah Fiya berhubung dengan bakal mertuanya.
Hancur hati Fiya, malu Pn Salma dan En Halim. Pada asalnya, Zarul menyatakan bahawa dia tidak dapat hadir atas urusan kerjanya di Langkawi. Tapi mengenangkan itu majlis kawan baiknya, Taufik. Dia gagahkan diri ke kampung Fiya. Zarul Iskandar Mahyuddin dengan rela hati menawarkan diri untuk menjadi pengganti Taufik. Maruah keluarga Fiya perlu diselamatkan. Fiya sah menjadi milik Zarul. Fiya resah kerana Zarul adalah tunangan kawan baiknya, Wina. Fiya meminta supaya perkahwinan ini dirahsiakan daripada keluarga Zarul dan Wina.
Ikmal kembali mencari Farah. Memeras ugut untuk membongkarkan kerja jahat mereka berdua kepada Fiya. Pertemuan di majlis kahwin Anis telah memberi idea kepada Ikmal untuk mendapatkan duit daripada Zarul. Hubungan Zarul dan Fiya diketahui oleh Azrueen. Wina pula telah tahu lebih awal. Cincin pada Fiya yang dilihatnya adalah milik Zarul. Iphone yang dimiliki oleh Fiya dibeli oleh Zarul setelah mereka makan lunch. Keychain yang tergantung pada Iphone itu adalah free gift yang dipilihnya. Keputusan Zarul untuk memutuskan pertunangan mereka dan tekadnya akan keputusan itu dengan tindakan Zarul sendirian berjumpa dengan pak usu dan mak usu Wina.
Hutang yang ditanggung oleh Ikmal mendorong dirinya bertemu dengan Wina di bilik penjabat Wina. Tanpa sedar, Fiya muncul dan diikuti Zarul. Fiya datang untuk meminta maaf atas apa yang berlaku dan ingin menjelaskan segalanya. Namun, Ikmal Hadi membongkarkan siapa perancang dan pelaku kejadian yang menimpa Fiya 7 tahun lepas. Terkejut Fiya kerana dia tidak menyangka bahawa Farah Azwina adalah orang yang telah merosakkan dirinya. Hubungan mereka berdua renggang dengan serta merta.
Ikmal menjadi mangsa kepada ceti Ah Long setelah gagal melunaskan hutang yang dipinjamnya. Dia meninggal dunia dan ketika dalam keadaan nazak, Ikmal menyebut nama Fiya dan Zarul. Wina ke kampung Zarul dan berjumpa dengan Pn Kartini menjelaskan segalanya. Mak Zarul ditemani anak keduanya pergi ke rumah Zarul untuk berjumpa Fiya. Setelah hampir 2 tahun usia perkahwinan mereka, Fiya disahkan mengandung. Hubungan Fiya dan Pn Kartini semakin akrab.
Cerita itu. Ya, cerita yang ingin dilupakannya. Bertahun dia menyimpannya sendiri, berharap yang cerita itu akan terkubur sendiri. Siapa tahu, cerita itu muncul semula ketika bahagia di depan mata. Kesuciannya dipersoalkan, kejujurannya diragui.
“Fik dah fikirkan dalam-dalam. Ikhlas Fik sayangkan Fiya. Fik tak kesah dengan cerita silam Fiya. Kita kahwin!” - TAUFIK
Janji Taufik untuk menerima dirinya seadanya dia, hanya tinggal janji. Kenduri sedang berlangsung. Tetamu sudah berpusu datang. Jurunikah sudah lelah menunggu, tetapi pengantin lelakinya langsung tidak muncul. Aufiya rasa lebih baik dia mati sahaja daripada menanggung malu.
Dan, lelaki itu muncul tiba-tiba menyelamatkan maruahnya dari terus ditelanjangkan Taufik. Dia menerima huluran bantuan Zarul walaupun rasa bersalah menggunung tinggi. Zarul yang tegas, Zarul yang dingin dan Zarul juga tunangan Wina. Zarul itulah yang dihantar Tuhan sebagai penyelamatnya.
“Saya tak tahu saya bakal jadi pengantin hari ni. Jadi saya tak sediakan apa-apa untuk Aufiya. Saya cuma ada cincin ini sebagai tanda saya ikat Aufiya dalam hati saya.”- ZARUL
Perkahwinan itu tidak mampu Aufiya khabarkan hatta kepada kawan-kawan baiknya sendiri kerana yang menjadi suaminya itu hanyalah sekadar pinjaman. Pinjaman seorang sahabat yang dikhianatinya dalam diam.
“Abang bukan hak Faye dari mula. Abang hak Wina. Faye tak mahu rampas abang daripada kawan baik Faye sendiri.”- AUFIYA
Zarul. Dia menawarkan diri bukan kerana terpaksa. Tapi demi rasa yang sudah sekian lama ada. Tapi, sabarnya seakan-akan diuji. Sayang Aufiya terhadap Wina seolah-olah tidak bertepi.
“Kalau sayang sangat dengan Wina tu, apa kata, Faye bermadu aje dengan dia? Senang, kan?”- ZARUL
Hati Aufiya mula berdolak-dalik, antara suami dan sahabat yang dikasihi. Sikap Zarul yang melindungi dan menerima dia seadanya tanpa sebarang syarat mula membuatkan hatinya terbuai. Tapi Wina itu sahabatnya yang paling baik. Melukakan Wina umpama melukakan hati sendiri.
Tegarkah Aufiya terus melukakan hati Wina yang sudah dianggap seperti darah dagingnya itu? Atau Aufiya rela menghancurkan hatinya sendiri demi melihat Wina bahagia? Antara kehendak sendiri dan persahabatan, yang manakah akan menang?
Aufiya, Wina dan Azureen ni berkawan baik sejak zaman sekolah. Azureen ni jenis mulut celupar sikit. Obvious sangat hati busuk. hahaha. Wina pulak jenis yang baik. .
Okay, ceritanya, Aufiya pernah dirogol oleh seseorang waktu belajar dulu. Dan komplot tersebut sebenarnya telah dirancang oleh kawan baik Aufiya sendiri. .
Dan fast forward few years later, Aufiya bakal berkahwin dengan Taufik. Tapi Taufik tergamak tidak hadir ke majlis perkahwinan mereka setelah menerima mesej yang mengatakan Aufiya sudah tidak suci. .
Dan yang menjadi pengantin bidan terjun ialah Zarul, tunang Wina. .
Walaupun Aufiya dan Zarul bahagia, mereka masih merahsiakan perkahwinan mereka daripada Wina, Taufik dan orang ramai. .
Siapakah sebenarnya si pengkhianat yang tergamak menghancurkan hidup Aufiya? .
Okay, buku dah jadi adaptasi drama dah pun. Dalam goodreads pun dah berlambak spoiler. hahaha. Nasib baik, aku tak baca review dan tengok drama. Cumanya, aku tahu la dalam drama tu, watak Elvina yang jahat. Tapi aku tak tahu dia pegang watak apa. hahaha .
Overall, aku suka chemistry Zarul dan Aufiya. Rasa tak puas baca. Zarul yang sweet, tetiba merajuk jugak. Jenuh la Aufiya nak ambil hati Zarul. hahaha. Cumanya aku mengharapkan lebih. Aku nak tahu sejak bila Zarul sukakan Fiya dengan lebih detail. .
Cumanya, ending agak tergesa-gesa. Aku tak faham kenapa si penjahat tu katanya dah insaf, tapi masih hantar mesej pada Taufik. Yang sorang lagi tu pulak, dah kenapa duk racun fikiran mak Zarul. Tetiba je ending habis. Yang jahat pun mati begitu saja. Dan motif kejahatan 'kawan baik' tu pun, tak kukuh sangat untuk aku. Dengki sebab kawan tu lebih ramai peminat, selalu jadi posmen/orang tengah. haihh. Dan cara khianat kawan sendiri macam tu, serius kejam.
Kisah kawan makan kawan. Itu keseluruhan kisah novel SA karya RA. Sejujurnya ini pertama kali membaca hasil nukilan RA. Dapat tau SA bakal diadaptasi ke kaca tv. Tak sabar nak tengok nanti. Seadanya Aku pastinya merujuk kepada Aufiya yang punyai kisah silam yang gelap. Ditinggalkan oleh tunangnya di hari perkahwinan. Maruah keluarganya diselamatkan oleh tunang sahabat baiknya sendiri. Bermulalah dilema Aufiya. Antara suami dan sahabat yang dikasihi. Siapa sebenarnya yang mengkhianati ikatan persahabatan yang telah lama terjalin? Betullah kata orang. Orang yang paling rapat itulah musuh yang paling bahaya. Tahniah RA. 5 bintang untuk Seadanya Aku.
sangat2 suka dengan karya kedua yang saya baca dari Rissa Ahdiya selepas tulis nama atas batu ..
cerita yang mengisahkan tentang kepercayaan didalam persahabatan yang tak boleh di percaya 100% kerana , orang yang paling rapat dengan kita adalah musuh yang paling rapat ..
Tak mengecewakan. Jalan cerita yang sedikit tragis tapi tidak mustahil berlaku di kalangan kita. Hero penyelemat (memang di sebut dalam novel ni) yang bukan setakat hero tapi gentleman. Yang mengkhianati rugi yang di khianati mendapat ganjaran sebaiknya.
Mula baca sebab tgk drama kat TV. Bila baca buku banyak benda yg berbeza dari TV. Suka penulis buat suspend masa nak tau siapa yg sebenarnya kena kan Afiya. Character Azrul memang sweet dan Afiya yg pemalu (kadang2 garang jgk). Good job on the storytelling.
Antara Andai Tiada Dia, Jangan Pernah lupakan aku, buku Seadanya Aku ni lebih menarik bagi aku. Jalan cerita laju, tak meleret dan teka teki si jahat tu boleh diperbaiki lagi. Apapun cerita tak membosankan
TahNiah Rissa Ahdiya.. best cite nie. XsaNgka wiNa "kawan paling rapat" boleh jd sejahat ituu kerana deNgki. Xsabar nak tgk crita nie kluar thn depan...
Tertarik dengan synopsis yang diberikan. Jalan cerita yang ok, tapi sedikit meleret. Kejutan di akhir tak lah surprise sangat sebab dah boleh agak dari mula dah.