Bunga Aurelia - Gelandangan? Tidak pernah terlintas di fikirannya yang dia akan ‘tersadai’ di lorong gelap dan kotor ini, meniti hari mendatang yang penuh kesulitan. Hadirnya Benjamin memberinya sinar harapan. Kemewahan yang diberi bukan sedikit, kasih sayang yang ditabur bukan sementara. Benjamin dunianya kini. Lelaki itu adalah segala-galanya.
Benjamin - Dalam diri Bunga ada Benjamin yang silam… Benjamin yang bukan siapa-siapa. Dia tahu apa yang Bunga rasakan. Dia mengerti apa yang Bunga mahukan.
“Aku faham apa yang ada dalam hati dan jiwa kau sebab aku pernah berada di tempat kau. Bezanya… aku lelaki dan kau perempuan. Kalau aku yang lelaki pun rasa sengsara, kau tentu lebih sengsara dari aku.” - Benjamin
Hardy Mikail - Bunga Aurelia, sebaris nama yang menjadikan dia penasaran sendiri. Gadis itu bukan sembarangan gadis.
“Kau jangan lantang sangat nak tegakkan benang yang basah. Berapa kali aku nak cakap, bukan sebab rupa. Tapi, sebab kau tipu aku. Kau tipu aku! Faham tak?! Aku paling benci orang tipu aku!” – Hardy Mikail.
“Ben, kau ingat kahwin adalah sebahagian dari kemahuan aku? Apa yang aku mahukan hanya kau dan hidup kita yang dulu, Ben. Aku ada kau dan kau ada aku. Tapi, aku silap. Kau dah terlebih bersedia untuk tinggalkan aku.” – Bunga Aurelia.
Bukan cinta tiga segi namun, kasih sayang yang terjalin sering disalahertikan. Bagi Bunga, Benjamin adalah nafasnya dan bagi Benjamin pula… Bunga adalah denyut nadinya. Namun, takdir tidak mungkin menyebelahi mereka. Yang sesat akan selalu sesat atau… mungkinkah ada cahaya yang bakal menyinari?
Saya sangat suka dengan naskah ini. Saya dapat rasa kasih sayang seorang abg kepada adiknya walau berlainan darah. Bertepatan judul, naskah ini merupakan tentang perjalanan hidup Bunga Aurelia. Dari hidup gelandangan, Bunga diambil dan dijaga oleh Ben bagai menatang minyak yg penuh. Semua kemahuan Bunga dituruti sehingga mendatangkan cemburu dan hasad dengki oleh kwn baiknya sendiri. Cerita ini memgambarkan walau berbeza agama, bangsa dan taraf kehidupan namun sayang Ben terhadap Bunga sangat dalam sehingga ke hembusan nafasnya yg terakhir kerana dia pernah merasai pengalaman menjadi gelandangan. Kemunculan Hardy dlm hidup Bunga byk mewarnai jln cerita ini. Namun bagi saya, kekuatan cerita ini lebih pada sayangnya Ben kepada Bunga berbanding cinta Hardy kepada Aurel. Ben berjaya menunjukkan sisi ikhlas menyanyangi Bunga yg dianggap spt adiknya. And yes, writter berjaya buat saya menangis di saat detik2 terakhir perpisahan di antara Ben dan Bunga. Mmg sikap Bunga Aurelia kadang2 menjengkelkan, dengan sikap perasan bgs bagai tapi Bunga jujur meluahkan perasaannya berbanding sesetengah org yg bermuka2. Baik dihadapan tetapi dialah duri dlm daging yg menyebabkan ramai yg terbunuh dan terseksa. Tahniah sekali lg kepada penulis dan hope karya anda slps ini akan menjadi lebih mantap.
Tak tau la nak cakap apa.. agak mengecewakan.. aku suka first novel dia PHMM. Tapi crita ni susah aku nak hadam dengan perangai heroin dia yang tak tentu pasal nak marah2 sepanjang masa. Childish, Kasar & sombong! Contoh macam ni “ Cik Patricia, I datang sini sebab nak ambik apa yang abang I dah tempah. Dan untuk pengetahuan Cik Patricia , I tak ada masa nak beramah mesra dan I pun bukan jenis friendly.” Annoying la! I mean hello kau tak sedar diri ke kau tu senang sebab orang lain tolong? And Hardy Mikail mula2 nak ajak kahwin tapi tup2 dia cakap dia mahu puaskan nafsu dia je tak nak kahwin2. Seriously bro? Kau ada split personality ke? Entah la.. tak tentu2 la jalan crita dia.. sis pening. So dissappointed.