Jump to ratings and reviews
Rate this book

Rahmat Allah Tidak Pernah Terhenti

Rate this book
Kata-kata Dr. Basit :
Pendosa yang selalu mengharap rahmat Allah SWT itu lebih dekat kepada-Nya berbanding hamba-Nya yang putus asa akan Rahmat-Nya

SYURGA YANG DIJANJIKAN
Sesungguhnya rahmat Allah SWT tiada batasan. Allah berhak memasukkan sesiapa sahaja ke dalam syurga walaupun hanya dengan amalan yang dipandang remeh oleh manusia.

DI MANA ALLAH DI HATI KITA?
Daripada kecil lagi, kita sudah menghafal sifat 20 Allah SWT. Kita tahu bahawa Allah SWT Maha Mendengar, tetapi adakah sewaktu kita mengumpat, kita teringat sifat Allah SWT yang Maha Mendengar itu?

Kita tahu bahawa Allah SWT Maha Melihat, tetapi ketika kita mencuri misalnya, pernahkah terbit perasaan malu kepada Allah SWT sedangkan Dia Maha Melihat?

PELAWAT TERAKHIR; MENGAPA TAKUT MATI?
Suatu hari nanti pasti kita akan pergi, lalu di manakah bekal kita? Apakah kita ingin pindah ke suatu tempat yang tidak ada tempat tinggalnya? Apakah kita ingin pergi menempuh perjalanan yang amat jauh tanpa membawa bekal sama sekali? Dan Apakah kita ingin pergi berdagang ke daerah yang menjanjikan keuntungan yang melimpah tanpa membawa barang dagangan?

KEKUATAN BUKU DAN RUMUSAN
• Penulis Ustaz Abdul Basit Abd Rahman merupakan seorang Mudir dan pendakwah yang terkenal di Malaysia terutamanya di Terengganu dan Kelantan. Sering keluar di Televisyen terutamanya dalam rancangan Tanyalah Ustaz dan Radio (IKIM).
• Mempunyai Ramai Follower di FB berjumlah 527,954 Juta.
• Buku pertama beliau terbitan Karya Bestari bertajuk ‘Musafir Menuju Allah’ merupakan diantara buku best seller Karya Bestari. Begitu juga dengan buku keduanya ‘Dunia Bukan Syurga’ yang sudah print untuk kali yang kedua.
• ‘Rahmat Allah Tidak Pernah Terhenti’ adalah Inspirasi dan terjemahan daripada kitab berdasarkan Kitab "Hibbi Ya Rih Al-Iman" Oleh Dr. Khalid Abu Syadi tentang motivasi iman atau boleh dikategorikan sebagai tasauf moden. Buku ini merupakan transkrip daripada ceramah-ceramah dan kuliahnya di Masjid yang telah mendapat tontonan yang tertinggi di Youtube.
• Buku ini berkisarkan mengenai peringatan dan muhasabah kepada kita semua tentang nikmat Allah yang wajib disyukuri, takut akan bencana yang akan datang dengan sebab dosa-dosa dilakukan. Buku ini juga membincangkan mengenai syurga dan neraka yang dijanjikan Allah di akhirat kelak. Serta apakah amalan-amalan yang disukai Allah yang akan menyelamatkan kita di dunia dan akhirat kelak.
• Antara isu-isu yang dikupas adalah mengenai Nikmat Yang Tidak Disyukuri, Syurga Yang Dijanjikan Tuhan, Di Mana Allah Di Hati Kita? Dan Benarkah Kita Merindui Rasulullah?

256 pages, Paperback

First published June 1, 2018

2 people are currently reading
7 people want to read

About the author

Abdul Basit Abdul Rahman

18 books12 followers
Dato’ Dr. Hj. Abdul Basit Hj. Abdul Rahman, atau lebih dikenali sebagai Abu Anas Madani, dilahirkan di Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan. Sejarah pendidikannya bermula di Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian Kuala Krai, Kelantan. Kemudian beliau, memperoleh BA (Syariah) MA (syariah) dan PhD (syariah) dari Universiti Islam Madinah. Beliau merupakan pelajar Malaysia yang ke-3 berjaya memperoleh PhD dari Universiti Islam Madinah. Kini, beliau merupakan seorang pendakwah dan penceramah bebas, Musyif (Penyelia) Pondok Sungai Durian, pensyarah di Jabatan Syariah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Kota Baharu, Kelantan dan juga ahli panel Majlis Perundingan Islam (MPI) Malaysia (2016-2018).

Pelbagai buku beliau boleh didapati di http://www.dartaibah.com/.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (50%)
4 stars
2 (50%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Ain.
138 reviews14 followers
January 1, 2020
Buku pertama yg dihabiskan utk tahun 2020 🥳
Sebenarnya banyak hari diambil utk habiskan buku ini sbb banyak sgt point penting yg perlu dihadam dan dikesan terus ke hati sebelum membaca topik seterusnya.

5 markah penuh !
Suka sebab :
1/ ayatnya mudah,senang faham dan analoginya yg diberi juga mudah. Banyak juga ayat sentap yg boleh beri kesan lansung pada kita.
2/ banyak dalam point form dan ada keterangan lebih lanjut.
3/banyak diberi contoh utk setiap point yg diberi. Diberi contoh dr kisah nabi sendiri mahupun para sahabat yg blh kita buat sebagai teladan.

Hinggakan saya buat nota kecil di buku lain utk buku ini supaya blh baca balik.
Tak boleh menulis dalam buku ini sebab buku pinjam 😅
Displaying 1 of 1 review

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.