Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tivi

Rate this book
"Cepat! TV ini bukan ringan!" jerit Mat Isa.

"Apa dia? Nak lapik dengan apa?" tanya Jeha yang sudah pun terpana sana terpa sini, cuba sambar apa yang patut disambar.

"Itu haa! Ambil saja sejadah itu buat pelapik!" Mat Isa menjerit sebab dia sedang ampu TV yang besar.

Jeha sambar sehelai sejadah yang bergambar masjidilharam. Tapi gambar Masjidilharam itu sudah pun naik kelabu akibat terlalu lama kena tindih dengan dahi Mat Isa atau dahi orang lain.

"Ambillah yang baru sikit. Yang itu ha!" jerit Mat Isa. Mukanya keredut dan berpeluh lebat.

Mak Chah sambar sehelai sejadah lain pula. Kali ini terkena sejadah yang baru bergambar Kaabah. Terang dan berlorek kemas. Cepat-cepat Mak Chah hampar sejadah itu atas lantai dan TV pun didudukkan di atas gambar Kaabar itulah.

133 pages, Paperback

First published January 1, 1995

22 people are currently reading
232 people want to read

About the author

Shahnon Ahmad

70 books149 followers
Dato' Haji Shahnon bin Ahmad (born 1933 in Sik, Kedah) is a Malaysian writer, a National Laureate, and a former Member of Parliament. He was awarded with the National Literary Award in 1982. He is also a Professor Emeritus at Universiti Sains Malaysia in Penang.

Shahnon has written a number books, one of the most notable being Shit @ PukiMak @ PM (1999), a controversial political satire. The book makes allegorical references to the ruling coalition government, Barisan Nasional (BN), its major component party, United Malays National Organisation (UMNO), and former Malaysian Prime Minister Mahathir bin Mohamed. There were attempts by the government to ban this book and to strip Shahnon of his literary title.

Some novels written by Shahnon include Ranjau Sepanjang Jalan (1966)—which has been adapted into a film called Rice People directed by Cambodian film director Rithy Panh, Rentong (1965), Srengenge (1973)—which won the Malaysian Novel of the Year in 1970, and Terdedah (1965).

Shahnon is also a member of opposition political party PAS. In the 1999 general election, he contested in the Parliamentary constituency of Sik (P.13) in which he won. He did not contest in the 2004 general election which saw PAS losing that seat to BN.

Source: Wikipedia

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
62 (28%)
4 stars
87 (40%)
3 stars
50 (23%)
2 stars
12 (5%)
1 star
4 (1%)
Displaying 1 - 30 of 57 reviews
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
July 1, 2019
#1
Ini buku satira yang "mempersendakan" kerosakan masyarakat waktu itu (dan hari ini) disebabkan tivi (televisyen).

#2
Saya yakin tivi hanyalah satu perlambangan. Mungkin maksudnya kemodenan. Seperti modennya Chah yang berkerja di kilang skru di Sungai Petani.

#3
Ada unsur-unsur erotik dalam buku ini. Juga menggunakan format perlambangan, tapi sangat jelas dan mudah difahami. Segan juga membacanya.

#4
Banyak ulangan isi di dalam buku ini yang kadang-kadang muak juga membacanya. Pengulangan selalunya untuk mengingatkan. Tapi bagi saya, ia agak merimaskan.

#5
Sudah tentu TiVi ada pengajarannya. Bagaimana kerosakan keluarga dan masyarakat terjadi hanya berpunca dari pengaruh yang bukan-bukan.

#6
Kemodenan akan terus datang tanpa diundang, tapi bagaimana mahu membataskannya agar tidak merosakkan harus ada pertahanan yang kukuh. Ilmu. Ya, ilmu sangat penting. Dan iman.
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
May 24, 2018
Seharian habis dibaca. Novela satira ini sangat menghiburkan. Dek kerana sebuah tetamu (Tivi) semuanya berubah. Sindiran tajam SN Shahnon Ahmad menjadi melalui novela ini.

Pertama kali membaca Shahnon Ahmad, mungkin aku tak biasa dengan tulisan satiranya yang berulang-ulang. Aku pernah baca Shit, tapi tak habis. Dalam 20-30 muka surat sahaja. Sama seperti Tivi, banyak ayat berulang.

Tapi aku rasa, sengaja Shahnon Ahmad nak tulis ayat tu banyak kali sebab nak memberi penekanan ayat tu kepada para pembaca.
Profile Image for Muhamad Fahmi.
125 reviews22 followers
May 29, 2016
Kerana sebuah TIVI, kehidupan keluarga Mat Isa berubah 360 darjah...

Kehidupan yang dulunya penuh keindahan, ketaatan pada agama, kehidupan bermasyarakat; terhakis perlahan-lahan dinodai dengan paparan hedonisme yang disajikan TIVI yang diletakkan di penjuru rumah di atas tikar sejadah yang bergambar Kaabah.

Cerita yang berkisar tentang sindiran yang sinis dan kerap berunsur erotis ini memaparkan kepincangan seorang ketua keluarga yang gagal berfungsi memacu keluarganya serta kejutan budaya yang dibawa oleh kemajuan alat elektronik (yang pada masa kini boleh dikaitkan dengan gajet); sekiranya gagal dikawal serta digunakan dengan berhemah.
Profile Image for Ririn Aziz.
790 reviews106 followers
July 16, 2025
Seram rasa baca buku ni hahaha.

Akibat pengaruh hiburan/hedonisme yg tidak terkawal. Agama pun sampai tolak tepi dan tak mampu jadi pendinding. Tapi mungkin sebab agama itu cuma dijadikan sebagai ikutan.
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
November 15, 2023
28-2023

Tivi - Shahnon Ahmad

Membeli karya ini secara rawak memandangkan saya teringin membaca naskhah 'orang dulu'. Namun, tidak disangka pembelian novel ini sangat berbaloi.

Ceritanya mudah difahami. Bagaimana orang yang dahulunya hidup aman mengikut aturan agama, berubah total selepas tv diletakkan di dalam rumah. Perubahan mendadak keluarga Mat Isa itu menjadi buah mulut orang sekitar. Hanya kerana tv yang dibelikan anaknya Chah yang bekerja kilang.

Saya suka bagaimana penulis menggunakan bahasa kiasan di dalam novel ini menjadikan pembacaan saya sukar untuk dihentikan. Saya kira ini mungkin antara karya sastera yang boleh dijadikan koleksi.
Profile Image for Benz.
Author 20 books104 followers
December 22, 2018
Karya Shahnon Ahmad yang pertama aku baca sampai habis. Yang lain-lain akan menyusul.

Garapan yang menarik, penuh perbendaharaan (loghat) kata Kedah yang jarang aku dengar. Mungkin Shahnon mengorek sedalam yang mungkin dalam kedalaman pedalaman Sik.

Ceritanya sudah tertulis dan diketahui ramai -yang membaca dan berkomentar di Goodreads- walaupun sarat konservatisme, tetapi ia tetap menghiburkan. Pengalaman dan perasaan membaca karya ini masih tak hilang-hilang. Kemahiran Shahnon adalah mengulang-ulang perkataan tadi/juga nama watak sehingga ia melekat/membekas dalam fikiran pembacanya. Aku fikir ini kekuatan Shahnon, yang jarang mampu ditulis penulis-penulis muda-urban. Karya sebegini juga membuat kita, kami (atau aku lebih khusus) jadi termalu sendiri dengan kelemahan dan kusut masainya karya kami yang entah apa-apa (mungkin canggih, filosofi, atau egalitarian temanya) tetapi penyusunan kata-kata yang hambar lagi dibuat-buat. Membuatkan perlu menelaah, membelek semula karya-karya pendahulu kami.

Terima kasih Pak Shahnon, memberikan pengalaman membaca karya pak yang menarik hati ini :)
Profile Image for Arif Zulkifli.
Author 27 books183 followers
October 4, 2018
Wow. Pekat sungguh satira dalam buku ni. Cuma ayat yang berulang-ulang kadang menyesakkan juga bila baca.
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
July 8, 2022
Novel ini bukanlah mahu menceritakan sisi buruk kemodenan. Ia menunjukkan kesan kemodenan kepada manusia bernafsu (kita semua), tanpa iman dan ilmu.

Banyak yang boleh dipelajari daripada cerita dan gaya penulisan. Contohnya, bagaimana penulis menimbulkan persepsi berbeza antara persetubuhan halal dengan zina.

Pertama kali juga saya temui istilah membunuh dajal bagi menggantikan aksi berahi. Bermakna ia tak perlu pun diceritakan secara rinci. Novel-novel sekarang bahkan lebih eksplisit kadang-kadang babak cintanya.

Proses pemikiran watak juga sangat jelas, bagaimana mereka mewajarkan tindakan dan kemahuan menonton pornografi. Bagaimana sifat ingin tahu yang seakan naif itu boleh memburuk sehingga membawa kepada aktiviti sumbang mahram.
Profile Image for nazhsahaja.
127 reviews16 followers
February 24, 2025
Trigger warning! Buku ini tidak sesuai untuk bacaan anak remaja & kebawah.

Bercampur baur perasaan sepanjang pembacaan. Tapi banyak lebih kepada negatif. Dengan tiba-tiba saya berada di pihak tivi dan bukan di pihak SN Shahnon Ahmad. Apa dosa tivi? Tivi hanya alat. Jika benar tivi sejahat, pembenih segala hantu (bak kata watak utama) mungkin semua manusia sudah jadi setan di tahun 2024. Atau adakah masalah akar adalah penonton tivi itu sendiri?

Lihat kembali latarbelakang dua watak utama: Mat Isa & Jeha. Duduk di komuniti Islam (kampung) yang terjaga & terpelihara. Yang pastinya dapat didikan agama sejak dari kecil. Diajar buruk baik, dosa pahala, ibadat dan akidah, ada institusi surau/masjid yang bukan saja menjadi tempat rujukan malah menjadi 'pengawas' agama, mereka juga tidak terdedah langsung dengan apa-apa unsur pemikiran lain selain Islam. Kemudian datang sahaja tivi, hilang melayang segala yang dipegang di tangan dan yang disimpan di dada. Semudah itu? Apa selama ini Mat Isa & Jeha tonggang tungging sembahyang hanya ikut-ikutan tanpa ada jiwa dalam beribadat dan fahaman dalam agama? Mengapa watak-watak dalam Tivi selemah ini. Tiada langsung perimbangan (perbahasan prinsip Islam Mat Isa VS prinsip modenisasi Chah) yang cuba diwujudkan. Langsung tiada. Seperti Mat Isa Dan Jeha baru masuk Islam semalam!

Ditekankan berkali-kali kandungan rancangan yang ditonton oleh keluarga Mat Isa; pornografi. Iya bagi saya inilah akar utama. Masalah ini jugalah yang berlanjutan sehingga zaman ini. Golongan sebegini sudah tidak tengok tivi sebab ada alatan lain yang boleh beri akses pornografi yang lebih memuaskan. Perlu ingat sebelum kehadiran tivi sekalipun, masyarakat zaman sebelum teknologi kerisauan dengan kehadiran penerbitan buku kerana sumber-sumber pornografi boleh didapati dalam novel erotik. Jadi ketika itu salah siapa? Buku?

Kerana pornografi, kisah Mat Isa tidak hanya jadi kisah haruan makan anak tapi membawa ke lembaran dosa yang lebih memualkan; sumbang mahram. Tidak sekadar hina pada agama tapi sangat tidak bermoral.

Saya pernah baca Ranjau Sepanjang Jalan, dan saya tiada masalah dengan teknik penulisan SN Shahnon Ahmad. Tapi untuk Tivi, kaedah pengulangan cerita telah beri kesan tak bagus pada pembacaan saya. Satu pengalaman pembacaan yang memberikan saya trauma.

Tiada niat dihati mahu mengkritik karya SN Shahnon Ahmad, tapi sungguh secara peribadi tak selesa saya membaca Tivi.
Profile Image for Iza B. Aziz.
223 reviews29 followers
August 12, 2024
TV, telefon pintar, radio atau internet sekalipun tidak pernah jahat. Jadi, siapa yang jahat? Siapa yang perlu dipersalahkan? Siapa yang harus bertanggungjawab?

Manusia.

Novela TIVI dari SN Shahnon Ahmad menambah ngeri saya terhadap sisi gelap ketagihan skrin. Demi televisyen keluarga Mat Isa hilang kesedaran diri, berdalih dari agama dan tidak mempertimbangkan kritikan masyarakat terhadap mereka.
_____________________
Usai membaca saya rasa pengarang berlebih-lebih dalam jalan cerita TIVI. Cerita ini kalau diulang baca memang tak masuk akal, dahsyat dan keterlaluan. Namun, bila difikirkan kembali tentang sikap manusia itu sendiri. Saya silap.

TIVI mungkin dianggap tidak benar. Cuma bagi saya ada kebenaran dalam watak-watak yang ditonjolkan.

Kesan dari tindak-tanduk manusia yang malap cahaya pedoman, jangan kita cabar. Mereka dikuasai oleh api-api iblis yang dilaknat Allah SWT. Bahang api tersebut mampu meruntuhkan tembok akhlak sebaik-baik insan.
_____________________
Chah, watak utama tetapi tidak banyak menampilkan diri dalam novela ini. Pun begitu, penangan pengaruh "kemajuan budaya" yang dibawa Chah kepada keluarganya amat hebat. Chah tidak tewas seperti ayah, ibu dan adik-adiknya. Tumpuan pada Chah banyak membuka pelbagai persoalan tentang ilmu agama dalam sesebuah keluarga.

TIVI dari segi plot dan pengulangan ayat memang menjemukan. Sebaliknya mesej yang ingin disampaikan SN Shahnon Ahmad jelas berkesan dan relevan hingga kini. Bacalah untuk merasa jelik dan malu pada diri kita.
_____________________
Profile Image for Apip.
72 reviews3 followers
Read
June 21, 2024
Secara peribadi ada yang mengujakan dan ada juga yg kurang. Pendek katanya:

1. Kalau kurang selesa dngn unsur erotisisme, mungkin akan tak suka novelet ini.
2. Fikir cerita ni blh diterokai lagi dgn aspek² berbeza ttg kesan teknologi kpd manusia ttpi dlm ni nmpk fokus satu atau dua saja. Membuatkan bila baca, kita asyik cerita ttg satu isu ni saja.

Lepas baca novelet ni, ada baca Buku "Weltanshaung: Suatu Perjalanan Kreatif" tulisan2 Shahnon Ahmad ttg perjalanan kreatifnya. Ada sentuh ttg isu erotisisme, ilham utk Tivi dan sebagainya. Satu sudut aku macam faham sudut pandangnya ttg erotisisme. Perlu bincang dan bacaan lebih lanjut
Profile Image for Nurulnaziefa_.
65 reviews5 followers
July 26, 2021
Sebuah buku nipis (133m/s) yang menggunakan perkataan berulang tetapi mampu merubah cara Saya berfikir tentang bagaimana sekecil-kecil benda mampu merubah seseorang manusia tanpa sedar.

Menurut pendapat peribadi Saya, buku ini tidak sesuai dibaca oleh kanak-kanak dan awal remaja kerana mempunyai beberapa keadaan dalam buku ini yang tidak sesuai untuk mereka 🙏🏻
Profile Image for Nur Huda.
66 reviews5 followers
May 22, 2018
Tivi, yang diterbitkan pada tahun 1995 (mungkin juga telah ditulis lama sebelum itu) membawa pembaca ke tahun-tahun sekitar 1980-an dimana Pelan Induk Perindustrian (PIP) diperkenalkan di bawah Dasar Perindustrian Negara. Di dalam usaha untuk mempelbagaikan ekonomi negara yang pada masa itu bergantung kepada bijih timah dan getah, negara menjadikan sektor perkilangan sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi negara. Maka banyaklah kilang-kilang dibina, ramailah muda-mudi berpindah ke bandar, berkerja mendapat gaji bulanan, di bawah teduh bumbung, di ruang kerja berhawa dingin, bersih dari selut dan lumpur.

Ceritanya ringkas sahaja. Bahasa yang digunakan mudah dan jelas. Terdapat beberapa perkataan digunakan sebagai perlambangan metafora, tetapi jika di tafsir secara harfiah, juga memberi makna kepada cerita. Cerita tentang Kak Chah, anak Mat Isa yang berkerja kilang (katanya kilang skru) di Sungai Petani. Kak Chah menjadi kebanggaan keluarga kerana dialah satu-satunya anak dara kampungnya yang berkerja di bandar. Kak Chah juga ‘mencelikkan’ mata keluarganya tentang kehidupan moden orang di bandar. Kak Chah membawa pulang barang-barang, pakaian, fesyen yang digunakan oleh orang bandar. Orang kampung ketinggalan zaman, tidak faham kemodenan, jadi tidak diendahkan bisik-bisik dan jelingan-jelingan mereka.

Cerita bermula apabila Kak Chah menulis surat memberitahu ada tetamu yang akan datang pada hari Jumaat. Tetamu tersebut istimewa dan meminta keluarganya melayan dengan baik. Persediaan menerima tetamu ini sangat rapi sekali. Rumah kecil dipersiap rapi, ruang sembahyang, sejadah, al-Quran dialihkan ketempat lain, ke sudut kecil. Sambutan terhadap ketibaan tetamu ini gah sekali. Bersungguh-sungguh Mat Isa dan Jeha, isterinya memastikan tetamu selamat sampai di rumah mereka.

Tetamu ini, sekotak tivi, sebuah jendela kepada kehidupan diluar kampung menghidangkan paparan-paparan mengasyikkan sekali. Banyak perkara baru yang Mat Isa dan Jeha belajar. Perkara yang tidak diajarkan dimana-mana sekolah, masjid, surau, madrasah, ada ditunjukkan secara visual di dalam tivi. Bukan sahaja pengajaran, paparan-paparan lain juga sangat menghiburkan dan mengasyikkan. Hiduplah keluarga Mat Isa terasing dari masyarakat, meninggalkan rutin harian berkebun, berternak. Seharian diisi gelak ketawa dihiburkan tivi. Bukan sehari, bukan seminggu, bukan sebulan, malah lebih setahun sekeluarga hanyut dek kerana sebuah tivi. Juga tidak ada tanda-tanda untuk mereka berpaling dan kembali kepada kehidupan asal mereka.

Terdapat beberapa analisis akademik mengklasifikasikan novel ini sebagai novel ‘karya sastera Islam’, saya nampak ia lebih membawa mesej moral dan budaya. Jika pewataknya beragama dan berbangsa lain sekalipun, cerita ini masih absah. Klasifikasi ini juga membawa kepada kritikan bahawa mesej "keislaman" ini ditenggelami dengan cara penyampaian cerita yang bersifat erotik. Saya tidak nampak apakah ciri erotis bertentangan dengan Islam, sedang penganutnya adalah manusia, yang makan, minum, tidur, melakukan seks, sepertimana manusia beragama lain. Analisis lain merumuskan bahawa cara penulisan yang sedemikian menjadikan T1V1 sebagai novel "picisan"dan sekaligus menghakis label "Islam" yang diperagakan ke atasnya. Bagaimana paparan erotis separa metafora sebegitu menghukum novel ini sebagai picisan? Bagaimana pula sebuah karya yang konon picisan menghakis label ‘Islam’, sedang karya peragaan Islam banyak sekali yang picisan.
Profile Image for Zalila Isa.
Author 13 books52 followers
September 18, 2018
Begitu, Shahnon menggambarkan sisi sebuah tivi. Speechless. Hantu-hantu yang keluar daripada tivi, menerkam dan menyongsong diri ...
Profile Image for Nurul Suhadah.
180 reviews33 followers
March 1, 2019
Real juga sehari dapat habiskan satu buku ni. Rasa berbunga-bunga dan dunia ini aku yang punya.

Tapi buku nipis jelah😅.

Kesian Mat Isa dan Jeha. Juga Hasanah dan Hassan. Semuanya angkara tetamu Chah yang satu itulah. Tragis sungguh pengakhirannya.

Satira yang sangat menjadi dari tulisan seorang sasterawan agung. Dan jika nak kaitkan zaman sekarang, tetamu Chah itu sekarang ini makin mengganas dalam bentuk yang lain.

Dunia tanpa sempadan, internet yang memerlukan kawalan. Mungkin itulah cabaran dan ‘tetamu’ kita sekarang.

Orang yang bertakwa memiliki kawalan yang baik kepada kehidupan.

Profile Image for Shahkang.
Author 13 books81 followers
January 2, 2021
#1 Buku pertama tahun 2021

Membaca semula naskhah ini selepas 10 tahun - sebelum ini hanya pinjam dari rak perpustakaan awam Kangar. Membaca pada usia lebih dewasa, pemahaman sedikit berbeza. Naskhah yang 'menghiburkan' dari aspek melihat berapa masyarakat mudah terpedaya dengan teknologi, menghambakan hiburan sehingga menghakis nilai-nilai keagamaan sedia ada. Penulis menjelaskan melalui tindakan watak menggunakan sejadah untuk melapik TV, sudut solat jemaah bertukar kepada tempat menonton TV, analogi 'skru' yang membuatkan kita berfikir panjang, dan sebagainya.
Profile Image for Nadia.
110 reviews53 followers
June 7, 2021
Novelnya nipis sahaja namun benar-benar sarat dengan satira yang memaparkan kepincangan masyarakat kampung asbab kejutan kemajuan dan kemodenan. Tivi (televisyen) di dalam novel ini diangkat sebagai metafora yang penuh unsur hedonisme dan pengaruh jelek hingga berhasil mengubah hidup Mat Isa dan keluarganya. Dari keluarga yang harmoni solat berjemaah bersama, bermasyarakat, rajin mengemas dan menebas, kini hanya mengular di hadapan tetamu (tivi) yang dijemput oleh Chah, anak mereka. Chah, anak kampung yang sudah terpesong jauh moralnya dek pekerjaannya di Kilang Skru di pekan Sungai Petani. Ibu dan ayahnya pula tak menegur kerana katanya itulah 'kemajuan', lagipula duitnya juga yang membeli TV itu.

Unsur erotika yang disamari oleh perlambangan, diatur baik oleh penulis, namun cukup halus sehingga terkadang naik segan juga membacanya. Pengulangan ayat memang banyak diterapkan dan pada hemat saya, ia adalah tidak lain bertujuan memberi penekanan di samping menonjolkan identiti penulisan SN Shahnon yang memiliki kekuatan tersendiri dan unik, yang saya rasa tidak mampu dilakukan oleh penulis lain. Perbendaharaan kata yang diketengahkan juga mengagumkan, ada loghat utara dalam dialognya, ada yang belum pernah didengar juga, namun tidak sukar untuk menghadam ceritanya. Sungguh, sangat padat lagi bernas pengajarannya, sindiran buat kita yang leka dengan 'kemodenan' hingga boleh tergadai segala budi pekerti.
Profile Image for Syed Muhammad Danial.
153 reviews9 followers
August 8, 2020
Cerita pendek oleh sasterawan negara Shanon Ahmad. Buku nipis dan juga banyak menggunakan perkataan-perkataan lama. Agak kecewa dengan jalan cerita dan juga babak penutup, mungkin kerana saya menaruh harapan yang tinggi kepada buku ini. Tetapi apa yang menarik bagi saya ialah bagaimana penulis ingin mengingatkan kita semua tentang kelalaian kita ketika sedang menempuhi kemajuan. Kemajuan itu bagus, tetapi kemajuan yang manakah yang ingin kita kecapi? Adakah segala hal yang dilakukan oleh barat adalah baik dan boleh diikuti kemajuan tersebut? Adakah kemajuan itu bagus apabila kita mengkorbankan adab dan budaya kita? Kemajuan mana satu yang harus kita ikuti? Sungguh dahsyat penangan kedatangan sebuah TV ke dalam keluarga Chah ini.
Profile Image for Suhana Yusof.
2 reviews23 followers
April 1, 2021
TIVI adalah novel pertama yang saya baca daripada tulisan SN Shahnon Ahmad. Saya tertarik dengan jalan cerita yang digambarkan iaitu berlaku di kawasan kampung. Anak yang dibanggakan ibu bapa kerana bekerja di luar dan dapat membantu keluarga sehinggalah mencetuskan perubahan 360 darjah dengan kehadiran 'tetamu' iaitu TIVI yang ditatang bagaikan minyak yang penuh. TIVI telah mengakibatkan sebuah keluarga yang dulunya menjalankan rutin harian seperti orang biasa, telah berubah dan melekat di tikar sepanjang masa kerana sayang untuk meninggalkan 'tetamu' tersebut.
Profile Image for Norsamila Samsudin.
Author 9 books49 followers
April 30, 2019
Kisah yang relevan sepanjang zaman. Yang berbeza hanya nama 'benda' yang melalaikan itu sahaja. Di bab-bab awal hanya penceritaan dalam bentuk naratif yang menggambarkan kehidupan watak-watak yang hidup di kampung. Yang diceritakan secara terperinci. Satu persatu sehingga menimbulkan tanda tanya, mengapa. Adakah kerana ingin membawa pembaca untuk turut merasai kehidupan desa atau bagaimana?

Dari mencabut rumput di telaga, beri itik ayam makan, pergi ke surau, pergi kenduri, menambat kerbau dan segala aktiviti diceritakan dengan terperinci. Tetapi kemudian, persoalan itu terjawab bila 'watak' tivi muncul. Pada waktu ini barulah dapat dihubungkan alasan penulis menceritakan sebegitu lengkap kehidupan kampung yang biasa-biasa itu, yang kemudian kehidupan yang biasa-biasa itu bertukar 360 darjah, mengundang kepelikan di kalangan orang kampung yang lain.

Pada saya, cerita ini perlu dikategorikan sebagai cerita 'dewasa' memandangkan ada beberapa babak dan ayat yang menjurus ke arah hubungan intim lelaki dan perempuan.

Profile Image for Muhammad Fitri.
152 reviews7 followers
June 10, 2021
BUKU PKP 3.0: Tivi oleh SN Shahnon Ahmad.

Sinopsis : Kisah keluarga Mat Isa dan Jeha yang hidup di kampung. Aktiviti di kampung yang mendamai dan menenangkan. Anaknya Cha bekerja di Pekan. Kehidupan Chah menghadapi perubahan sewaktu bekerja di sana. Pengaruh perubahan itu dibawa sedikit demi sedikit ke rumah dan kepada keluarganya. Sehinggalah satu hari Chah membawa balik Tv ke rumahnya. Kehadiran Tv disambut besar-besaran, segala citra rumah itu diubah demi membawa masuk Tv. Akhirnya Tv merubah kehidupan keluarga mereka. Keluarga tidak lagi mengamalkan kehidupan sepertu biasa. Terlupa kerja-kerja dunia berbakti kepada alam. Tambah teruk lagi lupa tanggungjawab dibawah langit sebagai hamba Allah pencipta alam.

Luar Naratif:

Kisah ini ditulis secara satira yang menggunakan metafora Tv. Penuh sindiran dan kritikan terhadap budaya pemodenan yang menghakis secara halus kemanusiaan yang sedia ada di dalam diri manusia.

Unsur-unsur erotik dimasukkan di dalam kisah ini menggunakan separa metafora. Ya, separa kerana mengguna perlambangan tetapi jelas. Mungkin tujuannnya untuk menyatakan secara jelas bahawa betapa buruknya manusia yang lemas dan hanyut di arus pemodenan.

Pemodenan perlu ditelusuri dengan cermat. Arusnya tidak dapat kita jangka. Jangan memandang rendah pada arusnya. Kelekaannya bakal mengundang bah. Bukan sahaja melemaskan, bahkan mampu membunuh luhur peribadi serta menyumbat agama, bangsa dan adat ke kerak bumi yang paling dalam.

Menjalani kehidupan, terkait Ilmu sebelum beramal. Ilmu pengetahuan penting sebelum menerima sesuatu pemodenan supaya perjalanan hidup punya panduan. Panduan yang membezakan baik dan buruk.

Pemodenan tidak harus dipersalahkan di setiap kedurjanaannya. Anjakan paradigma dan kemajuan tidak dapat dielak dalam kehidupan kita. Silapnya, manusia yang tidak mengawal atau manfaatkan ke arah yang baik.

Tambah ironi, kesilapan manusia menongkah arus menarik manusia lain yang mungkin naif berkaitan hal itu. Akhirnya, dianggap sebagai normalisasi dalam kehidupan kita. Kesannya, manusia tidak kenal kaca dan permata. Baik dan buruk. Dosa dan pahala.

Tv di dalam kisah boleh diterjemahkan sebagai perkara moden di zaman sekarang. Katakan kita ambil teknologi media sosial misalan mudahnya. Lihat kini merebak wabak yang diistilah sebagai 'palatao' ini kesan manusia bebas berkata-kata tanpa batas ilmu yang mereka ada.

Contoh orang yang tiada ilmu perubatan berkata bukan tentang vaksin dam corona virus. Kononnnya adalah agenda freemason dan sebagainya. Orang tiada faham ilmu agama, tapi mempertikai setiap fatwa dikeluarkan oleh mufti. Begitu juga tersebar berita dan kisah palsu dicanang merata. Akhirnya, menimbulkan huru-hara dalam masyarakat. Begitulah yang terjadi kepada keluarga dalam kisah ini.

Kesimpulannya, kisah ini menginsafkan kita untuk kembali kepada ilmu dan pengetahuan. Berpegang teguhlah kepada kepatuhan agama dan jati diri bangsa. Walaupun di era kemajuan yang terlalu deras. Kadangkala, kita juga termengah mengejarnya. Berhenti sejenak, fikir dan zikir. Sekiranya baik, maka teruskan. Jika buruk, kekalkan kedudukan dan pendirian. Carilah jalan yang lurus.


#MalaysiaMembaca2021
#PKP
#COVID19
#StaySafe
#StayAtHome
Profile Image for Faiz • فائز.
359 reviews3 followers
April 17, 2024
Usai sahaja saya menamatkan pembacaan berkenaan polemik sastera Islam di antara Shahnon Ahmad dan Kassim Ahmad, saya terus mencari karya-karya Shahnon yang lain. Tatkala menjumpai buku ini, saya terus membelek tahun penulisannya: 1995. Polemik dua Ahmad tadi adalah pada sekitar tahun 1970-an. Maka, buku ini terus dipinjam dan dibaca.

Apa tujuannya? Untuk saya menilai, sejauhmanakah Shahnon Ahmad mempertahankan konsep sastera Islam yang beliau bawa. Saya berpendapat, kata-kata beliau yang menyatakan beliau sendiri mungkin tidak mampu mencipta sastera Islam adalah benar. Ujar Shahnon, “...saya sentiasa akui kelemahan saya sebagai manusia; malah saya sendiri pun tidak boleh memberi jaminan sama ada saya mampu menghasilkan karya sastera Islam atau tidak.” Buku ini gagal menterjemahkan idea sastera Islam Shahnon.

Walau bagaimanapun, kegagalan menghasilkan sastera Islam, bukan bermaksud karya ini tidak bagus. Salah sama sekali! Karya ini terlalu bagus dalam menggambarkan bagaimana nilai-nilai kekeluargaan dan kemasyarakatan yang baik terhapus dengan perlahan-lahan.

Kembali semula kepada ulasan buku, saya agak tergamam sebenarnya. Permulaan dan pengakhiran buku sangat gila. Penulis membiarkan pembaca menyangka bahawa ini sekadar kisah biasa pada permulaan, kemudian dihenyak pembaca pada hujung-hujung penceritaan.

Terlalu banyak perlambangan yang ditampilkan dalam karya Shahnon ini. Sejadah, Quran, solat berjemaah, lengkuas, kerbau, lembut, dapur, telaga; digantikan dengan tetamu durjana! Tidak ingin mengulas lanjut berkenaan gaya perlambangan ini, biarlah kalian sendiri yang membacanya. Tapi harus diperhatikan dengan sungguh-sungguh subjek-subjek yang menjadi perlambangan ini.

Dapatan yang paling utama melalui karya penulis: ketidakmampuan masyarakat untuk mengenal perkara yang baik dan buruk kerana latar kehidupan yang sempit akan memberi pelbagai natihah yang buruk. Amalan harian yang difahami sebatas "zikir" semata-mata, tanpa difahami akan nilai sebenar (falsafah) yang terkandung di dalamnya menyebabkan ramai daripada kita goyah apabila dihidangkan sesuatu perkara yang baharu.

Yang sering menjadi mangsa dalam perkara ini ialah amalan keberagamaan! Solat, bertudung, menutup aurat, jujur dalam perniagaan, menuntut ilmu, berdakwah dan pelbagai lagi. Karya ini ringkas, hanya 117 muka surat, tapi benar-benar membekas buat jiwa saya. Ini karya kritikan kepada semua, terutama buat mereka yang mengganggap bahawa kemajuan itu pada nilai materi semata-mata.

Nota kaki: Saya hairan juga melihat kulit muka hadapan buku pada awal pembacaan. Seram… namun apabila pembacaan ditamatkan, wajarlah grafik sedemikian.
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
December 24, 2025
Ulasan ini mengandungi spoiler (bocoran?), bacalah jika anda tidak berminat untuk membaca novel epik ini.
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
Novel terbitan tahun 1995 ini kena betul dengan masalah tahun 2025 (beberapa hari lagi 2026, masalah sejak zaman dulu lagi rasanya), sebab topik utama novel ini iaitu “skrin” (tak kira la apa jenis skrin) Adalah antara punca kepada masalah seks bebas dan sumbang mahram dan apa2 yang berkaitan. Penulis faham bahawa manusia itu ambil masa untuk berubah, jadi agak logic apabila watak keluarga tradisional dalam novel ini yang konservatif, berubah hampir 180/360 darjah setelah ketibaan skrin bernama Televisyen, TV atau dieja Tivi sebagai tajuk novel. Perubahan itu mengambil masa lebih kurang 2 tahun jugak di dalam novel ini. Bagaimana watak utama iaitu Mat Isa , seorang petani yang rajin, ringan kaki ke masjid, ayah yang penyayang, dalam masa 2 tahun berubah kerana TV. Teruknya berubah sampai jadi haruan makan anak. Mengikut Wikipedia, TV muncul di Malaysia sekitar 60an tetapi mula tersebar luas sekitar 80an. Adakah ada kajian yang menunjukkan kes sumbang mahram, rogol dan seks bebas meningkat selepas kemunculan kotak Ajaib ini? Aku rasa kalau aktivis masalah seks kanak2 iaitu Akhi Fairuz Jengkawi baca novel ni memang dia akan lagi faham sebab video2 lucah tersangatlah mudah diakses pada zaman sekarang menyebabkan meningkatnya kes2 seksual di kalangan kanak2. Tidak lupa juga di dalam novel ini ada watak Chah, iaitu anak Mat Isa yang menjadi punca keluarga kampung ini berubah, Chah, seorang gadis kampung berhijrah ke bandar bekerja di kilang buat skru. Dari seorang yang berbaju kurung sopan santun setelah beberapa bulan di Sungai Petani berubah kepada berpakaian macam Bintang filem2 melayu tahun 90an. Dia membeli TV kepada keluarganya dan sejak itu bermulalah kerosakan. Buat Aku teringat kisah orang2 tabligh pada zaman awal 80an 90an mengharamkan TV di rumah masing2 kerana TV Adalah punca maksiat. Ada yang sudah ada tv di rumah, setelah mengikuti tabligh, balik rumah terus pecahkan tv. Cuma sekarang sudah ada TV kecik jadi pada waktu malam di markas sri petaling banyak wajah2 yang bercahayakan nur (membaca quran online gamaknya!). Novel nipis ini nampaknya memang akan relevan sepanjang zaman. Mohon semua, jagalah mata. Dari mata turun ke hati, dari hati turun ke tangan dan mula buat yang bukan2.

p/s: Novel ini menginsafkan, baca novel ni sambil bayangkan filem "Buai Laju Laju" arahan Hj U-Wei Saari tapi berjalan ceritakan novel ini.
Profile Image for Desca Ang.
704 reviews35 followers
Read
November 22, 2020
CLASSIC EROTICA FROM MALAYSIA

I cannot neglect Shahnon Ahmad from Malaysian literature. His writings are everlasting, reaching all aspects in human life including eroticism.

Tivi by Shahnon Ahmad can be considered as an erotic work in my opinion. Telling a story about a village girl name Chah who's working elsewhere. She often returns to her village and becomes the hottest gossip in the village. It’s either her skirt is too short or her make up is too gaudy. She's too revealing for the people in that village.

The change that she brings home also indirectly changes her family. Ayah Cha / Mat Isa and Mak who are famous for participating in every village activities and a good devotee of Islam have left shalat -Islamic praying after Cha bought the TV home. Hasannah- Cha's sister and Hassan- the brother are also the same. Their main activity is watching TV and mimicking what they have seen in TV into their daily life. Through TV, Cha’s family starts seeing the steamy movies they should not see. The father then starts desiring (sexually) Cha and her sister. So is the mother to Cha’s little brother. Dato Shahnon Ahmad has never mentions the intercourse vividly instead he uses some allegories to describe the sexual scene between Chah and his father; and his father with Hasannah. Cha does not only bring TV home but a calamity!

I must admit that I admire Dato Shahnon Ahmad after reading this book. I have never imagined that Date Shahnon is able to write an erotic story about incest and sexual intercouse using allegories and in such simple language. The scenes are written beautifully without having the tendency to become so trashy or so pornographic. The reader will have to guess sometimes the scene of the story but it’s pretty clear even though not so vivid like those erotic works written by Sacher-Masoch or de Sade

Ah, what can I say, eroticism and pornography are like siblings who live together in one house but never greet each other. Remember what Steinem says about it: “Though both erotica and pornography refer to verbal or pictorial representations of sexual behavior, they are different as a room with doors open and one with doors locked.”
Profile Image for Mohamad Nasrul.
194 reviews5 followers
April 7, 2021
Tivi
Sasterawan Negara Shahnon Ahmad
Dewan Bahasa dan Pustaka
Cetakan pertama : Tahun 1995

Novel satira ini mengisahkan tentang keluarga Cah di sebuah kampung. Ayah, mak dan adik-adik Cah menjalani hidup kebiasaan seperti orang-orang kampung yang lain - menjaga lembu kerbau, bercucuk tanam, memasak di dapur serta pergi ke sekolah. Ayah dan mak Cah juga rajin ke balaisah (surau) untuk solat berjemaah serta mengikuti acara-acara sosial masyarakat di kampung.

Sejak bekerja di sebuah kilang skru di bandar, Cah mula memakai pakaian yang menjolok mata, mewarnakan rambut serta mempunyai kawan jantan, juga terlalu berperilaku lepas bebas. Cah tidak lagi menghiraukan kata-kata orang kampung. Bagi Cah, apa yang dia lakukan sejajar dengan kemajuan bandar. Cah juga tidak lagi mengikuti keluarganya solat berjemaah di rumah.

Kehidupan keluarga Cah yang dulunya penuh kesederhanaan ternyata berubah setelah Cah membeli sebuah TV di rumah. Pada masa itu, hanya rumah ketua kampung yang mempunyai TV. Aktiviti seharian keluarga Cah benar-benar berubah 360 darjah. Mereka terlalu asyik menonton TV dari pagi hingga ke petang sehingga tidak lagi mempedulikan hal-hal lainnya. Ayahnya tidak lagi ke balaisah, mak Cah tidak lagi bercucuk tanam, adik perempuan Cah juga mengikuti jejak langkah kakaknya terutamanya dalam hal berpakaian.

Pengakhiran novel ini benar-benar mengejutkan dan tidak disangka-sangka berlaku. Namun benar, ia memberi pengajaran bahawa dalam kehidupan, janganlah terlalu terbuai leka dengan "TV", sehingga kita mengabaikan segala perkara kebaikan dalam hidup kita agar hidup kita tidak sia-sia.

Beberapa perkara yang dalam novel ini yang aku dapati sedikit negatif dalam novel ini:
1. Pada awalan novel ini, terdapat banyak pengulangan-pengulangan yang dilakukan penulis membuatkan aku sedikit terganggu. Mungkin penulis hanya ingin benar-benar menekankan perkara berkenaan kepada pembaca.
2. Wujud beberapa babak yang berunsur erotis dalam novel ini yang agak kurang sesuai untuk pembaca bawah umur, namun masih dalam lingkungan batas yang berkias disampaikan oleh penulis. Tapi still ......

#shahnonahmad #tivi #novelreview
Profile Image for Mi..
2 reviews1 follower
August 12, 2024
*Tak pasti bagaimana nak mula tapi reaksi awal saya terhadap novel ni adalah
"Shahnon kau tengah high ke masa tulis ni?!"*

Novel Tivi adalah sebuah novel satira, menceritakan tentang bagaimana kehadiran sebuah TV dalam kehidupan sebuah keluarga dapat menjahanamkan moral keluarga tersebut. Gelap dan tragis! Saya kira, 'Tivi' tersebut hanyalah perlambangan. Zaman sekarang, barangkali 'Tivi' tersebut adalah apa yang anda pegang sekarang ini.

Bercakap soal perlambangan, ya, novel ini padat dengan simbolisme. Sangat padat. Dan semua perlambangan tersebut dapat saya faham benar maksudnya 💀 . Sindiran dan perlian juga bersepah dalam novel ni, sesuai dengan temanya sebagai sebuh novel satira. Genius Shahnon Ahmad.

Menariknya, novel nipis ni tebal dengan unsur erotisme! Selepas membaca Salina karya SN A. Samad Said, saya kira aspek erotismenya dah cukup kuat sebagai sebuah novel sastera. Tapi saya silap, novel Tivi karya Shahnon ini jauh lebih lebat erotismenya! Terlalu terperinci. Terasa benar POV sebagai seseorang yang menyaksikan 'pembunuhan dajal' itu💀. Sebuah pengalaman pembacaan yang somethinggg sangat HAHA.

Dan satu hal yang suka tentang novel ni adalah character development. Perubahan setiap karakter diceritakan dengan mantap. Sangat mantap. Ia ibarat watak Lahum jika dia mempunyai sisi gelap! Demikianlah watak Mat Isa.

Papepun novel ni enjoy gila baca, satu hari boleh habis sebab memang nipis Haha... Anyone knows novel sastera apa lagi yang lebih kurang macamni? kalau tahu share la.
Profile Image for afif.akrm.
4 reviews2 followers
May 2, 2024
Televisyen (disebut Tivi) membuat saya bertanya tentang "pencapaian kemodenan" yang kita kecapi hari ini. Kita menganggapnya suatu pencapaian kerana terlalu dibiasakan orang ramai, tanpa timbangan akal yang bernas. Novel ini berjaya membuat saya merenung semula realiti kehidupan moden yang berlaku.

Tivi adalah suatu simbol kemodenan dan anasir luar. Dalam realiti kehidupan hari ini, terlalu banyak tivi yang ada. Agak menarik dan membosankan juga kerana banyak pengulangan ayat yang sama dilakukan dalam novel ini, namun saya kira ada mesej yang ingin disampaikan oleh penulis iaitu kita akan mudah menerima dan membiasakan sesuatu ideologi atau anasir luar apabila kita sering mendengar sehingga membuat kita percaya sebagai kebenaran.

Banyak analogi yang digunakan membawa makna yang mendalam, menunjukkan isi hati seorang manusia apabila ditawan oleh nafsu serakah. Antaranya seperti penggunaan perkataan dajal merujuk kepada jiwa yang telah dirasuk nafsu syaitaniyyah yang tidak lagi endah hal kemanusiaan. Juga cerita kerbau dan lembu kini hidup bebas namun telah merosakkan harta benda awam melambangkan jiwa nafsu kebinatangan yang tidak ditambat dan dikawal akan menyebabkan kebinasaan.
Profile Image for Fur Abid.
227 reviews8 followers
July 3, 2021
📚 Tivi
✒ Sasterawan Negara Shahnon Ahmad

Sebuah karya tulisan Shahnon Ahmad berkisarkan unsur hedonisme yang kian membarah dalam masyarakat kita. Bahkan, kritikan yang digunakan di dalam cerita ini berkisarkan Mat Isa dan anak beranak merupakan kritikan yang halus berkenaan unsur hedonisme.
.
Selain itu, jika ditelusuri dengan lebih mendalam lagi, isu-isu berkaitan sosiologi masyarakat kita pada hari ini ada perkaitan antara yang berlaku dalam masyarakat ini.
.
Bukan itu sahaja, isu-isu ketagihan pornografi juga merupakan isu sampingan yang diselitkan oleh penulis. Bahkan, penulis juga memperlihatkan gambaran yang lebih jelas apa yang akan berlaku sekiranya seseorang itu ketagihan pornografi.
.
Dari sudut penggunaan bahasa yang digunakan oleh penulis, banyak pengulangan kata seperti itulah. Walaupun agak terganggu dengan pengulangan kata, tetapi isu yang ingin penulis ketengahkan itu perlu dipandang dengan lebih serius supaya masyarakat ambil peduli dan tidak memandang isu hedonisme & pornografi ni sebagai isu yang enteng dan remeh.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,546 reviews41 followers
September 13, 2018
Ini karya Shahnon Ahmad kedua bagi saya swlepas Srengrenge. Bahasanya masih mudah, terasa macam keluar sebijik sebijik bila baca. Straight to the point dan pada nasa yanh sama banyak sindiran dan metafora. Kisah si Chah yang kerjanya hari hari buat skru yanh bermacam saiz dan bentuk, besar pula influence dia terhadap keluarga, malahan ibu dan ayahnya sendiri di 'concur' sikap dan pemikiran mereka. Si Chah yang gah di mata keluarganya sebab kerja di kilang skru di Sungai Petani, si Chah yang sejak duduk kota besar dah perang bulu jagung rambutnya, dan banyak lagi yang berubah. Rumah keluarga yang dah naik senget tu tidak menjadi priority sebaliknya sebuah kotak tv 42 inci yang dibeli, agaknya supaya otak ibu ayah dan adil-adiknya lebih terbuka, terbuka seluas-luasnya. Paling lucu adengan kain Mat Isa terlondeh masa dia sekeluarga mengusung tv naik basikal merentas bendang. Sampai ternganga mulut apek jual tv tu tengokkan Mak Jeha bersilat menyelamatkan keadaan kelondehan kain suaminya.
Profile Image for Oznymandias.
3 reviews
June 22, 2020
Sinopsis:
Mat Isa hidup bersama isterinya, Jeha dan dua orang anak Hassan dan Hasanah di sebuah kampung. Mereka menjalankan rutin biasa masyarakat tani: bersawah bendang dan tanaman kontan, menternak lembu, bersosial di warung kopi dan beribadat di masjid, surau atau balaisah sehinggalah anak sulung Mat Isa, Chah yang bekerja di bandar membawa pulang tetamu yang tidak disangka-sangka.

Ulasan:
SN Shahnon Ahmad menggambarkan satu keadaan bilamana teknologi tidak digunakan sebaiknya oleh manusia yang berakal fikiran sehingga memungkinkan manusia pula menjadi hamba kepada teknologi. Tema ini boleh disesuaikan dengan pelbagai keadaan dan latar masa yang berbeza.

Novel nipis ini padat dengan sindiran dan lapisan mesej. Ada ayat yang bila dibaca rasa agak lucu, terutamanya bila akhiran -lah digunakan. Dan teknik pengulangan yang digunakan tidaklah rasa membosankan, malah jadi salah satu kekuatan dalam novel ini.
Displaying 1 - 30 of 57 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.