Jump to ratings and reviews
Rate this book

Nota Pasca Haji

Rate this book
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, “Sesungguhnya Rasulullah bersabda, ‘Umrah ke satu umrah lainnya adalah penebus dosa di antara keduanya, dan haji yang mabrur tidak ada pahala baginya selain syurga’.” (Riwayat Bukhari)


Ibadat haji wajib dilakukan hanya sekali seumur hidup. Itu pun jika mampu. Lalu haji mabrur menjadi impian dan harapan setiap jemaah. Tiada balasan melainkan syurga.

Anugerah ini bersyarat. Ia perlu dirancang dan diusahakan. Malangnya tidak ramai yang bergelar ‘haji’ dan ‘hajah’ berjaya mengekalkan haji mabrur hingga akhir hayat.

Ada yang gagal sebaik sahaja pulang ke tanah air. Lihat sekitar. Sudah ada yang ‘tidak solat berjemaah di masjid’ bagi bagi si haji dan ‘tidak menjaga aurat’ bagi si hajah. Ini bukan perwatakan dan akhlak bakal ahli syurga. Jika di Tanah Suci, segala-galanya terpelihara, mengapa pulang ke tanah air kembali kepada watak asal?
Sangatlah rugi jika haji mabrur tidak dipertahankan kerana bagi kebanyakan orang peluang menunaikan haji hanya datang sekali.

240 pages, Paperback

First published January 1, 2018

1 person is currently reading
11 people want to read

About the author

Raudzah ''Roza'' Roslan

24 books53 followers
Roza Roslan atau nama sebenar beliau Raudzah Roslan adalah mantan pensyarah di Universiti Teknologi MARA. Beliau kini bertugas di Universiti Taibah, Madinah.

Beliau dilahirkan pada 2 Januari 1967 di Jementah, Segamat, Johor. Beliau berkelulusan Diploma Perbankan UiTM Terengganu, BBA (Hons) Pengurusan Sumber Manusia UiTM Shah Alam dan seterusnya M.A Pentadbiran Bisnes di universiti yang sama.

Beliau juga adalah isteri kepada penulis bestseller Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim yang menulis buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman dan Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok. Kisah beliau banyak termuat di dalam karya suaminya yang banyak menceritakan pengorbanan dan sokongan beliau dalam menjalani hidup beragama.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (50%)
4 stars
4 (28%)
3 stars
2 (14%)
2 stars
1 (7%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Nor.
Author 9 books106 followers
May 18, 2019
Pelbagai nota disediakan oleh penulis suami isteri ini buat mereka yang telah menunaikan haji.

Peringatan-peringatan agar meneruskan ibadah-ibadah yang telah diamalkan selama berada di tanah suci sepanjang musim haji.

Tulisan ini mengajak para haji dan hajah agar terus mengamalkan ibadah-ibadah ini setelah pulang ke tanah air.

Amalan seperti solat berjamaah, solat malam, bersedekah, mengaji al-Quran, berpuasa sunat, menjaga aurat dan bertaubat diketengahkan selain banyak banyak lagi amalan lain.

Para hujjaj mengharapkan kepulangan mereka ke tanah air dengan amalan haji yang mabrur. Hakikatnya amalan dan perbuatan selepas pulang itulah yang menentukan sama ada ibadah haji yang sudah dilaksanakan itu mabrur dan diterimaNya atau tidak.

Peringatan buat diri sendiri yang sering alpa. Ia sesuai diulang baca sebagai tazkirah berterusan. Ia juga sesuai dibaca oleh mereka yang belum menunaikan haji sebagai persediaan melengkapkan diri sebelum berpeluang mengerjakan haji.

#notapascahaji
#jombaca
#MalaysiaMembaca
#dekadmembacakebangsaan2030
Profile Image for Noral.
115 reviews6 followers
December 9, 2019
Penuh nasihat dan peringatan... baik untuk bacaan semua...
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.