Jump to ratings and reviews
Rate this book

Samran

Rate this book
Budu yang dicecah dengan pucuk ketereh menjadi hidangan seharian mereka. Wanitanya selalu berkain batik Jawa dengan kain lepas sebagai penutup kepala menjadi pakaian seharian. Lelaki mereka juga selalu bersemutar dengan kain lepas dan berkain pelekat kilas di pinggang. Sabit di tangan untuk mencerut rumput, atau menahan pukat dan ternilai di baruh ialah kerja seharian mereka. Mereka saling tak tumpah seperti orang melayu di Kelantan. Malah nama panggilan seharian mereka juga banyak menggunakan nama orang melayu. Banyak juga yang “masuk Melayu”. Yang membezakan mereka dengan orang Melayu hanyalah pegangan agama dan kepercayaan. Yang lain adalah sama.

Samran bercerita tentang perjuangan, kasih sayang dan pengorbanan. Ia juga bercerita tentang rasa benci yang menghunjam tanpa perkiraan waktu tetapi disisih pergi dengan kasih sayang yang mengalir tanpa putus. Samran adalah tentang budaya, adat resam dan kepercayaan sekelompok masyarakat yang majoritinya mendiami perkampungan di sempadan Malaysia – Thailand. Samran adalah tentang askar bangsa yang sering dipersoalkan statusnya, dan ia juga bercerita tentang asakan terhadap budaya warsan bangsa.

Ada cerita yang tidak terucap. Ada sejarah yang tidak terungkap. Kesemuanya terungkai dalam Samran.

717 pages, Paperback

First published January 1, 2018

3 people are currently reading
6 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (62%)
4 stars
3 (37%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Iza B. Aziz.
233 reviews31 followers
May 10, 2023
Samran, seorang budak lelaki yang mengajar saya tentang sejarah orang Thai, adat budaya kampung, cinta keluarga, persahabatan, pengorbanan dan mengenali peranan biksu Buddha yang belum pernah saya ketahui.

Seperti sebuah ensiklopedia yang mengimbau semula kehidupan masyarakat Thai di Kampung Jambu, Tumpat era 70-an. Membaca Samran seperti turut sama diasuh oleh Mek Som dan Chau Kung. Mereka sungguh kaya dengan falsafah hidup dan kuat dalam menjaga identiti bangsa.

Terlalu banyak yang diusik oleh penulis tentang budaya, kepercayaan dan agama orang Thai. Termasuklah perihal Menora yang semakin dilupakan. Setiap helaian penulis tampil dengan hikayat, cerita dogeng dan fakta sejarah. Nasib baik novel ini pinjam di perpustakaan. Kalau tak habis lebur kena conteng!
_____________________
Pada mulanya saya sukar nak beri lima bintang kerana cubaan emosi yang dibawa hampir-hampir hilang. Bagi saya penulis terlalu lekas menepis perasaan yang timbul dengan bacaan fakta. Namun pada akhir cerita, gelodak hati saya jadi tak keruan.

Apatah lagi bila sama-sama 'membesar' dengan Samran dan Maitri. Terkejut bukan kepalang dengan kesudahannya. Ya, bab 51 yang menyelamatkan novel ini. Cuma saya terkilan, tak kasihan kah pada Mek Som? 😭

Walaupun novel ini berlainan bangsa dan agama dari saya tetap memberi banyak erti hidup sebagai seorang manusia. Yang baru telah membuatkan yang lama semakin pupus.
_____________________
Buat kamu yang menyanjung sejarah, saya jamin kamu pasti menghargai Samran. Saya dapat rasa penulis benar mencurahkan segala ilmu serta dirinya untuk menghasilkan novel ini. Terima kasih!

Jika ada peluang saya kembali melawat Wat Photivihan. Sudah tentu akan mengundang 1001 memori bersama Samran, Maitri, Mek Som, Bulat, Ampha, Eh Tham dan Sukhon 🫶🏼
_____________________
Profile Image for Shaharuddin.
462 reviews9 followers
June 6, 2024
Dua bulan lebih baru dapat habiskan bacaan 712 muka surat. Novelnya panjang tapi ceritanya santai dan sampai. Rasa keberadaan dalam masyarakat kampung Siam. Dapat meluaskan pengetahuan tentang adat masyarakat Siam dan agama Buddha secara tidak langsung. Hanya dapat 4 bintang sebab novelnya terlalu panjang 😆
Profile Image for Marni Arshad.
77 reviews1 follower
June 11, 2023
SAMRAN — terbaik naskhah ini.
5⭐

Samran mengisahkan tentang kehidupan dua beradik, Samran
& adiknya, Maitri yg tinggal bersama bapa mereka, Chau Kung & nenek mereka, Mak Som di Kampung Jambu negeri Kelantan. (Mereka ditinggalkan oleh ibu mereka semasa kecil — kena baca kalau nak tahu 🤭)

Apa yg paling saya suka, Samran bercerita tentang sosiobudaya kehidupan sekelompok masyarakat yg mendiami perkampungan di sempadan Malaysia — Thailand. Melalui cerita ini, saya dapat memahami perjuangan, kasih sayang & pengorbanan yg dilalui oleh masyarakat ini.

Turut menarik perhatian saya, buku ini seolah-olah diari kpd penulis. Setiap pengalaman hidup, fakta sejarah & amalan kepercayaan yg dinukilkan dalam naskhah ini begitu terperinci & padat. Sejak dari zaman persekolahan Samran sehinggalah dia dewasa.

Ini pertama kali saya membaca sesuatu tentang amalan & kepercayaan masyarakat Thai. Sungguh menarik apabila penulis mengetengahkan seni Menora yg dikatakan semakin pupus & hilang keasliannya. Bagi masyarakat ini suatu masa dahulu, lelaki yg pandai bermain Menora itu disukai ramai.

Selain itu, saya juga tertarik apabila penulis menekankan tentang kebaikan tanaman² herba & akar kayu melalui watak Mak Som. Sungguh, ianya suatu ilmu yg cukup berfaedah yg tdk diendahkan lagi oleh masyarakat moden kini.

Watak Samran benar² menyentuh hati — banyak pengorbanan yg dilakukan demi kasih sayangnya pada keluarga. Hatinya cukup luhur bagi saya dlm menjaga & mempertahankan keluarga serta agama & budaya tradisi bangsa.
Besar juga cabaran yg harus dilaluinya ketika menjadi 'biksu' dalam mengubah kepercayaan karut masyarakat kampungnya, selain menjadi bahan fitnah.

Menarik sekali membaca tentang kepercayaan & amalan agama Buddha. Walaupun Samran tidaklah seagama dgn saya, namun saya kagum apabila membaca tentang berbuat kebaikan² yg diseru oleh agama mereka serta meninggalkan perbuatan yg jahat supaya tidak mendapat karma (dlm Islam disebut kifarah)

Sebenarnya terlalu banyak untuk diulaskan tentang buku ini. Tetapi lebih 'sedap' jika dibaca sendiri. Buat peminat genre sejarah, budaya atau sosiologi/antropogi, moleklah kiranya dibaca buku ini. 😊
Profile Image for Izuan.
80 reviews7 followers
January 6, 2025
Samran oleh Praset Eh Chai.
Rating aku: 4.5/5.0

Samran merupakan sebuah novel tentang kekeluargaan & masyarakat. Novel ini memberi fokus kepada masyarakat Siam(Thai) di Kelantan pada era-era 70-an & 80-an. Novel yang berkisarkan kepada kehidupan keluarga Samran yang penuh suka-duka & cabaran dalam kehidupan bermasyarakat. Selain penceritaan tentang kekeluargaan & masyarakat, novel ini menceritakan tentang sejarah,budaya,agama, nilai & kepercayaaan serta tradisi yang menjadi pegangan masyarakat Siam.
Banyak perkara yang boleh menambah pengetahuan pembaca berkenaan dengan masyarakat Siam yang dipersembahkan dala novel ini. Penulis dilihat ingin membawa pembaca mendalami sejarah masyarakat Siam dari segi sejarah susur-galur masyarakat, bahasa dan tradisi yang menjadi pegangan masyarakat. Penulis juga turut memuatkan tentang sejarah agama Buddha, sejarah perayaan yang disambut oleh masyarakat dan sejarah persembahan dan permainan Menora.
Penulis juga dilihat ingin membawa pembaca untuk mengenali dan memahami sejarah, budaya dan adat resam masyarakat Siam di negara kita.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews68 followers
July 1, 2024
[BOOK 51]

Samran by Prasert Eh Chai.
.

Ni satu-satunya buku ITBM yang aku ada.
.

Gigih juga aku beli (sambil menanti sale di Shopee) sebab nampak review buku ni lalu lalang kat IG aku suatu ketika dahulu.
.

Ni buku tentang sejarah dan budaya masyarakat Siam di Malaysia, khususnya di Kelantan.
.

Samran dan Maitri dibesarkan oleh Mek Som (nenek) dan Chau Kung (ayah). 2 beradik tu saling menyayangi, tambah lagi mereka ketiadaan ibu.
.

Aku suka buku ni sebab aku boleh bayangkan situasi mereka di Tumpat, Kelantan. Especially nama-nama kampung dalam buku ni. Quite familiar.
.

Dan disebabkan aku peminat drama Thai, so, boleh faham la sedikit sebanyak tentang Biksu (sami Buddha yang pakai kain warna oren tu), dan adat budaya dorang, especially part Biksu naik perahu pergi amik nasi kat rumah orang kampung.
.

Tapi disebalik keindahan budaya yang ditonjolkan, ada juga sisi pahitnya. Contohnya bab bomoh yang tak dapat lari bila kita bercakap tentang budaya Thai.
.

Selain tu, walaupun Samran ni baik je orangnya, tetaplah ada orang benci. Dari zaman dia jadi Biksu, sampailah dah keluar Biksu. Bak kata Mek Som, karma tak baik ni.
.

Genrenya sastera. So, aku rasa dalam 75% kot, naratif. Selebihnya dialog. Biasalah, kalau baca naratif panjang-panjang ni, macam baca buku sejarah waktu sekolah dulu la.
.

Overall, aku suka. Sebab banyak giler ilmu yang aku dapat.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.