[BOOK 54]
Tanah Andriyana by Noor Suraya.
.
Okay, aku baca buku versi lama, tahun 2002 lagi. Dan aku tak tahulah apa bezanya dengan versi yang baru.
.
Jujurnya, kalau baca buku Kaksu, hati dan minda kena tenang. Kalau tak, akan tutup buku dan tidur. ahhaha. Itu yang aku pernah alami dulu waktu baca buku ni, then aku letak balik dalam rak, dan sekarang baru baca semula.
.
Permulaan cerita, agak slow. Tambahan lagi, dengan naratif yang lebih banyak daripada dialog.
.
Kita dibawa mengenali Hadi dan Aliya yang saling tertarik untuk mengenali, tapi mereka terbatas kerana dendam dan konflik dua keluarga dan keturunan.
.
Aku suka Hadi yang persistent mendekati Aliya. Tapi Aliya ni jenis tarik tali pulak. Tak tahu la sebenarnya dia anggap Hadi ni kekasih atau abang je sebenarnya. Kejap dia cakap dia sayang Hadi sebagai abang, eh tetiba dia setuju kahwin sebab cinta pulak.
.
Aku sebenarnya nyaris bagi 3 bintang untuk ni. Yang buatkan aku kembali bersemangat ialah ketika tahu tentang kisah Andriyana dan Ku Fitri. Mereka ialah penyelamat buku ni.
.
Overall, karya Kaksu tidak dinafikan, memang cantik dan berseni bahasanya. Tapi untuk fast reader seperti aku, aku kena cari masa yang tenang supaya aku pun tenang membacanya.