Jump to ratings and reviews
Rate this book

Ngeteh Di Kubur Ayah

Rate this book
Anak-Anakku,

Ketika korang membaca catatan ini, bermakna ayah sudah pergi tak kembali.

Maafkan ayah kerana merahsiakan penyakit ini. Sila simpan air mata dalam doa Tahajud masing-masing dan sebutlah nama ayah jika teringat.

Selamat membaca surat yang ayah tulis mengikut umur dan peristiwa penting yang bakal korang lalui dalam hidup. Ada surat untuk anak belum baligh, untuk remaja, untuk pasangan baru berkahwin, untuk memilih kerjaya dan lain-lain. Malahan surat untuk korang yang bakal tua pun ayah dah tulis siap-siap.

Ayah sayang korang semua, jaga bonda baik-baik. Jangan sakiti hati bonda kerana beliau sedang bersedih sekarang. Ayah tak tulis surat kepada bonda kerana dia dah dapat rumah dan kereta. Woha!

Salam sayang dari penghuni kubur yang masih merah tanahnya.

Ayah.

Paperback

First published November 1, 2018

3 people are currently reading
39 people want to read

About the author

Hamka Kereta Mayat

13 books51 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
19 (61%)
4 stars
7 (22%)
3 stars
5 (16%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 14 of 14 reviews
Profile Image for SS.
520 reviews5 followers
February 18, 2019
By the way, ika dapatkan buku ni dekat Pesta Karangkraf. Dan masih tgh berlansung. Siapa nak beli dgn harga diskaun, boleh pergi Karangkraf Shah Alam. Tiber promote.

Sumpah eksited gila bila tgk dkt area buku Pojok ada buku Hamka Kereta Mayat. Sebab ika one of his fans. Buku ni, korang wajib dapatkan sebab sarat sangat dgn pesanan yang berguna utk kita. Penulis sangat bagus mengolah isu dari sekecil kecil benda sampai sebesar besarnya. Walaupun ada terdapat a few yang sarat dgn isi isi berat tapi bila gaya penceritaan dan penyampaian Hamka yang sempoi dan santai membuatkan ika jadi mcm rileks sangat utk absorb semua isi dalam buku ni. Sebelum ni dia ada keluarkan buku Kisah Laki Bini & Kisah Anak Bini. Kalini, buku Ngeteh di Kubur Ayat ni utk anak anaknya baca bila dia dah tak ada.

Dalam masa yang sama, nak ku highlight je kesemua point penulis dalam ni. Sebab suka. Tapi karang buku penuh dgn highlight je haha. Penulis tarik perhatian pembaca dengan ayat 'Baca ini jika, bila, untuk, sebelum..' Sebagai contoh: 'Baca ini bila ayah pergi tak kembali'. Maka ada banyak la sub topic yang berjaya penulis sampaikan dgn baik.

Sepanjang reading challenge 2019 ni. Ini buku pertama yg mendapat 5bintang dari Ika. Congrats penulis. 👍🏻 Tak pernah la tak suka semua karya Hamka Kereta Mayat. Ni yang nak Woha ni!
Profile Image for Hanis Afifah.
99 reviews6 followers
April 13, 2023
Membaca buku ni memang terasa macam tengah mengeteh dengan seorang figura ayah. Nasihat, peringatan, teguran, dll yang disampaikan setiap satunya berjaya menyentuh hati saya. Ada yang dapat disimpan untuk dijadikan panduan masa depan, ada yang dapat saya aplikasikan terus dalam kehidupan, dan ada yang membuka perspektif saya.

Saya setuju dengan blurb buku ni. Ia sangat sesuai dibaca oleh mereka yang tiada atau telah kehilangan ayah. Semua pesanan dalam buku ini walaupun sangatlah 'ayah-ayah' dan menghiburkan, ia tetap dapat memberi tarbiah.
Profile Image for Hanis Khaleeda.
90 reviews10 followers
February 24, 2019
Ngeteh Di Kubur Ayah by Hamka Kereta Mayat.

- Buku ni saudara Hamka buat sebab beliau dapat penyakit and doktor cakap beliau cuma ada beberapa bulan je untuk hidup.

- So, beliau create buku ni khas untuk anak-anak beliau. Pesanan dari seorang ayah untuk anak-anak dalam any situations dan masa.

- Kita patut baca sebab banyak nasihat yang Hamka tinggalkan untuk anak-anaknya tapi kita pun boleh juga ambil nasihat-nasihat tu sebagai guide. Nasihat dari kecil sampai nyawa dah sampai hujung ada dalam buku ni.

- As we know, dengan membaca ni banyak knowledge yang kita dapat gain. So tu yang aku dapat sepanjang baca buku ni.

- Tapi, at the end Hamka kata yang sebenarnya haritu doktor tu salah diagnose. So sebenarnya, beliau tak sakit apa-apa pun. Hehe. Tapi takpelah, buku ni dah terhasil dah pun.

- Selamat membaca !

#2019readingchallenge
#duniaBOOKku
#bukusatu
5 reviews
Read
June 12, 2024
Saya selalu tertanya-tanya buku ni tentang apa yea...mcm buku budak hipster pun ada, macam buku dari seberang pun yea...ke buku citer seram. Last-last tak boleh jadi saya terpaksa beli sb asyik lalu kat wall fb jer. Perrgh korang... baru baca 1 muka surat saya dah tergelak-gelak. Sapa si HAMKA Kereta Mayat nii... Nama bukan main gerun lagi dan menakutkan... Setelah baca mukasurat ke 5 saya terus google nak tahu tentang penulis nii... Rupanya saya yg agak ketinggalan...penulis ni dah byk menulis buku melebihi 12 buah semuanya. Bukunya bukan biasa2 yea... kiranya viral jugak tau... Saya rasa penulis ni seorang yg cool dan sgt kelakar.
Buku nii tentang surat pesanan dan nasihat yg ditinggalkan seorang ayah yang telah meninggal dunia (meninggal muda di usia 40an akibat kanser) buat anak-anaknya yang masih kecil hingga ke alam perkahwinan dan hujung usia (8 orang anak dan seorgnya autism). Seolah-olah ayahnya berpesan dari dalam kubur sebab tu tajuknya Ngeteh Di Kubur Ayah. Memang best dan byk moral yang boleh dipelajari. Pantun yang dititipkan tu...nak dikatakan kelakar tapi menyeramkan pun ada... Kepada yang penakut jangan baca buku nii waktu malam yea.
Buku ini sesuai sgt dijadikan hadiah kepada anak2 atau pun anak buah korang. Korang kena beli... Saya pun bercadang untuk beli buku2nya yg lain
Profile Image for Vida Ariff.
117 reviews
January 23, 2025
Semasa membaca baris awal dalam buku ini iaitu ketika Encik Hamka menulis "...nak pergi haji pun belum ada rezeki...", spontan hati aku menjawab "Dah selamat pun dia pergi haji."

Buku ini adalah surat panjang untuk anak-anaknya. Maka, semasa membaca, automatik isi buku ini terbaca jelas dalam kepala aku dengan nada suara Encik Hamka sendiri. Maklumlah, pernah dengar suaranya melalui video youtube. Dah melekat frekuensi suaranya dalam kotak memori. Hal ini menjadikan sesi pembacaan lebih dramatik dan dekat di hati.

Meskipun buku ini ditujukan untuk anak-anaknya, aku yang dah kerepot ni pun tersentuh macam membaca pesanan daripada ayah sendiri. Isi buku ini penuh hikmah mendorong aku membaca perlahan-lahan kerana mahu menyerap isi kandungannya.

Ia meliputi pesanan sebaik sahaja diri si penulis bakal dikebumikan, sehinggalah ke usia tua anak-anaknya kelak (buku ini ditulis ketika Encik Hamka mendapat tahu ditimpa penyakit yang mungkin membuat umurnya tidak panjang). Alhamdulillah, semasa menulis review ini, Encik Hamka masih hidup, sihat walafiat, malah sudah naik haji, woha!

Recommended. 10 bintang untuk buku ini.
Profile Image for Hidayah Fauzi.
177 reviews3 followers
June 11, 2022
Dah lama teringin nak beli buku ni sebab nampak senior baca buku ni dan post kat medsos. Lagi2 bila baca tajuk buku ni, menarik. Dan baru tahu penulis buku ni adalah orang yang sama yang menulis buku Kisah Anak Bini. Buku tu pernah bac, pinjam dengan kawan.

Dan cara penulisannya agak sama, jenis yang santai dan boleh buat orang terhibur walaupun pengisiannya sedikit berat. Buku ini menyentuh beberapa aspek yang sangat penting dalam kehidupan kita yang akan melalui semua peringkat umur (kalau umur panjang la).

Bermula dari coretan si penulis ketika dalam Pasca Kematian, disusuli dengan bab kedua, Ngeteh Hal Anak di Bangku Sekolah, bab ketiga iaitu Ngeteh Bersama Remaja, seterusnya Ngetej]h di Alam Pekerjaan, Ngeteh Dunia Perkahwinan, Ngeteh Hal Agama dan bab terakhir, bab 7, Ngeteh di Hujung Usia.

Nasihat yang diberikannya benar2 seperti seorang ayah yang sangat mengambil berat dan sayang pada anaknya. Sangat bermanfaa dan boleh diulang baca sentiasa :)

Cuma ada satu bahagian saya kurang bersetuju dengan penulis.. Huhu
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
June 6, 2021
Yup!! Kita semua akan mati.. Penulis seorang ayah yang ingin meninggalkan sesuatu untuk anak-anaknya.. Pesanan-pesanan yang boleh relate dengan kita sebagai pembaca.. Tak rugi memilikinya.. Boleh dibaca berulang kali..
Profile Image for Pak Badrul.
Author 4 books6 followers
March 2, 2019
Sesungguhnya mati itu benar. Maka beringat-ingatlah. Cari lah bekal yang elok sementara masih bernafas di dunia untuk menuju ke akhirat sana...
Profile Image for Norhayati.
156 reviews2 followers
February 4, 2023
Good read. Buku yang banyak pedoman hidup. Harus dibaca tak kiralah umur kita muda ke tua ke. Setiap nasihat yang diberi boleh diterima dan menjadi teladan hidup kita.
Profile Image for Shimah.
62 reviews1 follower
Read
January 20, 2021
Just a nice book.
Boleh apply segala tips dan nasihat dari Tuan Hamka dalam mendidik kids 🤭
Profile Image for Aizuddin.
23 reviews2 followers
December 2, 2019
Penulisan imaginasi Hamka Keretamayat membayangkan beliau menjadi arwah dan meninggalkan pesan-pesan buat anak-anak beliau dari dalam kubur.

Aku rasa penulisan ini dekat dengan aku kerana pada ketika aku mula membaca naskah ini, aku baru kehilangan ayah, dan juga baru saja menjadi ayah. Dan aku rasa buku Hamka mewakili luahan hati ayah-ayah Muslim sedunia tentang apa yang mereka impikan buat anak-anak mereka.
Profile Image for Nur.
631 reviews17 followers
December 21, 2024
Buku Ngeteh di Kubur Ayah menyentuh tentang kematian yang datang secara tiba-tiba dan penulis berhasrat untuk meninggalkan pesan berharga kepada anak-anaknya. Dalam buku ini, penulis menyertakan surat-surat yang perlu dibaca mengikut umur, bermula dari sekolah rendah hingga mereka mencapai usia 63 tahun. Isi kandungan buku ini penuh dengan nasihat dan kisah suka duka, bertujuan untuk memberi panduan dan inspirasi kepada generasi seterusnya.

Dengan tajuk yang menarik, Ngeteh di Kubur Ayah bererti penulis ingin mengajak pembaca untuk mengingati dan menghargai hubungan keluarga, sambil berkongsi pengalaman hidupnya. Pesan ini menjadi lebih bermakna kerana ia ditujukan kepada anak-anaknya, agar mereka dapat merenung dan memahami nilai-nilai yang penting dalam kehidupan.
Displaying 1 - 14 of 14 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.