sebutan: pe-nye-ru Penyeru adalah orang yang menyeru atau menyerukan. Terbit daripada kata dasar seru, bermaksud memanggil atau melaung dengan suara yang nyaring untuk menarik perhatian.
DIA seorang lelaki yang hidup dengan jiwa yang terseksa dan merana. Kerana dia dilahirkan dengan hati yang baik dan jujur. Tetapi pada usia kanak-kanak, kehidupannya dirampas. Dia terpaksa bekerja. Gajinya besar. Hidupnya mewah. Dia mampu memiliki kereta yang berharga jutaan ringgit. Kerjanya itu adalah membunuh.
Julianshah tidak membunuh dengan senjata. Sebaliknya, dia menghapuskan sasaran dengan bantuan satu makhluk. Dengan kebolehan yang diberikan kepadanya ketika berusia sembilan tahun, dia mampu menyeru keluar makhluk yang taat pada perintahnya.
Seorang lelaki bernama Sernam membawa kebenaran kepadanya. Memberitahu tujuan sebenar kewujudannya. Tiada manusia yang tahu dan sedar, keselamatan bumi terancam. Bangsa manusia bakal pupus. Mendengar semua itu, Julianshah nekad mahu menyelamatkan keadaan.
Namun, bagaimana mungkin dia mampu menyelamatkan bangsa manusia dan bumi? Sedangkan dia adalah sebahagian daripada puncanya!
Novel yang sangat ohsem.. Aksi, hubungan kekeluargaan.. kesedihan, kemarahan dan kekecewaan.. Semuanya diadun menjadikan Penyeru begitu hebat.. Buah tangan penulis ini memang tak pernah mengecewakan.. Kali ini datang dengan lebih mengancam.. Pada Sha kisah Julianshah sebagai penyeru memang mengujakan.. Ditakdirkan menjadi penyeru sejak kecil tanpa rela.. Rupanya ada cerita tersembunyi.. Ujian besar datang bila Julianshah dewasa.. Ditugaskan untuk menjalankan misi besar bagi mengelakkan tercetusnya huru hara namun sebaliknya yang berlaku.. Bala besar itu akhirnya berlaku juga hingga melibatkan banyak nyawa yang tidak berdosa.. Bila kekuasaan yang dimiliki dirasakan lebih berkuasa dari kekuasaan Allah.. Maka kehancuranlah yang akan berlaku..
Pertemuan Julianshah dengan Sernam membongkar rahsia lama yang menyebabkan dia dijadikan penyeru. Sangkaan buruknya terhadap ayahnya rupanya salah selama ini. Dan dia bakal terlibat dalam sesuatu agenda yang lebih besar.
Naskah ini adalah sekuel kepada novel Karma. Segalanya bermula di sini. Permulaan dan asal usul penyeru juga diceritakan dalam naskah ini berserta segala konflik yang berlaku dalam dunia penyeru. Namun SH rasa tiada masalah jika membaca kedua-duanya secara berasingan. Kerana tiada kesinambungan yang tergantung jika tidak membaca salah satu darinya.
Pace penceritaan lebih laju berbanding Karma. Plotnya juga SH rasa lebih kemas. Juga sebuah naskah yang sarat dengan aksi-aksi pertempuran.
Inilah baru betul bapa borek anak rintik. Ayah melamar emaknya semasa dalam usaha menyelamat. Depan musuh pula tu. Yang anak pula dekat kubur. Dua-dua dalam situasi yang tak masuk dek akal untuk orang normal.
Senang betul nak cucuk jarum kalau mata dah dikelabui dengan wang dan pangkat. Yang benar dan yang salah tidak lagi kelihatan. Yang penting hidup bergelimpang harta dan namanya tersohor di seluruh pelusuk dunia. Harta dan kekuasaan sememangnya sering menjadikan manusia buta, bisu dan pekak.
Membaca naskah ini SH berasa kasihan dengan penyeru yang terpaksa menjadi penyeru. Mereka rasa berdosa hinggakan sampai ke tahap di mana mereka malu nak menghadap Tuhan Yang Maha Esa selagi masih bergelar Penyeru. Betapa mereka inginkan hidup normal seperti manusia lain. Sedangkan manusia biasa masih ramai yang tidak mempunyai rasa malu terhadap Tuhan Yang Esa dengan banyaknya dosa yang telah dilakukan. Semoga kita diberikan keampunan atas segala dosa yang telah kita lakukan.
4.5 bintang untuk naskhah Penyeru berbanding 3 bintang yang aku bagi untuk Karma. Penyeru ni aku tak pasti sama ada sekuel atau prekuel kepada Karma. Ceritanya tetap menarik. Tiada lagi kesilapan ejaan dan ayat yang macam tak kena untuk Penyeru berbanding Karma.
Unik kisah ini...kisah manusia yang punyai pembantu gelap. Sesuatu yang sukar diterima oleh akal yang normal.
Julianshah, hidup mewah tetapi dia tidak pernah merasakan ketenangan. Dia seorang pembunuh upahan. Pembunuh yang tidak menggunakan tangannya untuk menghabisi nyawa orang lain, sebaliknya sasarannya dihapuskan dengan bantuan "Penyeru"...
Aku suka.walau ambil masa nak habiskan.antara sbbnya ialah aku baca sambil berimaginasi.cuma ending nya mudah bagi aku.macam ko bgn dari mimpi.tapi tidaklah sama.
Mood aku sepanjang membaca buku ini boleh diringkaskan dalam tiga perkataan: heavy – penat – beremosi.
Rasa macam nak give up, tapi dalam masa yang sama terlalu nak tahu apa jadi di penghujung cerita. Membaca buku ini seolah-olah kena paksa jiwa dan raga untuk teruskan, barulah aku betul-betul faham kisah dan masalah yang dipaparkan.
Buku ini penuh dengan watak, organisasi, dunia berbeza, dan elemen fantasi. Kau memang tak boleh lompat atau skip satu helaian pun, sebab kalau buat begitu, memang susah nak faham jalan ceritanya.
Ceritanya tentang satu dunia yang diciptakan oleh satu kuasa. Namun, kuasa yang diberikan akhirnya membuat manusia menjadi tamak dan menyalahgunakannya. Muncullah seorang watak yang merancang untuk melakukan sejenis "pembersihan". Persoalannya: adakah rancangannya akan berjaya atau hanya menjadikan dunia lebih huru-hara?
Pengajaran yang boleh diambil: kita boleh buat macam-macam perancangan, tetapi tak semua akan berjaya. Ada sebab di sebaliknya—mungkin untuk menghalang sesuatu yang lebih buruk. Ingatlah, kita merancang dan berusaha, tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Sakit bila perancangan kita gagal, tapi di situlah proses mendewasakan kita supaya bangkit merancang semula dengan lebih baik.
Akhir cerita? Great ending walaupun sedih.
Saya puji usaha penulis membuat saya serabut dan emosi.🥇
cerita ini sedap gilaaa!! the storyline and everything. approve approve !! tapi banyak ah skit scene scene sedih tu. tapi worth it u know. the ending idk if is happy or not but i cannot lie u will cry like me.. :(. tapi overall nye its nice!!!