Walaupun selalu digelar gadis blur, Aisyah bahagia hidup dalam dunia kecilnya yang hanya berpusat pada kerjanya di sebuah farmasi yang sunyi dan lepak bersama kawan karibnya, Akil. Apabila kakaknya, Aireen menyuarakan niat untuk menikahi Annas, seorang lelaki yang curang dan mahu Aisyah menjadi bridesmaidnya, keadaan menjadi huru-hara. Aisyah yang menyimpan rahsia perbuatan belot Annas dan Rilda terpaksa memikirkan cara untuk berterus terang dengan kakaknya. Annas dan Rilda pula bijak memanipulasikan keadaan untuk menyelamatkan diri.
“Tak kira sejauh mana pun aku pergi satu hari nanti, aku takkan lupakan kau, Cah. Aku akan balik cari kau semula. Kalau kau tinggalkan aku, aku akan tunggu kau sampai kau balik cari aku,” - Akil.
“Kil, kenapa kau tinggal aku? Kau janji nak jaga aku. Kau yang janji, Kil. Kenapa kau sampai hati tinggal aku? Kau selalu ada. Sekarang aku tak tahu macam mana nak hidup tanpa kau, Kil,” – Aisyah.
Kehadiran si kacak, Airil membuatkan Aisyah terfikir tentang cinta yang selama ini amat asing baginya. Airil yang enggan putus-asa terus cuba merebut hati Aisyah manakala Akil yang overprotective berlagak bagaikan abang besar yang cuba melindungi adiknya. Mampukah gadis blur seperti Aisyah memahami definisi cinta yang sebenar?
Akil dan Aisyah. Dua nama tp hidup mereka bagaikan satu nyawa. Dimana ada Aisyah, disitulah ada Akil. Persahabatan yg telah lama terjalin semasa usia mereka masih kanak2. Kerana terlalu rapat, Akil takut utk meluahkan rasa cintanya. Namun bagi Aisyah pula, sikap blur yg ada pada dirinya menjadikan dia tidak pernah sedar yg cinta telah lama hadir dlm hidup mereka berdua. Akil bukanlah lelaki yg romantik tetapi Akil tersangatlah sweet dgn caranya sendiri. Dia menjaga Aisyah ibarat menjaga kaca dari jatuh terhempas dan pecah.
Kisah hidup Aisyah sangat sedih. Dia merasakan dirinya seolah-olah dibuang oleh keluarganya sendiri sementelah usia kanak2 nya byk dihabiskan utk menunggu kepulangan kakaknya. Sehingga dewasa, apabila bertemu kembali dgn Aireen, dia beku dan agak kekok. Sementara Aireen pula menyangka adiknya sgt cemburukan hidupnya dan kerana itu Aireen selalu berburuk sangka. Disinilah terjadinya titik salah faham di antara keduanya walau dr kecil lg mereka saling merindu dan menyanyangi di antara satu sama lain. Namun akhirnya Aireen mula sedar yg air dicincang tidakkan putus.
Kisah Bridesmaid ini bg saya penuh dgn kasih sayang, kesetiaan dan kepercayaan di antara sahabat dan keluarga. Tahniah writter kerana melakarkan kisah ini dengan gaya penulisan yg tersendiri. Bila membaca, saya dpt rasa 'dekat' dengan watak2 yg ditampilkan. Mungkin kerana gaya penceritaan byk pada monolog. Jadi kita bole rasa apa yg 'mereka' rasa. Untuk itu saya bg ⭐⭐⭐⭐
Bagi yg pernah membaca karya Kak Shai, Katerer Cinta bolehlah sambung baca yang ini. Kita akan jumpa semula watak Annas yang tak guna, apa sebenarnya yang terjadi. Cameo Sod & Maira yang secoet.
okay berbalik kepada cerita yang ini, aku agak annoys lah dengan watak heroin sebab terlalu blur & bendul serta tidak pandai meluahkan perasaan, semua ditelan. Lebih kepada kasih sayang antara adik & kakak yang terpisah akibat penceraian parents. Dan adakah persahabatan yang terjalin sejak kecil antara lelaki & perempuan akan jauh bila salah seorang menaruh harapan yang melebihi hubungan sahabat baik?
Bila penulis #KatererCinta , Nurul Syahida bagitau kat DM IG (lepas aku review novel tu kat IG) bahawa #Bridesmaid karya Liza Nur ada watak Annas dan ada kaitannya jugak, aku tak tunggu lama untuk check out novel tersebut.
15 bab pertama menarik dengan ke'selamba'an Akil dan ke'blur'an Aisyah a.k.a Cah. Cuma, aku memang geram betoi dah kat depa semua, baik Akil, Cah, Aireen mahupun Annas. Aku geram gila bila Cah dan Akil menjadi saksi kecurangan Annas dan Rilda. Dan momen-momen Cah bertemu Aireen selepas tu buat aku rasa sangat menyesakkan.
Lepas tu, cerita ni makin best dan makin stress. Haha. Stress sebab Akil dengan Cah ni la. Apa yang susah sangat nak mengaku. Tapi betoi jugak, being friends for so long makes some people afraid to take one more step to upgrade their relationship from best friends to lovers, due to.... many reasons. But who says friends can't be lovers. But I guess Akil and Cah don't have that courage yet at that time. I kinda understand them at this point.
Cerita kekeluargaan antara Cah dan Aireen juga disulam dengan menarik. Sayang, menjengkelkan dan pelbagai emosi bercampur-baur dan itu semua menjadikan novel ini cukup rencah ceritanya.
Konflik yang sangat best! Aku suka sangat dengan semua rentetan kejadian yang membawa kepada disaster nya sebuah majlis perkahwinan. Haha! Padan muka Annas. Jimbet! Dalam #KatererCinta lagi dah macam harey, dalam ni berkali ganda ya ketakgunaan dia tu. 😡🤬
Selain itu, unsur humor dimasukkan dengan wajar dalam novel ini. Terutama part Akil dan Cah, ada babak-babak yang membuatkan aku tersengih lucu. Tapi yang paling lawak, part Hafiz, housemate Akil, bawa Delaila mai rumah Cah (ya rumah depa dekat ja), hahahaha disaster dan tragedi jadinya. Dekah aku waktu, yang aneh-aneh ja Akil ni. 🤣
Peleraian cerita pun sangat memuaskan hati. Penulis ceritakan ending bagi watak-watak penting, apa jadi pada mereka sesudahnya. Apa yang mereka tanam, itulah mereka tuai. Hafiz, Yunus, Najwa, Annas, Rilda dan Airil - setiap dari mereka ada penutup yang sewajarnya pada penghujung cerita. Aku suka dengan semua penutup tersebut.
Cerita yang biasa2 saja yang kena dengan hati. Aisyah (Cah) gadis blur hanya ada Akil dari kecil sehingga dewasa. Terutama setelah Tok Chik meninggal dunia. Akil sentiasa ada untuk melindungi dirinya. Cah sudah lama merindui kakaknya, Aireen. Tapi Aireen lebih percayakan kawan baiknya, Rilda dan tunangnya, Annas daripada Cah. Walaupun Cah telah cuba beberapa kali untuk beritahu Aireen tentang kecurangan Annas dengan Rilda, Aireen tetap tidak mahu mendengarnya. Dia percaya Cah hanya cemburu. Tapi pada hari pernikahannya, barulah Aireen sedar bahawa Cah tidak berbohong. Cah hanya sedar tentang perasaannya kepada Akil bila Akil menjauh selama 6 bulan. Bagaimana harus Cah beritahu tentang perasaannya pada Akil? Atau Akil yang patut mulakan dulu? Kerana Cah memang selama ini blur. Apa pengakhiran cerita mereka? Bagaimana pula dengan Aireen? Adakah dia dengan Cah akan berbaik semula?
Kemunculan Annas dalam novel ini memang sesuatu yang aku jangkakan kerana tahu #Bridesmaid karya Liza Nur ada kaitan dengan novel #Katerer Cinta karya Nurul Syahida.
Tetapi apa yang aku tidak jangkakan, Annas jauh lebih 'tak berguna' dalam novel ini. Rasanya sepanjang projek Karangkraf Reading Challenge 2025, aku nak isytiharkan bahawa Annas adalah watak 'jantantakgune' yang paling tak berguna.
OK, sebenarnya ini kisah Akil & Aisyah. Apa itu definisi cinta jikalau 2 orang sahabat baik sejak kecil saling jatuh cinta? Namun, mereka sama-sama tidak meluahkannya. Malah ada hadir insan-insan lain yang mahu merebut cinta mereka.
Ini juga kisah Aisyah dan Aireen, 2 beradik dengan personaliti seperti langit dan bumi. Bukan cerita cinta tipikal yang selalu kita baca, namun ada manisnya.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Sejak halaman pertama, Bridesmaid memikat saya dengan gaya penulisan Liza Nur yang lembut tetapi penuh emosi. Kisah Aisyah, atau Cah, gadis yang sering “blur” tentang perasaannya sendiri, terasa begitu dekat dengan realiti kehidupan. Cah bekerja di farmasi, hidup sederhana, dan sudah lama bersahabat dengan Akil. Persahabatan mereka menjadi nadi cerita, tetapi konflik sebenar muncul apabila Cah mula sedar perasaannya terhadap Akil hanya setelah lelaki itu menjauh selama enam bulan.
Di sisi lain, drama keluarga menambah lapisan emosi. Kakak Cah, Aireen, merancang perkahwinan dengan Annas, lelaki yang diam-diam curang bersama Rilda, teman rapat mereka. Cah cuba memberi amaran, namun Aireen menolak, menyangka Cah sekadar cemburu. Plot ini menjadikan novel bukan sekadar kisah cinta, tetapi juga tentang kepercayaan antara adik-beradik dan keberanian menegakkan kebenaran.
Liza Nur bijak menyulam humor ringan dalam babak-babak tegang, membuat pembacaan tidak terasa berat. Saya suka cara beliau menggambarkan dilema hati Cah antara menjaga hati orang lain atau mengakui cinta sendiri. Kemasukan watak Airil pula menambah konflik, membuat pembaca tertanya-tanya siapakah yang sebenarnya akan memenangi hati Cah. Setiap watak terasa hidup, tidak berlebihan, dan dialog mereka natural, seolah-olah mendengar rakan bercerita.
Tema bridesmaid memberi sentuhan manis dari persiapan perkahwinan hingga momen-momen bersaudara yang menyentuh. Walaupun novel setebal hampir 450 halaman, saya tidak pernah rasa bosan. Plotnya seimbang antara cinta, keluarga, dan persahabatan. Cuma, ada detik di mana saya berharap beberapa konflik dipanjangkan sedikit untuk impak emosi yang lebih kuat.
Secara keseluruhan, Bridesmaid ialah bacaan hangat tentang keberanian mencintai, mempertahankan kasih keluarga, dan menyedari bahawa kadangkala orang yang kita cari sudah lama di sisi.
🌟 4/5 – romantis, menghibur, dan sangat menyentuh hati.
Sahabat platonik? Cah dengan Akil memang dari kecil dah janji nak jadi sahabat selamanya. Walaupun Akil selalu duk kata “I love you lah, Cah!” Tapi Cah anggap ucapan Akil tu sayang antara sahabat biasa. Ye lah, Akil tu dah macam abang,ayah & bodyguard dah. Di mana ada Cah, disitu ada Akil.
Kehidupan Cah tak mudah. Mak Ayah rasa terbeban jaga dia sebab masa kelahiran ada berlaku krisis rumah tangga. Anak sulung di bawa tinggal bersama sebab lahir masa rumah tangga mak ayah tengah bahagia. Rasa terbuang. Rasa tak disayangi. Bila dah besar, dia jadi pendiam, suka pendam, jenis blur & tak mudah mesra dengan orang. Macam hidup kat dunia sendiri je. Yang dia tahu cuma Akil, Kak Aireen, Ubat & Farmasi tempat dia kerja.
Watak Cah ni kita mengharapkan ada sedikit perubahan dari segi karakter. Atleast nampak dia terbuka hati sikit demi orang terdekat pun dah okay.
Akil pulak bukan jenis yang romantik. Jenis sweet dengan cara dia. Jenis langgar je. Suka mengusik, ada-adakan cerita yang boleh buat Cah salah faham tapi kelakar. Budak tu dah la blur lagi buat haru. Watak yang sangat green flag, green forest & green light.
Trope dia lebih kepada sahabat dari cinta. Sebab diaorang memang tak bercinta pun. Tapi ada lah menyelit sikit which is kita tak kisah pun sebab kisah persahabatan Cah & Akil ni lagi realistik & strong.
Cukup rencah, ada pelbagai rasa bila baca novel ni. Hubungan persahabatan yang ada up & down bukan mendatar je. Konflik keluarga yang mungkin ramai boleh relate. Ada bahagian yang kelakar jugak yang penulis cuba terapkan. Teringat Akil bawak balik ayam belanda ke appartment & minta Hafiz tolong jaga😆 stress kawan tu sebab tak pernah di buat orang bela ayam belanda kat appartment.
"Perkahwinan bukan tentang persoalan tentang di mana atau bila. Dengan siapa adalah soalan utama yang bakal menentukan hala tuju sebuah perkahwinan."
Akhirnya berjaya habiskan novel Bridesmaid!
Walau awal hingga ke pertengahan jalan cerita ada perlahan - slow burn, betul ke? Haha Mengisahkan tentang Aisyah atau selesa di panggil Cah oleh kawan baiknya, Akil @ Muhammad Akil Razif. Cah dibesarkan oleh neneknya, Tok Chik. Senang cerita dia ditinggalkan keluarga.
Ibunya, Irdiani dan kakaknya, Aireen berpindah ke oversea tanpa membawa Cah dan bertanya khabar berita. Hidup Cah diceriakan oleh kehadiran Akil yang kerap menggelarnya, Cah Blur.
Suatu hari, Kak Reen datang ke Icare Pharmacy dan memberitahu Cah bakal menjadi bridesmaidnya. Cah semakin blur dan tidak berapa teruja apabila mengetahui bakal abang iparnya, Annas si douchebag. Doktor pakar yang berimej bad boy. Sejak itu, Cah banyak kali bertemu dengan Kak Reen dan pelbagai insiden berlaku.
-- Maaf, saya terpaksa bagi 3 bintang sebab saya jangka ada perkembangan pada watak Cah terutama apabila dia tak dapat bezakan orang yang sayang Cah dan orang yang pergunakan Cah. Rasa nak hempuk-hempuk pun ada. Dan same goes to watak Aireen, saya mengharapkan ada kemanisan pada hubungan adik beradik antara Aireen dan Aisyah.
Penat juga baca babak Akil dan Cah asyik bertelagah walau best friends.
Dekat sini kita boleh tahu more pasal Annas dan Rilda yang betrayed Aireen.
Dalam karya ini F kurang minat dengan sikap Aireen yang lebih percayakan kawan baik & boyfriend kaya dia tu.
Aisyah ni blur. F rasa life dia menyedihkan. Dilahir ke dua semasa parents dia ada masalah rumahtangga.
Ayah taknak jaga, mak kahwin lain dan tinggalkan dia dengan Tok Chik. Setelah tok chik meninggal, aisyah tiada siapa². Hanya akil kawan baik dia je yang sentiasa bersama dengan aisyah.
Tahap blur aisyah ni aduhai rasa nak ketuk² je. Tersangatlah blur nak luahkan rasa hati. Akil pun sama dah tahu aisyah tu blur.. make a 1st step la.
Aisyah gadis blur berkawan dengan Akil yang suka bergurau namun dalam diam suka antara satu sama lain. Aireen kakak Aisyah,namun jauh dan tak mesra denga adiknya sendiri. Mampukah Aisyah melaksanakan tugas sebagai bridemaid Aireen?
Jalan cerita yg menarik. Lain daripada yg lain. Cah yg tersangat blur, dan Akil yg tersangat overprotective. Tak sangka author boleh buat watak blur yg sampai kita rasa ‘apa laaa susah benar kau nak buka mulut’ 😆😆
Betul lah memang buat sakit hati dengan Aisyah. Kenapa blur sangat ni? Macam nak tolong je buka mulut , cakap apa si Annas tu dah buat di belakang Aireen. Hahah tulah yang dalam otak sepanjang pembacaan. Tapi best, sebab penulis balancekan dengan Akil, Bff Aisyah yang perangai gila-gila, terus terang and overconfident tu.
Cuma banyak sangat gaduh Aisyah dengan si Akil pening kepala kita baca. Hehe memang emosi sikit dengan semua watak , ntah lah buat sakit hati je masing-masing.
Awal buku takes time nak baca, tapi slowly towards end baru macam seronok. Mungkin jalan cerita awal tu banyak kepada konflik dalaman diri Cah yang susah sangat nak berterus terang dengan semua orang.