Jump to ratings and reviews
Rate this book

Panik

Rate this book
Dua kes kematian di tempat yang sama dan punca kematian juga sama, membuatkan kes ini semakin rumit.

"Menurut abang si mati, sebelum ini si mati tidak pernah mengalami masalah jantung. Itu sebabnya dia pelik kenapa dalam surat kematian tulis itulah punca kematiannya."

Siasatan demi siasatan dilakukan dan penduduk kawasan berhampiran mengatakan tempat itu memang berpuaka. Mereka mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena. Setelah meneliti kes tersebut didapati bahawa mereka tidak punya bukti kukuh dan kuat untuk mengatakan ada sebab-sebab lain yang menyumbang pada punca kematian mereka.

"Saya dah tahu apa yang berlaku pada Salleh semasa kematiannya."

"Mangsa mati akibat kegagalan jantung. Tapi, ada sebab kenapa jadi begitu."

271 pages, Paperback

First published January 1, 2018

5 people want to read

About the author

Zaifu Zaman Ahmad

47 books34 followers
Anak kelahiran Muar, Johor ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Panglima Adnan, Port Dickson sebelum meneruskan pengajiannya di Sekolah Menengah Sri Rusa, Port Dickson dan Sekolah Menengah Tengku Mahkota, Muar, Johor. Minatnya dalam penulisan kreatif bermula sejak di bangku sekolah lagi. Pada mulanya, dia menulis hanya untuk main-main sahaja tetapi apabila mendapat galakan dari ibu bapa dan kawan-kawan, barulah beliau berani menghantar karya-karya ke syarikat-syarikat untuk diterbitkan. Beliau telah melibatkan diri dalam bidang penulisan novel bermula pada tahun 1994.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (7%)
4 stars
6 (42%)
3 stars
5 (35%)
2 stars
1 (7%)
1 star
1 (7%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for SS.
512 reviews5 followers
December 17, 2021
🏷 Saya baru tahu yang penulis buku Panik ini ialah Zaifuzaman Ahmad. Sebab tak cam dengan nama Zaif AB. Saya mati-mati ingat penulis baru. Dah baca beberapa muka surat baru terdetik nak check Goodreads untuk update bacaan. Mungkin di DN, ZA menggunakan nama pena yang lain. Correct me if I'm wrong okay.

Mengisahkan tentang beberapa kematian misteri yang terjadi di sebuah vila. Vila itu dikatakan berpuaka. Dan sesiapa yang ke sana pasti akan mati. Punca kematian setiap mangsa di rumah itu juga sama iaitu mereka mati disebabkan jantung terhenti. Atau erti kata lain mati mengejut.

Polis buntu menyelesaikan kes tersebut kerana tiada banyak petunjuk. Namun kematian Salleh (mangsa ke 3) telah memberi satu jalan lain kepada pihak polis untuk kes vila itu. Apa yang terjadi sebenarnya?

Secara peribadi. Saya rasa jalan cerita ini menarik. Saya sendiri pun tertanya-tanya dengan apa yang berlaku kepada mangsa-mangsa. Walaupun sudah di pertengahan muka surat masih lagi tidak memberi saya sebarang hint. Saya mula rasa tidak sabar. Adakah ini bagus? Haha sebab saya sendiri tidak dapat meneka.

Move forward, saya rasa 2 orang anggota polis yang memonopoli keseluruhan cerita ini karakter mereka sedikit pasif. Gerak dan gaya mereka seolah-olah mereka letih especially polis perempuan ya. Polis lelaki menunjukan lebih banyak effort. Mungkin dia orang bawahan. Tiada keterujaan dari polis perempuan untuk menyiasat kes ini malahan polis perempuan pada awalnya menutup kes begitu sahaja. Nampak macam ambil mudah. Dan disebabkan polis perempuan ini tidak percaya sangat dengan perkara-perkara misteri. Dia mengharapkan jawapan yang logik. Hm.

Kalau kalian sejenis pembaca yang penyabar. Silakan baca. Kalau jenis tak sabar. Nak tahu cepat. Mungkin boleh la cuba baca.
Profile Image for nurrou.
84 reviews1 follower
April 25, 2025
2.5 ⭐

Buku seram paling slow burn pace pernah saya baca so far.

Buku ini mengisahkan pihak polis cuba merungkai punca kes kematian seorang lelaki di Vila Rose yang dikatakan berpuaka dan memiliki penunggu.

Plot twist: tak twist pun. Rasanya takde plot twist pun. So 0/5💔

Saya baca nak dekat separuh buku, langsung takde apa yang terjadi. Stuck dekat misi menyiasatnya tu.

Ending pun tak memuaskan juga. Like lah, tu jer??? Setakat tu jer???

I guess kalau bukunya berlatarkan kisah realistik dan di atas dunia nyata, makes sense ah. Tapi untuk buku fiksyen seram thriller, go all out ah sikit.

Dari mula sampai habis, plot nya tak kemana pun.

Plot seram yang tawar🙂
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.