Bagi Maisarah, cinta pertamanya adalah Airel dan kawan sehidup sematinya adalah Irfan. Dia tak boleh buang Irfan hanya kerana Airel tak suka. Tapi apabila kisah keluarganya memaksa dia dan Airel berpisah, Irfan datang bersama lamaran. Tak disangka rupanya selama ini Irfan mencintainya.
“Kau pergilah masuk bilik dulu, aku nak siapkan kemas kat dapur ni.” Tangannya yang digenggam Irfan ditarik. Mata Maisarah mengecil memandang si suami.
“Eh! mana tahu bilik yang mana satu.” Irfan simpan senyum. Sengaja buat muka serius.
“Kau jangan nak mengada-ngada eh! Tadi kau salin baju kat mana?” Maisarah bercekak pinggang. Bibir diketap geram. Menerima Irfan kerana mahu lari dari Airel dan mahu menukar kebiasaan menjadi sebaliknya memang agak sukar. Tapi sesungguhnya cinta itu tak bersyarat. Kesempurnaan seorang Irfan buatkan Maisarah jatuh cinta kali kedua dan dia tutup kisahnya bersama Airel. Namun, mahligai mereka diuji hebat. Saat Irfan hampir putus asa, Airel muncul sebagai doktor yang berjanji untuk menyembuhkan. Tapi di sebalik janji tersebut, ada cagarannya.
“Cinta saya pada awak tak pernah kurang, Sarah.” - Airel
“Kalau awak rasa sudah penat hidup dengan abang, awak boleh minta untuk dilepaskan, Sarah. Awak layak untuk dapat yang lebih baik.” – Irfan.
Maisarah jadi keliru, sama ada dia masih kekal bersama Irfan hanya kerana kasih atau kerana kasihan. Rupanya, menjadi kuat itu sangat memenatkan. Adakah Maisarah akan mengalah dan meminta untuk dilepaskan?
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM17. Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.
Bila N first tengok rating novel ni dekat GR, I was shocked. N fikir, 'Rendahnya. Apa yang tak kena?'
Now that I have read it, I get it.
It sucks.
Never would I have ever thought N akan gunakan perkataan 'sucks' untuk review sebuah novel with Hani Fazuha's name right on the cover.
But truly, it sucks.
N faham Seribu Rindu bukanlah brain child kepada HF. And maybe N tak sepatutnya terkejut it sucks and maybe I should have lowered my expectation.
BUT!!!
Rehan Makhtar did it. And she had done it well with Permata Hati.
So maybe N sangka HF could do what RM did with Permata Hati.
I was wrong.
Seribu Rindu is everything that is wrong with cliche storyline. The dialogues pun cheesy gila and I really, really couldn't warm up to any of the characters. N rasa pembaca sepatutnya bersimpati dengan watak Maisarah. I think that was the intended purpose. But good God, Maisarah was so annoying and immature.
And the whole 'sayang' and 'B' thing....
Seriously, I couldn't imagine Zul Ariffin saying all those things...
Boleh tahan sedih jugak cerita ni. Nak geram dengan Irfan sebab cemburu dan mengamuk tak sudah, tapi saya faham bila memang tak mampu nak kawal perasaan dan emosi... sakitnya tu hanya tuhan yang tahu. Berdiam atau bersuara, tetap akan melukakan hati orang lain. Tambahan pula dengan keadaan Irfan pada waktu itu.
Kisah bapa Sarah agak sedih juga la... Cuma macam ringkas sangat.
Pengakhiran Airel dan Damia pun, harapnya tak seringkas ini.
Okay-okay sajalah cerita Seribu Rindu ini. Perwatakan untuk setiap watak saya kira terlalu keanak-anakan. Lebih-lebih lagi Airel, bagaimana seorang doktor boleh bersikap seperti itu? Keseluruhannya, sebuah novel yang boleh dibaca untuk mengisi ruang yang ada, namun untuk meninggalkan kesan kepada pembaca, mungkin tidak.
Sinopsis ; Bagi Maisarah, cinta pertamanya adalah Airel dan BFFnya adalah Irfan. Apabila kisah keluarganya memaksa dia dan Airel berpisah, Irfan datang bersama lamaran.
Menerima Irfan kerana mahu lari dari Airel dan mahu menukar kebiasaan menjadi sebaliknya memang agak sukar. Tetapi kesempurnaan seorang Irfan berjaya buatkan Maisarah jatuh cinta kali kedua dan dia tutup kisahnya bersama Airel. Namun, mahligai mereka diuji hebat. Saat Irfan hampir putus asa, Airel muncul sebagai doktor yang berjanji untuk menyembuhkan. Tapi di sebalik janji tersebut, ada cagarannya.
Review; Novel ni novel pertama karya penulis yang saya baca. Bacaan pertama yang bagi saya boleh buat saya nak cari buku beliau yang lain. No wonder la ramai yang suka. Gaya penulisan yang santai dan jalan cerita pun mudah difahami.
Actually Yan memang suka friend to lover trope macam ni 😍 Ya suka keakraban persahabatan Sarah dan Irfan. Tapi eh kau Sarah sesuka hati je pegi picit biseps Irfan. Bukan mahram tau tak?! - oh yes selain part ni semua suka hokey kalau takda part yang terlepas la kan 😌
Suka sifat sabar Sarah bila sesuatu terjadi kat Irfan. Dia gigih bahagikan masa untuk kerja dan rumahtangga, sanggup buat itu ini untuk support Irfan, untuk make sure Irfan cepat sembuh. Geram kat Irfan, tau la stress tapi jangan la sampai macam tu sekali layan Sarah. Kalau dekat dah ketuk kepala tu 🔨 Si Ariel pun boleh tahan jugak, ada hati nak kacau rumah tangga orang. 🪓🪚🔨
Okey Irfan ni comel plus sweet jugak sebenarnya. Dia terima je Sarah yang kasar yang kasar tu. Maisarah tak pandai masak, dia masakkan. Dia layan jela kehendak Sarah lagi lagi masa Sarah pregnant. Sampai la terjadi satu insiden tu yang mengubah hidup dia 360 darjah.
Banyak jugak pengajaran yang boleh kita ambik dalam novel ni ; 🦋 Perlunya sabar bila berhadapan dengan sesuatu masalah - which is kalau boleh siasat la dulu takpon bincang ke kan. 🦋 Mak ayah adalah harta paling berharga. Walau apa pun jadi, diorg tetap orang yang telah banyak jasanya. Hormati dan sayangi mereka sebelum terlambat. 🦋Kita kena kuat bila ditimpa musibah. Kena fikir rasional. Jangan buat orang lain risau. 🦋 Kalau dah kahwin buat cara dah kahwin. Jangan kacau hak orang lain dan jangan lupa yang diri tu dah ada isteri. Hargai apa yang ada di depan mata.
Sbg peminat setia Hani, memang saya x mahu letakkan expectation yg tinggi utk novel yg diadaptasi dr drama ni. Jangankan Hani, mana2 writter pon kalau tulis cerita adaptasi dr drama, mesti sentuhan tu sgt berbeza. Namun utk Seribu Janji, saya suka utk membacanya kerana ianya sgt berlainan dgn cerita Hani sebelum2 ini. Memang plot byk yg berulang spt cemburu Irfan dan juga pujuk rayu Airil, namun kita sedia tahu yg novel ini dr adaptasi dan bukannya idea asal penulis. Jd utk itu, tahniah Hani kerana anda berjaya menamatkan kisah ini dgn cara anda sendiri walau pada awal cerita saya rs sentuhan anda seakan tawar, tetapi lama kelamaan cerita ini memberi seribu rasa. Tawar, manis dan pahit diadun menjadi satu.
Actually Mia memang minat friend to lover trope macam ni 😍 suka sangat keakraban Irfan dan Sarah. At first, sebelum mereka kawen memang ok je... Santai... Part tengah tu je yg kin geramm. Taulah cemburu tu maknanya kita sayang tapi kalau terlalu cemburu pula memang- 🤌🏻
Sifat Sarah yg penyabar apabila sesuatu terjadi kat Irfan. Dia gigih dan berusaha untuk bahagikan masa untuk kerja dan rumah tangga, sanggup buat apa benda untuk support Irfan supaya cepat sembuh. Nak geram je dengn sifat Irfan ni, tau la stress dan sedih tapi jangalah hukum & lyn Sarah sampai camtu 😤 si Airel pun satu, ada hati nk kacau rumah tangga orang, ketuk kepala kang 🔨
Irfan pun senanya okay dan sweet juga sebelum kejadian itu berlaku. Sarah tak pandai masak, dia masakkn. Dia layan je lah kehendak Sarah semasa Sarah tengah pregnant, sehinggalah satu insiden berlaku yang mengubah hidup mereka.
Nk geram juga ngan Irfan ni sbb cemburu + mengamuk tk sdh, without any explanation 🙄 tapi Mia faham bila memang tk mampu nk kawal perasaan & emosi. Tmbhn pula dngn keadaan Irfan time tu so memang wajar lah kot 🤷🏻♀️ ye ke?
Pastu bnyk betul salah faham! Mostly kalau berlaku camni, bincang lah elok ii. Communication is the key to relationship success, pastu siasatlh dulu jngn main tuduh ii 🙃 bnyknn bersbr ya... ini tidak main tuduh terus 😮💨
This entire review has been hidden because of spoilers.
Rindu tak pernah punya suara, tapi hati tetap mampu mendengar nadanya. Rindu memang tak pernah ada warna, tapi keindahannya seperti jalur pelangi selepas hujan.
Disebabkan ini adaptasi drama ke novel jadinya saya tak expect more untuk novel ni cuma selain dari plot cerita yang berulang, Irfan cemburukan Maisara, Maisara cemburukan Irfan... jadi macam blurr sekejap n mood nak tenguk cerita ni terus down! Then plsss la jangan ketepikan hukum dalam agama, bila suami tak mengaku anak pula, dah jatuh Li'an yakni harus bercerai dan anak tak boleh dinasabkan dengan nama suami tadi dan mereka tak boleh rujuk sampai bila2... so no point untuk ayah kedua-dua pihak minta mereka berbaik dan rujuk semula... haram hukumnya bila dah jatuh li'an ni. Selaklah sikit buku agama dik bila nak tulis skrip!
Its about bff yg end up kawen..byk sgt salah faham jadi..cemburu..org ketiga…happy ending tp tu la..tak brape sweet sgt sbb if diorg ni mmg bff dr kecik..percaya tu mesti ade tp maybe sbb situation yg mengallow kan lelaki tu keep on curiga je..bacaan santai..