Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hero Jelita

Rate this book
“Awak nak bukti Cik Aaira, kita nikah dulu eh baru saya boleh buktikan.” Aaira mahu korek telinganya. Dia pasti Aryan sebut perkataan nikah tadi. Tapi bila masanya dia setuju hendak menikah dengan Aryan. Takkan hendak menikah semata-mata nak buktikan lelaki itu bukan gay.

“Awak ni waras ke? Takkan semata-mata nak buktikan bukan gay, awak sanggup nikah dengan saya.” Aaira beranikan diri. Meletus tawa dari bibirnya. Lelaki itu gila agaknya. Memang pastilah dia tidak akan menikah dengan Aryan. Dia tidak mahu masa depannya rosak kerana lelaki cantik ini.

“Saya buktikan secara halal. Kalau awak nak tau secara haram, saya boleh bawak awak pergi hotel sekarang. Rasanya dalam tandas ni pun boleh juga… tak ada sesiapa kat sini kan. Semua orang tengah makan.” Aryan mahu mencapai lengan Aaira. Namun gadis itu pantas menjauh.

“Awak gila kan. Lepas dah buktikan apa yang saya dapat. Lepas tu pasti awak akan ceraikan saya kan.” Aaira rasa mahu ketuk kepala sendiri. Soalan lain yang mahu ditanya tetapi lain pula yang muncul di mulutnya.

“Awak dapat suami yang cantik jelita dan kaya raya. Kalau pun saya ceraikan awak, saya akan pastikan awak dapat pampasan yang banyak. Awak akan jadi janda yang kaya raya.”

“Berlagak tak ingat dunia. Bayar pampasan konon. Saya tak sudi nak kahwin dengan perempuan dalam badan lelaki macam awak ni. Geli tau tak. Lagipun tak baik kahwin dengan niat jahat. Huh.. tak hingin tengok muka awak tu.” Aaira senyum mengejek.

“Saya akan pastikan awak makan hati ulam jantung setiap hari future wife. Biar berdarah mata tu terpaksa tengok kecantikan saya.” Aryan tersengih nakal.

“No! Saya tak nak kahwin dengan awak.”

“Maaf Cik Aaira... Saya akan pastikan kita kahwin.” Aryan berkata dengan penuh keyakinan. Aaira terkedu.

“Hujung bulan ni jugak!” Setelah habis berkata-kata Aryan heret kaki meninggalkan tempat itu.

565 pages, Paperback

First published January 1, 2018

2 people are currently reading
51 people want to read

About the author

Aein Dhiyauddin

87 books272 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
19 (44%)
4 stars
9 (20%)
3 stars
9 (20%)
2 stars
2 (4%)
1 star
4 (9%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,023 reviews377 followers
January 7, 2019
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM13. Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.

N berbolak-balik sama ada nak kasik satu atau dua bintang. But I ended up with satu bintang memandangkan N lebih banyak melalui rasa tidak suka daripada 'meh' sepanjang pembacaan novel ini, and rasa itu timbul dari awal pembacaan lagi.

I think if you like over the top story with over the top characters ala-ala drama remaja Korea, I think you will like this. Personally, N rasa geli and menyampah sahaja memandangkan none of the characters are remaja belia.

I genuinely believe that Aein seorang penulis yang baik. I have no complaint about her style of writing. I only have issues with her choice of story because ada masanya, cerita yang dihasilkan sangat kebudak-budakan (like Pak Cik Cinderella) tahap N susah nak terima. So I guess she would be one of the writers yang N akan fikir dua tiga kali sebelum N beli.
Profile Image for Sha889.
141 reviews22 followers
March 16, 2019
First of all, memang tak suka langsung cover novel ni.Tak suka bila letak gambar siap2 gambaran hero tu.lagi suka bila penulis biar je reader imagine sendiri.Lelaki dalam cover ni bagi saya tak jelita pun sedangkan Aryan tak habis2 dikatakan sangat jelita. Berbekalkan pengalaman membaca novel Aein Dhiyauddin Bibik Milenium so baca jugakla novel ni.

Aaira memang tak termasuk dalam list heroin favourite sebab dia punya insecurity dan low self-esteem tu sampai tahap kita menyampah. Terlalu fikirkan kata-kata orang sampai boleh terfikir nak bercerai sebab kata2 orang.kalau budak2 ya la tapi dia patutnya dah matured dengan umur macam tu. Tapi dah karakter dia macam tu nak buat camna kan.

Five germs of malaysia.sooo fairytale tahap kekayaan tapi sentiasa ada masa untuk lepak2 dan tolong selesaikan masalah kawan2.Ala ala boys over flower la. Kalau direndahkan umur diorang ni ok sikitla kot sebab macam tak padan tahap maturity dengan umur diorang tu.

Untuk suka2 light reading bolehla nak layan. Saya suka cara penulisan Aien cuma untuk novel ni mungkin plot n perwatakan agak kebudak budakan.

Ohh dan B & D?? Seriously??? Hahaha
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
January 27, 2019
3.5* (Long review)

Makan hari juga saya nak habiskan novel ini. Syukur habis juga. Awalnya mmg payah sebab watak yg paling insecure membantutkan pembacaan. Sejujurnya, ada part tu saya skip sebab bored bila cerita asyik pusing pasal benda yg sama. Whatever it is saya cuba menghayati jalan ceritanya. Mungkin ada message yg ingin di sampaikan oleh Puan Author. Isi pada plot dan jalan ceritanya ada, cuma penyampaian agak kebudak2an at certain points. Santai juga.

1. Jika hitam itu menawan, mengapa perlu ada rasa rendah diri berlebihan. Jika dah di bandingkan dengan Tyra Banks kira lawa jugalah. Kalau hitam macam Supermodel terkenal seperti Lolita dan Khoudia, lain ceritanya. Betul2 hitam. Itupun, mash'allah, cantik benar mereka. Lebih cantik dari Tyra. Kalau kulit setakat mocha chocolate tu bukan hitam. Dahlah lesung pipit ada dua, senyum menawan, mata hazel lagi. Apa yg tak cantiknya? Rambut maggie tu boleh je beli hair straightener or buat ice rebond..selesai masalah. Cukup2lah kutuk diri sendiri. Aaira terlupa mensyukuri nikmat Allah hingga mengutuk ciptaan Allah buat dirinya.

2. Kenapa perlu hidup dengan kata2 nista manusia hingga diri sendiri akur dan tunduk dengan ujian hidup sedangkan kelebihan dia banyak. Sebenarnya bila dia betul2 gunakan akal mmg Aaira agak matang dan rasional sesuai dengan umurnya yg 29 tahun. But she chose to be childish most of the times. Saya faham mengapa dia rasa rendah diri. Sebab dari kecil dia di hina jadi its hard untuk menerima pujian dari orang. Dia rasa dirinya disindir dan tidak ikhlas. Keadaan di alam pekerjaan juga begitu. Ada batu api (Eryna) dan makcik2 bawang tahap nasional level di bawah satu bumbung. Sukar untuk diabaikan sahaja. Dah tahu those peope who criticised her mmg tak di sukai ramai pekerja lain, faham2lah bahawasanya apa2 yg keluar dari mulut orang begini tak boleh diambil pakai 100%. Buat apa melayan perasaan kerana orang begini? Bagi saya, dia lupa untuk bersyukur. Dalam lemahnya dia, kekadang kuat juga dia menyangkal. Sampai bila?

3. Beberapa sikap Aaira yg saya menyampah tahap gaban :
a) Selalu kata diri hodoh sedangkan banyak yg cakap dia cantik. Maeya Sun Sun transgender dari Thailand tu pun saya kata cantik. Mulut dia macam pouting, hidung comel, mata cantik, kulitnya dark chocolate bukan mocha. Entahlah jika dia ada pergi 'under the knife' to alter her looks.
b) Bila marahkan nenek atau Eryna sepupunya, dia lampiaskan pada orang lain.
c) Terlalu cepat mentafsir apa yg dilihat tanpa berfikir panjang (until bab khalwat suaminya baru bijak tapi mengaibkan). Her actions and rebuttals are childish too. Enggan menerima pujian dan nasihat especially dari Isya. Like what? Think the world revolves only around her ugliness and she's the only one with problems, is it?
d) Lantang berkata2 tak mengapa, tapi jgn menuduh tanpa bukti yg kukuh hinggakan dia berkelakuan biadab dan kurang sopan. Itu yg saya katakan, biar rupa buruk jgn perangai buruk. Tapi dia ada kedua2nya sekali..initially. Yg buruk rupa sendiri yg kata saya tak kata ya Aaira.
e) Dalam bergurau, dia tanya bapanya kenapa bapanya berkahwin dengan emaknya yg hitam tu. Legam tak tahulah?.. Aaira kata lagi, tak sepatutnya mereka kahwin. Kalau tidak takdelah emaknya melahirkan anak hitam dan gelap ni. Walaupun mereka bercanda dan bapanya ketawa sekali, bagi saya soalan dan ucapannya sangat biadab dan insensitive. Tak terguris ke hati orang tuanya walaupun sedikit? Dia terlupa, emaknya lagi teruk dicaci bukan sahaja oleh masyarakat sekeliling, juga mentua dan ipar duainya. Hidup emaknya hebat diuji dan tenaga emaknya sering dikerah oleh nenek dan Mak Longnya bila ada family gathering or majlis keluarga. Setakat kulit kopi susu je, tolonglah jgn banyak bunyi.
f) Cemburu akan kelebihan rupa orang terutama sekali Aryan hingga dia rasa tidak layak berada di samping Aryan. Dan kerana sikap dia begini Allah tarik sebentar kebahagian dia bersama Aryan agar dia tahu untuk lebih bersyukur dan muhasabah diri serta menghargai orang2 yg selalu membela, menyokong dan selalu berada di sisinya bila badai melanda rumahtangganya.

4. Jika Aaira rasa kekurangan kerana tidak cantik, Aryan juga berasa rendah diri kerana terlalu jelita. Walaupun saya suka cara Aryan melayan Aaira, ada part saya kurang gemar. Terlalu terhegeh2 pada yg tak sudi menerima dirinya seadanya dan sering memperlekehkan kecantikkan Aryan hingga menuduh dirinya gay. Ada juga sisi kebaikkan Aryan. Dia sering menasihati isterinya agar tidak melayan desas desus yg tidak benar dan yakin diri. Namun sampai bila Aaira nak menjunjung ego yg entah apa2 tu dan Aryan harus melindungi isterinya jika isterinya sendiri enggan bangkit dari cacian manusia. Mulut tempayan bolehlah tutup..mulut manusia mana boleh. Mulut buaya pun pandai tutup bila dah dapat tangkap mangsanya. Hidup akan sentiasa ada orang yg mempertikaikan diri kita. So hidup jgn berpaksikan cakap manusia. Jaga sahaja diri dan rumahtangga tu. As long as it is not against the law, your conscience and religion, so be it. Aaira oh Aaira, Aryan tak letih..Saya yg letih.

_________*****__________

Overall, ceritanya bukan sahaja tentang kisah cinta Aaira tapi berpusat pada diri Aaira yg rasa dia serba 'daif' in the looks department dan bagaimana Aryan dan 4 kawannya yg lain (aka 5 gems of Malaysia), membantu Aryan mendapatkan Aaira dan bangkit dari rasa rendah diri. Tak begitu berjaya ya. Yg mereka berjaya lakukan ialah menyatukan Yusuf dan Zulaikhanya. Setelah itu kisah alam rumahtangga mereka. Dari betapa tidak hormatnya Aaira pada Aryan kerana dia tertipu oleh helah Aryan dan 4 sahabatnya untuk mendapatkan Aaira kepada jatuh cinta. Sebelumnya, Aaira sering mencabar kesabaran dan kesetiaan Aryan pada dirinya.

Namun tahap kepercayaan Aaira pada Aryan tiba2 meruncing lagi2 bila bekas kekasih Aryan, Lily (sekarang tunang Faizal, one of 5 gems) cuba memporak perandakan hubungan mereka semua termasuk Isya. Kira dalam novel ni, Lily yg paling licik. Dan yg lain walaupun belajar luar negara, mempunyai business yg gah, dan di pandang tinggi pada mata masyarakat, ada juga bodohnya mereka semua. Jauh perjalanan, luas pemandangan, dalam pemikiran..kata2 ini tidak begitu boleh diguna pakai untuk mereka semua. Therefore, I treat this as a romantic comedy. One thing diorang punya bromance mmg terbaik. No woman shd come in between their friendship. Cuma Faizal sahaja tersilap langkah. Itupun sebab plan Lily yg licik mempergunakan dirinya untuk mendapatkan perhatian dari Aryan. Mission failed. Malu besar diakhir cerita.

Saya beri another 1.5* inclusive in the 3.5* sebab saya suka dengan keakraban mereka as friends. And keluarga masing2. Sahabat yg tidak pernah berputus asa membantu dan memberi nasihat di mana perlu. Tidak pernah masuk campur secara berlebihan urusan peribadi sahabat yg lain dan tak merampas hak sahabat yg lain. Keluarga yg extremely supportive dan tidak berpihak pada sesiapa. Jika ikut sikap Aaira, mmg 2* sahaja saya beri. Saya tak begitu suka pada orang yg treat people indifferently just because that someone is better than the other. She is too judgemental and kurang sabar. Tegas tak bertempat. To her Aryan is better off with someone else. Which is unfortunately so true. Sebabnya, Aryan jelita dan kaya whereas Aaira hodh dan hidup sederhana sahaja. Sikap Aaira juga tidak seiring dengan umurnya. Malangnya saya tak nampak pun watak protagonist lain yg lebih hebat selain Isya. Thoriq juga yg untung.

Coming from this author, Bibik Millenium still rank top on my list followed by Siti dan Polis Comel sebab ada keseimbangan dalam kematangan, lebih bijak dalam mengharungi kehidupan walau ada sikit kemelesetan dan sedikit kekecewaan ketika membuat keputusan. Kira tidak begitu perfect tapi tidaklah begitu hodoh dan overly childish sikap watak2nya. Tidak lupa juga Cinta Zara which ranked 3rd on my list. Yg lain saya rasa ia lebih sesuai untuk pembaca young adults. Saya sudah lama ketepikan novel Tukang Masak Cik Mafia. Belum ready nak baca selepas Supir Pujaanku.
Profile Image for Puteri Nurcahaya.
160 reviews12 followers
April 15, 2019
I love the story line...hehee...

Agaknya mmg trend ak suka buku yg heroin dia ada support system kuat, bila hero buat pasal...😆😆😆

Heroin jnis mulut xde filter, tp bersebab..biasanya kita nampak bila ada seseorng tu benci sangat dengan sesuatu ,maksudnya ia berkait rapat dengan trauma masa lalu and itu membuatkan dia mempunyai ' low self esteem'...thats what happen to heroin..😅😅😅

Hero jnis dia nk ,dia akan dapatkan walau mcmana susah sekalipun... Tapi satu klmhn dia, "cinta" , because, he is too perfect mmbuatkan cinta dia sellu tersungkur di tengah jalan..😂😂😂perfect pun kena tinggal...nasib badan...hahahaa

Langau..hurm..langau dia pandai buat rancangan rapi..mcm ada talent jd spy pulak..haha..tp mental..kesiannnn...😒😒😒

Ak suka cerita ni ,sbb nampak kematangan writer pada perkembangan plot yg makin tersusun and x nampak tergesa gesa...and xada tetiba satu benda muncul macam magik... 😍😍😍😍😍😍

What do i love the most? Brotherhood dorang , hero ada kawan2 yg sangat adil....and berpihak pada org yg dianiaya...and... Still x jejaskan hubungan persahabatan dorang..

And i bygkan heroin tu mcm ain edruce or adik fasha sandha..hahhahaaa..sbb kulit sawo matang..tapi dua2 ada lesung pipit..hehehe...😜😜😜😜😜

Congrats writer..its been a long time since i read ur book....hehe..good luck!! 😘😘😘😘😘

Btw, i beli jugak buku you can call me a monster..hehe...😍😍😍😍😍
242 reviews11 followers
December 6, 2018
Best buku ni. Santai ja baca. Misteri siapa yg stalker aira Dan Aryan and the geng Dan memusuhi mereka. Aira yg hitam Manis, sering dimarah neneknya Yang tak suka aira Yang berkulit gelap.aira selalu dibandingkan dgn Erina Yang berkulit putih. Aryan Yang sangat jelita jatuh suka dengan aira Yang hitam Manis. Macam-macam jelah Aryan lakukan untuk kahwin dengan aira.
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews74 followers
December 12, 2018
Best! Message yang baik disampaikan. Pertama, tentang mensyukuri nikmat Tuhan. Kedua, semua manusia diciptakan sempurna lalu jangan menghina atau menafikan kehendakNya. Ketiga, setiap jodoh itu milik Tuhan dan akhirnya, kasih sayang dan saling memahami itu asas rumah tangga dan persahabatan. Itu adalah antara beberapa tema yang diutarakan dalam nashkah ini. Cerita ini adalah kisah bagaimana Aryan Yusuf Lee, seorang lelaki yang serba sempurna, bertemu dengan jodohnya, Aaira Zulaikha, seorang yang gelap bagai buntut kuali dan mempunyai rambut macam maggi. Mereka melalui berbagai dugaan serta rintangan dalam alam rumah tangga mereka kerana sikap dengki seorang Tengku Lily. Namun, Aryan dan Aaira dapat sama2 menangani semua itu kerana adanya sahabat serta kaum keluarga yang sangat menyanyangi mereka.
38 reviews1 follower
June 29, 2021
🌟5🌟
Aryan,Aaira.. pergh!! Aryann memg lelaki idaman betul la..🤣 tercair kitew.. haa.. kan best kalau ada betul² kat luar sana lelaki yg boleh terima perempuan seadanya.. hahahha.. lol.. for me i like his character.. dia bijak pulak tu,, dia pikir dulu sebelum bertindak.. memg umph la!🤣 and i like his buddies too.. klau nk bgitau nama, sy tk ingt.. HAHAHAHA.. kisah kehidupan Aaira sngtla menyakitkan hati yer dengan nenek yg tk serupa nenek, sepupu pon sama.. mengutuk jer kerja mereka.. Cerita Aaira hampir sama dengan cerita saya..🙈 tpi yg tk sama terus tu, Aaira dah kawin, sy single lgi!! HAHAHAHAHA...

novel ni jalan cerita dia smooth jer.. ad la sikit.. biasalah kalau tkde benda umph tk best.. dan sy dpt agak ye cerita sedikit.. dan dri awal² lgi sy thu Arin tu Lily.. yelaa siapa yg tk pasan kalau dah dia jer yg gila dlm citer ni.. HAHAHAHA.. ohh yg pling tkleh blahh la an.. si Aaira tu betul² pi pnggil Aryan 'B'.. ingtkan gurau² jer.. adehh.. bunyi sedikit menggelikan yer.. HAHAHA..tpi biasalaa pendapat org berbeza.. sy buleh husnuzon yg tu.. kalau dunia real memg tak arr! HAHAHAHA GELI DHOO! kalau nk pnggil, pnggil je laa masa berdua jer.. ni depan semua org pnggil 'D' dan 'B' hahahahahaha..

Apapun, saya sukaaa sngt cerita ni! pretty sure laa sy terjatuh hati dengan Aryan AHHAHAHAHA.. 5 sekawan tu semua hebat².. watak Isya pon bnyk memainkan peranan au..
Profile Image for Rina~.
272 reviews9 followers
May 7, 2020
Buku ni kalau baca waktu sekolah dulu mungkin aku akan bagi 5. Kalau nak baca pasal seorang lelaki yang menunjukkan rasa sayang dia secara terbuka dan banyak, ye ni buku tu. Kalau buang bahagian2 sweet tu confirm pendek je buku ni.
1 review
November 30, 2019
Lelaki yg kat muka depan tu siyes hnsem n cute. Jadi aryan mmg cute . Cerita dia sangat sempurna la. Rasanya kat Syurga je kot boleh mcm tu. klo in reality mmg takde terjadi kat dunia ni .
7 reviews
January 15, 2019
best. tapi klau watak2 lebih dikembangkan lagi menyerlah. sbb I suka sgt dgn hero heroin. sbbnye bila i baca scene dorg, dh masuk dlm dunia dorg, tiba2 jadi tertunda sbbnye setiap bab rasa cam sikit x puas perasaan feeling tu nak sampai. n mungkin if novel ni lgi tebal mgkn I bagi 5 star. dh lame I tggu heroin gelap n hero Putih nsem.. heroin wajah biasa2 je. kalau lebih pnjg cerita dorg. mesti lebih best sbb idea penulis sgt menarik. xpuas baca tau. hope sgt penulis akan buat sekuel. nak lagi pasal dorg ni.. minta maaf klau buat penulis terasa. I just bagi pendapat je sebagai pembaca.
Displaying 1 - 12 of 12 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.