Jump to ratings and reviews
Rate this book

The Reason

Rate this book
Dia… Adalah wanita yang menyayangi diri sendiri biarpun satu dunia tak mahu menghargai. Namun, saat dia mula mencintai; Ammara robek hati sendiri dengan begitu kejam. Dia tertipu dengan cinta fananya. Air mata jatuh tak terseka tetapi lelaki itu pergi begitu saja tanpa menoleh buat kali kedua. Lelah dia mencari sebab tapi akhirnya, dia pujuk hati untuk terima.
“I tak paksa dan I takkan rosakkan masa depan you. But I need at least an answer. Boleh tak you bagi jawapan?” - Ammara
“No!” - Eqram
Sepatah jawapan Eqram telah membunuh jiwanya. Ammara tunduk menyesali salah sendiri. Kerana itu dia bangkit bila hadir seorang puteri bernama Nur Amaris menemani perjalanan begitu sukar bahana beban kesan dosa silam. Namun, setelah lima tahun... Pintu yang selama ini tertutup… Terkuak. Adakah ini juga sebahagian hukuman untuknya?
“Then, patut ke I remind you balik? Perlu ke I bagi tahu you parut pada tubuh you, yang you sendiri mungkin tak tahu…” - Eqram
“Berapa kali nak cakap, bukan saya. Dan tolong tutup mulut awak tu. Jangan cakap kotor dengan saya, Mohd Eqram!” - Ammara
Lelah dia berlari. Puas dia elak. Tapi, takdir terus menguji.
“Saya memang suka awak sejak pertama kali, Ara. Saya sudi jaga awak dan Amaris.” - Eqwan
“Saya tahu awak baik, Eqwan. Tapi, segalanya tak mudah untuk saya…” - Ammara.
Ammara akhirnya menerima pinangan Eqwan kerana dia yakin, dia juga berhak bahagia. Biarpun Ammara tahu, Eqram tidak mahu dia menjadi isteri kepada abang lelaki itu.
“You said no… To me. I betul-betul perlukan you dulu, Eqram. Setidak-tidaknya, you bagi satu sebab kenapa you buat I macam tu…” - Ammara

“I don’t have even a reason back then. I dah cakap dekat you yang I jahil. I yakin you pun sama dengan I. For me, you dig your own grave by choosing me. But now... I have that reason, Ammara. And the reason... Is you...” - Eqram
Pengakuan Eqram telah menghambat mimpi ngeri yang selama ini menghantui Ammara. Dia akan bahagia bersama Eqwan. Dia yakin. Seperti kata Afina… Bahagia itu akan datang tidak lambat dan tidak cepat, tapi pada masa yang tepat. Kerana dia pernah gagal merancang; kali ini, dia hanya serahkan segalanya pada Tuhan yang menentukan. Apa saja ketetapan, sepenuh hati dia akan terima.

576 pages, Paperback

First published November 1, 2018

18 people are currently reading
345 people want to read

About the author

Rehan Makhtar

43 books1,032 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
85 (30%)
4 stars
118 (42%)
3 stars
55 (20%)
2 stars
15 (5%)
1 star
2 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 56 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,023 reviews377 followers
December 1, 2018
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM14. Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.

Let me start by saying that this is not a fun read. But I do not mean that in a bad way.

This is very drama heavy. Dari awal sampai habis. But that is what makes it so addictive, so silap N sebab baca time hari bekerja. Dua malam berturut-turut N tidur lewat sebab susah betul nak stop baca.

Most of the time bila baca novel, I find myself disliking watak perempuan utama tapi N suka Ammara kerana dia bukan seorang watak yang flashy. To some extend, I would say that she is anti-social yang hanya mahu teruskan hidup dengan selamat tanpa mengganggu dan diganggu orang lain. I love her character so much that I support her every decision.

Except for her final decision untuk

As I was typing this review, N baru sedar betapa susahnya nak review novel ini tanpa membocorkan jalan cerita. So, therefore, kalau nak baca review ini sepenuhnya, you have to read it at your own risk.



Highly recommended!
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
December 11, 2018
Akhirnya...

Dah lama sangat dah aku rasa tak baca novel yang mampu bermain dgn emosi aku sampai tahap bergenang air mata, dan akhirnya The Reason...

Buat mata aku berkaca... 😢

Gila, aku rasa karya Rehan Makhtar kali ini terlalu bermain dgn emosi. Terlalu sedih, sangat-sangat sedih. Watak Ammara tu haa... Aku tak tahu nak cakaplah dia ni perempuan jenis apa. Lima tahun tanggung derita seorg diri, hukum diri sendiri.

Kejamnya seorg Eqram.

Memang, memang masa itu dia masih mentah, baru berumur 21 tahun. Yang cuma dambakan keseronokan. Tapi, kenapa perangainya begitu teruk? Habis madu, sepah dibuang dia perlakukan Ammara. Kalau dah dia meluat sangat dgn Ammara yg duk terkejar-kejarkan dia, tak perlulah sampai tahap sehina itu dia permainkan Ammara. Ammara tu... Suka sangat kat dia sampai segala-galanya dia bagi pada Eqram. Tapi Eqram tinggalkan dia selepas dia dpt segalanya.

Mulut berjanji macam-macam, tapi sudahnya tiada satu janji pun dia tunaikan buat Ammara sebelum dia pergi.

Lima tahun berlalu...

Giliran Eqram pula rasa segala derita. Memang padan pun Ammara berkeras hati dgn dia. Disebabkan apa yg dah terjadi lima tahun lepas, Ammara tak sudah-sudah hukum dirinya dgn meletakkan salah itu pada bahu dia seorg. Dia tak salahkan Eqram, cuma dirinya.

Dan biarpun Eqram dah lukakan hatinya dgn begitu teruk, Ammara tetap masih cintakan Eqram. Sejak dulu, hingga kini. Sampaikan resit lama yang tertulis nama Eqram pun masih disimpannya.

Apa-apa pun, aku gembira dgn penamatnya. Sbb Eqram yg dulu bknnya Eqram yg kini. Dia dah matang, dan layak bersama Ammara. Kali ini, barulah dia benar-benar cintakan Ammara, bkn kerana nafsu lagi.

Eqwan, Afina... Kedua-dua watak ini pun mampu buat aku rasa sedih. Sedih dgn nasib Eqwan yg akhirnya terpaksa berkorban dan mengalah. Dan semestinya sedih dgn kepergian Afina, kawan baik Ammara.

Jujurnya, aku rasa tak puas baca The Reason. Memang best dan memuaskan hati aku sangat. Aku memang suka dgn cerita yg bermain emosi mcm ni. Walaupun konflik cerita ini berat, tapi disebabkan olahan yg berjaya memainkan emosi aku, tak terasa lelah pun nak habiskan. Senang cakap, aku memang boleh 'pergi' dgn karya Rehan Makhtar yg ini, berbeza dgn #Hurt dulu, yg mana lelah sungguh aku rasa nak habiskan, dan sungguh #Hurt langsung tak kena dgn selera aku. Aku tak suka.

Harapnya karya terbaru RM akn dtg nanti pun best mcm The Reason ni😍👍
Profile Image for Sha889.
141 reviews22 followers
August 22, 2019
Walaupun dah beberapa hari dalam status currently reading tapi sebab mood membaca sesat ke lautan dalam,stop kat prolog je.lepas 2 malam baru berjaya habiskan.sebab RM,diberi keistimewaan untuk potong que.hehe

Macam biasa,stail RM takkan reveal konflik macam tu je.sikit demi sikit baru dapat bayangan tu.mula2 agak konfius tapi pastu baru dapat rentak dengan teknik flashback dia tu.

Agak berbeza dengan novel2 RM sebelum ni.biasanya hero heroin jatuh cinta pandang pertama n diorang punya chemistry tu kuat. Dalam novel ni Eqram pada mulanya adalah seorang yang sangat menjengkelkan atau boleh kata jahat kot. Ammara pula terperangkap didalam kisah silam mereka dan menghukum diri atas dosanya. Kisah cinta mereka bermula selepas 5 tahun perkenalan pertama. So saya rasa kurang chemistry sikit pasangan ni berbanding pasangan novel RM yang lain.

Sejujurnya awal2 tu saya mengharapkan Eqwan yang menjadi heronya.tapi ya lah agak tak adil untuk Eqwan dan Ammara pulak ternyata masih menanti Eqram. Rasanya ni first novel RM yang saya tak berapa boleh nak suka dengan heronya. Walaupun masa mematangkan Eqram tapi kesan perbuatannya tu haihhh susahnya nak lupa macam tu je. Ammara pulak tipikal heroin RM - seorang yang kuat tabah dan sentiasa sedar diri.

Pasal Amaris pulak,someone dah spoiled kan kenyataan tentang Amaris jadi dah kurang elemen surprise untuk saya disitu.

Apapun still enjoy! Masih karya RM yang ada pengajaran,ada jiwanya.
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews30 followers
January 22, 2021
Membaca The Reason yang ditulis oleh Rehan Makhtar ini membuatkan aku tersepit antara aku nak suka atau aku tak suka.

Personally, aku tidak berapa gemar dengan konflik yang berlaku tetapi apa yang membuatkan aku teruskan pembacaan ialah garapan yang dibuat oleh penulis sangat menyentuh dan pandangan yang berbeza.

Kekuatan lain yang ada dalam The Reason seperti pemilihan perkataan, penggunaan ayat yang puitis, dan mesej-mesej tersirat yang cuba disampaikan oleh penulis juga antara perkara yang menarik yang aku tak boleh tolak. Ada elemen flashback yang kemas.

Kisah antara Ammara dan Eqram ni sebenarnya banyak mengajar aku tentang betapa pentingnya, seseorang itu ada dan firm dengan prinsip dalam apa yang kita nak buat, supaya kita tahu bila masa kita patut terus berlari, mengejar atau kita patut perlahankan langkah dan berhenti.

Keseluruhannya, aku suka The Reason sebab banyak buat aku fikir dan self-reflection. Tahniah Rehan Mahkhtar! Semoga lebih banyak menghasilkan karya-karya yang dipenuhi rasa.
Profile Image for zairaidah.
407 reviews40 followers
September 10, 2021
Berat sungguh la hati ni. Kalau baca karya RM memang menangis sungguh2 saya ni dibuatnya. Setelah lima tahun Ammara bagi saya macam sengaja seksa diri sendiri. Ye tahu, dosa silam tu, dia salah kan diri sendiri. Menyesal. Dah dia yang pilih nak hidup cara tu biarkan lah...

Eqram yang dulu, hanya tahu keseronokan duniawi dan bangga dengan kelebihan dirinya. Masa ni saya rasa hubungan Ammara dengan Eqram macam kakak dengan adik. Maksud saya macam Eqram tu adik angkat. Dan Ammara sangat2 lah terpesona dengan Eqram ni sampai terleka dan terbuai. Bila dah terlajak tu bukan boleh undur balik masa tu. Eqram pulak sangat lah selfish.

Patut la Afina tu cuma muncul dalam kisah lima tahun yang lalu. Mula2 baca tu memang confius la mana satu ye. Ni masa sekarang ke? Ni masa lalu ke? Dan saya ni memang dah fikir Nur Amaris tu anak mereka berdua.

Di penghujung cerita, dah macam2 ye kata2 nasihat dan dorongan untuk Ammara. Eqwan tu, patut jadi Afina versi lelaki untuk Ammara. Susahnya nak pujuk minah ni. Last sekali terus setuju ye Eqram ajak kahwin. Tasha pulak tak boleh nak dibenci sebabnya dia tak menggedik. Hahaha...

Tapi keseluruhannya memang best.
Profile Image for Tiara Sapphire.
160 reviews6 followers
December 10, 2018
bagi aku isu dan emosi yg dibawa dalam novel ni agak berat dan dari awal aku dah boleh teka apa yg terjadi antara Ammara dan Eqram cumanya agak kecewa juga dengan heroin bila tahu senang sangat Ammara percaya dengan janji budak macam Eqram ni.

paling mengganggu aku dalam novel ni ialah banyak sangat flashback, selalu tak sedar bila latar masa berubah kadang kena repeat balik sebab nak make sure Ammara ni tengah flashback ke apa.

sebenarnya aku susah nak terima heronya Eqram sebabnya aku lebih suka Eqwan tapi kadang rasa tak adil juga buat lelaki yg terlalu baik macam Eqwan so at the end redha je la dengan pilihan Ammara sebab dia pun berhak hidup bahagia daripada terus menghukum diri sendiri atas kesilapan masa lalunya.
Profile Image for Pips.
219 reviews30 followers
August 21, 2019
Tahu, 2* mungkin terlalu sedikit. Kebiasaannya, Rehan Makhtar tidak pernah mengecewakan.
Tapi kali ini, maaf. Tidak bagiku.

1) Saya agak sensitif bila melibatkan hero yang mana lagi muda pada heroin (oh no, not my story).

2) Atas alasan no. 1, saya biarkan lama di rak buku. Jadi, setelah lama tinggal, nak sambung balik tu rasa macam dah tak ada ‘wow factor.’
Atau, kasar sangatkah kalau saya cakap, agak meleret?
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
May 28, 2019
27 - 2019

NOVEL : The Reason
PENULIS : Rehan Makhtar

Novel ini dah lama dibeli. Tapi dibiarkan tidak dibaca dek kekangan masa. Akhirnya, novel ini dipilih untuk mengisi masa lapar dan dahaga. Gitu...

Siapa yang tidak sakit, pabila lelaki yang dicintai rupanya hanya menginginkan tubuhnya? Lebih parah, lelaki itu hilang pergi tanpa khabar, membiarkan dia terkontang-kanting mencari bahagia. Tapi, Ammara percaya bahagia memang tidak ada untuknya. Sehinggalah lima tahun berlalu dan dia bertemu mata kembali dengan Eqram. Rasa sakit yang mula pudar mulai bernanah kembali.

Tiba-tiba muncul Eqwan, si abang yang cuba memberi sinar bahagia buat Ammara. Atas dasar kawan, Ammara terima Eqwan dalam hidupnya. Sehinggalah antara mereka mula berjanji untuk mengikat tali pertunangan. Namun, bahagia buat Ammara mula pudar bila rahsia hitam itu terbongkar di hadapan keluarga Eqram. Sudahnya, memang tiada bahagiakah buat Ammara?

Rehan Makhtar masih berjaya membuat hati saya jadi tak tenteram, terpusing-pusing bak kata Sajat. Tibe... Namun, bagi saya kepedihan itu sebenarnya pada watak Eqwan. Bagi saya novel ini berjaya mengetengahkan watak perempuan yang benar-benar 'hilang' masa depannya. Memang terasa kepedihan Ammara. Secara totalnya, novel The Reason ini memang menarik untuk dibaca dan boleh saya kategorikan sebagai naskhah 'berat'. Yang tengah stress, hilangkan stress dulu. Karang makin stress pulak. Haha... Tahniah buat Rehan Makhtar!
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
January 23, 2019
4.3 star

Puas bermain dengan emosi. Sedih. Geram. Semua bercampur.

Tak sah kalau novel Rehan Makhtar tak mempunyai heroin yang cekal & tabah.

Ammara sangat tabah dalam menghadapi dugaan hidupnya. 5 tahun menanggung perit seorang diri. Kalau aku di tempat nya entahla apa yang terjadi.

Eqram, kalau aku jumpe dia ni memang berkecai la muka. Serius. Bodoh tak boleh nak ajar. Dah taknak dekat Ammara tu, tak payahla nak rosakkan hidup Ammara.

Serius lepas semua terbongkar, aku sedih giler.

Afina, teman baik Ammara. Tempat Ammara mengadu & meminjam bahu. Pergi tinggalkan Ammara.

Walaupon novel ni agak 'berat' tapi ia sangat menarik.
Profile Image for airareadz.
101 reviews15 followers
February 20, 2025
okay, hati dah tenang sikit.

The Reason membawa kita lorong gelap yang menyedari kita, kita hanya ada kita. walau macam mana pun godaan datang, jagalah maruah dan harga diri sebagai perempuan. dia merayu melutut sekali pun, ingat kita ada Dia.

Kisah yang ini mencengkam hati saya. betapa pedihnya bila Ammara jatuh ke lembah kegelapan itu, mencari balik erti kehidupan dan harga diri yang dibuang ketika itu. tak mampu bernafas kerana menahan sesaknya dada bila membaca apa yang berlaku.

setiap manusia di muka bumi ini, pasti akan melakukan kesilapan, walau sekecil zarah. Ammara menghukum diri sampai 5 tahun untuk membersihkan dirinya, akan dia ingat sampai mati kesilapannya itu. Ammara tak salahkan sesiapa melainkan diri sendiri. dia tutup diri dari orang luar untuk kenal. bila datangnya Eqram kembali, hatinya mula goyah walaupun abang Eqram, datang mengetuk hatinya. ada si kecil yang perlu dijaga, dan hati yang perlu dibalut semula.

Keras macam mana pun Eqram cuba menangi hati Ammara, Ara tak mengalah. dia kunci ketat-ketat hati dia. sampailah... ha nak tau baca hihi.

Eqram yang hilangkan diri muncul semua dengan versi baru. dia pergi membiarkan Ammara terkontang-kanting.Selepas 5 tahun, Am bukan lagi si playboy yang hanya inginkan keseronokan. tolonglah ek, grovel scene dia 🤌🏼🤌🏼🤌🏼 pada awalnya, memang red flag dia menyala tapi lepas 5 tahun tu, fuhhh 🙂‍↕️ tak jadi nak marah. terus jadi Eqram Defender! 👀 Eqram tak pernah putus cuba untuk tunjukkan dia bukan lagi yang lama, dia tak mengalah sampai satu masa dia rasa terduduk. tak mampu buat apa-apa.

kisah mereka, mengajar kita jangan biarkan diri hanyut dengan keseronokan dunia yang sementara dan lupa akan Dia. Menghukum diri itu perlu, tapi tahu juga bahawa kita berhak bahagia. cukuplah dengan mengejar cinta Dia kembali.

i'll say its a typical clichè storyline buku melayu, tapi yang membezakannya ialah cara penulisan kak Rehan yang sedap & jalan cerita yang lancar. walaupun lirik lagu yang tiba tiba ada hujung bab agak threw me off guard, saya tetap suka 🙂‍↕️ tambahan throwbacks yang mungkin rasa 'eh? ni throwback ke?' tapi tak mengganggu pembacaan.
Profile Image for missy12.
14 reviews2 followers
April 8, 2019
4.5✨

Cantiknya cover!

Selain dari nama penulis kegemaran ada di situ, saya juga amat sukakan cover novel ni.

Apa yang saya suka tentang novel ni?
Kalau sudah penulisnya Rehan Makhtar, pasti saya akan dapatkan kerana beliau merupakan penulis kegemaran walaupun ada beberapa karya beliau tidak menjadi kegemaran. Tertarik dengan blurb tentang Amaris dan perebutan antara Eqram dan Eqwan.

Tak pastilah kenapa ada yang menyatakan kelainan dari segi penceritaan untuk The Reason ni. Puas saya carik tapi masih tak dapat kenal pasti mana kelainannya.

Berbalik kepada cerita, masa mula membaca, mungkin akan blur sikit tentang cara penulisan samaada flash back atau masa kini tapi bila dah lama lama, dah dapat grab pattern penulisan macamana.

Saya rasa dekattt dengan cerita ni. Kita masing masing ada cerita duka yang kita rasa menyesal sampai sekarang. Betapa kesalnya Ammara sampai meruntun hati saya sebab saya sendiri rasa perasaan tu dalam kehidupan sebenar walaupun bukan dari perbuatan yang sama.

Kalini, RM tampil dengan kisah watak heroinnya yang menyesali khilaf diri sendiri hampir keseluruhan cerita tanpa ada banyak babak sangat dengan hero. Mungkin itu kelainannya? Haha saya masih lagi takpasti apa lainnya. 😅

Overall, saya suka kisah sebegini sebab rasa lebih dekat dengan diri sendiri. Dan saya suka bahasa yang simple digunakan dalam karya ni berbanding karya beliau yang lain.

Terima kasih RM untuk satu lagi kisah hebat. Moga bermanfaat.
Profile Image for Khai Adeen.
73 reviews5 followers
February 12, 2021
Bacaan pertama di bulan Februari. Mula2 rasa confused sbb teknik flashback antara bab. Then ok bila dah dapat tempo 😀.

Eqram, si hero dlm buku ni lain sikit daripada hero dlm buku2 RM yang pernah dibaca. Kematangan Eqram ni lambat datangnya. That is to say after 5 years. Kenapa? Yang tu kena la baca sendiri 😬. May be RM nak bagitau yang masa boleh mematangkan seseorang. At least dlm novel ni.

Ammara, si heroin yang tabah, berani dan sabar mghadapi kesulitan hidup yang bukan sedikit. Dunianya sengaja disempitkan sbb takut kecewa lagi. As usual, haruslah ada twist iaitu pasal seseorang yang amat dekat dengan Ammara.

Novel ni bikin aku teringat pada kata2: "There isnt any wound that time cannot heal."

Syabas RM sbb kudapat pengajaran daripada novel ni 👍😊
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,334 reviews67 followers
August 1, 2022
[BOOK 158]

The Reason by Rehan Makhtar.
.

Yeayyy..bacaan pertama Ogos. Okayyy..this gonna be a long read ya.
.

Betullah orang cakap, perempuan lebih sukakan lelaki badboy berbanding lelaki yang baik kan? Lelaki baik biasanya akan di friendzone dan jadi second lead je, contohnya dalam Kdrama. hahaha
.

Okay, sebenarnya aku baca buku ni tanpa sebarang expectation. Well, walaupun ni ialah buku RM, tapi rating kat Goodreads tak cecah 4 pun tau. So, aku baca dengan tenang-tenang je. Tak expect la pulak yang aku akan fall in love with it.
.

Cerita ni rasa dekat dengan diri aku. Mungkin sebab kita semua pendosa. Dosa besar yang kita lakukan, akan sentiasa 'hidup' dalam diri kita walau sejauh mana kita cuba lari dan bertaubat.
.

Ammara, gadis berusia 28 tahun, memiliki kerjaya, rumah, kawan yang diimpikan. Yang kurang, ialah cinta. Dan silapnya, dia menjatuhkan cintanya pada seorang lelaki yang salah.
.

Eqram, lelaki berusia 21 tahun, barista di coffee shop, lelaki yang menggunakan ketampanannya untuk melukakan hati wanita. Dan wanita yang dilukai itu ialah Ammara.
.

Dan kerana satu kesilapan dan dosa yang dilakukan, Ammara hidup dalam rasa bersalah dan menutup dirinya daripada bahagia. Sedangkan Eqram, bahagia menjalani hidupnya.
.

Dan 5 tahun berlalu.
.

Mereka kembali bertemu. Dan kalini, ada Amaris sebagai penghubung. Berkali-kali Ammara menjauh, berkali-kali jua Eqram mendekat.
.

Mampukah Ammara kejar bahagianya setelah 5 tahun hidup dalam rasa bersalah? Mampukah Eqram membetulkan semula kesilapannya?
.

Mula-mula baca, aku kagum dengan ketabahan Ammara. Aku boleh faham apa yang dia rasa. Boleh nampak betapa terlukanya bila lelaki tu tinggalkan dia setelah menabur janji. Rasa macam sedih sangat bila Ammara tersilap langkah. Rasa macam nak marah Ammara sebab rasa terkilan, kenapa Ammara sebodoh itu.
.

Dan aku benci Eqram. Sumpah, masa awal buku ni, rasa macam, eh tak gunanya dia ni. Lepas tu, bila Eqram dah insaf sikit, dia jadi cam persistent orangnya. Duk beria nak masuk semula dalam hidup Ammara. (Masa ni kan, aku biased. Kenapa dalam novel Checkmate, Han perangai sebijik camni, tapi aku suka. Tapi dalam ni, aku benci Eqram)
.

Lepas tu, after all the hustle, eh tetiba Eqram ni jadi Nel dalam novel Sugar. Alaaa..tak sukalah. Tetiba jadi pasrah pada takdir la pulak. hurm
.

Overall, aku suka buku ni walaupun berat pengisiannya. Konsep reda. Semua best kecuali dalam 10 bab terakhir tu, dragging pulak.
.

Otherwise, love those moments yang Eqram try to catch up semula what he was missing all this while. Especially part awal-awal Ammara sukakan Eqram, tapi Eqram kerek je bolayan.
Profile Image for Eisya.
187 reviews4 followers
June 15, 2025
Cerita kali ni kurang feel sedikit bg saya. Tu yang lambat sikit nak habis. Kesian dekat ammara…sampai hati am layan ammara sampai macam tu sekali. Habis madu sepah dibuang. 5 tahun ammara menderita… lepas 5 tahun baru mereka bertemu semula. Kenapa masa tu baru am nak terkejar-kejar ammara semula…geram betul.😤
Profile Image for Mslvoe.
2,041 reviews197 followers
August 12, 2025
Sorry penulis

I’m not happy that Ammara chose Eqram. F rasa she deserves to be with another man... someone yang genuinely be good to her and Amaris.

With everything Eqram did, betullah cakap orang tua²... habis madu sepah dibuang.. ermm.. terasa hinanya hidup Ammara. Camtu je Eqram blah. It’s heartbreaking.
Profile Image for Safiya Mieza.
26 reviews2 followers
January 10, 2019
Saya suka sangat dengan jalan cerita nie. Lain dari yang lain. Memang bengang giler ngn Eqram dari awal sampaila dia jatuh hati kat Ammara. Macam macam dia buat untuk bersama ngn Ammara, tapi Ammara tak dapat maafkan kesalahan dia.Padan muka Eqram..

Finally, happy ending for Ammara, Eqram dan Amaris.
Profile Image for Siqahiqa.
594 reviews106 followers
April 1, 2019
Ammara, wanita yang tidak mampu menahan dirinya daripada jatuh cinta dengan Eqram yang jauh lebih muda daripadanya. Ammara 28 tahun dan Eqram 21 tahun pada ketika itu. Ammara yang terlalu mencintai telah hilang segalanya lantas menanggung kesannya seorang diri. Selepas 5 tahun, Eqram kembali dan menjadi seorang lelaki yang faham erti tanggungjawab dan baru sedar akan kesilapan diri. Eqram sudah berubah dan mula sedar akan cintanya pada Ammara sudah berputik sejak 5 tahun lepas cuma tidak diendahkan. Dan kini, Eqram pula yang menerima hukuman di atas kesalahannya dulu. Merayu kasih Ammara.

Buku ini mengajar kita bahawasanya tidak ada orang yang suci daripada kesilapan. Ammara dan Eqram melakukan dosa besar dan bertaubat atas dosa tersebut. Betul-betul bersungguh untuk membaiki kesilapan lalu. Allah Maha Pengampun dan masih memberi peluang kepada mereka berdua untuk sekali lagi meletakkan cinta ke jalan yang diredhai Allah. Ketentuan Allah itu tepat dan Allah pertemukan mereka lagi dalam keadaan mereka yang lebih bersedia.

Apa yang paling menganggu dalam buku ini adalah terlalu banyak flashback mengenai Ammara. Sampai aku keliru ini flashback or waktu nyata. Satu lagi, nama watak yang digunakan. Keliru juga (pada mulanya) untuk membezakan watak Eqwan dan Eqram. Agaknya penulis memang suka nama adik beradik yang lebih kurang sama, seperti dalam novel Objection, Zafiq dan Zariq. Cuma beza satu huruf saja. Aku lebih prefer kalau nama totally berbeza. Senang sikit nak ingat watak 😅

Aku suka dengan pengakhiran buku ini. Simpati dengan Eqwan tapi benar apa dikata, lelaki baik untuk wanita baik. Mungkin ada wanita yang baik di luar sana yang sesuai untuk Eqwan. Sabar ye Eqwan :)

Rating: 3.5/5 🌟
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
April 22, 2019
Note : Sis nak jual buku ni dengan harga RM15, yang berminat boleh PM sis..

Kecewa dengan novel ni.Mula2 baca dah pening dengan watak, Eqwan, Eqram... confuse. Pastu terlalu bnyak flashback nya. Sampai confuse ini scene flashback ke tak. Awal2 baca tu memang lost dalam cerita ni, macam tak boleh nak ambil feel lagi. Then terlampau details sangat cerita pasal si Ammara ni yang tak habis2 benci diri dia sebab kesalahan dia yang lalu. Balik2 asyik scene dia nangis...nangis dan nangis..Adoi, bosan.Rasa macam draggy sangat cerita ni.Tapi jalan cerita ni memang lain dari yang lain. Sis memang kecewa dengan cerita ni. Tapi gigih gak nak habiskan sebab nak move on dengan novel lain. So tak bnyak bintang untuk ni.
Profile Image for nrrafitah.
117 reviews4 followers
June 4, 2021
Lockdown book 1 ☑️ 4.5 🌟

Fuhh, agak berat ya cerita ni. Lelah jugak nak habiskan sampaikan ada yang i lompat lompat sikit huhu (walaupun i ni jenis yang tak akan tinggal walaupun satu huruf)

Overall cerita ni pada awal awal tu agak lost dan meleret sikit ceritanya tapi sampai di tengah dan belakang fuhhh main jiwa betul 😭 i am totally speechless!!

Apapun best!! Awalnya cadang nak jual buku ni tapi rasa tak jadi pulak. So simpan untuk koleksi peribadi dan nanti nak re-read balik yey!!

RM will always be one of my fav author ❤️ I wish akan ada sambungan buku ni dan i guess maybe sequel about Eqwan pulak? Why not kan? Nice jugak tuu🤭

Goodjob RM!
Profile Image for noveeechim.
37 reviews1 follower
August 18, 2022
sejujurnya. novel ni mmg buat aku speechless. pain dia tu, fuhlamakk. PAINN sangat2!!! aku dh tak tahu nak cakap macam mana lagi. sebaiknya baca sendiri. berat. 500+ je pages tapi BERAT. berat dengan emosi. kesian. sangat kesian dengan watak ara. why ara whyyy. eqram, such a jerk. novel ni buatkan aku kejap sana kejap sini. eqram. permulaan mmg setan. dh bila sedar tu, hmm...... okaylah. kalau aku jadi ara. mungkin aku x pilih eqram nor eqwan. i choose my own happiness. for me, happiness x semestinya dengan pasangan kan? we have our own happiness gitu. for me la. HAHAHHA. utk ammara, u really such a strong woman. really. how? how you stand strongly for 5 years? when everyone leave you alone? jaga amaris sorang2. ... seriosuly. kalau wujud ammara ni aku nak sangat bagi pelukan hangat. tell she that she deserves the world. jangan terlalu hukum diri :). please, ara T_T. i feel bad for it. gara2 dua lelaki. haih. apapapun, thanks RM. your book berjaya buat i nangis. selepas lili buat najah, novel ni berjaya buat aku nangis. thanks a lot. im not gonna reread this. mungkin sikit tpi fuh x kan kot. sebab aku tgk balik tadi, baca sikit. terkenang bebbbbb. terkenang pain segalanya. 1 hari baca, mana taknya aku nak pain pain. if u loves pain book, this is for u. but if dont want, please dont. buku ni tiada moment sweet/indah atau romance ya. aku ulang, PAIN. dah sekian terima kasih. berikan waktu nak moveon. boleh murung aku bila igt novel ni

dah byeeee. terima kasih buat kepala otak aku hilang semalam 😭😭😭😭😭
Profile Image for Madam Lola.
213 reviews37 followers
June 21, 2019
Rasa nak cubit jer budak RM ni. Seperti biasa seorang RM x pernah mengecewakan. Tapi kali ni.. ML rasa nak cari jer RM. Nak cubit jer dia ni...



Apa yg ML suka tentang The Reason.



1. Complete. Mmg RM x pernah lari element mainan perasaan dia. Mungkin pd setengah orang agak berat. Jiwa yg sakit... Tp it ok for me. Mmg nampak mcm RM.



2. Zina, taubat, penghijrahan. Yup... Hanya silap sekali x menjadikan seseorang itu jahat


Apa yg ML x suka.


1. Byk sgt flashback... Boleh dikatakan sgt berselang seli dgn masa kini. Kdg2 ML terkeliru.. Ni waktu yang mana. Terkini atau flashback.

full review : https://limauasam.blogspot.com/2019/0...
Profile Image for mrsbudu.
94 reviews12 followers
December 3, 2018
Well. Done.
Penulis belum pernah gagal berkarya.
Olahan jalan cerita yg menarik.
Sampai penghujung baru tau kisah sebenar.
Profile Image for Iqa.
142 reviews4 followers
August 11, 2022
I don’t really like this one. Not sure why, maybe because there’s not enough grovelling scene from the ml. 😅.

Typical though. We women are hati tisu and buta once we love someone.
Profile Image for Aezra.
108 reviews16 followers
February 25, 2019
Acuan emosi yang masih sama dan masih berada di landasan yang lama. The Reason sebuah karya yang sarat emosi namun, seperti yang dikatakan penulis masih selesa dengan penceritaan yang sama seperti novel-novelnya sebelum ini seperti novel #Hurt. Bahasa yang digunakan kemas. Cuma jalan cerita agak membosankan.
Profile Image for HH.
15 reviews1 follower
January 13, 2019
Penceritaan yg sangat baik !
Profile Image for N.A.N.A.
214 reviews5 followers
November 23, 2022
Novel ni bagi saya tak berapa nak ummph sgt. Sbb banyak yg keliru bila part flashback tu. Uhuhu. Sorry RM
Profile Image for Elurine.
77 reviews2 followers
January 24, 2025
Genre– angst, melodrama
Tropes– she fell first & he fell harder, sec chance, strangers to lovers, one night stand

First thing first puas ya grovel scene dalam ni. Amik ko sampai ke hujung grovel 🤣 hujung betul ammara terima am. Nasib ko lah am, siapa suruh buat anak dara orang macam tu mmg mendapatlah. Jujurly, mmg rasa nak maki je am ni awal awal tu tapi tulah kita ni manusia biasa mudah lemah dgn pov lelaki 😭😭 tapi sumpah tak tipu awal awal tu mmg agak keji ya perangai am tu, org tu dah menderita 5 tahun pastu engko dtg buat ayat yg mmg patut kena lempang 😇

Underrated novel, unexpected plot twist. Sumpah cakap tak expect betul plot twist dia 😭😭 pastu hujung tu macam dah takde harapan si am ni tapi nasib baik member tu tak mengalah. Apa yg ammara sentiasa doakan tu termakbul dan mmg diorang ditemukan pada waktu terbaik masing masing 🥹 character dev yg mmg jelas ketara. Dua dua berubah ke arah yg lebih baik. Am yg tak betul (aku geram sgt dgn dia ni) tu boleh berubah jadi baik? Siapa sangka kan. Ammara yg tak pernah sekali lupa akan dosanya. Kisah silam hitam tu betul betul menghantui hidup dia sekian lama. Tak pernah sekali pun dia beri peluang utk dia sendiri bahagia. Tapi itu bukan alasan yg sebenar sbb dlm hati dia dah ada someone. Hangin jugak aku baca awal awal buku ni 😭 engko dah menderita lepastu kau boleh senyum ingat laki tak guna tu 😩

Watak paling slay sekali dlm ni mestilah enita. Rasa puas ya bila am tu kena lempang dgn nita. Bukan nita je geram dgn am tu, yg membaca ni pun geram sekali. Eloklah hujung tu nita bagi ayat berapi, kalau tak melepas lagi. Am ni nak kata lebih kurang mcm Ziyad TUA tapi dia version lagi tak guna. Puas baca ending cerira ni walaupun awal tu expect sad ending

Sesekali baca buku ml merah membara ni best gak 🤣 bosan jugak baca novel ml green flag pastu kadang tu cringe 😭 so pilihan yg tepat baca buku ni. Jarang saya sanggup habiskan buku dalam satu malam sbb saya lebih pentingkan tidur HAHAHAAHAH tapi buku ni berjaya buat saya baca nonstop sbb nak tahu apa yg jadi plus sbb am tu tetiba nampak hot 😭😭 buta warna kejap dgn am ni. Nak marah tapi sbb character development dia tu cepat sgt. So tak jadi nak marah sbb member tu mmg insaf betul. Dia pun sanggup je nak jadi ayah express which is mmg tak sangkalah budak barista perasan hensem yg dulu tu boleh berubah jadi sangat matang.

Character dlm ni semua pun tidak menyakitkan hati sbb yg menyakitkan hati tu MC 😇 rasa tertanya tanya apa jadi dgn eqwan tapi paling nak tahu apa jadi dgn hafiz. Tolonglah author buat cerita hafiz. Rasa mcm menarik pulak kalau ada cerita hafiz yg kena cop ust tu 🤣 agaknya kalau ada cerita hafiz tu partner dia tasha HAHAHAAHHAHA pastu mak mak dalam cerita ni pun lurveee mmg baik. Ingatkan ammara tak baik dgn umi dia tapi baik je sebenarnya walaupun umi dia tak tahu kehidupan ammara tapi umi dia baik! Mak mak dalam ni sangat husnudzon dgn anak masing masing tu yg am tu elok makan penyepak 😇

Buku ni serius ada vibe TUA 🥹 bukan sebab watak am yg hampir dgn Ziyad tapi kata kata dlm ni sangat bermakna, makan dalam 🥹 cuma yg bezanya masa baca TUA saya nangis tapi buku ni tak nangis. Quotes dlm ni mmg membuka mata hati, memberi kesedaran yg leka 🥹🫶🏻🫶🏻

Personal rating: 5/5 🌟
Profile Image for yaenareads.
51 reviews1 follower
November 16, 2022
Kita tak akan pernah sendiri. Akan ada hati-hati yang sudi menyayangi dan menghargai.

Tak banyak penulis akan berani menekankan perkara-perkara dalam cerita ni.

-heroin lebih tua.
-jarak umur hero dengan heroin sangat jauh.
-penzinaan.

Bermulanya dengan janji manis, semuanya berubah. Kerana cinta, dia hilang. Kerana nafsu, dia ditinggalkan.

Lelaki dengan kata-kata manis amat berbahaya. Kecuali Kuca. Eh! Haa tapi betul. Perempuan pula cepat terleka dengan manisan. Lebih-lebih lagi daripada sang pujangga hati. Yang susah nak digapai pulak tu. Semua sanggup.

"I need you.." -Eqram

Tapi dengan silap satu itu saja, menyebabkan dia mengunci dan menjauhkan diri daripada manusia.

"Lupakan dia sepertimana kau lupakan Tuhan semasa buat dosa." -Afina

Ya. Dia cuba untuk move on. Namun, takdir berkehendak lain. Sekali lagi, menguji Ammara dengan kehadiran lelaki yang cuba untuk dilupakan.

Makin ditolak, makin takdir dekatkan mereka. Akhinya dia tewas, menerima aturan takdir.

Cerita ni kalau heroin dia dengan second lead pun saya sokong🫂 sebab hero dia sangat red flag ye!

Lagi satu kan, bila baca kan kita rasa duk kat situasi Ammara tu. Allahuu, mohon dijauhkan dalam dunia nyata ni. Takut😭

Susah betul nak bagi rating kali ni ya. Rasa nak bagi 3 tau tapi banyak betul pengajaran dalam buku ni. Semua watak main peranan yang memuaskan. Second lead tak berlebihan. Walaupun terkena sikit second lead syndrome tu. Memang laa, second lead baik gila🥲 Lepastu pihak ibu-ibu jenis yang easy going.

Kiranya konflik cerita ni tentang masa lalu Am dan Ammara. Ingat ya, yang jauh itu masa lalu. Maka, jadikan masa lalu itu sebagai pengajaran untuk kita terus melangkah.

btw, ada fakta yang aku macam confius sikit tentang anak luar nikah.
Profile Image for Syafiqah Malek.
2 reviews2 followers
July 13, 2019
Novel:The Reason
Penulis: @rehanmakhtar
Penerbit:@karyaseni
Wan Ammara. Tidak mengharapkan yang lain, cuma mengharapkan cinta sucinya terbalas. Tidak menggantung harapan pada wang ringgit, cuma inginkan kebahagiaan dari anak muda 21 tahun, Eqram. Pada dia, pemuda itu punya segalanya untuk mengisi isi hatinya. Sehingga dia lupa, cinta pada Tuhan harus dijunjung berbanding cinta pada insan biasa.
.
Eqram. Kacak, bergaya, tinggi lampai. Ciri-ciri itu sudah cukup untuk membuatkan gadis terpesona. Dan dia menikmati hidup dengan pujaan dari para gadis. Sehingga dia lupa, ada hati yang mengharapkan keikhlasan dan tanggungjawab dari dirinya, namun dibalas sepi tiada jawapan.
.
5 tahun,bagi Ammara waktu itu tidak cukup untuk dia menebus dosa atas khilafnya di masa lalu. Sehinggakan dia merasa bahagia bukan miliknya lagi. Kecewa dan air mata menjadi peneman setia sejak sekian lama. Eqwan hadir menjanjikan bahawa bahagia itu boleh dimiliki andai dia tidak lagi menghukum diri.
.
Eqram kembali menghulur tangan untuk bertanggungjawab. Tapi tidak semudah itu bagi Ammara untuk menyambutnya. Sungguh Eqram tidak sanggup Ammara menjadi suri hati kepada abangnya, Eqwan. .
Adakah bahagia masih milik Ammara? Adakah rasa tanggungjawab mampu melenyap segala duka? Adakah keihklasan jawapan keoada segalanya?.
.
Tahniah buat Rehan Mekhtar kerana sekali lagi berjaya menulis cerita yang membuatkan kita merenung sejenak kehidupan. ⭐️⭐️⭐️⭐️
-
MM
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Miraeeei.
42 reviews7 followers
June 2, 2021
Kali kedua membacanya dan ya karya Rehan Makhtar jarang menghampakan pembacanya. Satu sisi lain utk karya The Reason ni, bila diketengahkan topik yang tidak asing lagi bagi kita. Penulis menceritakan, bagaimana zina itu boleh terjadi iaitu dengan adanya pertemuan antara lelaki dan wanita tanpa mahram ditempat yg tertutup. Seterusnya, penulis membawa kita menyelami hidup seorang yang pernah terjebak dgn zina ini. Bagaimana peritnya tohmahan masyarakat luar dan betapa sengsaranya si wanita yang ditinggalkan sepi oleh si lelaki. Walaupun telah berkali airmata taubat mengalir, kekesalan dihati tidak akan pernah hilang. Betapa peritnya pahit yang harus ditelan demi mendapatkan kebahagian yang sebentar cuma dengan kesilapan diri.

Antara quote yang menarik utk dikongsi bersama :

Dimana pun kita, aku tahu kita berbumbungkan langit yang sama. Beralaskan bumi yang sama. Malah, berkongsi rasa yang serupa. Biarpun kita tidak bersatu"

"Hidup ni, memang kita perlukan banyak sebab. Atau kita tak akan ada tujuan hidup. Sebab kita ni hamba Allah, kita kena jalankan kewajipan kita sebagai hamba. Sebab kita ni manusia yang lemah, maka pada Dia kita kena berharap bantuan dan kekuatan. Sebab kita ni manusia yang hina dan berdosa, maka pada Dia kita minta keampunan. Hidup ini memang bersebab."
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 30 of 56 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.