“What? I’m not gonna leave you here!” Aku kata kepada perempuan yang aku tak kenali. Perempuan tu berlumuran darah. Dia masih diikat dan badannya dibaringkan di atas katil stretcher. Aku cuba membuka ikatan di tangannya yang diikat ketat dengan katil tu.
Tiba-tiba aku dengar bunyi sesuatu yang diseret. Aku tahu benda tu benda tajam. Aku pusing ke belakang. Manusia berhud hitam datang ke arah aku.
Sejujurnya aku tak tahu nak tulis review macam mana sebab aku banyak rasa ketidak-puasan hati sepanjang baca Ghairah ni.
Jalan ceritanya menarik tetapi sayang, gaya bahasa dan penulisan yang digunakan terlalu santai sampaikan kadang-kadang aku rasa rasa macam tengah baca diari. Kadang-kadang rasa macam tengah baca rajutan di Twitter pun ada.
Secara jujurnya, mood membaca aku jadi makin merundum. Terlalu banyak ayat yang aku baca sepintas lalu. Dan agak menjengkelkan apabila penulis terlalu banyak menggunakan perkataan "hmm". Itu belum lagi ayat dan bahagian yang diulang berulang kali. Rimas.
Jadi, aku memang tiada niat untuk bagi rating yang tinggi. Cukup sekadar 2/5.
Secara ringkasnya, buku ini mengisahkan tentang Dani, seorang lelaki yang hilang ingatan dibawa pulang oleh Ara, seorang perempuan yang mengaku sebagai isterinya. Bersendirian di rumahnya setiap kali Ara pergi bekerja, Dani cuba menjejak semula memorinya. Tetapi apabila semakin lama semakin banyak cebisan memorinya kembali, dia mula meragui identiti Ara.
Sebuah kisah suspense thriller. Sepatutnyalah. Tetapi sepanjang tempoh pembacaan, aku lebih banyak ketawa daripada rasa berdebar baca buku ini. Gelagat dan reaksi Dani yang terlalu cepat panik bagi aku rasa melucukan. Mungkin juga disebabkan sebelum baca buku ini aku sebenarnya tak ada apa-apa jangkaan pun selain daripada hanya nak teroka lebih banyak karya penulis dan hasil terbitan penerbit lain, jadi aku tak ada masalah sangat dengan kekurangan unsur saspens itu. Dah tentulah, kalau lagi banyak bahagian yang mendebarkan cerita akan jadi lebih kuat. Tetapi sebagai kisah komedi pun boleh tahan juga. Atau mungkin buku ini sebenarnya memang komedi? Putar belit plot kat situ!
Lagipun dengan hanya menggunakan satu latar tempat sepanjang penceritaan, gelagat dan reaksi Dani yang melucukan itu membantu jugalah daripada buat aku rasa bosan sementara dia sedang mencari identiti sebenar dirinya dan Ara. Iyalah, sebab kadang-kadang bila sesetengah cerita yang berputar di tempat yang sama sepanjang cerita ini memang tak larilah daripada terasa seperti mengulang benda yang sama dan paling teruk akan terasa meleret-leret.
Bahasa yang digunakan dalam buku ini pun santai-santai aje. Kalau dah biasa baca buku terbitan penerbit alternatif, tak ada masalah rasanya nak biasakan diri dengan bahasa dalam buku ini. Ada juga terselit mencarut-carut dan kata-kata kesat sikit.
Jadi, kalau mencari kisah saspens thriller yang ringan boleh la kot cuba baca buku ini.
Ghairah mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Dani. Dia mengalami kecelakaan dan akibat dari itu dia amnesia. Terjaganya dari sedar yang dia tahu dia mempunyai seorang isteri bernama Ara. Yang juga sangat misteri orangnya. Selepas menerima rawatan, mereka pulang ke rumah. Dari situlah banyak perkara aneh terjadi. Apa yang berlaku seterusnya dan berjayakah Dani recall semua memorinya sebelum ini?
Saya rasa tercuit hati juga dengan perangai Dani sepanjang pencarian dia untuk mencari identiti diri. Dia mudah panik. Panik dia macam perempuan panik tau. 🤪 Dalam pada rasa tercuit. Rasa macam secara logiknya memang orang yang tak ingat apa-apa ni. Memang itulah tindakan natural dieorang dengan orang atau sekeliling. Perasaan bercelaru.
Tambahan, lama-kelamaan bila dia mula dapat mengorek satu persatu rahsia. Dia mula rasa paranoid dan semua benda dia rasakan tidak selamat di sekelilingnya termasuk bila berada dengan Ara. Ya. Dia mula mengesyaki Ara. Sebab Ara tidak telus bila dia tanyakan sebarang soalan. Jawapan Ara kebanyakannya meragukan. Hm.
Sedikit slow pacing - pengulangan scene tapi masih ada plot twist di penghujung cerita. Mungkin disebabkan latar tempatnya hanya 1 sahaja iaitu di rumah Dani. Jadi, sudah semestinya tidak banyak tempat yang penulis boleh bawa pembaca explore selain dari kawasan persekitaran rumah & di dalam rumah itu sendiri. Dani pula memang lepas dari balik dari hospital memang dia stuck dekat rumah tu.
Actually cerita Ghairah ni sebenarnya memang menyedihkan (pada akhir cerita). Tumpah seluruh simpati dekat 'orang itu' sebab macam mana dia struggle untuk memulihkan keadaan tapi semuanya sia-sia.
Fuh! Dari awal sampai akhir Siz rasa berdebar-debar baca buku ni. Jalan cerita yang sangat laju. Ikutkan, boleh habis baca buku ni dalam beberapa jam. Tapi Siz saja baca beberapa bab dan berhenti. Setiap bab mengandungi hanya beberapa mukasurat.
Ada scene² yang gory yang membuatkan Siz rasa mual sikit. Dah la baca sebelum tido. Nasib tak masuk dalam mimpi. Tak sanggup nak hadap walaupun dalam mimpi.
Jalan cerita yang menarik! Dani yang mengalami amnesia selepas terlibat dengan satu kemalangan terpaksa menjalani kehidupan yang sangat mencemaskan. Isterinya Ara sangat mencurigakan. Banyak benda² aneh yang berlaku di dalam rumah mereka. Terutama sekali pada waktu malam. Dani sering bermimpi buruk. Dia mula mengesyaki ada benda yang tak kena dengan Ara dan rumah mereka.
Plot twist? Mestilah ada.
Buku pertama oleh Zura Anwar ini telah adaptasi ke telemovie di Astro Citra.
Buku ni nipis je, tapi aku habiskan dalam 3 hari. Disebabkan, setiap hari, aku cuma baca dari pukul 6pm-8pm. Lepas tu, tukar buku lain. hahahah... Buku ni buat aku rasa seram sejuk. Dengan background bunyinya lagi. Aku ni dahlah penakut. .
Dani ni baru lepas accident. Lepas tu, dia amnesia. Tak ingat apa-apa. Yang muncul, hanyalah Ara yang mengaku sebagai isterinya. .
Lama kelamaan, Dani rasa pelik. Kenapa dia rasa Ara cuba merahsiakan sesuatu? Kenapa Ara macam nak Dani terus lupakan ingatannya? Kenapa setiap malam, Ara menghilang dari biliknya? Kenapa setiap malam ada bunyi pelik dari basement yang berkunci? Kenapa ada keratan akhbar wanita yang hilang, ditemui di garaj kereta? Apa sebenarnya yang terjadi? .
Hurm, psychopath is real. Rasa puas bila melihat mangsanya tak berdaya. .
Ghairah by Zura Anwar (Recommended) 249m/s . . First novel Kak Zura yang kubaca. Ghairah merupakan naskah sulung beliau. Sejujurnya aina tak pernah langsung membaca karya Kak Zura. Tau2 je dah lengkap koleksi😂. . . Kisah seorang jejaka bernama Dani yang mengalami amnesia akibat kemalangan yang menimpa dirinya. Akibat daripada itu, Dani tidak dapat mengingati memori masa lampau dengan sepenuhnya termasuk namanya sendiri. Kehadiran seorang perempuan yang mengaku dirinya sebagai isteri Dani sangatlah misteri iaitu Ara. Permulaan cerita yang smooth sehingga satu situasi di mana, Dani dibawa pulang oleh Ara ke suatu kawasan perumahan di hujung pekan. At this time, aku rasa something wrong dengan Ara ni😅. . . Pada mulanya Dani tak syak apa2 tentang Ara, tapi lama2 Dani merasakan dirinya dalam bahaya. Mungkin paranoid? Ditambahkan lagi dengan persoalan yang tak mampu membuatkan Dani mengingati masa silamnya. Ara seakan mahu menyembunyikan sesuatu. Apabila ditanya, ada saja jawapan tipu helah yang diberikan oleh Ara. Disitu bermula syak wasangka Dani terhadap Ara. . . Ketika aku membaca novel ni, persoalan yang aku nak sangat tahu iaitu mengenai bilik di basement, bilik di hujung rumah dan keratan2 akhbar tentang perempuan yang hilang? Ditambahkan lagi dengan kemunculan Lanny? Aris? Siapakah mereka? Arghhhh!!!😭😭 Plot twist yang tak disangka2, aku rasa aku yang mental sekarang ni hahahaha🤣 . . Setakat ni, Kak Zura adalah penulis kedua yang menerapkan sound background dalam penulisan beliau. First sekali Ariff Adly. Aina tak sure ada lagi tak penulis lain yang buat mcmni, tapi bagi aina, aina sangat suka dengan penggunaan sound seperti "Tuk! tuk! tuk!" , "Skrettttt" dan banyak lagi.. Aina suka kottttt😍😍😍.. Rse macam real. Kak Zura juga pandai menyusun ayat dari satu scene ke satu scene yg lain. Nmpk sangat kemas dan aina tak pening pun waktu membaca🤩. . . Rating: 4.5⭐ First impression kenapa tertarik dengan novel Kak Zura sbb semua genre psychothriller/mystery😍. Risikonya beli semua novel tanpa mengenali beliau terlebih dahulu. Tapi, semua keraguan itu dapat dihakis melalui novel ini😍👍🏻.. Congratsss Kak @zuraanwar_novel #elfbookstagram
Kisah kehidupan sepasang suami isteri yang tinggal nun jauh di pinggir kota. Mereka menjalani hidup yang normal sama seperti orang lain. Namun, selepas kes kemalangan yang menimpa sang suami, kehidupan mereka berdua mula berubah.
DANI mengalami amnesia akibat nahas jalanraya. Nasibnya baik kerana hayatnya masih panjang. Maka bermulalah satu fasa kehidupan baru yang mana ingatan dan memori hidupnya sama sekali hilang. Ara isterinya berusaha semampu daya untuk mengembalikan ingatan Dani.
Dani ditinggalkan bersendirian di rumah ketika Ara pergi bekerja. Dia mula meninjau setiap ceruk rumah dengan harapan agar ingatannya akan pulih seperti sedia kala. Setelah puas melakukan tinjauan, dia tidak menemukan apa-apa yang boleh membantu. Dani hampa.
Hari demi hari Dani mula perasan ada sesuatu yang pelik pada sikap Ara. Setiap tengah malam, Ara akan bangun menghilang entah ke mana. Kerisauan mula melanda hatinya. Dani meragui Ara. Adakah benar Ara itu isterinya atau bukan. Dia berasa seolah-olah diperbodohkan kerana masih belum dapat mengingati setiap perkara walhal sudah diberikan ubat.
Dani paranoid.
==
Penulisan dan gaya bahasa yang santai. Cuma terdapat sedikit pengulangan ayat dalam beberapa situasi. Ah its not a big deal la. Layan terus.
GHAIRAH merupakan karya pertama ZA yang aku anggap satu hasil yang bagus biarpun agak slow sedikit pada bab-bab pertengahan. Tidak menjadi masalah besar bagi aku kerana tidak mengganggu mood untuk terus membaca. Kemuncak cerita pula, part yang ditunggu-tunggu, iya plot twist. Penyampaian dan pengolahan idea tu memang terbaik. Bukan ZA lah kalau tiada unsur suspen, psiko, thriller segala dalam karyanya.
Ghairah sungguh baca novel ni🤣...permulaan cerita bagi aq watak dani kelakar n terhibur habis smpai kita boleh lupa yg novel ni seram thriller...tapi setelah beberapa persoalan dijawab, watak dani dari happy go lucky menjadi hehehe...itu korg kna baca lah...tapi plot twist dia bgi aq sangat baik ntuk first debut ni...sbb korg x akan sngka perangai seseorang itu boleh bertukar 360 sekelip mata...overall best n berbaloi ntuk dibaca👍
Kali kedua saya membaca karya penulis. Satu lagi bacaan mudah untuk saya. Jika mahu dibandingkan dengan telemovie, saya rasa membaca lebih baik dari menonton kerana kelemahan di telemovienya tiada monolog Dani sehingga buat penonton tertanya-tanya apa yang bermain dalam fikirannya dan psycho Ara tak dirasai sangat. Sekiranya ada yang nak menonton telemovienya, saya sarankan untuk membaca novelnya terlebih dahulu.
Dalam novel, watak Ara lagi nampak misteri dan dark. Penulisannya mudah dibaca kerana ditulis gaya fiksi. Awalan bab agak lambat tapi saya gagahkan juga untuk membaca. Pertengahan bab buat saya nak teruskan bacaan sebab satu-persatu misteri dah terbuka.
Mesej yang tersemat dalam novel ni adalah keadilan. Keadilan yang tak tercapai. Akhirnya, seseorang melakukan perkara yang melawan arus dengan takdir yang dapat memuaskan diri sendiri.
Bagi saya, tak semua pembaca akan suka dengan genre dan jalan cerita macam ni. Apapun, tahniah diucapkan kepada penulis kerana menulis karya baik.
Dah habis baca berbulan lepas, tapi baru sempat nak buat review. Sepatutnya buat review yang ini dulu sebelum Celaru 😣
Apa-apa pun, disebabkan novel inilah saya jatuh cinta dengan penulisan cik penulis. Memang dah pasang niat nak kumpul semua novel Kak Zura, tengah tunggu duit dan kesempatan je ni 😆
Bagi saya Ghairah ni cukup rencah dan rasanya. Latar tempatnya satu je, tapi cerita berjaya diolah dengan baik sampai tak menghasilkan rasa bosan pun. Misteri dan tanda tanya yang membelenggu, membuatkan kita rasa resah selagi tak habiskan pembacaan.
Elemen saspens yang ditonjolkan penulis memang bagi saya menjadi. Dengan perangai Dani yang kalut tu, ya ampun... tak membantu! 😂 Tak tahu nak ikut gelabah sekali ke atau nak gelak 😭😂
Walaupun saya dah boleh teka plot twistnya, tak bermakna cerita ini keseluruhannya mudah ditebak. Masih ada shocking element di sana sini.
Akhir kata, semoga cik penulis sukses selalu dan diberi rezeki ilham, masa dan tenaga untuk terus menghasilkan karya-karya yang hebat!
Genre : psychological thriller, murder mystery, unhealthy love obsession, psychopath
Buku ni mengisahkan Dani Yang mengalami amnesia yang berpunca daripada kemalangan kereta. Jadi, dia dijaga sepenuhnya oleh Ara sementara Dani cuba mendapatkan kembali memori lamanya. Tapi, pada masa yang sama, dia mengesyaki isterinya, Ara, sedang menyembunyikan sesuatu daripada dia. jadi Dani cuba untuk menyiasat rahsia yang Ara cuba sorokkan daripada dia.
Satu jer nak cakap, buku ni kau takkan dapat teka plot twist dia kat hujung tu.
Dia ada vibes Yang Sama dekat buku Fixi tajuk Gelap oleh Ariff Adly. Plot dia tak Sama, cuma vibes dia tu cam familiar.
Overall, suka giler ngan plot buku ni. Dia menarik, dia buat kau tak berhenti baca sampai habis. Ending dia, just nice ah. Benci giler sikit dekat watak tu tapi taknak spoil, korang kena bacalah.
Ghairah merupakan novel pertama Zura Anwar dan novel keempat beliau yang saya baca. Genre novel sama seperti karya-karya beliau yang lain.
Namun, novel ini kurang unsur saspen dan thriller berbanding Permainan Maut dan Sorok. Sesuai buat yang ingin pembacaan santai dan yang baru ingin membaca buku bergenre psiko thriller.
Latar tempat adalah di rumah Dani dan Ara dari permulaan hingga ke akhir novel. Penceritaan banyak memfokuskan kepada aktiviti harian Dani setelah dia hilang ingatan. Banyak kejadian mencurigakan dan Dani sedang cuba mendapatkan ingatannya kembali.
Seperti biasa, ada unsur plot twist di penghujung novel.
Ideanya segar — lelaki hilang ingatan dibawa pulang oleh wanita misteri yang mengaku isterinya. Plot bergerak perlahan di awal, kadang berulang, tapi tetap membuatkan rasa ingin tahu. Suasana creepy dengan bunyi-bunyi “tuk! tuk! tuk!” jadi kekuatan cerita. Watak Dani agak gelabah tapi twist di penghujung memang menjadi. Thriller psikologi ringan yang sesuai untuk bacaan santai, dengan misteri yang cukup buat meremang.
Infiniti love from me😆 berdebar gila nak habiskan,mula ii macam "Dani,cepat larikan diri dari rumah tu" lepastu lama ii Tiba ii "lah! Patutlah!". Act aku teka dari awal yg Dani tu ada kena mengena dengan kehilangan semua perempuan ii tu but still banyak yng Tak expect! Tak sampai satu hari pun habiskan.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Boleh tahan. cerita menarik. tpi saya bagi 3⭐️ disebabkan cerita berulang dan character Dani tu byk menolog sendirian. Ada sedikit slow. tpi okay.
lagi Zura Anwar berikan suspens yg tidak disangka2 kan .. mati2 igtkan Ara tu yg jahat tpi sebaliknya pula. Ada sedikit violence and gore dlm cerita ni juga cannibalism. Cerita tak la seram tpi more to geram sbb suspens tu lama nak sampai🤣
This entire review has been hidden because of spoilers.
Awal-awal baca buku ini rasanya biasa aja, dalam hati mikirnya ahh, cerita pasangan suami istri yg aneh aja. Tapi makin dibaca, perasaan Makin tegang, makin berdebar, mencekam. Apalagi pas bagian kejar-kejar dan sembunyi-sembunyinya, rasanya seperti ikut sembunyi agar tidak ketahuan. 🤭🤭🤭
Plot twist ?? Jangan ditanya, Tidak terbayangkan kalau ceritanya seperti itu !!!
Saya baca buku ni lepas baca buku Sorok, jadi macam ada high expectation gitu haha. Tapi compared to Sorok, buku ni lebih predictable. Mula-mula rasa menyampah jugak dengan Ara, yalah sebab baca dari sisi pandangan Dani kan. Tapi bila dah nak separuh tu, rasa ada sesuatu yang Ara nak sorok dari Dani. Tapi bukan benda buruk. Gitu. Maybe sebab dah selalu baca genre psychological thriller, so dah dapat agak yang watak Dani tu akan ada twist dekat akhir nanti.
This entire review has been hidden because of spoilers.