Jump to ratings and reviews
Rate this book

Puaka Bundle

Rate this book
Sedang asyik memilih baju di dalam guni, pak long dikejutkan dengan suara batuk kecil seorang lelaki. Berderau darah pak long apabila melihat seorang lelaki tua berpakaian Melayu serba hitam sedang berdiri di hadapannya. Pak long menelan liur, seram sejuk seluruh tubuhnya. Bila masanya lelaki itu ada di situ? Bunyi langkahnya langsung tidak kedengaran.

Namun, bukan kemunculan tiba-tiba orang tua misteri itu sahaja yang mendebarkan dadanya, kerana apa yang sedang berlaku di dalam kedai bundlenya adalah lebih menggerunkan lagi. Pak long dapat melihat berpuluh-puluh rangka manusia berpakaian lusuh dan koyak rabak sedang memenuhi kedainya. Rangka-rangka manusia itu sedang merayau-rayau, seperti pelanggan yang sedang melihat-lihat dan memilih pakaian yang dijual. Pak long hampir terkencing di dalam seluar apabila tiba-tiba semua rangka-rangka manusia itu serentak menoleh memandang kepadanya!

Kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.

128 pages, Paperback

First published November 1, 2018

2 people are currently reading
10 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (45%)
4 stars
6 (30%)
3 stars
5 (25%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
April 8, 2019
idea yang menarik. pakaian bundle. kita pun tak tahu mana datangnya, kan? tiba-tiba banyak melambak. bundle sampai sebungkal dan pembeli pukal yang ambik tu tak tau pun apa baju yang ada. itu yang sama terjadi pada pak long. ismail dan kemudian amri yang banyak membantu di kedai.

ada sehelai baju yang dipamerkan dalam cermin. ismail secara tidak sengaja menjual baju itu dan kemudian dia diberhentikan kerja. kemudian amri pula yang ambik alih semua kerja dalam kedai tersebut.

tshirt itu - konsert gun n' roses use your illusion world tour tahun 1992. lama juga, kan? baju inilah yang dijual tanpa sengaja dan mengakibatkan kecelakaan dan kematian pada yang membeli dan juga buat yang menjual.

ada kisah sebenar sebalik itu semua. nak tahu betapa saspennya sampai ada part pak long nampak tulang rangka yang shopping baju bundle, korang kena beli dan baca. mungkin ada sedikit susun atur yang agak longgar dari puan penulis Ayda Arianna but towards the end, sebuah kisah yang sebenar sarat pengajaran. untung Saidee Nor Azam ada geng menulis sama. Hehe...

beb, shopping kat bundle sebenar best. macam-macam jenis baju yang ada. tapi hati-hati ya!
Profile Image for SS.
522 reviews5 followers
May 13, 2019
Penulis yang merupakan isteri kepada novelis seram, Saidee Nor Azam ni rupanya ada bakat menulis cerita seram. Not bad. Tak expect pun yang sebenarnya cerita di kedai bundle boleh dijadikan cerita yang ada unsur seram. Normal la kan, kalau kita pergi ke bundle kita akan jumpa brg-brg rare.

Dalam cerita Puaka Bundle ni, baju T Guns N' Roses, Use Your Illusion World Tour 1992 menjadi sangat berhantu ya anak-anak. Sampaikan sesiapa saja yang membeli dan memakai atau org yang menjual baju tersebut akan terkena tempias. Banyak benda yg terselindung di sebalik semua yang terjadi. Orgnya dekat saja tapi kita tak nampak. Gituw! Terkesan jugak dgn beberapa perkara dlm ni contohnya surat merah jambu. Hm

Ini cerita mengenai 'itu' yang lari dari kebiasaan. Bukan mcm selalu org ceritakan. Sbb tu, ada sedikit kelainan la yang dibawa oleh penulis. Oh ya, sesiapa yg terinfin nak baca buku genre seram, tapi taknak baca yang tebal terus. Boleh la kot dapatkan siri ni. At least, korang tak sempat nak meremang bulu roma lama-lama, dah habis baca. Haha.

Lagipun, buku ni mmg sangat mudah untuk kita faham jalan cerita. Tak complicated.
Profile Image for Lanzz.
816 reviews26 followers
February 10, 2020
Sebuah novelet bergenre seram. Best jugak jalan ceritanya. Scene2 seram dan misteri ditulis dengan baik, mendebarkan jugalah. Endingnya pun memuaskan hati.

Mengisahkan tentang sehelai baju bundle berpuaka. Sesiapa sahaja yg memakai baju itu akan menemui ajal. Amri, seorang pekerja di kedai bundle yg menjual baju tersebut turut diganggu dengan gangguan2 mistik yg menakutkan. Apakah misteri di sebalik baju bundle tersebut?
Profile Image for Pak Badrul.
Author 4 books6 followers
April 21, 2019
Kisahnya menarik. Macam cerita hantu yang biasa jadi penunggu atau penjaga sesuatu barang. Dalam puaka bundle ni, barangnya sehelai t-shirt. Ingat! Jangan puja-puja atau seru-seru ni. Kelak nanti mengundang bala.
Profile Image for Mommy Farah.
362 reviews14 followers
August 5, 2022
PUAKA BUNDLE. Kisah misteri yang simple tapi tetap mendebarkan dan sarat dengan pengajaran. Mengisahkan sehelai baju tshirt yang dijual di sebuah kedai bundle mendatangkan kecelekaan kepada pembeli dan penjualnya. Rupa-rupanya ada kisah yang menyayat hati di sebalik tshirt tersebut. Tahniah penulis!
Profile Image for Sha Mohamed.
2,526 reviews1 follower
February 19, 2021
Semuanya berpunca dari baju yang tergantung didalam frame.. Bila dibeli, pemiliknya mula bertindak gila.. Malah yang menjual turut diganggu.. Rupanya ada perkara syirik yang dilakukan pemilik baju kerana tak dapat menerima takdir kematian.. Menarik olahannya..
Profile Image for Mira Ishak.
Author 10 books14 followers
July 23, 2019
Puaka Bundle. Cerita ni unik. Tahniah kepada penulis kerana dapat garap jalan cerita dengan baik, lebih-lebih lagi part mimpi dalam mimpi dalam mimpi yang ada di akhir-akhir cerita. Dengan aku-aku sekali tertipu dan berdebar.

Memang benar, perasaan kasih sayang terhadap seseorang itu mampu gerakkan diri kita untuk lakukan sesuatu di luar batasan, malah melanggar syariat agama itu sendiri. Terlalu banyak kisah-kisah seumpama ini berlaku di sekeliling kita, lebih dahsyat apabila bergelumang dengan ilmu hitam dan tiada rasa sekelumit mahu berhenti dan berubah.

Malah, untuk berkata reda serta menerima sesuatu takdir itu cukup payah sebenarnya. Cukup payah. I've been there. Jadi, thumbs up to the writer. Buatkan aku rasa nak baca banyak kali buku ni.

Dan pastinya, akan lebih berjaga-jaga untuk beli pakaian bundle selepas ini. hahaha.

Kena baca gais! Lebih-lebih lagi bagi pengumpul siri puaka dari Penerbit X! 😄
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.