Jump to ratings and reviews
Rate this book

Jangan Ganggu Jodohku!

Rate this book
Aliza tak pernah suka pada mana-mana lelaki walaupun tak putus-putus orang datang meminang. Jauh dalam sudut hati, dia juga seperti gadis-gadis lain, ada keinginan untuk punya pasangan dan berumah tangga. Namun, setiap kali hal kahwin disebut, emosinya akan berkecamuk dan jatuh sakit. Dan penyakitnya pula sangat aneh!

Entah macam mana, Aliza boleh jatuh cinta sakan pada Imran dan berkobar-kobar hendak berkahwin dengan lelaki pujaannya itu. Pelbagai cara dia cuba untuk memikat Imran supaya memberi perhatian kepadanya, walaupun penyakit anehnya semakin menjadi-jadi setiap kali dia cuba mendekati Imran.

Sayang sekali, cinta Aliza dipandang sepi. Malah Imran membalas dengan hinaan dan herdikan. Imran menuduh penyakit Aliza tak masuk akal dan Aliza sekadar berpura-pura untuk mengambil kesempatan terhadap keluarganya. Aliza dikatakan sakit mental!

“Tak sedar diri sungguh perempuan kampung tu, berani nak tackle I! Rumah dia tak ada cermin ke untuk cermin diri sendiri?” - Imran.

Sombong, berlagak, bajet bagus, poyo dan ego, gelaran yang sinonim dengan Imran. Mentang-mentang la tunangnya orang bandar. Lawa dan pandai pula tu.

Siapa sangka, wanita yang disayangi pergi meninggalkan dia ketika dia ditimpa musibah? Dan siapa sangka hatinya terbuka untuk mengahwini Aliza? Tapi, Aliza tiba-tiba tidak mahu berkahwin dengan pujaan hatinya itu.

“Aku tak nak kahwin dengan Doktor Imran! Dia tak segak, badan busuk, senyum macam badut… Gatal, miang!” - Aliza.

Tak sudah-sudah Imran yang sudah berubah menjadi lelaki baik itu dikutuk dan dimaki. Calang-calang orang, sudah lama angkat kaki. Namun, Imran tetap bersabar. Penyakit Aliza mesti dirawat. Itu tekad Imran.

Apa sebenarnya penyakit aneh yang dialami Aliza sehingga dia seolah-olah disumpah tidak boleh berkahwin? Setelah mengharungi pelbagai halangan, berjayakah Imran menikahi dan mengubati penyakit Aliza?

Temui jawapannya di dalam naskhah JANGAN GANGGU JODOHKU!

480 pages, Paperback

First published November 1, 2018

12 people are currently reading
85 people want to read

About the author

Umie Nadzimah

16 books172 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
32 (30%)
4 stars
32 (30%)
3 stars
31 (29%)
2 stars
5 (4%)
1 star
4 (3%)
Displaying 1 - 28 of 28 reviews
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
December 6, 2018
Kali terakhir aku layan karya UN tak silap aku masa tahun 2016, bukunya yg tajuk Tidak Pernah Sesal. Lepas baca TPS, aku dah stop follow karya2 dia yg lain. Bkn sbb tak berminat, tapi tak berkesempatan nak beli. Maklumlah, list buku2 nak beli panjang sgt, karya2 UN tak dan nak masuk beratur, hahaha.

Then semalam bila aku nampak 'Jangan Ganggu Jodohku!' kat rak buku, tgn laju jer menyambar tanpa fikir panjang dan bawa ke kaunter. Bayar, balik rumah, dan terus baca.

Bila aku dah start baca tu... aku pun macam, "aik? Buku ni pasal apa? Seram komedi ke?"

Nak kata seram, macam lawak. Nak kata lawak, macam seram. Adoiii... Tak jangka sungguh aku jln cerita karya UN kali ni sgt lain drp yg lain. Kisah mistik gituuu.

Jangan ganggu jodohku. Tjuk buku ni sebenarnya ditujukan kpd si saka. Hero dan heroin, kedua-duanya kena gangguan dari saka2 ni semua. Yg hero, saka si pesakit yg dirawatnya dtg menumpang. Saka Mak Cik Ratu Lempeng tu siap bercinta lagi dgn Dr Imran. Gila tak gila laa, kan. Itu laa, masa Sister Saleha awal2 lg beri nasihat sruh hati2 dgn mak cik ratu lempeng tu, tak nak dgr, tak nak percaya. Tunjuk perangai sombong, berlagak, poyo. Kononnya semua tu karut aih. Tp, sekali kena kat diri sendiri... Haaa memang padan muka sangat kat Dr Imran tu. Sombong lagi, kan.

Yg heroin pulak, lagi sadis. Bkn saka dr nenek moyang jer yg selalu rasuk dia, tp jin2 lain pun tumpang sekaki. Si Abu tu, jin paling rapatlah dgn Aliza, kawan Aliza dr kecil. Abu ni jin jahatlah, dia tak nak tgk Aliza kahwin dgn org2 baik. Dgn org2 tak beriman takpe laa, baru dia suka. Kalau Aliza tak kahwin dgn manusia jantan pun takpe, Abu sendiri kata dia suka Aliza dan nak Aliza kahwin dgn dia. Tak sedar diri punya jin. Ada hati nak kahwin dgn perempuan baik2. Kahwin dgn spesies dia sendiri tak nak pula.

Kisah buku ni sebenarnya byk cerita pasal gangguan saka2 ni semua laa. Cerita mcm mana nak buang saka tu, mcm mana nak rawat org kena rasuk, dan mcm2 lagi. Baguslah, aku suka sgt sbb penulis byk selitkan ilmu pasal gangguan jin. Dptlah juga ilmu baru bila baca buku ni.

Tp rasa tak puas hati betul sbb buku ni nipis sgt. Aku tak puas baca. Kalau tebal sikit lagi, lagi syok. Hehehe.

Apa2 pun, keseluruhannya memang best. Jln cerita tak bosan. Gaya olahan UN pun sgt santai, buatkan pembacaan jd smooth jer dan jd tak sabar2 nak habiskan cpt. Cumanya kalau nak mengharapkan ada byk adegan sweet2 tu... memang takdelah. Ada secoet jer. Kalau adegan lawak tu byklah. Lebih2 lagi scene Dr Imran dan saka mak cik ratu lempeng yg dlm hutan tu, tak boleh blah betul aku rasa mereka duk bahasakan diri baby-ayang, lepas tu mommy-daddy pulak. Gatal miang buluh punya saka. Dr Imran pun bodoh duk melayan😂😂😂
Profile Image for Tiara Sapphire.
160 reviews6 followers
December 11, 2018
Jangan Ganggu Jodohku kisah mengenai saka keturunan yg mahu diwariskan kepada pewarisnya. oleh kerana pewarisnya menolak, banyaklah onar yg dibuat oleh saka ni hinggakan tak boleh sebut langsung bab jodoh.

boleh cakap kisah seram juga kalau melibatkan saka tapi bagi aku buku ni lebih kearah komedi seram dan santai. nak cerita part mana yg kelakar pun tak tahu sebab dari awal lagi aku banyak gelak dari rasa seram bila baca buku ni.

overall, buku yg menarik dan menghiburkan.
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
January 17, 2019
Poyo, ego, berlagak dan bebal boleh digunakan untuk described Doktok Imran dan Nadrah. Berpelajaran tinggi tapi sungguh angkuh. Bila namanya orang Islam, haruslah kita percaya tentang mistikal creature namun jangan sampai taksub hingga jatuh pada syirik.

Adakah itu peribadi sebenar Doktor Imran? Saya rasa Nadrah's arrogance personality has rubbed onto him for a long time. Itu yg buat kerja 'Ratu Mak Cik Lempeng' mudah mempengaruhi minda Doktor Imran tambah lagi dia pada mulanya agak terlebih ikhsan pada orang tua. Ewww! So cheesy in a wayward way.

Putus tunang tak menjadi masalah setelah Imran sembuh. Takdelah terkejar2 seperti sebelumnya. Sekarang lain pula yg di kejarnya. Bukan hanya kerana simpati dan cinta tapi pada kecomelan Aliza.

Cerita pasal saka. Satu mewarisi melalui keturunan, lagi satu melalui gangguan. Aliza pula kedua2nya sekali. Saya suka pergaduhan manja Abu dan Aliza. Kelakar until Aliza kena sepak dengan Abu. Hehehe.

Saya tak boleh deny, ada part, ceritanya agak meleret2. Makan masa dan memenatkan untuk memulihkan pesakit dengan cara altenatif. Bila baik terkena lagi dan lagi dan lagi. Menjadi ribut menjelang hari perkahwinan Aliza dan Doktor Imran. Bila berjauhan dari rumah sendiri, Aliza semakin ok tapi bila pulang menjadi2 gangguan yg di terima.

Lelah juga bila ibunya kurang prihatin bab ni. Even Shahida, kakak pada Imran hampir putus asa. Ibunya sedar Aliza tak boleh balik ke rumah kerana hadirnya 'benda2' mistik, jgnlah die-die also wanna held the majlis kat rumah tu. Tak pasal meracau lagi. They did nothing initially untuk semak kawasan rumah dan juga dalam even after being told about that pokok besar. Kerana rasukkan menjadi2, baru ambil inisiatif untuk membersihkan kawasan keliling rumah Aliza.

Saya ambil masa juga nak habiskan novel ni sebab tempat saya bertapa untuk membaca tu tempat benda alah ni berkeliaran. Bilik termenung. 😅 Saya suka semangat Doktor Imran ni. Terang hati betul. Mudah dia menghafal surah2 dan istiqamah dalam mempratikkan amalan tersebut setelah mendapat bantuan dari Ustaz Hadhari. Overall, oklah. Menghiburkan dan tak seram. Saya ni penakutlah juga. Hehehe.
Profile Image for ωαη  ïzzαz.
56 reviews12 followers
December 27, 2018
Best nye😍.Disebabkan aku dah follow cerita ni dari dalam wattpad lagi,jadi aku mmg letakkan harapan tinggi lah.Dan ternyata,JGJ tidak mengecewakan aku langsung.

Kisah tentang saka yg menghantui hidup Aliza dan Imran.Saka yg ganggu Aliza ni saka dari nenek moyang dan jin yg duduk dekat pokok belakang bilik Aliza,Imran pulak saka dari Mak Cik Ratu Lempeng.Imran ni sombong sangat,skli kena terus jadi ustaz😂

Aku terhibur lah dgn perangai si Abu ni.Mulut dia mmg cakap lepas😂,tak padan dgn saka tapi ada hati nk kahwin dgn manusia,lepstu nak larang org kahwin pulak.Part Imran hilang tu lawak jugak.Siap guna nama panggilan mommy-daddy bagai😂

Apapun,banyak juga ilmu yg diselitkan tentang saka dan makhluk halus dalam buku ini.Semoga kita semua dapat beringat dan berhati hati lah tentang makhluk halus ni.🤗

#bukuterakhir2018
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
January 26, 2019
Membaca Jangan Ganggu Jodohku ini mmg sangat2 menghiburkan. Jin si Abu yg lucu walau perangainya jahat ya rabbi. Nama pon jin. Jadi ada je rancangan jahat dia x bg Aliza kahwin.

Si doktor Imran yg x pernah percaya akan gangguan saka ni selalu je mengambil mudah. Tapi bila diri sendiri yg terkena saka Makcik Ratu Lempeng, baru dia tahu yg penyakit itu bukan sakit mental yg perlu dirawat di hospital. Slps dia diculik oleh saka Makcik Ratu, barulah dia percaya akan rawatan alternatif dan mula melibatkan diri dgn aktiviti kerohanian agar dirinya tidak diganggu lagi.

Atas rasa tanggungjawab utk melihat Aliza pulih dan cinta, Imran berusaha utk mengahwini Aliza walau ditentang oleh Abu, jin yg lama bersahabat dgn Aliza. Akhirnya Aliza dpt juga dipulihkan slps 'barang' yg tersimpan di bilik Aliza dpt dihapuskan.

Sesekali jika dihidangkan kisah sebegini, kita akan rs kelainan dan fresh. Graf pembacaan mula meningkat dan keterujaan nk habiskan bacaan tu tersangatlah tinggi. Terima kasih kepada writter kerana berjaya membawa kisah cinta komedi seram. Genre yg agak jarang diketengahkan tetapi utk JGJ ini, saya sangat berpuas hati.
242 reviews11 followers
March 25, 2019
Best. Lain Dari yg lain. Novel ni tentang kisah Aliza yg diganggu saka nenek moyang Aliza Dan Jin abu. Saka aliA take msk thk Aliza kahwen. Sebut kawen ja mulalah Aliza di kacau. Aliza suka dgn dr.imran adik bis Aliza, shahida. Dr. Imran ni seorang Yang angkuh Dan sombong. Dia dikacau saka mak cik ratu lempeng.masa Imran disembunyi oleh saka mak cik ratu lempeng saya gelak sungguh-sungguh. Guna panggil mummy dgn daddy bagai. Cerita ni best. Take berani baca waktu malam.siang baru baca
Profile Image for Sha Mohamed.
2,528 reviews1 follower
December 20, 2018
Kelakar dan juga menghiburkan hati.. Itu perasaan Sha lepas habis baca novel ini.. Dalam masa yang sama novel ini berjaya bagi pengajaran hanya Allah yang patut kita takut dan jadikan tempat pergantungan.. Aliza yang didampingi saka dan juga jin, hingga menyebabkan Aliza sentiasa marah setiap kali dipinang.. Perkenalan tank sengaja denan Doktor Imran yang poyo berjaya menerbitkan perasaan cinta di hati.. Berjayakah saka dan jin dihalau?? Kenalah baca baru seronok..
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
December 9, 2018
3.8 star

Ni merupakan novel ke 2 yang aku baca karya kak Umie Nadzimah. Yang first aku baca Si Baju Kurung Kasut Kanvas.

Pada aku, kak UN berani buat sesuatu yang baru dalam gaya penulisan beliau. Daripada seorang penulis novel cinta beralih kepada novel mistik. Syabas.

Sejujurnya aku tidakla mengikuti karya2 kak UN sepenuhnya. Tapi setahu aku banyak jugak novel karya kak UN yang diadaptasi ke drama. Macam yang tengah hot sekarang Lelaki Kiriman Tuhan. Tapi seperti yang aku pernah katakan, aku tidak sempat nak menonton drama dek kerana anak kecil.

Back to JGJ, kisah mengenai Aliza yang terkena 'saka' tanpa pengetahuannya. Dia automatik akan 'dirasuk' apabila ada orang yang masuk meminangnya. 'abu' sejenis jin yang mengganggu Aliza. Tapi yang peliknya Aliza ni boleh pulak melayan ibarat seorang kawan, teman berbual. Kalau aku, kompem lari dah. Siap boleh bertenggek atas katil tu. Dahsyat.

Aku tak suka giler dengan watak hero, Imran pada awalnya. Serius watak bodoh sombong melampau. Tahulah doktor, tapi langsung taknak percaya perkara2 ghaib ni. Terlalh follow teknologi terkini. Mulut pulak..pergh kalah la makcik2 bawang lasernya. Dah terkena pada diri sendiri, barulah insaf & percaya perkara2 mistik ni.

Shahida, aku sangat suka dengan watak Shahida. Walaupon dea takde apa2 pertalian darah dengan Aliza, hanya seorang bos tapi dea sangat mengambil berat tentang Aliza. Shahida ni nak dijadikan cerita, kakak kepada hero sengal tu, Imran😆. Aku tabik la pada Shahida, ikhtiar cari ustaz yang mampu membantu Aliza. Memang caring giler la.

Sejujurnya, perkara2 mistik ni memang wujud. Cuma adelah manusia2 moden yang dah xpercaya dengan kewujudan entiti2 ni. Apa2 pon terserah kepada individu itu sendiri. Dah rasa, barulah anda faham 😊
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews69 followers
October 3, 2021
[BOOK 148]

Jangan Ganggu Jodohku! by Umie Nadzimah.
.

yeayyy..lega dapat baca novel ni dulu sebelum dramanya ditayangkan. Kalau tak, tak tahu zaman bila la nak baca novel ni nanti.
.

Bagi aku, buku ni best! Mungkin sebab novel ni pun straight forward and precise. Takde la meleret-leret. Takde scene sweet sangat sebab genrenya lebih kepada komedi seram. Tapi, takde la seram sangat. Aku yang penakut ni pun, still boleh baca pada waktu malam. Part komedi pulak, takdelah kelakar gila, tapi bolehlah nak senyum.
.

Aliza dan Imran. Kedua-duanya diganggu oleh saka.
.

Aliza ni sejak kecil dah berkawan dengan jin kat kawasan rumah dia tu. Tambah lagi, ada saka yang diturunkan kepadanya. Setiap kali ada yang masuk meminang Aliza, dia mesti akan menjerit dan membentak sebab jin yang bernama Abu dan geng nya tak suka kalau Aliza ni kahwin dengan lelaki yang soleh gitu.
.

Imran pula dapat saka tu sebab makcik tua Ratu Lempeng tu, duk berkenan kat Imran. Semua orang dah bagi amaran kat Imran, tapi Imran ni keras kepala. Bila dah disorokkan oleh jin saka tu, siap ber daddy mummy. euwww..
.

Buku ni seronok dibaca especially part mengusik tu. Ustaz tu pun comel je.
.

So, kalau inginkan kelainan, ala-ala komedi seram, boleh la baca.
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
December 15, 2018
Ceritanta kelakar seram. Aliza akan sakit bila ada orang meminang atau cakap pasal kahwin. Lama baru baik. Dr Imran pula seorang yang sangat kacak tapi ego melangit. Dia tidak percaya pada hal2 mistik. Tapi bila dia sendiri terkena dengan mak cik ratu lempeng barulah dia insaf. Dia mula untuk belajar perbaiki diri sendiri. Dia juga mula rasa simpati dan sayang pada Aliza. Bolehkah Dr Imran ubatkan Aliza yang telah lama menderita? Bolehkah Aliza berkahwin dengan pujaan hatinya? Apa akan jadi pada Dr Imran dan Aliza? Bolehkah mereka hidup bahagia seperti orang biasa selepas apa yang mereka lalui?
4 reviews
January 4, 2019
Cerita ni sebenarnya berat dan seram. Tetapi UN pandai olah dialog di antara watak2 dalam cerita ini termasuk si jin dan si makcik ratu lempeng tu dengan sangat baik hingga menimbulkan unsur2 jenaka. Banyak kali suami dan anak2 saya terkejut melihat saya pegang buku ni dan ketawa sendirian🤭. Jadi UN telah berjaya ketengahkan tema yang berat dengan gaya yang santai. Dalam pada itu ada juga perisian dan ilmu yang berguna di dalam buku ini. Saya sangat suka dengan buku ini dan mengesyorkan anda membacanya. Memang buku2 UN yg lain bagus-bagus tapi yg ni ada kelainan. Syabas!
Profile Image for Mimi [heyitsmeme06].
102 reviews10 followers
March 19, 2020
Habis baca lama dah, dalam 2 minggu lepas tapi lupa update sini. Nanti lah review bila rajin. Now tengah takde mood huhu
Profile Image for Nor Afizah.
12 reviews1 follower
April 10, 2019
📢📢📢Assalamualaikum ,hai selamat berhujung minggu nk share review saya mengenai novel Jangan Ganggu Jodohku (JGJ) dikarang oleh novelis terkenal kak Umie Nadzimah,baru sampai novel ni smlm kat opis hehehe.boleh baca sinopsis kulit belakang novel ni pada gambar dibawah ye😉

🤓J :- Jangan ganggu jodohku ni novel ke 13 kak UN kalau tak salah saya ,dan ada kelainan berbanding novel beliau yg lain kerana bukan kisah cinta semata tapi lebih kepada romantik,seram komedi.

🤗G :- Gadis istimewa bernama Aliza yg merupakan seorg yg baik hati,suka menolong,pandai masak diuji penyakit misteri yg menyebabkan dia susah untuk berkahwin.Dr .Imran yg wataknya masa baca teaser di wattpad dulu selalu je saya rasa 'annoying' dgn sikap dia tapi bertukar jd suka bila dia dah berubah hehehe nk taw lebih kena baca sdri ye😉.watak mak cik ratu kerempeng,abu,mak nah ,ustaz hadhari,p.su khalil,kak shahida , sister saleha,debab semuanya seolah² hidup ,macam tgk drama pun ada menyebabkan tanpa sedar lebih kurang 5 JAM saya dah menamatkan bacaan.

😘J:-- Jadi benarlah jodoh itu rahsia ALLAH,percaya dan yakinlah dgn apa yang ALLAH tentukan untuk kita,jangan sesekali menyekutukan ALLAH dgn sesuatu apa pun,tak rugi kita buat baik dgn org seikhlasnya kerana ALLAH Yang Maha Adil akan membalas dgn kebaikan yg kita sendiri tak menduga.sungguh banyak nilai pengajaran dlm novel ini,banyak part kelakar menyebabkan saya ketawa sorang² ketika baca.

😊P/s : tqvm y sudi baca review saya,tahniah kak Umie Nadzimah II atas karya y hebat ni,memang best 5 bintang dr saya.lupa nk cakap novel kak UN ni semua best tau antaranya jujurlah nikahi aku,kerana terpaksa aku relakan,dia..isteri luar biasa,cinta paling agung,Lelaki Kiriman TUHAN,dia,rindu y terlarang.
Profile Image for Adrieana.
37 reviews1 follower
January 18, 2021
Tak dapat disangkal lagi. Ini adalah novel pertama yang saya baca kerana sangat berbeza dengan novel yang lain. Hanya mengambil masa 2 hari saja untuk menghabiskan. Memang susah betul nak letak bila dah baca. Macam kena jampi pulak hahahaha. Genre komedi & seram.

Jalan cerita tak klise langsung. Memang Tak ada hero yang berjawatan CEO selain dari "abu" ladang getah. Watak Aliza pula memang seorang yang kelakar dan sopan. Bila kena rasuk memang sakit perut sebab asyik ketawa. Jalan cerita adalah totally different and tak boring langsung! Pembacaan pun lancar dan ayat senang untuk difahami.

Banyak pengajaran yang saya dapat dari naskah ini. Terutama sekali adalah dari segi ilmu agama. Banyak nasihat yang diterapkan yang patut kita sebagai umat islam ikut dan amalkan. Novel ni banyak memberi kesedaran kepada saya bahawa Allah SWT adalah yang Maha segala-gala-Nya. Bagus penulis terapkan nilai agama dalam naskah ini selain dari seram dan jenaka.

Tak rugi langsung bila beli buku macam ni. Memang berbaloi dan puas hati! Thankyou ❤️






Profile Image for Hani Suraya.
Author 7 books50 followers
March 5, 2021
Aku mula baca novel ni selepas suami dapat kerja menulis skrip drama adaptasi untuk novel ni. Katanya, novel ni lain sikit daripada apa yang dia sangkakan. Aku pun cuba baca dan ada betulnya juga. Aku pernah baca novel-novel keluaran sebegini, yang secara automatik dalam kepala aku ceritanya pasti tahap klise yang membosankan.

Tapi untuk JGJ, ceritanya tak ada pusing-pusing, fast-paced, dialog dan naratif yang menghiburkan. Cuma kadang disebabkan aku bekerja sebagai editor novel, ada bahagian yang agak repetitif di mata aku dan selalunya aku skip je.

Moga dengan habis baca JGJ ni, aku dapat baca lagi banyak novel cintan-cintun yang lain (untuk luaskan lagi bacaan untuk buku tempatan). Tentu sekali yang lain dan pelik sikit, kalau boleh. 😜
Profile Image for Mommy Farah.
363 reviews14 followers
January 23, 2019
Yeah. Novel pertama dibaca untuk tahun 2019.Novel kelakar seram pertama dari kak UN.Memang lain dari novel-novel kak UN sebelum ni. Kisah Aliza yang diganggu saka. Pantang dia kalau ada yang masuk meminang. Meroyan melolong lah Aliza tak nak kahwin. Tapi perkenalan dengan abang doktor poyo terus membibitkan perasaan cinta dalam diri Aliza.
Walaupun novel JGJ ni ada unsur-unsur humor tapi tetap menyelitkan unsur pengajaran kepada pembaca supaya sentiasa berserah kepada Allah dan sentiasa mengamalkan suruhan Allah untuk mengelakkan gangguan jin dan sebagainya.
Profile Image for Cik Yaya.
12 reviews
January 13, 2019
novel ke tiga saya baca dari penulis umie nadzimah . kali ini saya tak brapa puas sangat dengan jalan cerita yang di sampaikan . seolah2 mengisahkan tengan benda yang tak wujud , tapi saya hanya mampu ucap good job . most of all saya lebih suka karya umie nadzimah - Kerana Terpaksa . Aku Relakan - -Dia Isteri Luar Biasa -
Profile Image for Dara Oh.
23 reviews2 followers
February 14, 2019
Novel ni bukan type yg aku suka.
Cara penulisan bgus, xmeleret
Jln cerita pun act ok cuma bkn type yg aku suka.
Ade jgk part yg buat aku ketawa terutama msa ija kna rasuk n die ckp si imran tu ketiak busuk, mkn kerdas kencing paing..haha
Those yg suka novel love romantic story yg mebuai perasaan. This novel is not recomended.
7 reviews1 follower
December 21, 2018
karya penulis yang sangat berbeza dari karya sebelum ini . Tapi tetap best dan mengujakan . Genre seram campur kelakar giler . Dari bab 1 sampai bab akhir baca , asyik tergelak -gelak baca. Sangat menghiburkan .
13 reviews
Read
April 18, 2021
Maaf, jujur aku cakap aku penah stop baca masa tengah2 cerita sebab mcm sendu. Mungkin bukan genre aku kut tapi at last aku bacakan lah jugak bagi habis. Oh btw dengar novel ni akan diaptasi kan? Aku nak layan kat tv. Harap cerita lebih power dari novel
Profile Image for Aatieahmad.
30 reviews
June 24, 2019
Don't read this at night, alone, unless if you're okay with having goosebumps!
Profile Image for rara.
84 reviews7 followers
October 25, 2019
Lawak. Memang best, x rugi baca 😂
Profile Image for Nur Masturah.
20 reviews2 followers
July 4, 2020
Best. Saya jual preloved. Buku cantik lagi.
15rm tak masuk pos.
Profile Image for Ereen Yaacob.
7 reviews
August 23, 2020
Cerita yg lain dari karya beliau..kisah misteri yg membuat ku tak kering gusi..
Profile Image for ZK.
337 reviews11 followers
October 18, 2020
Kelakar la doctor Imran. Mummy daddy bagai
Profile Image for Nurul.
80 reviews3 followers
February 5, 2021
Best, cerita mengenai saka & ilmu hitam. Lain dari yg lain.
Profile Image for libraryofaisha.
61 reviews5 followers
June 18, 2022
Suka sangat the relationship between Imran and Aliza. Walaupun tak sweet tapi tetap comel. Kedua-duanya saling melengkapkan. Imran yang berusaha bersungguh-sungguh untuk sembuhkan Aliza dari 'penyakit misterinya'. Macam ii dugaan dan halangan yang dia terpaksa lalui dalam proses ingin sembuh. Bukan senang nak lawan dengan 'Abu and the gang'.

- Buku ni lebih kepada genre seram,komedi. Kalau you expect sweet yang tahap gula tu, then this book is not for you. Tak dapat dinafikan, bulu roma kita meremang bila baca part yang 'menyeramkan'. The plot twist at the end surprised me. One of the best books I've ever read!

- Korang kalau nak baca kisah Aliza dan Doktor Poyo ni, sila standby ya sebab nanti asyik banyak senyum, banyak ketawa dan banyak kesengalan yang menanti dengan gelagat Abu and the gang yang biadap ni💀
Displaying 1 - 28 of 28 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.