Chimera naga. Pernah satu ketika kewujudannya menggerunkan seluruh planet Anthreis.
Namun Ronar Kayzaer cuba menghidupkannya semula demi merampas takhta dari abangnya. Melalui teknologi kejuruteraan genetik, Ronar berjaya mencipta sang klon anak naga. Namun ciptaannya hilang kawalan lalu melarikan diri ke Bumi.
Ronar perlu segera menjejakinya semula sebelum sang anak naga itu dibunuh oleh Empayar Kayzaer.
Ataupun sebelum ia ditemui oleh mana-mana manusia yang membuat keputusan untuk membelanya.
Sebuah novel ringan yang memuaskan. Acip menggunakan bahasa yang mudah dan kemas. Plotnya juga tidak rumit untuk diikuti.
Ceritanya mungkin agak klise. But I personally think Acip did a great job. Mungkin kesederhanaan novel ini atas pilihan penulis sendiri dan dia sebenarnya lebih dari mampu untuk menghasilkan karya yang lebih gempak.
Chimera adalah novel ringan yang sesuai dibaca oleh seluruh peringkat usia. Kerana ia diterbitkan secara swaterbit, maka Chimera tidak dijual di mana-mana kedai buku
Novel ini boleh dibeli terus daripada penulisnya: Hasif Rayyan
Bacaan ringan yang mengujakan. Penulis berjaya menceritakan tanpa perlu meleret dan tanpa meninggalkan kelompongan sejarah lalu si Chimera. Walaubagaimanapun, jarang persahabatan yang sekejap boleh melahirkan rasa kasih yang mendalam. Mungkin juga sebab makhluk yang istimewa.
Buku kedua dari penulis yang aku baca. Buku ini lebih ringan dari Khayalan dari segi jalan cerita. Suka dengan gaya bahasa yang digunakan, mudah difahami. Illustrasi dari Gecho sangat membantu. Comel ya Long ni.
Bukan peminat fantasi. Tapi amat menikmati pembacaan novel ini. Murung sedikit bila habis baca. Novelnya simple, bahasa tak rumit tapi pengajarannya mantap.
Pertamanya, aku suka dengan pengenalan watak yang ditonjolkan oleh Hasif Rayyan ni. Kreatif. Percayalah, bila baca, aku akan selak muka depan semula untuk kembali lihat watak-watak yang tengah diceritakan ketika itu. haha.
Chimera ni aku boleh habiskan dalam dua-tiga jam sahaja berbanding buku Khayalan beliau, yang memakan masa lebih dua hari setengah. haha. Karya yang ini lebih santai namun ada mesejnya. Penceritaan yang sangat mudah dihadam dan ada sikit-sikit je sentuhan emosi yang diberikan. Syukurlah nok. Kalau lebih-lebih, kang menangis lagi aku. haha.
Mengisahkan seekor Chimera Naga yang telah diklon demi kepentingan peribadi. Chimera Naga ini dianggap dan dikenali sebagai makhluk pemusnah namun, telah melarikan diri ke Bumi. Benarkah makhluk ini sang pemusnah yang digeruni? Selamatkah Bumi kita ini???? haha. Kena bacalah sendiri, kang spoiler terhebat pula aku cerita nanti.
Aku harap genre fantasi begini akan lebih berkembang dan semakin meluas diterima umum. Menerima sesuatu yang kurang logik yang lahirnya dari asas pemikiran logik. haaaa.. amacam? haha
Kata penulis buku ini, karya ini tidak terhasil atas tujuan menjalankan misi dakwah tapi beliau percaya tiada cerita yang dihasilkan dengan tujuan sia-sia. Bergantung kepada apa yang dicari oleh pembaca dalam karya ini.
"Hakikatnya, pengajaran sendiri yang akan memilih sesiapa yang bersungguh mencarinya." - Hasif Rayyan-
Chimera ini memang ada mesejnya, kalian akan jumpa sesuatu dalam karya santai ini. Tak banyak, tapi cukup jelas apa yang ingin disampaikannya.
Boleh dijadikan bacaan santai. Seronok sebab ada selit-selit illustrasi jadi boleh la bayangkan watak-watak dan scene yg berlaku. Walaupun saya label as bacaan santai, masih rasa sedih juga utk babak terakhir 😭
Dan ya, buku ini sangat sesuai untuk bacaan kanak-kanak yang mana boleh memberi dorongan kepada mereka utk membaca.
Rasa macam baca komik! Kalau budak2 sekolah rendah nak dipupuk perasaan membaca. Mulakan dengan buku ni. Jalan cerita dia tak berbelit. Apa lagi ada illustrasi watak. Lagi seronok baca. Ending dia, sedih. Berharap ada Chimera Naga Terakhir 2. Mana tahu penulis nak hidupkan semula watak Long. Hihi.
Chimera Naga cuba dihidupkan kembali oleh Ronar kerana mahu mengambil alih tampuk pemerintahan. Namun dia berjaya meloloskan diri hingga terdampar di bumi. Di situ dia bertemu dengan Zaqwan malah turut diberikan nama.
SH suka sangat dengan watak Long yang comel dan naif tu. Teringat pula pada watak alien si Stich dalam Lilo & Stich. Babak makan tu memang buat SH tergelak terbahak-bahak.
Carita ini mempunyai pace penceritaan yang laju dengan penulisan yang mengasyikkan. SH memang terleka membaca naskah ni sampaikan hampir terlepas no giliran. Jalan cerita sangat menarik. Melibatkan dua dunia. Dunia realiti (Malaysia) dan dunia fantasi (Empayar Kayzaer).
Stigma masyarakat ni sememangnya ada di mana-mana. Malahan mereka di Empayar Kaysear juga punya stigma mereka tersendiri. Bagaimana mereka terlalu takutkan chimera naga dan mempunyai anggapan bahawa semua chimera naga bakal menjadi pemusnah. Dan kerana stigma ini mereka bermati-matian ingin membunuh Long.
Buku ini mengambil tempat di Planet Anthreis, sebuah perkampungan di tepi pantai Kelantan, dan minimally, Balai Cerap Observatori Langkawi.
Jika penduduk di Bumi dipanggil manusia, di Anthreis, mereka dipanggil Chimera. Dan mereka terdiri daripada beberapa bentuk. Golongan ‘bangsa’ pemusnah mereka ialah Chimera Naga, satu ketika dihapuskan.
Atas dasar ego dan tamak kuasa, naga tersebut diklonkan oleh salah sesorang anak pemerintah Anthreis. Sedarnya naga tersebut, memori lama beliau terus masuk dan terus melarikan diri, sampai ke Bumi, ke Malaysia, ke Kelantan. Ditemui oleh seorang anak berusia 12 tahun, Zaqwan. Bapanya, En Halim merupakan seorang yang mahir dalam bidang ruang angkasa bekerja di Balai Observatori Langkawi.
Buku ini fokus utamanya pada persahabatan antara chimera naga, kemudian diberi nama Long, dan Zaqwan. Menarik cara Zaqwan berfikir dan semangat setia kawan yang mendalam apabila bersahabat dengan naga tersebut. Nilai murni yang diterapkan ke dalam diri sang naga, menjadikan naga itu satu makhluk yang fitrahnya buas, dan ganas, kepada makhluk yang melindungi. Semuanya kerana sifat Zaqwan dan ibu bapanya.
In other words, Zaqwan was raised right by his parents. Ibu bapa merupakan panduan hidup terbesar kepada kehidupan anak-anak sehingga boleh dikatakan pembentukan anak adalah hasil acuan Ibu bapa. Tetapi sahabat yang baik, boleh mempengaruhi sahabat mereka menjadi baik.
Of course I’ve been thinking how the book will end, tetapi Hasif menjadikan jalan ceritanya yang cantik to the point that we can actually accept to lose the naga. Sedih, tetapi kita tak rasa bersalah.
Beautifully written, straightforward, tetapi masih boleh ditambah baik dalam bentuk kesenian dan lenggok bahasa, serta plot yang lebih detail dan menarik. Apatah lagi ianya karya sains fiksyen di mana boleh buat adegan pertarungan lebih dramatik. Haha.
Buka yang mudah untuk dibaca, boleh diberikan sebagai hadiah kepada anak atau adik yang meningkat remaja, tetapi membaca dari POV seorang adult, buku ini menyedarkan apa yang kita selalu lupa, basic about life. Important basic.
We decide who we want to be. Everyone is not created to bring disaster, but we choose how we want to lead our life.
Kalau mencari karya fiksyen fantasi yang ringan dan tak memeningkan kepala? Inilah karya yang harus anda miliki. Dijamin ia sangat mengujakan serta menyeronokkan. . Konflik perebutan takhta diantara Ronar dan Raion? Konflik peribadi selaku pemusnah yang menjahanamkan keadaan atau seorang penyelamat? Konflik ibu bapa dan anak dalam hubungan berkasih sayang? . Latar tempat dan latar watak yang sangat menarik serta tiada deskripsi yang berlebihan. Bahkan, plot cerita yang tersusun yang menyebabkan rasa ingin habiskan buku ini dengan cepat bagi mengetahui kesudahannya. . "Ronar, kegemilangan yang kamu idamkan itu, kamu pastikah kita perlukannya?"
Menunjukkan penulis bijak bermain dengan konflik perebutan takhta yang mana ia memberi satu pengajaran jika ditelusuri jalan cerita dengan lebih lanjut. . "Kau bukan makhluk macam itu, Long! Walaupun kau kata kau dicipta untuk jadi pemusnah, tapi kau sendiri yang pilih tak mahu jadi begitu! Kau sendiri yang tentukan kau mahu jadi macam mana!"
Ayat ini dilontarkan oleh Zaqwan bagi menyedarkan Long, seekor naga dari Chimera yang dihidupkan kembali. Ayat ini sangat memberi kesan kepada aku kerana ia mempunyai kesinambungan di dalam kehidupan seharian kita. Kita yang menentukan siapa kita pada hari ini. . Secara peribadi, novel ini banyak bermain dengan emosi yang naik turun dari jalan penceritaannya. Bahkan, ia juga sesuai untuk dibaca oleh golongan kanak-kanak. Ada babak yang lawak, ada juga babak yang mengguris hati di atas semangat setiakawan yang dimainkan oleh setiap watak. . Kesimpulannya, dapatkanlah buku ini dengan Hasif sementara buku ini jadi nadir dan langka. Ia merupakan sebuah karya yang patut dibaca dan 'hype' sesuai dengan konteks jalan cerita novel ini.
Saya seronok baca novel ini. Penulis memanggil novel ini sebagai novel ringan, tetapi bagi saya ini adalah novel dalam kategori kesusasteraan kanak-kanak/ remaja dan mempunyai kepentingan tersendiri - menyemai minat membaca di kalangan kanak2 peringkat umur 9 hingga 13 tahun melalui kisah berunsir fantasi (ia macam SF juga tetapi penulis tidak fokus kepada penjelasan saintifik, which is fine kerana penulis ada fokus yang lebih penting.
Penulis menarik pembaca dengan penceritaan yang menjentik imaginasi pembaca. Rupa watak & babak-babak dalam novel ini digambarkan dengan jelas sehingga saya boleh membayangkannya sebagai sebuah filem/animasi. Novel dilengkapkan dengan lukisan berkaitan cerita (bonus) tetapi novel ini sudah cukup kuat untuk berdiri sendiri. Penulis tidak menggunakan lukisan untuk menutup kelemahan deskripsi tetapi lukisan adalah pemanis novel ini.
Plot Chimera: Naga Terakhir adalah berasaskan plot kesusasteraan kanak-kanak & awal remaja yang tried-and-tested, lazim tetapi tetap digemari & dicari sepanjang zaman. Ia kisah seorang budak(Zaqwan) dan 'haiwan peliharaan'nya (Long, naga juvana dari planet Anthreis). Ia seperti 'The Iron Giant', 'How To Train Your Dragon', 'Eragon'. Dalam plot asas ini dijadikan kompleks (dalam sukatan yang sangat sesuai) dengan kisah persaingan antara adik-beradik dan pencarian identiti. Dan ia berakhir dengan sedikit pathos yang membawa novel ini sedikit keluar daripada cerita kanak-kanak.
Saya puas hati membacanya. Penyesalan saya ialah saya tidak menyudahkan pembacaan lebih awal & tidak mengenali novel ini sebagai sifatnya yang sebenar, secepat mungkin.
Buku ni ibarat macam Lilo & Stitch + How to Train Your Dragons + Digimon + Transformers sikit. 😅
Gaya penulisan yang santai dan ringan membuatkan sangat senang untuk baca dan ikuti penceritaan novel ni. Memang tak salah lah penulis sendiri klasifikasikan novel ni sebagai sebuah novel ringan.
Watak Long cukup memberi kesan pada aku sebagai pembaca. Aku mengalirkan jugak la air mata towards the ending.
Aku suka the fact that the author guna actual world which is dunia kita sekarang and setting nya dia Malaysia, tapi digabungkan dengan dunia fantasy, which is the alien planet Anthreis di mana terletaknya Empayar Kayzer. Personally, aku cukup tertarik nak tau lebih mendalam about this empire, it's power system, it's political structure. And aku pun nak tau lebih lanjur the relationship dynamics between Ronar, Raion and Raja Ergax.
But for what it is, aku rasa buku ni is already good enough. Memang cubaan yang sangat bagus dari penulis.
Memandangkan buku ini cubaan pertama penulis, jadi ceritanya memang agak klise. Tetapi cara penulisan dan pemilihan kosa kata wajar dipuji. Kemas. Tahniah untuk cubaan pertama.
Lepas ni aku akan cuba untuk baca karya-karya beliau yang lain 👍🏼
Buku ni best! Jalan cerita ringan dan menyeronokkan! Saya suka sebab tak banyak konflik dan tempat 'setting'. Memang betul-betul fokus dekat watak terutamanya watak utama. Recommended! Tak menyesal beli semasa penulis buat promosi untuk stok terakhir.
Karya ringan dan humble. Aku baca A-Z sambil jalan kat lake garden je. Mood nak baca dah kurang so dengan buku ni membantu naikkan momentum.
Plot macam anime 1 jam kat Netflix dan ada part yang sangat fictional macam parents Zaqwan tu tak padan dengan Malaysia hahhaha baik sangat. Boleh rasa pengaruh anime jepun dalam karya.