Jump to ratings and reviews
Rate this book

Anding Ayangan #2

Anding Ayangan II

Rate this book
Anding Ayangan II, kisah yang sangat mengujakan dan dibayangi dengan imaginasi yang penuh magis. Kisah masih berteraskan konsep saspens thriller. Anding Ayangan II tetap sebuah penceritaan bersandarkan Dark Dream dan make believe. Nilainya sangat tinggi dan berbaloi untuk dihayati. Seperti pembaca sedia maklum, kekuatan gaya bahasa dan teknik penceritaan yang penuh dramatik lebih memberikan kesan kepada pembaca.

Berkisarkan mengenai dua dunia yang mempunyai kehidupan berbeza. Seorang penglipur lara bernama Nyian yang mempunyai kuasa sakti telah membaca dan mengubah cerita dongeng mengenai Anding Ayangan. Segala yang dipertuturkan benar-benar menjadi kenyataan. Kehidupan Furqan Ayyubi di dunia Anding Ayangan terhenti kerana dia telah dibawa ke dunia nyata akibat pengkisahan Nyian. Manakala Nyian dan sahabatnya Damit pula bertukar dengan Furqan Ayyubi dan telah ditelan lautan dan dibawa ke dunia Anding Ayangan.

Bermulalah kacau bilau di mana, Nyian telah menyalahgunakan kesaktiannya dan cuba mengambil alih takhta kerajaan Anding Ayangan. Dia berjaya menggulingkan Raja Perempuan Yungku Kelangar iaitu adik kepada Furqan Ayyubi. Walau bagaimanapun Nyian bukanlah seorang raja yang adil dan mengakibatkan huru-hara di kerajaan Anding Ayangan dengan hanya menggunakan lisan sahaja. Manakala Furqan Ayyubi di dunia nyata ini bersungguh-sungguh berjuang untuk membunuh seekor makhluk yang datang dari Anding Ayangan juga. Makhluk itu telah menumpang di dalam jasad Datuk Johar seorang ahli politik.

Sebelum ini, di dunia Anding, makhluk itu juga turut menumpang jasad Raja Tabakbauta' iaitu ayahanda Furqan Ayyubi. Tetapi keadaan Furqan Ayyubi itu disalahertikan oleh orang sekelilingnya di dunia nyata ini dan mengatakan dia mengalami gangguan mental. Akhirnya dia dimasukkan ke hospital mental dan berjumpa dengan seorang lelaki tua seusia Nyian dan juga sahabat Nyian iaitu Pak Hashim. Lelaki itu juga dikatakan mengalami gangguan mental tetapi apa yang berlaku sebenarnya adalah, lelaki itu juga turut mengetahui rahsia kitab dongeng Anding dan kesaktian Nyian.

528 pages, Paperback

First published December 1, 2018

15 people are currently reading
231 people want to read

About the author

Ramlee Awang Murshid

51 books1,377 followers
Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.

Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.

Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.

Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.

Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.

Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk "thriller" dan seram.

Ramlee juga telah memegang tugas sebagai Penerbit Filem. Filem pertama beliau ialah TOMBIRUO: Penunggu Rimba yang diadaptasi dari novel beliau dengan judul yang sama. Tombiruo adalah Filem Kedua Terlaris pada tahun 2017.

Setelah lebih 20 tahun menjadi penulis, beliau akhirnya memberanikan diri menerbitkan novel beliau sendiri di beri tajuk KASYAF AIN. Di bawah syarikat RAM Typewriter, beliau akan hadir dengan Novel ke-3 beliau tidak lama lagi.

Latar belakang pendidikan
Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979)
Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984)
Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000)
Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia
Anugerah
Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu.
Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002.
Pemenang Novelis Thriller Terbaik dari Anugerah Buku Negara 2019.

Untuk mendapat info terbaru Ramlee Awang Murshid, ikuti beliau di:

www.facebook.com/ramfc
www.instagram.com/ramfc2020
www.twitter.com/ramfc2020

Karya beliau boleh dapatkan melalui:

www.facebook.com/ramfcstore

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
90 (47%)
4 stars
73 (38%)
3 stars
19 (10%)
2 stars
5 (2%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 46 reviews
Profile Image for Hilmi Isa.
378 reviews29 followers
March 2, 2020
Melalui karyanya sebelum ini iaitu Banja Manggala by Ramlee Awang Murshid , Ramlee Awang Murshid ,pada pandangan peribadi saya sangat mengecewakan. Tetapi,dengan hadirnya Anding Ayangan II by Ramlee Awang Murshid ,telah berjaya menambat hati saya dan sekaligus melegakan sedikit sebanyak kekecewaan saya sebelumnya. Inilah tahap yang sepatutnya dilakukan oleh RAM. Sepanjang pembacaan saya,saya dapat merasakan betapa seriusnya RAM menulis cerita ini dan 'magis'nya dapat dirasai.

Dari segi proof reading,terdapat peningkatan yang ketara dan ke arah positif. Namun demikian,masih terdapat banyak ruang untuk diperbaiki. Hal ini kerana masih terdapat lagi beberapa kesalahan ejaan yang sering muncul ketika pembacaan. Selain itu,terdapat juga perkara yang dipanggil 'anakronisme'. Saya ingin memetik dialog Furqan Ayyubi di dalam muka surat 155,"'Andai makhluk itu merasuki orang politik...'". Memandangkan Furqan Ayyubi merupakan orang yang datang dari dunia dongengan Anding Ayangan yang latar belakangnya mirip seperti zaman dahulu kala,dia sepatutnya tidak akan menggunakan perkataan 'politik'. Perkataan 'politik' merupakan kata pinjaman dari bahasa Inggeris yang dimelayukan iaitu politic. Jika digantikan dengan 'siasah' mungkin lebih sesuai. Diharapkan pihak editorial yang menyelia karya-karya penulisan akan lebih prihatin dengan perincian sebegini pada masa hadapan.
Profile Image for Ikmal Fitri (iikmalreads).
263 reviews56 followers
March 20, 2022
Tak tahu kenapa sequel dia macam tak cukup ummmmmmppphhhhh. Aku rasa macam takde hala tuju ataupun plot yang buatkan aku rasa macam tertanya2 apa yg bakal terjadi. Rasa macam satu perjalanan yang takde apa halangan.

So bila jadi macam ni buatkan hati aku berbelah bahagi samada aku perlu baca Anding Ayangan III atau tak.

Berbeza dengan ending Anding Ayangan I. Lepas baca ending tu terus aku nak baca sequel.
Profile Image for Jainatul.
18 reviews1 follower
February 11, 2019
Alhamdulillah. Selesai sudah membaca sekuel novel Anding Ayangan yang kedua. Novel Anding Ayangan II kali ni agak tebal sikit dalam 500 muka surat lebih berbanding novel Anding Ayangan pertama. Jadi, untuk novel kedua ni, tuan RAM masih mengekalkan rentak penceritaan yang sama. Cuma tuan RAM lebih memperincikan lagi sejarah macam mana terbinanya tembok bertampik Anding yang memisahkan dengan kerajaan Ayangan.

Untuk novel kedua, tuan RAM meletakkan penceritaan mengenai 3 lapisan kehidupan yang berbeza - dunia fana, dunia dongeng & masa silam. Kalau dalam novel Anding Ayangan pertama, Furqan Ayyubi berada di dunia dongeng & Nyian serta Damit berada di dunia fana, maka kali ni kedudukan mereka tertukar dek kerana terlanggar satu larangan tanpa sengaja. Masing2 menembusi hijab antara dua dunia berbeza.

Terbaik tuan RAM 👍🏻✨ Setiap imaginasi yang tuan RAM 'lontarkan' dalam novel beliau tersangatlah magis. Kadang tu sampai terbawak-bawak dalam dunia kita sendiri 😂 Btw, untuk novel ni, plot twist besar tak ada sangat sepertimana Anding Ayangan pertama and novel2 beliau yang sebelum. Novel kedua ni lebih kepada 'penyambungan' daripada novel kedua mengikut timeline penceritaan. Masih tak masuk klimaks lagi 😁

And di akhir novel pulak, masih tertulis lagi 'berakhirnya episod pertama'. Haa, still pertama tau. Bukan kedua 😂 Ke tuan RAM nak bagi klu yang sebenarnya cerita ni panjang lagi perjalanannya. Ok, padahal penerbit tersilap tulis. Dah masuk episod kedua okey 😆 Then, I'll wait untuk next episod. Btw, novel Anding Ayangan II ni lebih terperinci dari aspek asal usulnya. Ibarat pemula cerita kepada keseluruhan kejadian yang berlanjutan sehingga sekarang.

Fuhh. Jadi teringat ke siri2 novel Laksamana Sunan. Kalau siri novel Laksamana Sunan, novel ke 7 & ke 8 kot baru tuan RAM tulis kisah asal-usul Saifuddin sebelum menjadi Laksamana Sunan. Sangat hebat 👍🏻✨ Tak terlawan dengan penulis2 novel yang lain. Cuma untuk novel kali ni, mungkin tuan RAM boleh perbetulkan lagi bahasa Furqan Ayyubi yang digunakan semasa berada di dunia fana. Mungkin tuan RAM boleh buat dialog yang lebih klasik lagi bersesuaian dengan watak Furqan Ayyubi yang sememangnya berasal daripada dunia dongeng yang menggunakan bahasa klasik.

Overall, macam biasalah. Terbaik sangat 👍🏻✨ Sentiasa meletakkan elemen tauhid & dakwah dalam setiap novel beliau. Apatah lagi novel ni bila tuan RAM kata ianya akan menjadi pengganti siri Laksamana Sunan. Wuhuu daebak sangat 👍🏻✨ So, untuk siri2 novel Anding Ayangan ni nampaknya lebih menekankan kepada misi untuk memelihara Al-Quran terakhir yang berada di dunia dongeng. Dan untuk perkara menarik dalam novel ni macam tak ada sangat untuk dikongsikan. Cuma, tertarik dengan kata2 tuan RAM di bahagian tinta penulis yang berada di ruangan akhir novel :

"Semoga ANDING AYANGAN II dihayati dengan enjoy. Tak perlu beratkan fikiran, tapi ligatkah berfikir untuk mengasah minda kita agar terus dapat mengembangkan neuron2 otak."

Sememangnya novel2 tuan RAM tak pernah lari daripada membuatkan kita untuk terus berfikir walaupun dalam situasi 'enjoy' membaca tu 😎 Dalam novel beliau, pasti diselitkan dengan ilmu2 berguna termasuklah ayat2 Al-Quran 😇 Ok lah, teruskan menyebar inspirasi wahai tuan RAM ku yang dikasihi. Terima kasih di atas penulisan novel sambungan ini & moga Allah redha ! 😇
1 review1 follower
February 3, 2019
New chronicles from the master of thriller, tuan ramlee awang mursyid.
The best
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
February 20, 2019
17 - 2019

NOVEL : Anding Ayangan 2
PENULIS : Ramlee Awang Murshid

Tamat membaca naskhah RAM kali ini. Fikirnya, usai membaca naskhah ini segala persoalan di AA1 akan terungkai. Eh, makin banyak persoalan yang timbul. Membuatkan saya terpaksa menghentikan pembacaan beberapa kali untuk mengerah otak membaca kisah ini.

Benarlah kata RAM di bahagian tinta penulis. Fokus. Sekali terlalai, ya terus jadi keliru! Jarang sekali untuk kita dihidangkan dengan tiga lapisan cerita dalam sebuah novel. Saya kira RAM mengambil langkah berani untuk mencipta kelainan itu. Cuma itulah, agak keliru sedikit. Apa-apa kisah ini masih lagi boleh dihadam. Dan, sebagai pembaca tegar naskhah RAM, 'plot twist' dan 'tergantung' itu sudah menjadi santapan biasa. Dan... kita akan menanti AA3.

p/s : Kiranya AA2 ni macam Fantastic Beasts 2 lah saya kira. Permulaan yang membawa kepada satu demi satu peleraian. Gitukan perbandingan tak nak kalah. 😂😂
Profile Image for Siti.
Author 3 books18 followers
June 29, 2023
AKHIRNYA. Lama betul nak habiskan naskhah ni. Nampaknya esok kena terus mulakan Anding Ayangan III, sementara masih ingat jalan ceritanya.

Susah sikit nak ikut siri ni. Tak selaju kisah Laksamana Sunan. Tak pasti kenapa, mungkin cara penceritaan yang agak berbeza daripada siri-siri RAM yang lain.
Profile Image for Amira Zaidat.
63 reviews3 followers
March 21, 2020
I read the first book and it was fine. The usual plot twist and everything. Tapi RAM cuma fokus on one view and one zaman one dunia. But, this second book is a bit complicated. No. It is a lot nore complicated than any other of his book. This is by far the most complicated story line ever. I was affirmative that it was only one's imagination, but towards the ending I get confuse over and over again. Nothing was solid. Everything is only a guess even at the end. Walaupun dah makin nak habis RAM revealkan one by one character tapi hujung cerita still tak boleh nak bayang. The plot twist is too much. At this point, I am so sure RAM is actually a writer that is not from our world. He is from someplace else.

But, to anyone yang belum baca or bercadang nak baca please please please have an open mind. Jangan terikat sangat dengan logik dunia manusia kita ni. Nanti pening tak sudah dengan cerita dia.

Okayy guys. Enjoy. 😎
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
466 reviews42 followers
June 23, 2025
Watak dari dua dunia sudah bertukar hingga mencetuskan huru hara di dunia dongeng. Angkara menyangka dirinya sakti Nyian lupa diri. Lupa daratan. Mengaku raja. Malah melupakan Tuhan. Namun di dunia nyata Furqan Ayyubi dianggap gila. Musuh yang tersembunyi mahu dibunuhnya. Hingga disumbat di wad gila. Dua buah dunia jadi huru hara akibat pertukaran ini.

Soalan tentang asal usul Nyian ternyata dijawab dalam naskah ini. Peristiwa yang berlaku kepada Pangeran Haji Durrahman juga terjawab dalam naskah ini. Namun masih banyak persoalan yang belum terjawab. Dan makin banyak pula soalan yang timbul.

Dalam naskah yang pertama pun dah rasa ramainya watak. Ditambah pula watak-watak baru yang diwujudkan dalam naskah ini. Kehadiran Pak Hashim, Roulou, Cakah dan pelbagai lagi menambah warna watak dalam naskah ini.

Dalam naskah ini, semasa Pangeran Haji Durrahman di dunia lain, ada disebutkan tentang orang tua yang mengawal seseorang menggunakan tali. Dan disebutkan permainan bubu. Terus SH teringatkan tentang permainan timang bubu yang pernah SH baca dalam naskah lain. Bubu yang menari seolah-olah terikat dengan yang mengawalnya. Dan persamaan antara kedua ini adalah ianya berlaku di sekitar Malaysia Timur. Seronok sebenarnya membaca kebudayaan masyarakat majmuk yang ada di Malaysia ini.

Aspek Islamik turut dimasukkan ke dalam novel ini seperti yang pertama. Rasa insaf baca perwatakan Chahaya dan Furqan Ayyubi. Penuh penyerahan kepada yang Esa. Ibadah tetap dilakukan walau dalam keadaan yang sulit.

Antara perkara yang terkesan bagi SH adalah tentang Al Quran. Di dunia Anding Ayangan Al Quran yang dipegang Furqan Ayyubi adalah naskah terakhir. Namun di dunia realiti walau bilangan Al Quran banyak namun ramai yang tak ambil peduli. Tak dibaca. Dimiliki namun hanya terbiar berhabuk di dalam almari. Ini adalah apa yang benar-benar terjadi di zaman kini. Dijadikan perhiasan tanpa dibuka untuk dihayati.
Profile Image for Mira Alias.
4 reviews15 followers
February 1, 2020
Dari aspek Bahasa, perlu Ada pembezaan Bahasa dari zaman silam dengan dunia fana. Supaya lebih nampak perbezaan zaman..

Dari aspek penamaan watak, agak memeningkan. Tapi okay sahaja 😂 Saya sangat suka watak chahaya. Watak perempuan yang sempurna di mata Saya.

Cerita ini juga sangat dipandu oleh elemen tauhid Dan turut anda beberapa elemen ghaib seperti ketika Panglima Durrahman ke Alam ghaib utk mencari sebab salleh disihir. Menyebabkan Saya tertanya-tanya adakah cerita ini dari Pengalaman beliau sendiri sbb penceritaanya sangat hidup.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Mira.
45 reviews2 followers
April 9, 2025
Akhirnya habis juga buku Anding Ayangan yang ke dua ni. Ambik masa yang lama untuk dibaca sebab nak cerna pengkisahan dalam buku ni. Apa yang aku boleh cakap, buku ni jalan cerita dia sangat sangatlah menarik membuatkan tak sabar nak beralih kepada buku yang seterusnya. Watak yang menarik bagi aku dalam buku ni adalah Chahaya dan Betatar atau lebih dikenali dengan nama Furqan Ayubi. Tak sabar nak baca bila mereka boleh berjumpa semula. Kisah dunia terbalik antara kerajaan Anding Ayangan 1438H dan dunia fana memang mengasyikan. Paling aku nak tau akhirnya, apa terjadi kepada Nyian dan siapa yang bunuh Datuk Johar dan yang lain-lain tu.
Profile Image for Noral.
115 reviews6 followers
September 6, 2019
Bijak dalam mencipta dan mengatur cerita.
8 reviews1 follower
October 15, 2019
Saya lebih prefer cerita Anding Ayangan 1 dari yg no 2 ni sbb jalan cerita agak laju dan lebih mendebarkan. Tapi apa2 pun x sabar utk tggu siri 3.
Profile Image for Miyuke.
192 reviews2 followers
June 12, 2022
Selesai bacaan novel Anding Ayangan II.

Novel kali ini lebih tebal. Walaupun beberapa kali novel ditinggalkan bagi memberi laluan kepada rutin harian, kisahnya masih boleh dihayati. Ia memperincikan kisah-kisah yang kabur dalam Anding Ayangan. Menerusi novel ini, kisahnya lebih jelas dan watak-watak baru turut diketengahkan.

Lanjutan daripada Anding Ayangan, novel ini membuka peristiwa-peristiwa 'flashback'dan memberi jawapan kepada persoalan yang bermula daripada Nyian, sejarah tembok bertampik, pengkisahan kepada kematian Haji Durrahman hingga membuka kepada bebanan persoalan baru seperti apakah sebenarnya makhluk Mutajassad di akhir novel ini dan ke mana menghilangnya ia.

Novel yang sangat menarik dan tabik kepada penulis yang mampu berfikir di luar kotak dengan menghasilkan karya-karya yang bermutu.

p/s : Episod 1 baru sahaja berakhir .........
Profile Image for Zura.
53 reviews2 followers
June 11, 2019
RAM is back!!! Penceritaan yang power!! Dah lama tak pening lalat bila baca karya RAM. Kali ini baru terasa enjoy kepeningan penangan Anding Ayangan II. Kalau tak pening tu rasa macam bukan RAM aje yang tulis. Apa pun saya puas hati membaca karya ini. Nak sambung sampai 10 episod pun tak apa.

Bagi yang belum baca, elok ulangbaca karya yang pertama dahulu sebelum mulakan pembacaan karya ini.

7 reviews1 follower
July 23, 2020
Mmng ohsem dan best sngy AA II ni! Saya bg 5 bintng full!!! Jalan cerita power dan tkleh nk predict lngsung apa akn trjadi. Dan saya suka style RAM kali ini dngn membuat pembahagian tiga latar masa dlm novel ni - Dunia dongeng, masa silam dan dunia fana. Stailnya sama macam Sutera Bidadari yang mempunyai banyak pembahagian latar masa dan tempat mengikut watak-wataknya. Ia buatkan cerita jd lebih kompleks, komplikated dan sangat menarik.

Okey, itu yg saya suka. Yg saya x suka ialah novel ni mcm kekurangan rencah bahasanya tak seperti AA 1. Saya buknlh orng bahasa, tp brdsrkan pembacaan saya pd kedua-dua novel, AA 1 lebih indah dan klasik bahasanya. Ada pula rencah-rencah bahasa brunei yang diguna pakai yg buatkan penghayatan trhadp watak2nya lebih mantap dan berkesan. Tp. dlm novel kali ini, saya dapati bahasa yang RAM tk seindah dan seklasik siri sebelumnya. Malah, dialek-dialek Brunei pd watak2nya pun semacam kurang.

Kedua, saya dapati RAM seolah-olah tidak sedar atau kurang prihatin mengenai cara percakapan watak2 AA yang berasal dari dunia dongeng. Memangkn watak2 di dalam dunia dongeng digambarkan pd siri sblmnya menggunakan bahasa melayu yg klasik, jd sepatutnya siri kedua turut mengikut rentak itu. Tp dlm siri kali ini, saya tngk cara percakapan Cahaya, Yungku Kelangar dan Rolou@ Raja Suir sangat berlainan dr siri sebelumnya. Gaya klasik bahasa mereka sudah sudh tiada. Lebih ketara lg klau kita tngk cara pertuturan Furqan Ayyubi semasa trdmpr di dunia fana. Gaya bahasanya langsung berubah. Tiada langsung 'keklasikan bahasa' pd dialognya. sepatutnya RAM lebih peka. Saya agak trganggu sedikit penghayatan pembacaan kerana benda ni.

Ketiga, saya agak kecewa kerana bahagian Furqan Wajdid sngt sedikit dlm siri kali ini jika dibandingkan dengn watak2 yg lain. Malah, wataknya juga seperti tidak mengujakan kali ini. hanya berkisarkn cabaran dia menghadapi reaksi orng sekrliling yg menyangka dia gila dan disampuk hantu laut. Langsung tiada aksi ataupun tugas penting untk wataknya kali ini. Jd saya agak hambar bila sentuh bab tentng Furqan Ayyubi. Sudahlah sedikit babaknya kali ini, kemudian tiada aksi atau tugas besar yg diperuntukkn untuknya. Sepatutnya RAM melebihkan babak Furqan Ayyubi agar seimbang dengan watak-watak yg lain..Lagi2 Furqan Ayyubi ialah hero novel ni. Sekian done mengkritik😆
28 reviews
November 10, 2025
Anding Ayangan 2 membawa pembaca meneruskan pengembaraan dari siri pertamanya dengan pengembangan watak yang lebih mendalam, antaranya Furqan Ayyubi, Nyian, Damit dan Datuk Johar. Dalam naskhah kedua ini, konflik semakin memuncak apabila Furqan Ayyubi terpaksa merentasi sempadan antara dunia dongeng dan dunia nyata. Sementara itu, Nyian dan Damit pula berhadapan dengan pergolakan yang menggoncang dunia mereka kerana telah menembusi dunia Anding Ayangan itu sendiri.

Walaupun kisah ini bersifat fiksyen, mesej yang disampaikan penulis amat jelas iaitu amaran terhadap sifat tamak dan kerakusan manusia untuk mengejar harta dan kuasa. Penulis berjaya menonjolkan konflik kuasa yang melanda dunia Anding apabila Kerajaan Anding Ayangan akhirnya diperintah oleh Raja Perempuan Yungku Kelangar, adik kepada Furqan Ayyubi, namun kekuasaannya dirampas secara licik oleh Nyian.

Di dunia nyata pula, Furqan Ayyubi hendak memburu Datuk Johar kerana mempercayai bahawa jasadnya telah disarungi oleh makhluk jahat iaitu makhluk yang sama pernah menumpang jasad ayahandanya, Raja Tabakbauta’. Tanggungjawab dan tekad Furqan Ayyubi untuk memusnahkan makhluk itu menjadi nadi utama perjuangannya walaupun mempertaruhkan dirinya untuk masuk ke dalam lokap dan hospital psikiatri.

Pengajaran paling mustahak di sini secara peribadi ialah - sama ada di dunia nyata atau di dunia Anding Ayangan, kedua-duanya menunjukkan bagaimana manusia boleh menjadi rosak apabila mengikut hawa nafsu dan terlalu gilakan kuasa.
Profile Image for _nadiasw303.
57 reviews1 follower
February 6, 2025
'Tatkala dongeng itu bercerita. Dunia di sebalik hijab pun terus bernyawa.'

Buku Anding Ayangan II ini terus membongkarkan cerita yang tergantung dan persoalan watak daripada Anding Ayangan I. Tapi masih tak cukup, arghhh haha tak sabar nak tahu rungkaian cerita watak tu.

Bagi saya, ada 3 tema yang dibawa dalam buku ini:
1. Tawakal yang kuat kepada Allah. Sebanyak mana usaha dan ikhtiar yang telah kita lakukan, pengakhirannya adalah reda dengan kurniaan Allah kepada kita. Pasti ada hikmah yang Allah nak tunjukkan. *kita boleh lihat dalam situasi tawakal dua seperadian Haji untuk memastikan Salleh sembuh
2. Sokongan dan hubungan kekeluargaan yang baik. *situasi di mana ibubapa Damit cuba berikan yang terbaik untuk kesembuhan anak mereka yang disangka telah dirasuk.
3. Politik yang baik seharusnya seiring dengan agama. Bukan bersandarkan nafsu dan yang lebih mengutamakan kepentingan sendiri. *Konflik cerita antara Datuk Johar, Datuk Zahim dan Nyian, Yungku Kelangar ini banyak memberi refleksi serba sedikit dengan dunia kita juga.

Kisah Nyian pulak, terasa macam terkait sikit dengan 'kisah Dajjal'. Sebab ada kuasa sakti. Tak ikut arahan, pasti mati. Dan, ganjaran yang tak masuk akal kepada mereka yang patuh arahan Nyian.

Akhir kata, bagi saya. Siri Anding Ayangan ni bagus untuk dibaca sebab banyak menerapkan tentang Iman, Islam dan tawakal kepada Allah. Subhanallah.
Jom baca buku seterusnya!
Profile Image for Hani~.
140 reviews1 follower
February 10, 2025
☀️Beberapa catatan sepanjang saya membaca novel ini. Mungkin mengandungi spoiler. ☀️

•Saya lebih enjoy baca novel ini berbanding novel pertama.

•Ada 3 dunia/latar. Jadi banyak kisah, watak dan tanda tanya yang wujud. Paling saya tertanya-tanya adalah watak Pak Hashim dan Latif serta bagaimana mereka berdua terkait dengan dunia Anding Ayangan. Hujung-hujung bila dah dapat jawapan, saya macam "oOoOO.. tak terfikir pulak". Antara perkara yang saya tak jangka.

•Gaya bahasa buku kedua agak berbeza dengan buku pertama. Macam tak kena dengan vibe cerita dan perwatakan watak, terutamanya Furqan, Chahaya dan yang sezaman dengan mereka. Tetiba jadi moden pula gaya pertuturannya.

•Anding Ayangan II banyak menjelaskan lagi apa yang berlaku dalam Anding Ayangan I. Contohnya bagaimana proses pembukaan mukim Anding dan pembinaan tembok bertampik, Mujassad dan Raja Suir, apa berlaku pada Nyian sebelum dia ditemui hanyut dll.

•Walaupun banyak persoalan dari buku 1 terjawab, tapi ada juga persoalan yang kekal serta baru timbul. Tak apa, kita tunggu buku ketiga 😄

•Kenapa watak Furqan terlalu biasa-biasa kali ni ya? Agak pasif. Tak menggambarkan dia seorang yang hebat.

•Suka pula watak Raja Suir kali ni.

•Typo agak banyak juga. Tapi saya maafkan sebab relatif sikit jika dibanding dengan ketebalan buku.

• Dr. Irfan, siapakah kamu?
Profile Image for Suzyanna yap.
118 reviews9 followers
April 22, 2019
Furqan Ayubi di dunia yang berbeza dari anding ayangan..manakala nyian dan damit pula terdampar di anding ayangan...Semuanya kerana Nyian yang mempunya kuasa sakit dan telah mengubah cerita dongeng anding ayangan.

Nyian menjadi lupa pegangan agama..manakala Furqan pula dikatakan gila dan tak siuman kerana tidak ingat apa2 apatah dia tiba-tiba ingin membunuh datuk johari..Kenapa kerana datuk johari sudah dimasuki kuasa jahat dari anding ayangan

Namun tiada siapa yang mempercayainya...manakala nyian semakin lupa diri kerana dia menjadi raja di anding ayangan...Keadaan Furqan yang kononnya gila membuat kan dia di hantar ke Hospital orang gila...

Dan dia bertemu Pak Hashim...lelaki yang juga seorang penglipur lara yang tau mengenai kisah anding ayangan dan Chahaya...tapi chahaya yang pak hashim seru tidak sama seperti chahaya kekasih Furqan

Peristiwa tragis terjadi apabila kes pembunuhan 3 orang lelaki berekod jenayah dan datuk johar....namun yang menjadi tanda tanya kenapa mayat datuk johar bukan seperti orang baru meninggal namun sebaliknya seperti sudah lama tidak bernayawa....

***try baca..pastinya kamu mau tau cerita seterusnya..terbaik RAM
Profile Image for Hamidah Effendi.
349 reviews3 followers
January 17, 2025
Best wei,mula2 aku tak faham sebab dapat buku ini dari library cyberjaya😅..dapat2 terus baca nombor 2...terpaksalah aku draf watak2 by tahun mereka semua berada..lepas ni kena cari sambungan no.1 dan no.3 pula...tergantung ni macam mana datuk Johar dah mati dan apa yang terjadi malam pembunuhan tu?

So, aku masih tertanya kisah beberapa watak. Banyak flash back dan sekarang pula perubahan 2 dunia silih berganti. Tahniah penulis sebab buat aku teruja nak tahu apa berlaku seterusnya. Aku tengok bahagian rujukan penulis dan kagum sebab nak siapkan satu novel begini bukan sekadar tulis je idea keluar dari otak tapi penulis banyak mengkaji dan aku puji pengunaan bahasa sabah bah...menyebabkan aku rindu dekat sahabat2 di Labuan, Sabah dan Brunei.

Apa yang pasti, kisah no.2 tentang Anding yang dah musnah(ini aku masih tertanya2 lagi), setelah mendapat kuasa apa terjadi kepada manusia-baik dunia dongeng or realiti sama je perwatakan manusia, bukan senang hendak menjadi seperti Nabi Sulaiman A.S dan Nabi Yusuf A.S mental, fizikal, emosi dan spiritual perlu kuat untuk melawat nafsu dan Syaitan. Hati2 dengan kuasa yang diberikan.😔
Profile Image for Atirah Ghazali.
75 reviews2 followers
June 2, 2019
Anding Ayangan II menceritakan permulaan kewujudan tembok bertampik oleh Pangeran Haji Bolhassan dan Pangeran Haji Durrahman serta pertemuan mereka dengan Raja Mutajassad dan Raja Suir.

Sementara di dunia fana, Furqan Ayyubi yang disangka Damit telah dimasukkan ke hospital kerana dianggap kurang waras bila cerita hal sebenar mengenai siapa dia dan Datuk Johar. Semasa Furqan Ayyubi ditahan di hospital, berlaku kes pembunuhan yang kejam dan suspek masih menjadi tanda tanya.

Di dunia dongeng pula, kerajaan Anding Ayangan di bawah pemerintahan Yungku Kelangar berlaku huru-hara akibat kerakusan Nyian yang ingin menjadi pemerintah. Siapa Nyian dan bagaimana dia boleh menjadi penglipur lara terjawab dalam novel ni. Cuma setelah termasuk ke dunia dongeng, perangai dan tingkah laku Nyian ternyata berubah sama sekali. Apapun masih banyak persoalan yang belum terungkai dan mungkin jawapannya akan menyusul dalam episod ketiga.
Profile Image for Safura Mizhar.
48 reviews5 followers
June 4, 2025
Saya tiada masalah dengan kewujudan 3 dunia dalam buku ini. Penceritaan secara berselang seli tidak membosankan lebih-lebih lagi buku ni agak panjang. Tapi saya ada masalah dengan nama karakter yang agak panjang & "mouthful". Pembacaan jadi agak perlahan bila mentally saya cuba membaca nama-nama tu. Contohnya Raja Tabakbauta', saya end up sebut nama dia sebagai Raja T saja.

Saya rasa Yungku Kelangar akan jadi baik, sebab macam mana die boleh menerobos benteng Pa'Tua buat. Macam belum terjawab lagi macam mana Raja Suir terpaksa menjaga kawasan perairan Anding. Apa yang terjadi pada Raja Mutajassad setelah keluar dari sarungan badan Dato' Johar.

Memandangkan kisah ini belum menemui penamatnya, banyak lagi teka-teki yang belum terjawab. Kena baca sambungan buku ketiga. Rehatkan dulu otak, baca buku lain dulu.
1 review1 follower
September 5, 2023
Plot kali ini lebih terperinci dari aspek asal usul, kuasa dan politik. Watak yang ada dalam siri kedua pula lebih pelbagai disebabkan gaya penceritaan RAM yang mempunyai tiga lapisan yang menonjolkan latar tempat dan masa yang berbeza. Pendapat saya, plot yang ada di masa silam agak perlahan dan sering saya langkau. Tetapi dua lapisan yang lain masih mengujakan dan menimbulkan banyak persoalan.

Dari segi tatabahasa, masih ada salah ejaan dan tanda baca. Terdapat perkataan yang disendengkan namun tidak kedapatan dalam glosari. Saya masih keliru apakah maksud ‘tangah’ dan banyak lagi. Dari segi penyusunan pula, saya harap tiada lagi ‘janda dan yatim’ pada penerbitan seterusnya. Dan ada beberapa ketika nama watak tertukar.

Pada keseluruhannya saya berpuas hati dengan hasil karya penulis!
Profile Image for Erimawati Ali.
30 reviews2 followers
April 12, 2019
Memang teruja nak dapatkan Anding Ayangan II untuk mengetahui kesudahan kisah siri yang pertama. Nampaknya perlu kentalkan hati untuk terus bersabar menanti susulan kisahnya kerana terhurainya satu persoalan, timbul dua persoalan lain, kalau dah lima, enam persoalan...tambahkan sajalah stress nak fikir apa sebenarnya yang terjadi.

Masih menanti keajaiban cinta suci Chahaya dan Furqan Ayubbi. Mencari jawapan untuk setiap persoalan. Banyak sisipan suri tauladan yang diselitkan.

Kisah imaginasi yang penuh magis. Kehidupan ini memang penuh dengan rahsia yang tidak terjangkakan.

Karya RAM ini berbaloi dimiliki oleh ulat buku.

Tahniah RAM untuk kelahiran AA2 ini!
Profile Image for Casper Judati.
60 reviews2 followers
October 27, 2025
Mujur saya masih ingat watak-watak dari buku 1, jadi mudah untuk faham dan kenal semula siapa Chahaya, Furqan Ayyubi, Nyian dan watak lain dalam buku 2.

Buku 2 kena fokus lebih sebab jalan ceritanya berlapis-lapis di mana penulis menggabungkan dunia dongeng dan dunia nyata. Bagi sesetengah pembaca, mungkin terasa kompleks sebab ada banyak watak dan lapisan cerita, tapi kalau fokus, semuanya dapat difahami dengan jelas.

Dari segi gaya bahasa, RAM masih mengekalkan ciri khasnya. Dramatik, puitis, dan ada impak emosi.

Secara keseluruhan, Anding Ayangan II adalah bacaan yang mengujakan. Yang minat cerita fantasi dengan konflik emosi dan dunia yang unik, saya sarankan buku ini.
Profile Image for akusipeminatbuku.
264 reviews33 followers
April 8, 2019
Wah, aku rasa cerita ini memang hebat. Mind blow. Masih jauh untuk mengetahui penamat kisah Anding Ayangan.

Satu kisah ditutup berganti dengan satu kisah lain. Watak-watak bertemu dengan penuh dramatik. Aku dapat rasakan Dr. Irfan ni ada something, tapi belum dikeluarkan lagi. Tanda tanya asal usul Nyian telah terbongkar.

Masih banyak misteri yang belum terjawab. Raja Suir dan Raja Mutajassad masih terus menjalankan rancangan merek untuk mendapatkan tanah jajahan.

Damit dan Furqan Ayyubi masih terperangkap dalam dunia yang diterbalikkan.

Jadi, mari tunggu sambungan selanjutnya.
Profile Image for Izis.
52 reviews
April 30, 2019
Sebagai peminat setia Ramlee Awang Murshid, novel anding ayangan 2 ni sambungan kepada Anding Ayangan yang mengisahkan watak dari kisah dongeng yang telah bertukar dengan penglipur lara dan melangkah ke alam realiti.

Jalan penceritaan yang menarik...penulisan yang teratur dan menarik..ada beberapa perkataan yang tidak ada dalam kamus di belakang...

cume bagi aku ade kecelaruan timeline sikit...mungkin akan clear bile next buku rasanya...

Profile Image for Aney Orenjes.
18 reviews3 followers
July 3, 2019
Macam dah bleh expect gaya cerita dari RAM dalam Anding Ayangan II ni.
And guess what, ending dia bersambung lagi. Hmm..
Overall Anding Ayangan II ni meleret sket, ada part best, ada part yang bleh skip.
Untuk sambungannya nanti macam tak tertunggu2 sangat.

tapi saya excited nak tggu buku baru dia, Sunan ;)
Displaying 1 - 30 of 46 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.