Rosman dan Anita - dua pegawai polis siasatan jenayah sedang memburu penjenayah kejam di ibu kota. Tiap malam bulan mengambang, kejadian kejam sering berlaku, yang mana mangsa pembunuh bersiri itu mati dalam keadaaan aneh. Setiap mangsa ditemui mengering tidak berdarah. Disifatkan dibunuh atas tujuan ritual songsang yang menjurus kepada kematian paranormal.
Hanum Saskia, lunak suaranya memukau hati Syamel. Dari mata turun ke hati, wajah jelita bagaikan puteri itu telah membuat Syamel jatuh cinta. Namun Hanum Saskia telah dibunuh oleh Syamel. Aneh! Mengapa Hanum Saskia dibunuh saat cinta Syamel dibalas? Siapa Syamel?
Ramlee Awang Murshid dengan berani menampilkan NASKHAH SULUNG terbitan RAM Typewriter iaitu syarikat penerbitan beliau sendiri. Menghidangkan sebuah cerita berkonsepkan psycho-thriller yang pasti mengugat fikiran anda. Semestinya sebuah karya WAJIB dimiliki.
Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.
Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.
Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.
Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.
Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.
Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk "thriller" dan seram.
Ramlee juga telah memegang tugas sebagai Penerbit Filem. Filem pertama beliau ialah TOMBIRUO: Penunggu Rimba yang diadaptasi dari novel beliau dengan judul yang sama. Tombiruo adalah Filem Kedua Terlaris pada tahun 2017.
Setelah lebih 20 tahun menjadi penulis, beliau akhirnya memberanikan diri menerbitkan novel beliau sendiri di beri tajuk KASYAF AIN. Di bawah syarikat RAM Typewriter, beliau akan hadir dengan Novel ke-3 beliau tidak lama lagi.
Latar belakang pendidikan Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979) Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984) Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000) Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia Anugerah Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu. Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002. Pemenang Novelis Thriller Terbaik dari Anugerah Buku Negara 2019.
Untuk mendapat info terbaru Ramlee Awang Murshid, ikuti beliau di:
Dek membaca review Eyda yang menggoda, maka gigihnya aku menggeledah di balik kotak-kotak berbungkus sampaikan si enche memerli yang ingat pula kotak hat mana ya buku ni ada? Haha... well 😂
Full review: 26/09/19
Sebagai peminat RAM, aku jadi seorang yang tamak dan naskah setebal 399 muka surat ini rupanya tidak mencukupi buat pembaca yang tamak ini 🙊.
Pertamanya, cerita ini agak mendatar di awalnya. Mungkin ini perasaanku saja tapi jujur, lepas habis bab pertama aku tutup dan ‘peram’ sebenarnya. Mungkin juga aku punya expectation yang tinggi, jadi cerita yang agak ‘lambat panas’ buat aku jadi lemau. Diulangi, ini mungkin perasaanku saja. Lain orang lain feel-nya. Jadi jangan terpengaruh.
Tapi ya, naskhah ini masih lagi bagus. Kalau tidak masakan lepas beberapa bab aku dah boleh ‘klik’. Ini kerana:
1. Olahan dan stail RAM pastinya. Kisah sebegini memang ‘makanan’ penulis jadi aku selesa dengan permainan waktu dan zaman yang dihidangkan.
2. Plot twist. Bukan sekali, makanya expect the unexpected 😎.
3. Kelainan penyampaian kisah Kak Paku kali ni. Apa yang lain? Sila baca dan hadamkan versi RAM pula.
Dengan ending sebegitu, pastinya buku ini ada kesinambungannya. Tidak begitu, tuan penulis?
Apa pun, aku suka dengan titipan penulis -- yang zahir di depan mata pun bisa menipu, apatah lagi yang ada dalam hati.
Setelah berhempas pulas dengan FYP, akhirnya saya boleh 'bercinta' kembali dengan novel. Gitu! Memilih novel RAM sebagai 'penyeru' mood membaca memang sesuatu yang tidak sia-sia!
Kasyaf Ain - Sebuah kisah tentang perjuangan. Perjuangan menentang kejahatan! RAM bagi saya berjaya mengekalkan sentuhan magisnya melalui kisah ini. Saya kira ramai juga yang sedikit kecewa dengan kisah Banja Manggala sebelum ini. Dan, RAM berjaya mengubat kekecewaan dengan kelahiran novel KA ini.
Plot twist yang tak terjangka. Susunan bahasa yang indah. Tiada satu pun halaman yang membosankan. Peminat setia RAM perlu mendapatkan novel Kasyaf Ain ini. Anda pasti tidak akan kecewa!
Semalam aku menamatkan pembacaan untuk novel terbaru daripada master thriller Malaysia iaitu Ramlee Awang Murshid. Novel RAM sinonim dengan kisah perjuangan menentang kejahatan syaitan yang bertopengkan manusia dan itu jugalah kisah dalam Kasyaf Ain.
Jalan cerita sangat menarik daripada mula hingga ke akhir muka surat. Dimulakan dengan kisah pembunuhan pada masa kini dan berkait pula dengan kisah yang berlaku pada awal tahun 1840an. Plot twist yang sangat tidak terjangka sampai ternganga juga aku membacanya 😅 Plot twist bukan berlaku hanya sekali. Berkali-kali sehingga ke muka surat terakhir.
Tanpa ragu-ragu, aku memberi 5🌟 untuk karya terbaru RAM, Kasyaf Ain. Semua peminat RAM pasti baca buku ini. Bersiap sedia dengan kejutan yang ada. Mungkin korang akan ternganga macam aku? 🙊
the usual from RAM. Never dissappointed. thrilling altho there is a feeling of dejavu while reading n it turns out, mmg dejavu pun since i've read tetamu siang. ending ada unexpected twist. the usual. all in all.... best.
Mengingatkan Sha pada Tetamu Siang dalam Antologi Mistik Jembalang.. Cuma kali ini ceritanya lebih penuh dan memuaskan untuk dibaca.. Tapi tetap si Cindai tu tak mati lagi.. Adoilah Syamel dan Rosman.. Dibutakan matanya dari melihat kebenaran..
- Expectation ? Macam biasa bila baca RAM ni mesti ada plot twist dia. Kalau kau berhati-hati masa baca pun, boleh jadi kau akan tertipu jugak at the end. Keh keh.
- Setiap novel RAM ada plot twist nya, sama la novel ni pun.
- Cerita pasal jembalang. Nak tahu jembalang apa, baca la sendiri.
- Baik, aku taknak buat ulasan panjang pasal novel RAM ni sebab takut terspoil jalan cerita, so korang baca lah sendiri ! Yang pasti novel kali ni best giler !
- Hati-hati semasa membaca, mungkin kau jembalangnya, siapa tahu ? Muahahaha
Di tahun 1830 sebuah kampung menjadi mangsa amukan suaka. Namun di tahun 1848 pula jembalang hijau pula mengamuk di sebuah perkampungan lain.
Manakala di masa kini Rosman dan Anita dua orang pegawai polis bertungkus lumus menyiasat pembunuh bersiri yang mana mangsanya mati secara aneh.
Sebuah naskah yang sangat menarik. Di sebalik sebuah cerita ada cerita tersembunyi di balik kisah tersebut. Perlu dibaca dengan hati-hati dan ambil masa untuk berfikir. Hampir keliru dek kerana jalan ceritanya tapi bila diam berfikir sejenak baru betul-betul faham apa yang berlaku.
Plot twist ada di beberapa tempat sepanjang perjalanan cerita. Ingatkan plotnya tamat di situ sahaja namun masih ada twist plot yang menunggu di hujung cerita.
Untuk peminat cerita seram dan thriller memang kena baca naskah ni. Memang best. Cukup lengkap dengan aksi, permainan minda, emosi dan sebagainya.
Hahaha siapa baca ni memang takkan sangka .... Let the story drag you ... Draggggg till the end .. believe me trust me ... Rasa nak jerit nak lompat ... Hahaha malangnya dalam train ... On the way pergi kerja .. rasa .. rasa hahaha ... Memang excellent ... perfect 10 ... Siapa tak baca memang rugi ... 😱😱😱😱😱😱😱😱😱😱😱😱😱😱
Di pertengahan cerita apabila tersingkap latar masyarakatnya rasa macam tertipu tapi itulah plot twistnya. Teringin nak tahu siapa sebenarnya Hanum Saskia.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Sedia maklum, penulisan RAM teliti olahannya dengan gaya bahasa yang lenggoknya membuai-buai. Dan, beliau amat gemar menyelitkan unsur imbas kembali zaman yang berbeza.
Jujur, mula baca beberapa bab, aku soal diriku sendiri. Mana RAM? Kenapa begini? Aku tidak temui gaya tulisan yang selalu aku dapati dalam karyanya, seolah-olah ini bukan RAM..haha. melampau, kan? Tapi itu yang aku rasa.
Adakah jalan ceritanya terlalu laju pada awal penceritaan? Atau penggunaan bahasanya agak ringkas kali ini?
Aku teruskan pembacaan. Hampir di tengah-tengah cerita, barulah aku dapat rasai sebenar-benar sentuhan RAM dalam karya ini. Ya, ini adalah RAM. haha.
Kasyaf Ain adalah satu karya yang menarik bagi aku. Tiada langsung ungkapan 'Kasyaf Ain' dalam novel ini seperti karya-karya sebelumnya. Tidak secara terangan.
'Kasyaf', menurut definisi dari Kamus Dewan Edisi Keempat sebagai penyingkapan rahsia alam ghaib melalui pandangan mata hati. 'Ain' itu pula adalah mata. Setelah diamati novel ini, terjawab sudah maksud Kasyaf Ain yang cuba disampaikan; penyingkapan rahsia alam ghaib melalui pandangan mata hati secara batin dan pandangan mata secara zahir. Hanya keteguhan dan keyakinan hati terhadap sebenar-benar pencipta sahaja merupakan senjata utuh bagi melayari kekalutan hidup ini.
Kasyaf Ain memperlihatkan dengan kreatif serta bijak akan asal usul puntianak yang akhirnya membuat onar di dunia manusia. Kenapa dan mengapa ia berlaku? Siapa dan bagaimana mahu menyelesaikan kehadiran mereka?
Wujudnya watak Mansur dan Adi banyak mengingatkan aku akan keperibadian Laksamana Sunan, buatkan aku rindu akan lelaki berduka dari Tanah Rencong itu. haha. Yaa.. Yaa.. macam berlebih-lebih pula, tapi watak tu seakan hidup.
Aku juga terpedaya dengan twist plot yang ada. Perkataan 'marga' dan 'tetamu siang' dalam novel ini benar-benar mengelirukan aku. Manusiakah? Jembalangkah? Alih-alih aku buat rumusan sendiri dan membayangkan keadaan dua kata itu menurut kepala aku sendiri. Apabila dah nak sampai ke penghujung, barulah aku sedar aku sudah terbalikkan istilah 'marga' dan 'tetamu siang'. Urgghhh geram betul. Dengan ending yang meskipun sudah dijangka akan berakhir begitu, tapi tetap rasa sedikit urgghhh... Tipah tertipu! 🙄😭.
Saat aku sudah terpedaya dengan lenggok twist plot karya ni, maka yakinlah aku, yang menulis cerita ini adalah RAM. hahahhaa. Segala rasa aneh membacanya dari awal tadi sudah lenyap sedikit demi sedikit.
Dan setiap kali aku baca karyanya, pasti akan ada penggunaan kata yang baharu. Jadi saranan aku, cubalah baca Kasyaf Ain ni. Pasti kau orang akan terpedaya sama macam aku juga. haha.
To be perfectly honest, it pains me to rate this book a 3.5, coming from one of my favourite writer but *sigh* I hated the ending! Perhaps Tuan RAM is planning for a sequel, but I hate the idea that the evil prevails. Nevertheless, I still enjoy reading it.
Sebagai peminat tegar RAM, setiap karya yg dihasilkan olehnya tidak pernah mengecewakan. Twist plot yg dihasilkan berulang kali mmg tidak boleh dijangka. Jadi utk saya yg suka membaca bab akhir setiap buku tidak akn boleh jangka apa isi cerita yg sebenarnya. Kena baca dari mula tanpa skip baru kita faham. Mmg hebat!!! Kebanyakan penulis yg menulis kita akn tahu apa plot cerita seterusnya hanya melalui bab akhir. Tetapi tidak pada kesemua naskah RAM.
Kasyaf Ain tidak lari dr tema RAM sebelum2 ini. Berjuang utk memisahkan dan menghancurkan kejahatan dari dunia paranormal. Cerita dipisahkan dr 2 zaman waktu iaitu pada zmn kini dan pada thn 1840an. Namun kedua2 nya ada hubung kait di antara satu sama lain.
Perjuangan Adi pada thn 1848 utk menentang jembalang yg bernama Cindai telah diteruskan oleh Syamel dan Rosman pada zmn kini. Namun persoalannya, adakah Cindai itu Hanum Saskia yg mati dibunuh oleh pegawai polis yg bertugas? Siapa pula Anita? Semuanya menjadi tanda tanya dan saya berharap RAM dpt merungkaikan persoalan2 itu di dlm naskahnya yg akan datang.
Apapun tahniah pada RAM utk karya anda yg hebat ini👍👍👍👍👍
Membuat aku meremang pada bab-bab terakhir, apabila terungkai teka-teki sang pembunuh di dunia di sebalik hijab. Plot twist yang sangat menarik, tidak dapat dijangka. Bukan sekali tapi berkali-kali. Aku kagum dengan penulis kerana begitu kreatif dan berimaginasi dalam bab tesebut.
Namun aku sedikit rimas setiap kali bab Syamel dan Rosman. Terlalu bosan dan kurang elemen misteri. Aku juga rimas apabila harus membaca nama penuh Hanum Saskia setiap kali ia muncul di helaian. Penulis cuba untuk membuktikan kecantikkan wajahnya . Namun deskripsinya lemah dan aku tidak dapat membayangkannya seperti aku membayangkan kecantikkan Ratna Sang Ratu.
Usai baca. Balik rumah sewa. Letrik terpadam dengan tiba-tiba jam 10malam. Terbayang Cindai dan membuatkan lututku lemah seketika. Hanya Allah sahaja yang tahu.
Baru habis baca buku ni. Apa yang saya nak cakap tentang buku ni.. Pehhh.. Hebat.. Terlalu banyak plot twist. Walaupun cara penceritaan berubah² dari zaman ini dan zaman dahulu tapi tidak memeningkan. Plot twist dia pehh.. Sampai saya terfikir adakah penulis pernah masuk ke alam yang satu itu sebagai tetamu siang seperti dalam buku ini? Dan sampai saya terfikir mungkin ada dikalangan kita ni zahirnya manusia tapi bukan? Kisah percintaan Syamel dan Hanum Saskia. Akhirnya Syamel dan Rosman masih terpedaya, dan Cindai terus hidup. Mungkinkah ada sambungan? Apa pun ini antara salah satu lagi Novel thriller terbaik dari RAM. Berbaloi memilikinya. Bagi yang nak beli, buku tak dijual di pasaran. Kalau nak beli boleh order di @Ramfcstore.
Naskah penulis kali ini agak berbeza. Sejujurnya novel ini agak perlahan di awal pembacaan. Seperti biasa, melibatkan perulangan penceritaan.
Bersandarkan kepada kewujudan alam ghaib, ‘plot twist’ novel ini bermula di tengah pembacaan yang amat tidak disangka-sangka. Ia banyak membantu dalam melancarkan pembacaan sehingga ke halaman terakhir memandangkan sifat ingin tahu yang meluap-luap.
Walau bagaimanapun, pengakhiran novel ini sedikit sebanyak dapat diramal. Barangkali akan ada sambungannya…?
Kudos pada Tn. RAM. Hasil nukilan Tuan masih memaut hati saya selaku pengumpul dan pembaca tegar karya-karya Tuan.
Satu lagi buku Tuan RAM yg tak mengecewakan...byk plot twist & RAM mmg pandai create cerita yg ada unsur² dunia parallel.. bestnya ttg buku² RAM ni bila setiap kali baca msti buat kita terfikir something. Ringkasnya mmg kena sabar untuk tggu kesinambungan cerita si Syamel dan Cindai ni😘
Cerita yang sangat menimbulkan pertanyaan pada awal2 cerita. Sedikit demi sedikit, lembaran kisah mula terlerai. Setiap babak sepertinya jauh di antara satu sama lain namun berkait rapat.
Pengakhiran menyajikan sesuatu yang sangat tidak diduga.
Tak nak review panjang2. Satu je : sepanjang menekuni karya RAM memang tak pernah dapat agak ending dia. Kadang2 kita fikir ending dia will be A tapi sebenarnya Z. thats why karya RAM sentiasa di hati.
Kasyaf Ain By Ramlee Awang Murshid (Highly Recommended) 402m/s . . Seperti sedia maklum, naskah RAM penuh dengan suspen, lenggok bahasa yang mampu membuai-buai perasaan pembaca dan plot twist yang tidak disangka-sangka.. Setekun mana atau sefokus mana korang menelaah dan menyelesaikan 'puzzle' dalam novel beliau, korang tetap menemui jalan buntu!! Itulah sentuhan magis yang bergelar Master Thriller Malaysia❤️. . Kasyaf Ain? Aku tertanya-tanya kenapa tajuknya seperti itu sedangkan tiada langsung watak yang bernama Kasyaf atau Ain. Setelah diperhati secara menyeluruh, barulah aku faham Kasyaf ialah pengetahuan yang tersembunyi dan Ain pula bermaksud mata. Jika kedua aksara ini digabungkan membawa maksud pengetahuan yang tersembunyi daripada pandangan mata manusia. . Cerita ini dipisahkan kepada dua peredaran masa yang berbeza iaitu pada masa kini dan tahun 1840-an. Tetapi, kedua2 zaman itu mempunyai kaitan antara satu sama lain. Bagi aku RAM sangat menyukai teknik 'flashback' dalam menghasilkan karyanya dan penceritaan novel ini sangat smooth dan tidak memeningkan kepala. . Kampung Lembah Beringin digemparkan dengan kematian yang menjadikan kampung itu tidak aman seperti dulu lagi. Seorang dukun pendusta menggunakan ilmu songsang dan meminta bantuan syaitan untuk memerintah kampung tersebut. Mansur yang merupakan imam di kampung itu dihalau secara paksa. Selepas 18 tahun berlalu, Kampung Buana Senandung pula dikhabarkan dengan kematian penduduk2 kampung dan semua ini berpunca daripada tetamu siang. Siapakah tetamu siang itu? Mengapa kampung2 itu diserang? . Pada masa kini, Syamel dituduh sebagai suspek pembunuhan Hanum Saskia dan pembunuh bersiri yang berlaku di Kuala Lumpur. Tingkah laku Syamel dianggap gila dan bercanggah dengan agama Islam. Sementara Rosman dan Anita seakan memandang sinis terhadap Syamel. Sedarkah, Syamel sebenarnya mahu merungkai semua rahsia yang berlaku selama ini, sama ada percaya ataupun tidak? Siapakah Cindai? . Rating: 4.5⭐ Yaaaa.. Aina tahu korang pun pening baca review aina.. Sejujurnya Aina pun mengalami kesukaran dalam membuat review. BACA DAN FAHAMI SENDIRI. Waktu tu korang akan rasa apa yang Aina rasa hahaha🥵
Kalau dah terkenal dengan jolokan Master of Thriller Writer memang still akan jadi master. Pada asalnya, EH terus terang, karya ni kurang mendapat tempat di hati EH. EH sampai pelik, takkan la karya RAM tak teruja seperti karya-karya sebelum ni. Dan sangkaan EH pada awal tu silap sama sekali. Sangat silap. Bila dah sampai pertengahan cerita EH mula dah rasa keterujaan tu. Tang bila? Tang dah tau twist yang dicipta oleh RAM. Fuh! Tak sangka wei. Yang kita sangka baik itu adalah jahat dan sebaliknya. Betullah. RAM ni idea dia memang di luar jangka. EH tersangat kagum.
Seperti biasa RAM memang suka bawa pembaca mengembara ke 2 tempoh tahun yang berbeza. Jadi, kena fikirkan apa kaitan antara 2 zaman ni. Dalam Kasyaf Ain ni RAM bawa masuk elemen paranormal. Makhluk-makhluk ghaib yang sepatutnya tidak terjangkau dengan mata kasar. Hanya dengan hijab yang terbuka pasti nampak makhluk sebegini. Namun, betulkah ia hanya menampak pada mereka yang terbuka hijabnya saja? Ada potensikah mereka yang ghaib ini masuk ke dunia manusia? Jika ada, bagaimana? Kalian boleh dapatkan buku ni. Segalanya akan terjawab.
Memang tak rugi. Puas hati selepas menekuni dengan teliti. Sekali lagi syabas RAM.
Sejujurnya 3.5... Aku jarang review buku penulis hebat ni, selalunya aku tak tau nak review apa sbb karya dia memang tip top dan sangat baik. Tapi....
Ada banyak sangat kelainan dalam gaya penulisan dan pemilihan ayat oleh penulis dalam karya ini. Sumpah, aku mengikuti karya penulis dari aku bangku sekolah sehingga kini. Aku boleh trigger kalau ada sebarang perubahan.
Banyak pengulangan ayat 'mayat itu telah diaibkan'. Perkataan yang aku rasa tak sedap bila di baca 'sekejap aje' 'sebentar aje' .. aje? Menghandalkan atau mengandalkan? Hurmmm... Sbb pada aku, penulis adalah antara penulis yang aku sangat respect dengan cara dia menyampaikan sesuatu cerita. Bahasa yang cantik, kemas dan tersusun.
Idea ceritanya baik sebenarnya dengan adanya pelbagai plot twist yang aku sediri tak jangka. Cuma.... hurmmm... Am i to sensitive with words??
Di awal-awal buku agak kecewa sebab rasa macam tak sama dengan hasil tulisan RAM yang lain. Jalan penceritaan okay, tapi pergerakan plot terasa agak perlahan dan tak banyak detik-detik yang thrilling seperti novel yang lain. Kecewa juga sebab tak terasa keseraman cerita sedangkan di kulit buku gambar yang bergenre seram.
Tapi tidakkk alangkah tersilapnya saya. Sampai saja satu bahagian buku, ibarat berjalan atas ranting kayu yang tebal tapi tiba-tiba patah. Macam itulah rasa plot twist novel ni. Selepas pada itu, rasa laju je perjalanan cerita macam kereta pecut. Sudahlah macam kereta tengah pecut highway, lepas itu ada lagi beberapa plot twist dan kejutan-kejutan dalam cerita macam kereta break mengejut.
Begitulah perasaan saya baca buku ni 😂 Alhamdulillah saya tak kecewa dengan pengakhiran buku ini, dan elemen seram memang menyeramkan.
Mulanya aku agak skeptikal dengan cerita ni, sebab ada unsur unsur polis which is aku tak berapa nak gemar. So aku pun tak beli....sebab aku ni hanya minat trilogy Sunan yang bagi aku kekal bersemadi hingga ke akhir hayat....tetiba satu hari ketika aku merayau rayau dalam library, aku bertembung sekali lagi dengan naskah ini. Okay why not,aku pinjam terus tanpa berfikir banyak. Kat parking ketika ingin meninggalkan kawasan parking, aku terus membaca prolog...dan bammmm!!!!! sedar tak sedar 5 muka surat saja kat parking...with my engine still running!!!
RAM ni kan bukan saja buat aku tak senang duduk, nesface aku tumpah lagi sket nak kena laptop, malah dia buat aku tak tidur malam kerana nak habiskan naskah yang pada mulanya aku kata aku tak suka!!!
ada sambungan ka...sbb si hanat Cindai tu masih bergentayangan????? ishh geramm akuuuu!!!
Menceritakan 3 latar tempat dan 3 latar masa yang berlainan tp saling berkaitan.
Diceritakan kisah di sebuah kampung yang menjadi huru hara akibat berlaku kematian yg sgt pelik. Para penduduk mati dalam keadaan hangus.. Mayat digantung secara songsang..dan diaibkan.
Pembaca dihidangkan dengan kejutan demi kejutan - bukan sekali, bukan dua kali, malah berkali-kali! Saya benar-benar teruja kerana setiap kali cuba meneka, saya pasti silap - dan di situlah letaknya kepuasan saya sebagai pembaca. 😍
Maaf buat pembaca yang suka terus selak ke bahagian depan, tengah atau belakang - kali ini, anda mungkin akan menyesal sendiri, hahaha.
Setiap watak tampil dengan peranan yang tidak disangka. Lain yang kita faham, lain pula realitinya. Konflik yang dibina bukan sekadar antara manusia, tetapi juga antara manusia dan jembalang, semuanya kerana kuasa dan dendam yang tak pernah padam.
Cerita ini seolah-olah tidak berhenti di satu generasi - ia bersambung hingga ke susur galur keturunan, membawa beban silam dan rahsia lama. Dari simpati yang membawa padah, hingga ke perjalanan menjadi Pemburu Jembalang, semuanya ditulis dengan penuh intensiti dan misteri.
Kita dibawa mengembara dari satu perkampungan ke satu perkampungan, menyingkap dunia di sebalik tabir hijab - seolah segalanya ada dan semuanya hidup dalam dunia Kasyaf Ain.
Petikan kegemaran saya:
> “Kemarahan membuatkan dirinya menjadi syaitan di dalam syaitan.” - menggambarkan betapa barannya Jais.
> “Malam bagimu tapi siang bagiku. Siang untukmu dan malam untukku.” - Tetamu Siang.
Sebuah kisah yang gelap, mistik, dan penuh kejutan - Kasyaf Ain bukan sekadar kisah pemburu jembalang, tetapi juga pemburu kebenaran dalam diri manusia sendiri.
Sambungan : Kisah Kasyaf Ain belum berakhir di sini. Segala persoalan dan rahsia yang masih berselirat akan bersambung dalam naskhah seterusnya - Kasyaf Ain II : Water Lily. Sebuah kesinambungan yang menjanjikan lebih banyak debaran, dendam, dan misteri dari dunia yang sama - tetapi dengan jiwa yang lebih dalam dan luka yang belum sembuh. 🌙 Boleh tempah di sini -> https://ezy.la/WaterLily
Kisah permusuhan dari generasi ke generasi seterusnya.Permusuhan jin kafir dan manusia.perangai syaitan laknatullah dari kalangan jin dan manusia..cuma kisah cinta cindai dan syamil aku rasa macam tak patut si cindai tak tahu si syamil tu keturunan musuh dia..padahal berkurun kot dia memburu keturunan tok adi..Ada sambungan ke novel ni ek..
Buku ini dah lama berada di atas rak buku (next to read) Bahkan aku membeli pada awal keluarannya ketika pbakl 2019. Aku membelinya kerana aku sememangnya penggemar tulisan RAM dari 2006 lagi. Syukurlah tahun 2021 ni, aku tetiba triggered nak membaca sampai habis. ALHAMDULILLAH. berbaloi sangat.
Aku bersabar membacanya, memahamkan setiap cerita. Tapi akhirnya bam! Aku terkena juga part tu. Memang tak menyangka langsung part alam buana tu. Walaupun cerita zaman sekarang pasal Hanum Saskia, tapi aku lebih2 tertarik dengan kisah Adi dan Imam Mansur. Mereka mengingatkan aku pada watak Saifudin yang menentang kejahatan. Dan aku tetiba nak berharap Adi tu boleh ke masa hadapan untuk membunuh Cindai. Haha. Boleh gitu?
Sebab watak Syamel pun pada awalnya aku agak curiga dgn dia sptmana Rosman. Kan elok kalau dua2 tu dari awal bekerjasama. Dan siapa pun tak menyangka yg syaitan bertopeng manusia tu susah nak mati. Sangat terkejut juga disitu tapi tak teruk sangat mcm plot twist pertama tu haha.
Keseluruhannya aku nak bagi 8/10 untuk novel kali ni. Aku suka elemen mistik dan elemen zaman dulu digunapakai oleh RAM. Perasaan mistik tu sangat meresap masuk shingga tetiba rasa meremang sendiri bila baca tengah2 malam yang sunyi. Ok, lagu Misha Omar tu jadi seram bila dengar nanti. Ahaha.