Sangat banyak sebenarnya kisah bagaimana Rasulullah berinteraksi dengan non-muslim dengan akhlak yang terpuji. Walaupun ada dalam kalangan mereka yang memerangi Rasulullah terang-terangan, pun Rasulullah masih berakhlak mulia dengan mereka.
Takkanlah kita di sini tidak mahu mencontohi akhlak Rasulullah yang itu? Kalau keadilan berada pada pihak mereka, wajib kita katakan sepertimana ia. Bacalah buku untuk mendapatkan justifikasi lebih mendalam tentang bagaimana Rasulullah itu sangat adil walaupun terhadap musuh Islam.