Jump to ratings and reviews
Rate this book

Helokz

Rate this book
Pertemuan kali pertamanya dengan Haekal meninggalkan kesan yang mendalam terhadap diri Aiman. Semenjak itu, dia tidak dapat lari dari terus mengingati si kasanova yang kacak dan berbadan kekar. Biarpun dia tahu Haekal mempunyai kisah silam yang cukup gelap, Aiman masih tetap mahu bersama lelaki itu.

Apabila Haekal menghilangkan diri, Aiman jadi tidak keruan. Panggilan tidak berjawab. Mesej tidak dibaca. Seolah-olah sesuatu yang buruk telah terjadi kepadanya. Apa yang Aiman tidak tahu ialah kehilangan Haekal adalah lebih dari apa yang dia sangkakan.

340 pages, Paperback

Published January 1, 2019

3 people want to read

About the author

Azrie Idzmeer

3 books4 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
0 (0%)
4 stars
0 (0%)
3 stars
1 (100%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Azrie Idzmeer.
Author 3 books4 followers
March 18, 2019
Buku ini ditulis sekitar penghujung tahun 2016 di Wattpad. Pada waktu itu, fokus saya ketika menulis hanyalah untuk mencuba sesuatu yang baru, sensual dan kontroversi. Saya langsung tidak menyangka bahawa buku ini akan mendapat perhatian ramai di Wattpad.

Akan tetapi, selepas dibaca dalam bentuk naskhah fizikal, saya dapati terdapat banyak kesilapan yang telah saya lakukan. Pertama, ada banyak typo dan grammatical error yang saya tak perasan ketika proses suntingan. Kedua, jalan cerita yang terlalu laju dan penuh dengan anti-climax. Ketiga, penggunaan ayat dan tatabahasa yang kurang matang.

Saya harus akui terdapat beberapa kelemahan di dalam cerita ini. Membaca naskhah fizikal dengan membaca secara online di Wattpad tidak sama.

Apa yang saya suka tentang buku ini adalah kulit depannya yang kelihatan segar dan minimal. Kedua, pembaca tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menghabiskan buku. Dalam masa dua hari, Insya-Allah boleh habis baca. Ketiga, buku ini adalah sebagai tanda bahawa segalanya boleh dilaksanakan sekiranya kita mempunyai azam yang kuat. Saya dan rakan editor Izzat Zainal telah menghabiskan masa yang lama untuk menjayakan projek menaskhahkan Helokz yang dulunya kontroversi Wattpad.

Saya harap pembaca akan memberi peluang kepada buku ini biarpun ianya tidaklah sehebat mana.
Displaying 1 of 1 review