'Sains Menulis Puisi' menyorot penulisan puisi dari perspektif yang unik.
Penulisan puisi yang kebiasaannya abstrak, seni, dan subjektif telah dipasang pada kerangka yang teoretik, teknikal, praktikal, 'reproducible' dan mudah diaplikasi oleh penulis, baru atau lama.
Menulis puisi bukan lagi satu 'proses terawang-awang' tetapi berpijak dan fizikal.
Mantan Minggu Penulis Remaja 2000 dan Pengasas/Ketua Penasihat Grup Karyawan Luar Negara. Pernah menulis dan mengarahkan teater 'Mencari Jalan Pulang' di Dublin pada tahun 2005.
Menulis dalam genre puisi, cerpen, dan artikel yang tersiar dalam pelbagai media cetak dalam dan luar negara serta termuat dalam lebih 30 antologi bersama.
Puisinya 'Al Andalus Menangis' terpilih salah satu teks sastera elektif SPM 2010. Memenangi beberapa anugerah sastera seperti Hadiah Sastera Siswa, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan, dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia.
Sangat berinformasi untuk seseorang yang tak banyak ilmu tentang penulisan puisi. Walaupun penulis menyatakan yang panduan-panduan yang diberi bukanlah peraturan, tetapi ia sangat membuka pandangan saya terhadap ilmu puisi.
Rasa terinspirasi untuk hasilkan puisi sendiri. Bak kata penulis, puisi tidak semestinya memerlukan perkataan-perkataan bombastik dan berbunga-bunga. Puisi yang baik boleh lahir daripada perkataan-perkataan biasa tapi memberi kesan emosi yang mendalam.
Salah sebuah buku terbaik saya baca untuk 2023 ini. Terima kasih!
Saya membaca buku Sains Menulis Puisi sambil menghadiri bengkel bertajuk yang sama dikelolakan oleh penulis sendiri. Dr Fahd seorang penulis puisi dan juga seorang fasilitator cum guru yang menarik. Buku Dr Fahd juga mudah dibaca sebagai panduan untuk memahirkan diri dengan seni puisi. Maaf, pembetulan... Sains Puisi. Puisi rupanya adalah satu kemahiran yang boleh dipelajari dan dipupuk.
Sains Menulis Puisi Oleh: @farrahreads Puisi ialah kata-kata terbaik dalam susunannya yang terbaik, begitu definisi puisi yang telah diberikan oleh Dr Fahd Razy dalam bukunya ini. Buku ini amat sesuai sebagai permulaan untuk orang yang ingin belajar menulis puisi. Ada beberapa poin yang membuka mata saya sepanjang membacanya. 1. Penulis adalah pembaca. Tidak ada penulis yang baik datangnya daripada orang yang tidak suka membaca. Pentingnya membaca adalah untuk kekayaan kosa kata. 2. Baca, walaupun tak faham. Saranan beliau jika kita mahu menulis puisi, kita terlebih dahulu harud tahu gaya dan bentuk puisi yang ada sebelum mencipta identiti puisi sendiri. Membaca puisi ada tiga peringkat dan ini adalah peringkat pertama dan paling penting. 3. Keluar dari penjara klise. Kebanyakan puisi menjadi lemah akibat terlalu umum dan klise. Dr Fahd Razy banyak memberikan contoh klise seperti hujan, badai, gelombang, dihiris sembilu dan pelbagai frasa lain yang bersepah ditemui dalam kebanyakan puisi. Beliau mengajak kita untuk keluar dan mula menggunakan segenap kosa kata yang ada untuk menzahirkan sesuatu perkara. 4. Puisi tidak perlu ayat bombastik. Hal ini yang paling menyedarkan saya kerana selama ini saya fikirkan untuk sesuatu puisi itu menjadi indah, kita harus banyak menggunakan perkataan yang bombastik, wow dan nampak ilmiah. Ya lah, katanya perlu banyak kosa kata kan. Namun rupa-rupanya banyak kosa kata itu ialah apabila kita boleh menggunakan semudah-mudah perkataan yang boleh ditemui di sekeliling kita untuk menyampaikan sesuatu mesej. Saya sangat teringin untuk mahir menulis puisi kerana itu saya membeli buku ini sebagai permulaan. Membaca buku ini adakala terasa seperti dimarahi cikgu kerana asyik melakukan kesilapan yang sama😅 #MalaysiaMembaca #dudukrumahbacabuku Sains Menulis Puisi Oleh: @farrahreads Puisi ialah kata-kata terbaik dalam susunannya yang terbaik, begitu definisi puisi yang telah diberikan oleh Dr Fahd Razy dalam bukunya ini. Buku ini amat sesuai sebagai permulaan untuk orang yang ingin belajar menulis puisi. Ada beberapa poin yang membuka mata saya sepanjang membacanya. 1. Penulis adalah pembaca. Tidak ada penulis yang baik datangnya daripada orang yang tidak suka membaca. Pentingnya membaca adalah untuk kekayaan kosa kata. 2. Baca, walaupun tak faham. Saranan beliau jika kita mahu menulis puisi, kita terlebih dahulu harud tahu gaya dan bentuk puisi yang ada sebelum mencipta identiti puisi sendiri. Membaca puisi ada tiga peringkat dan ini adalah peringkat pertama dan paling penting. 3. Keluar dari penjara klise. Kebanyakan puisi menjadi lemah akibat terlalu umum dan klise. Dr Fahd Razy banyak memberikan contoh klise seperti hujan, badai, gelombang, dihiris sembilu dan pelbagai frasa lain yang bersepah ditemui dalam kebanyakan puisi. Beliau mengajak kita untuk keluar dan mula menggunakan segenap kosa kata yang ada untuk menzahirkan sesuatu perkara. 4. Puisi tidak perlu ayat bombastik. Hal ini yang paling menyedarkan saya kerana selama ini saya fikirkan untuk sesuatu puisi itu menjadi indah, kita harus banyak menggunakan perkataan yang bombastik, wow dan nampak ilmiah. Ya lah, katanya perlu banyak kosa kata kan. Namun rupa-rupanya banyak kosa kata itu ialah apabila kita boleh menggunakan semudah-mudah perkataan yang boleh ditemui di sekeliling kita untuk menyampaikan sesuatu mesej. Saya sangat teringin untuk mahir menulis puisi kerana itu saya membeli buku ini sebagai permulaan. Membaca buku ini adakala terasa seperti dimarahi cikgu kerana asyik melakukan kesilapan yang sama😅 #MalaysiaMembaca #dudukrumahbacabuku
As far as writing goes, it is very good and interactive. As for the content itself, i honestly expected more on the procedural aspect of writing a puisi. Rather, this book discussed more on do and donts, what makes a good puisi, the attributes and elements that can be incorporated in your puisi. Of course, as the writer has pointed out many times in the book, there is no one way in writing a puisi, but then the title of the book itself is "sains" and is targeted for pemula, so i think itd be more beneficial if theres a chapter discussing the specific steps that can be practiced by pemula in puisi writing. In spite of that id still recommend this book to anyone who has interest in penulisan puisi. 2.5 stars.
Dr Fahd Razy telah berjaya menerbitkan satu panduan menulis puisi dengan caranya tersendiri dan mudah difahami. Dengan contoh-contoh puisi yang dikemukakan, pembaca akan faham bagaimana untuk menambahbaik kualiti karya masing-masing.
Mungkin sebab menulis puisi sekadar suka-suka walaupun suka baca puisi (saya jenis tak cerewet - puisi sedap kita baca, puisi tak sedap kita tinggalkan), maka buku ini saya anggap seperti buku panduan biasa.
Penulisan buku ini awalnya tidak saya setuju apabila perkataan SENI dipangkah begitu. Sebagai pelajar sastera, tentulah hal penulisan apa-apa genre dikaitkan dengan kerja seni. Seni itu luas dan halus sehingga menimbulkan hal-hal subjektif yang tidak boleh dijelaskan dengan perkataan atau kerangka yang utuh. Pendek kata, benarlah, sastera itu sedap/tidak bergantung pada minat dan kecenderungan pembacanya.
Namun, objektif dan visi buku ini jelas, iaitu menyentuh hal teknikal dan objektif (melawan bebas dan subjektif). Sasarannya juga jelas, iaitu kepada pengarang baharu yang amat memerlukan sebuah kerangka dan struktur jelas pembinaan puisi. Bagi pengkritik pula, buku ini diperlukan untuk menyatakan kritikan dan ulasan mereka dengan lebih objektif. Kita sendiri tak mahu puisi kita diulas sebagai 'sedap' dan 'segar' semata-mata. Apakah yang ditafsirkan sebagai 'sedap'? Apa pula contoh 'segar' yang terkandung dalam puisi tersebut?
Buku ini diusahakan dengan bersungguh-sungguh oleh penulisnya, Fahd Razy berdasarkan pengalaman penulisannya yang luas serta keinginan yang kuat mahu melihat puisi-puisi tanah air ditulis dengan kesedaran yang tinggi, dan bukannya syok sendiri semata-mata. Isi kandungannya menyentuh hal pembinaan berserta contoh-contoh puisi yang bagus.
Saya belajar sesuatu daripada buku ini. Terima kasih.
Dah lama saya mencari buku sebegini sebab dah banyak mazhab saya dengar pasal puisi. Sebagai seorang yang logikal dan suka patuh pada peraturan, saya ada juga terfikir apakah ada pattern dan struktur dalam puisi sebenarnya.
Saya dah lama tahu kewujudan buku ini melalui Twitter tapi berpeluang untuk beli satu masa PBAKL25 di booth Katapilar sebab ada diskaun. Pada pengamatan saya, buku ini boleh pergi lebih jauh berdasarkan kandungannya tapi saya tak tahu apa yang kurang kecuali design kulit bukunya. Atau sebab ramai yang tak begitu minat dengan puisi di negara ini? Mungkin
Sebagai seorang yang minat tulis dan baca puisi, buku ini memberi pemahaman yang lebih objektif tentang puisi. Kalau puisi itu dikatakan sedap, apa yang membuatkan ia sedap? Itu yang diajarkan dalam bahasa yang bersahaja dan diiringi kartun yang lucu. Semestinya membuat saya muhasabah diri tentang penulisan sendiri. Walaubagaimanapun, buku ini cumalah panduan, bukan peraturan.