Demi bersatu dengan kekasih hatinya Sara Alya, Shawn merangka rancangan gila untuk memerangkap gadis itu. Tapi sayangnya… yang menjadi mangsa bukannya Sara Alya tetapi Nurul Nabiha. Tiada istilah tanggungjawab andai wanita itu adalah Nabiha!
“Yang pak cik nak berdrama sangat ni kenapa. Tak faham ke apa yang pegawai agama tadi tu cakap. Saya tak perlu kahwin pun dengan anak saudara pak cik tu.” – SHAWN
Takdir yang mengikat mereka tidak ternoktah di situ. Pemergian Sara secara mengejut membuatkan Shawn menanam api dendam. Nabiha perlu membayar harga atas kehilangan Sara. Satu lamaran dihulur.
“Perkahwinan ini akan jadi perkahwinan terindah dalam hidup awak. Percayalah, Nabiha. Saya akan jaga awak dan mencintai awak seluruh hati saya.” – SHAWN
Saat hatinya benar-benar menyerahkan cinta dan jiwa, watak manis Shawn berubah laku.
“Apa salah saya. Apa dosa saya pada awak. Kenapa awak benci sangat dengan saya.” – NABIHA
Tersentak dengan takdir cinta yang memilukan ini, Nabiha rela andai dirinya dilepaskan.
“Saya… saya lebih rela awak ceraikan saya…” – NABIHA
Kehidupan baharu dikayuh dengan lebih tabah. Namun ternyata bahagia yang diimpikan selama ini masih belum mahu berpihak kepadanya. Nabiha diuji lagi dengan ujian yang berganda berat. Penglihatannya yang sempurna telah diambil semula oleh Ilahi. Ya. Nabiha seorang gadis buta kini.
Saat dia melangkah dalam kegelapan itu, hatinya telah disuluh oleh cahaya cinta dari seorang jejaka.
“Saya sukakan awak, Biha. Sejak dari kali pertama saya jumpa awak hati ni rasa sesuatu. Biha…relakah hati awak mencintai saya?” – NAZEEM
Dunia gelap Nabiha hampir dihujani warna-warni pelangi cinta daripada Nazeem. Sayangnya… satu kenyataan menyebabkan dunia yang gelap kekal gelita.
Siapakah Nazeem yang tiba-tiba muncul dalam hidup Nabiha itu? Lelaki yang membawa cinta sejati atau seseorang yang hadir hanya untuk membuat luka lama berdarah kembali?
At first beli sebab saya suka cover dia. Cantik n tajuk pun bagai memanggil-manggil untuk dibaca giteww.
Tapi frust sikitla sebab tak sedramatik yang saya expect. Macam kebanyakan novel plot hero mula2 jahat kat heroin then insaf jatuh cinta kat heroin. Dorang kahwin pun tak lama dalam seminggu camtu je.so nak kata penderaan fizikal tu takla melampau sangat. Lebih pada penderaan emosi.Cuma dalam novel ni Shawn agak melampau la sebab ada intention untuk bunuh wife dia. Scary. Kalau i pun i xtau masih boleh dimaafkan ke tak.
Plot berkembang dengan baik,olahan pun nak kata membosankan pun tak jugak.boleh dilayan cuma untuk saya tiada faktor yang membuatkan saya terasa nak simpan novel ni sebagai koleksi untuk diulang baca selepas ini. Rasa macam baca sekali pun dah memadai.
Kisahnya Shawn yang berdendam dengan Nabiha disebabkan dia merasakan Nabiha penyebab kematian kekasih yang dicintainya. Padahal si Sara tu jatuh tangga lepas gaduh dengan dia.patutnya dia rasa bersalah kat diri sendiri la. Then dia memerangkap Nabiha untuk berkahwin dengannya. Saya tak nampak pun apa perlunya dia berkahwin dengan Nabiha kalau at the end of the day dia cuma nak tengok Nabiha mati. Ingatkan dia punya plan teratur tapi dalam masa seminggu camtu je dia dah ceraikan Biha.
Selepas kemalangan yang dirancang, Nabiha ditakdirkan buta dan selepas 5 tahun muncul Ahmad Nazeem. Rasa dari sini dah boleh agak siapa Ahmad Nazeem sebenarnya. Cuma itulah tertanya jugak takkan tak cam suara kalaupun tidak dapat melihat 🤔
Crite mengenai anak yatim, Biha yg terperangkap dlm mainan si hero, Shawn. Jahat betol si Shawn ni.. takde perasaan langsung. Kerana nak balas dendam kat Biha, he manupulated evryone around Biha to pressure her into marrying him. After marriage, comes the mental & physical torture. His final plan ialah utk malukan Biha by divorcing her infront of her aunt, thus making her aunt benci kan Biha. Tak cukup ngan itu, Shawn ni plan utk bunuh si Biha ni. Few yrs later, she met Nazeem yg berjaya membuka hati nye. Ohmai.... Nazeem ni mmglah the perfect husband...
Crite dia fast paced. Tak meleret, sampai rasa mcm terlalu cepat pon ade.. eg, the progression of Biha’s & Nazeem’s relationship. Tapi all details are summarised to make readers understand what went on during the time frame. Kira mcm takde loophole lah dlm jln crite.
Overall, crite dia not bad. 3.5 ⭐️. Nak tunggu Fitiya Tihani pulak lepas ni.
Mengisahkan Shawn yang berkahwin dengan Biha disebabkan dendam. Shawn anggap Biha ni penyebab kematian Sara sedangkan Sara sendiri yang jatuh tangga. Selepas mereka berkahwin, macam macam Shawn ni buat kat Biha untuk membalas dendam sampaikan dia sanggup menceraikan Biha dia depan ibu saudara Biha dan dia jugak sanggup mengupah orang untuk menamatkan riwayat Biha.
Beberapa tahun kemudian mereka berjumpa semula tetapi masa tu Shawn ni dah berubah dah bertaubat dan masa tu jugak Biha tak cam Shawn disebabkan oleh dia kehilangan keupayaan untuk melihat. Mereka berkahwin semula dan bahagia. Tetapi beberapa ketika lepas tu perkahwinan dorang ni goyah sebab Biha dapat tahu yang suami ‘baru’ dia tu merupakan lelaki yang sama yang memusnahkan hidup dia.
Pada pendapat aku, novel ni not bad cuma akan jadi lagi best kalau Biha tak terlalu mudah untuk memaafkan Shawn. Plot pun berkembang dengan baik dan laju. Tak meleret langsung. Watak watak pun okay. Aku suka watak Sara walaupun sekejap je kemunculan dia. Character development Farid dan Shawn pun best.
Nurul Nabiha, Ahmad Nazeem@Shawn Mac Dawson, Farid, Syazanah, Pn. Jamilah, En. Halim, Sara Alya, Pn. Fatimah, En. Kamal, Anjali, Qayyum, Hannan.
Pertemuan dengan Sara dan Shawn merubah kehidupan Biha. Kematian Sara telah membuat Shawn berdendam dengan Biha. Dendam yang akhirnya menimbulkan rasa kesian, sayang, dan cinta. Shawn menjadi Nazeem yang baru. 5 tahun, satu persatu ujian melanda Biha. Sepanjang 5 tahun, Nazeem dilanda kekesalan. Lepas 5 tahun, satu demi satu rahsia Nazeem terbongkar setelah bahagia menjadi milik Nazeem & Biha.
Menarik jalan cerita novel ini sebab membawa kita melayari dunia OKU atau lebih tepat cacat penglihatan. Pusat Latihan Gurney (PGL) / Gurney Training Centre (GTC). Cara membezakan matawang melalui deria sentuhan. Bersedia dengan hujan melalui deria bau (bau tanah). Penggunaan kiraan langkah untuk kenal pasti arah. Deria bunyi lampu isyarat untuk melintas.
I hate it but I love it. At one side, rasa macam benci giler dekat Shawn dan rasa elok je kalau dia masuk penjara untuk apa yang dia dah buat. Shawn punya dendam tu bukan dendam yang biasa2 dah, sampai tahap nak tamatkan riwayat orang. Tapi at the other side, rasa macam okey je kalau dorang sama2 balik.
Biha lah yang paling sadis nasib hidup dia. Bayangkan baru dapat first job, teruja nak mulakan kerja baru, nak buat apa yang dia minat tapi lepas satu kejadian tu hidup dia berubah terus. Kesian sangat sebab nasib malang bertimpa-timpa datang. Nasib baik ending Biha dapat rasa balik kebahagiaan dia.
This entire review has been hidden because of spoilers.