Jump to ratings and reviews
Rate this book

Passion for Books: A Journey to the World of Books and Books Lovers

Rate this book
Buku yang hebat merupakan bahan bacaan yang mampu mempengaruhi manusia dan zamannya, benar-benar mengusik dan menyentuh jiwa, serta berupaya memaknakan hidup pembaca. Sejarah juga membuktikan buku mempunyai magis luar biasa yang mampu mengalirkan air mata manusia, mencetuskan keceriaan, menimbulkan kegembiraan, bahkan menggerakkan proses penentangan terhadap ketidakadilan.

Biblioholisme: Menelusuri Pesona Dunia Buku dan Pencintanya mendedahkan kehebatan sebuah buku dan bagaimana ia mampu mengubah pencintanya menjadi orang yang hebat, berintelek dan dihargai masyarakat. Buku yang dibaca juga mampu menyelesaikan pelbagai masalah, malah banyak individu yang bermula sebagai orang biasa akhirnya menjadi manusia unggul dengan hanya membaca buku.

Buku ini juga membawa pembaca ke sebuah dunia yang penuh mistik dan estetik; dunia biblioholisme.

Paperback

First published January 1, 2012

7 people are currently reading
87 people want to read

About the author

Shaharom T.M. Sulaiman

24 books44 followers
Shaharom TM Sulaiman merupakan seorang pengarang Malaysia dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang kepustakawanan. Beliau dilahirkan pada 23 April, 1962 di Pekan, Pahang. Berkelulusan Diploma Pemikiran Islam, Sarjana Muda Sains Perpustakaan & Maklumat dan Sarjana Sains Pengurusan Maklumat.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
51 (42%)
4 stars
49 (40%)
3 stars
21 (17%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 36 reviews
Profile Image for Aini Akmalia.
100 reviews70 followers
January 27, 2020
Rasa banyak mengangguk tatkala membaca buku ini. Kegilaan membeli dan membeli buku, membawa buku ke mana sahaja, borak buku, semua ini hanya difahami oleh sesama bibliophile. Hatta roommate sendiri belum tentu faham mengapa kita ada tabiat beli beli dan beli buku, kemudian terbiar sepi pada susunan rak buku. Itu semua satu kepuasan yang hanya difahami oleh bibliophile juga.

Sebenarnya pada satu perasaan lain saya rasa belum puas membaca naskhah ini. Rasa nak lagi dan lagi. Antara sebab lain; covernya menangkap perhatian, beratnya ringan, baunya klasik. Mengapalah buku ini sekadar koleksi artikel Tuan Shaharom? Alangkah menariknya jika naskhah ini merupakan tulisan yang berfokus dan ditulis khas untuk tajuk buku ini. Alangkah!

Sebelum terlupa, seinfiniti penghargaan buat Puan Zalila Isa yang berjaya mendapatkan saya naskhah ini untuk saya. Dulu saya cuma jeling saja buku ini di Goodreads, menanti "Want to Read" bertukar kepada "Read". Selaku staf ITBM, Puan Zalila sentiasa mengalu-alukan minat membaca saya, dan sedia membantu dalam apa jua hal berkaitan buku. Barangkali kerana beliau juga seorang bibliophile :)
Profile Image for Najibah Bakar.
Author 9 books350 followers
April 29, 2014
Shaharom TM Sulaiman tidak perlu diperkenalkan lagi dalam genre buku mengenai buku di Malaysia. Biblioholisme adalah sinambungan dari perjalanan 'rohani'nya merentas dunia buku, yang pernah melahirkan Keanehan dan keunggulan buku, Buku Kekasih dan Ada Apa Dengan Buku.

Cuma dalam buku ini, cara pengarang sudah lebih santai dan tidak terlalu terikat dengan cedukan daripada buku-buku yang dibacanya, membuat kisah-kisah buku itu mengalir lebih tenang dan tanpa dipaksa-paksa.

Sorotan mengenai kisah-kisah pencinta buku di kalangan orang Malaysia juga belum pernah pengarang bawa dalam buku-bukunya yang terdahulu.

Namun buku ini masih tidak lepas daripada beberapa pengulangan, yang menonjolkan buku-buku dan pengalaman yang tentunya memberi kesan yang begitu besar dalam perjalanannya menikmati dan mendakap cinta terhadap buku.

Begitupun, ia tetap pengulangan yang bernilai tambah dan tidak sia-sia. Persoalan besar hanyalah siapa pengganti pengarang, yang sampai sejauh ini belum kelihatan sosok pencinta buku sepertinya di Malaysia, yang mampu menghasilkan buku-buku yang tulen mengenai buku dan mampu mengagihkan nyalarasa yang sama ke dalam jiwa pembaca.
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
May 10, 2015
Membaca tulisan Shaharom membuatkan aku tergelak sendirian. Aku gelakkan diri aku. Aku tidak pasti aku ini biblioholisme atau tidak. Tapi sebahagian sifat-sifat yang ditunjukkan dalam buku ini memang ada pada diriku.

Dan jangan kau samakan pembaca buku dengan peminat buku. Dua perkara yang berbeza sama sekali.

Membaca buku ini membuatkan aku nak tukar cita-cita aku, nak jadi kerani di perpustakaan je. Hidup buku, makan buku, tidur buku, mati buku.

Jika kau nak berperasaan seperti aku, kau perlu duduk dalam kasut aku. Satu perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

Jika buku Penghancuran Buku (Fernando Bàez) mengutarakan mengenai kemusnahan buku dari masa ke semasa,
Jika buku Bagaimana Membaca Buku (terjemahan Rustam A. Sani) memberitahu cara membaca buku,
Dan buku ini pula memberitahu sifat-sifat, keanehan, kepelikkan manusia yang gila terhadap buku.

Buku ini antara buku yang mudah mengenai peri pentingnya buku dan jika dunia tanpa buku. Penggarisan peradaban juga boleh dinilai melalui pembukuan di sesebuah negara.
Profile Image for Nuruddin Azri.
385 reviews173 followers
April 4, 2016
Pertama kali dengar kes kecurian buku sejumlah 23 600 buah dari 268 perpustakaan. Rupa-rupanya, individu ini (Stephen Carrie Blumberg) mempunyai penyakit psikologi iaitu bibliokleptomania. Terkial-kial juga jari mencatat kedai-kedai buku murah terpakai yang dicadangkan penulis walaupun terletak di Indonesia dan Korea Selatan. Mungkin boleh digunakan pada masa mendatang.

Buku sentuhan Shaharom Sulaiman, pustakawan tegar Perpustakaan Negara Malaysia ini dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian satu berkaitan daya pikat buku dan bahagian kedua pula berkenaan beberapa tokoh dan dunia bukunya. Pada bahagian ketigalah travelog berkenaan buku diceritakan dan pada bahagian terakhir, beberapa sisi aneh berkenaan buku dikongsikan.

Buku ini pasti lebih menarik jika disertakan sisi-sisi negatif dalam dunia buku (pergaulan dan lambakan buku tidak berkualiti) , tingkatan-tingkatan buku yang perlu dibaca bagi setiap genre (ala-ala How To Read A Books tulisan Adler) dan disimpulkan beberapa tujuan akhir proses pembacaan itu sendiri (bukannya sekadar menikmati dan menggugah pemikiran sahaja).

Walau bagaimanapun, banyak input baru yang menarik dan jarang didengar seperti kesuburan budaya ilmu di Iran, kes pembakaran buku yang mengubah latar ketamadunan sesebuah negara (seperti yang berlaku kepada Bibliotheca Alexandrina pada zaman Julius Ceaser) serta bagaimana Oprah Winfrey mampu menerapkan budaya membaca melalui saluran media massa.
Profile Image for M. Azhaari Shah Sulaiman.
357 reviews20 followers
February 5, 2017
Entah buku keberapa TM Sulaiman yang dimiliki.Saat membacanya terasa betapa penulis juga merasakan kecintaan terhadap buku - biblioholisme yang sama. Seakan menilik kecintaan sendiri terhadap buku. Membaca buku ini membuktikan kita bukan insan pelik yang mencintai kertas dengan tinta hitam, kerana ramai lagi diluar sana juga punya minat yang sama. Merasa lah juga adanya mutual thinking, mutual feeling dan juga sense of belonging.
Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
February 14, 2019
Biblioholisme membawa saya untuk terbang lebih jauh lagi dengan mengenal lebih dalam perihal buku dan ragam pembaca yang beraneka macam. Saya berpendapat buku ini menunjukkan kematangan dan pengalaman penulis dalam hal-hal buku sesuai dengan mengikut peredaran masa. Empat buah buku yang saya baca sebelum ini, hasil tulisan daripada penulis yang sama iaitu Keanehan dan Keunggulan Buku, Ada Apa Dengan Buku, Buku Kekasih dan Pesona Buku, menunjukkan bahawa terdapat banyak sisi-sisi buku yang menarik untuk diterokai.

Seperti bukunya terdahulu yang telah saya baca, Biblioholisme merupakan himpunan artikel yang terbahagi kepada empat tajuk besar; buku dan daya pikatnya, mengenal dunia pencinta buku, travelog pencinta buku dan sisi aneh dunia buku.

Beberapa nama tokoh besar yang sangat akrab dengan buku diperkenalkan oleh penulis, antaranya Albert Einstein yang ketika kecilnya dianggap pelajar corot dan terbelakang, tetapi minatnya terhadap buku bermula daripada pemberian Talmey menjadikan beliau seorang ahli fizik dan matematik yang cukup berpengaruh. Satu cerita yang menarik mengenai Einstein, beliau pernah menulis surat kepada Presiden US ketika itu, Roosevelt supaya mendahului pembuatan bom atom (untuk menakutkan Jerman) yang akhirnya Hiroshima dan Nagasaki menjadi mangsa tragedi yang sangat mendukacitakan. Einstein mengakui menyesal atas saranannya tersebut.

Selain itu, Alfred Nobel yang memperkenalkan Anugerah Nobel, Almarhum Wan Mohd Saghir yang menulis dan mengumpulkan manuskrip lama (kitab agama), Oprah Winfrey menjadikan rancangan televisyen untuk mempromosi buku, turut diperincikan di dalam buku ini. Yang menarik, DYMM Seri Paduka Agong ke-16 Al Sultan Abdullah juga mempunyai minat membaca yang tinggi.
Profile Image for Sharmine.
80 reviews11 followers
November 1, 2018
Borrowed the translated version from my library. Hm I'm torn on how to rate this. Do I rate it according to the translated version which is totally not desirable to be read. I was screaming on top on my mind "you should replace this word with this one instead", "ugh basic grammar mistake can't overlook this", and more agony the whole time I was reading which is quite a shame cause I'm confident that the book and the interesting views behind it would look hundred times better in Malay. Would love to read this again in Malay.
Profile Image for ainunsailah.
88 reviews15 followers
February 7, 2016
Unik sekali, buku yang bercerita tentang dia, dunia dia dan pencinta dia. Saya tidak puas membaca buku ini. Kerana ia cuma kumpulan artikel penulis. Tentang buku dan cerita berkaitannya. Saya ingin mengetahui lebih banyak. Tentang Biblioholisme. Tentang dunia yang unik ini.
Profile Image for Muhammad Fitri.
152 reviews7 followers
September 27, 2019
(Buku)Biblioholisme:Menelusuri pesona dunia buku dan pencintanya.

Buku ini membawa kita menyingkap kehidupan bangsa pencinta buku.Mereka berada di dunia mereka tersendiri iaitu dunia buku.Terangkumnya pada mereka sikap rakus membaca,tamak mengumpul buku dan gila membeli buku.Mereka candu atau ketagih pada buku.Pada bahagian pertama penulis menceritakan tentang ciri-ciri atau keunikan buku yang memberi impak kepada diri manusia.Contohnya buku diibaratkan suatu dialog antara pembaca dengan para cendiakawan.Buku juga seperti bernyawa,ia mampu mempengaruhi segenap emosi manusia.

Bahagian kedua menceritakan kisah sang pencinta buku atau bibliofil.Terdapat contoh kisah dari para tokoh dunia seperti YDPA kita,wan moh saghir,alfred nobel,oprah winfrey dan albert einstein.Memaparkan usaha mereka terhadap pembangunan budaya ilmu dan buku.

Bahagian ketiga tentang bagaimana kehidupan unik dan menarik seorang bibliofil.Sikap mereka yang gemar mencari buku terpakai,mengumpul manuskrip lama,kembara buku,cafe buku dan kota buku.

Di bahagian terakhir memaparkan sisi aneh yang menyelubungi dunia buku.Ada manusia memilih "mengadu" keperitan hidup pada buku sehingga memberi kesan positif dalam hidup.Ada segelintir manusia paranoid terhadap buku sehingga melakukan keganasan pada buku.Seperti membakar dan menghapuskan buku kerana takut.Begitu juga penyakit mencuri buku.

Secara keseluruhannya,buku ini sedikit memberi semangat kepada saya yang beberapa minggu ini "readers block" kerana tidak dapat menghabiskan beberapa bacaan bulan ini.Menyedarkan saya dan memberi idea meningkatkan kualiti budaya membaca.Bersama kita hidupkan budaya membaca.

#MalaysiaMembaca
#ReviewBuku
Profile Image for Syed Shahrom Wafa.
273 reviews16 followers
February 4, 2020
Tiada apa yang perlu diulas. Seperti kata dari kulit bukunya, sememangnya mempersonakan!

Buku pertama dari penulis, namun saya pasti ini bukanlah buku yang terakhir dari beliau yang akan saya baca. Bertambah seorang lagi peminatnya.

Boleh dilihat sememangnya beliau sudah lama menulis & amat pakar dalam bidang ini. Dari lenggok bahasanya, luas ilmu pengetahuannya, dan sudah pasti kerana topik perbincangannya. Satu lagi permata buat arena sastera & penulisan negara.

BUKU. Topik yang mudah, namun begitu indah. Cuma kertas kaku bercatatan tidak berfaedah buat sesetengah manusia, namun itulah segalanya, itulah dunia buat sesetengah yang lain. Secara fizikalnya tidaklah membahayakan. Namun dari segi isinya, hatta negara juga boleh hancur dek kerana idea pembawakannya.

Itulah kuasa buku. Kecil, namun berkuasa. Jika tidak masakan banyak buku dilupuskan sejak berabad yang lalu. Kerana buku adalah lambang peradaban. Lambang kemajuan sesuatu bangsa. Musnahkan buku, maka musnahlah segala ilmu yang dibangunkan oleh bangsa itu. Betapa besarnya kuasa buku.

Itu berkenaan buku. Bagaimana pula dengan penggemarnya?

Seperti kata-kata awalan penulis ini;

"Dunia pencinta buku berbeza dengan dunia pembaca biasa. Mereka bukan sekadar membaca, tetapi 'lahap membaca' bahkan jauh lebih ekstrem sudah 'terhumban' ke dalam dunia 'ekstasi membaca'. Dalam diri mereka terkumpul harmonis sifat rakus membaca, tamak mengumpul buku, gila membeli buku, dan kesemua ini menempatkan mereka dalam sebuah dunia yang cukup mempersonakan yang dikenal sebagai BIBLIOHOLISME"

Pelik tapi benar, namun itulah dia dunia sebenar bagi pengghairah buku. Ada yang menghabiskan seumur hidupnya merantau mencari buku, ada yang suka membeli buku-buku terpakai, ada yang hingga mati dihempap koleksi bukunya sendiri, ada pula yang mempunyai penyakit suka mencuri buku, dan pelbagai kisah lagi. Sememangnya satu dunia yang mengasyikkan buat penghidapnya.

Terlalu banyak kisah menarik berkenaan buku dari buku yang satu ini. Lebih baik anda cuba dapatkannya dan mula baca.

Apa yang pasti, semakin banyak buku yang perlu saya cari selepas ini hasil dari cadangan penulis. Beberapa tempat wajib singgah jika keluar negara juga sudah di catatkan sekali.

Cuba dapatkan, dan selamat hanyut dalam dunia biblioholisme!
Profile Image for Nur Fikri.
36 reviews2 followers
July 12, 2021
“Buku itu diam apabila engkau menghendakinya diam, berbicara apabila engkau menghendakinya berbicara. Ia tidak akan mengganggu kalau engkau sedang bekerja tetapi apabila engkau berasa kesepian, ia akan menjadi temanmu yang baik. Engkau tidak perlu marah dan berkecil hati kepadanya. Ia merupakan teman yang tidak menipu dan bermuka dua.”

Rasa banyak tergelak dan mengangguk masa membaca buku ini. Kegilaan membeli dan membeli buku, membawa buku ke mana sahaja, borak buku, semua ini hanya difahami oleh sesama ‘bibliophile’. Hatta dalam ahli keluarga sendiri belum tentu faham mengapa kita ada tabiat beli beli dan beli buku, kemudian terbiar sepi pada susunan rak buku. Itu semua satu kepuasan yang hanya difahami oleh ‘bibliophile’juga.

Membaca buku ini membuktikan yang kita bukan insan pelik yang mencintai kertas dengan tinta hitam, kerana ramai lagi di luar sana juga punya minat yang sama. Merasa lah juga adanya ‘mutual thinking’, ‘mutual feeling’ dan juga ‘sense of belonging’.

Sebenarnya pada satu perasaan lain, aku rasa belum puas membaca naskhah ini. Rasa nak lagi dan lagi. Antara sebab lain, kulit bukunya menangkap perhatian, beratnya ringan, baunya klasik. Mengapalah buku ini sekadar koleksi artikel Tuan Shaharom? Alangkah menariknya jika naskhah ini merupakan tulisan yang berfokus dan ditulis khas untuk tajuk buku ini. Alangkah!

Apa pun, membaca buku yang agak nipis ini membawa banyak input baru yang menarik dan jarang didengar seperti kesuburan budaya ilmu di Iran, kes pembakaran buku yang mengubah latar ketamadunan sesebuah negara (seperti yang berlaku kepada Bibliotheca Alexandrina pada zaman Julius Ceaser) serta bagaimana kuatnya pengaruh Oprah Winfrey yang mampu menerapkan budaya membaca melalui saluran media dalam masa yang sama mengangkat nilai membaca sebagai nilai luhur yang tertinggi dalam setiap insan.
Profile Image for Jiwa Rasa.
407 reviews58 followers
June 22, 2012
Buku terbaru tulisan Shaharom TM Sulaiman, seorang pengulas buku tersohor.
Profile Image for Jasmin Mohd-zain.
358 reviews11 followers
April 24, 2021
I must state that this book is a translation of the original which was published in the malay language.
So the gist of this lovely book was lost in translation :(

I was intrigued by the book's table of contents and also the profile of the author. He is a well known columnist and has written a good number of articles in local malaysian media/magazines. Contents were thought provoking but I didn't enjoy this book because of the "could be better done" translation.

Anyway, this book opened quite a few doors of path to books that I had not known existed. Interspersed with some of the author's personal experience in relation to books, maybe it is a book to tickle your reading mind but not enough to illuminate.
Profile Image for Syuhadah Ainin.
20 reviews9 followers
June 9, 2020

Teringat salah satu tips daripada rakan pembaca buku, untuk mengatasi “reading slump” sebaiknya mulakanlah dengan genre yang kita paling minat atau buku yang boleh naikkan motivasi kita sebagai pembaca.

Jadi, saya memilih buku “Biblioholisme: Menelurusi Pesona Dunia Buku dan Pencintanya” sebagai penawar dengan harapan dapatlah sedikit kekuatan untuk kembali semangat membaca buku. Haha.

Faktor utama saya memilih buku ini adalah ketebalan dia yang boleh dihabiskan dalam masa sehari dua.

.

Ada 4 bahagian menarik yang disajikan dalam buku ini:

1. Buku dan daya pikatnya

Bahagian ini kalian akan dibawa menghayati betapa istimewanya seorang teman bernama BUKU, bagaimana hendak merawat buku dan apakah cara untuk menyemarakkan semula peradaban buku.

2. Biblioholisme: mengenal dunia pencinta buku

Okay, bahagian ini paling menarik bagi saya. Kita akan dibawa menghayati sebuah dunia yang penuh misteri tapi menyeronokkan iaitu dunia BIBLIOHOLISME.

Apa itu biblioholisme? Siapa bibliofil yang boleh kita contohi? Semuanya terakam dalam buku ini.

Sungguh, antara yang paling memberi kesan kepada saya adalah kisah Oprah Winfrey dan YDP Agong kita yang begitu menyanjung tinggi dunia biblioholisme ini sebenarnya. Sangat terinspirasi!

Dan, yang paling menarik, penulis membawa saya membanding beza dua budaya yang hampir sama tetapi membawa maksud yang berbeza, iaitu budaya ilmu dan budaya maklumat.

Nak tahu? Nanti saya kongsikan.

3. Travelog dunia buku

Dekat bahagian ini, kita akan dapat menghayati beberapa kisah tentang dunia pencinta buku yang begitu gemar mengumpul dan membaca buku.

4. Sisi aneh dunia buku

Bab ini menceritakan tentang siri-siri keganasan terhadap buku, penyakit mencuri buku dan apakah cadangan buku yang patut kita baca sepanjang hayat kita ini.

Sangat menarik!

.

Secara keseluruhan, saya amat mencadangkan buku ini kepada semua pencinta buku di luar sana atau sesiapa sahaja yang hendak belajar mengenali betapa bahagianya berada dalam dunia buku ini.

Buku ini memang patut dibaca!
Profile Image for Aliff Basri.
17 reviews14 followers
January 18, 2015
Ini kali ke dua (Januari 2015) saya menyudahkan bacaan buku ini. Walaupun sudah dua kali menyudahkannya, saya tetap rasa tidak cukup dan mahu mengulangikan lagi. Dari semasa ke semasa, akan saya ulang baca.

Karya ini ada kekuatan tersendiri, paling tidak bagi saya selaku pembaca amatur bagi karya dalam bentuk Buku tentang buku (BTB).

Penulis banyak menyajikan kisah-kisah para Bibliofil (pencinta Buku) dan sifat serta sikap mereka terhadap buku. istilah-istilah seperti bibliofil atau biblioholik, biblioholisme, dan bibliokleptomania(suka sampai mencuri buku) adalah istilah-istilah baharu bagi saya dan penulis berjaya memberikan contoh-contoh kisah benar dan berkaitan dengan istilah-istilah tersebut. Individu-individu seperti Datuk Jaafar Abd Rahim, Oprah Winfray, Ustaz Wan Saghir, dan Tengku Abdullah merupakan sosok tubuh yang telah menzahirkan kecintaan mereka terhadap dunia Ilmu sehingga menyumbang kepada dunia Ilmu menguikut kapasiti masing-masing. Ia benar-benar memberikan motivasi kepada saya untuk menyumbang sesuatu dalam dunia Ilmu dan Buku.

Buku ini wajib menjadi bacaan para Pencinta Buku (BIBLIOFIL) dan saya sudahi dengan petikan di bawah:
"Bacalah buku untuk menerangi hidup anda, membunuh kejahilan anda, bahkan untuk menguasai dunia dan akhirat." (Shaharom TM Sulaiman, Hlmn. 7)

Wassalam.
Profile Image for Muhammad Fakhruddin.
153 reviews20 followers
August 20, 2012
Mengapa hanya 3 bintang? Saya memberikan sebabnya dalam resensi di blog Oh!Buku.


Sekiranya saya seorang murid yang baru berjinak dengan dunia membaca atau menurut tuan Shaharom TM Sulaiman dunia biblioholisme, sudah tentu buku ini suatu ketakjuban bagi saya kerana membongkar sisi aneh seorang pencinta buku.

Tanpa memperkecil usaha dan pengalamannya yang luas, secara peribadi saya tidak puas dengan tulisan-tulisannya yang teramat ringkas ini (mengingatkan saya pada gaya penulisan dalam Tinta Rustam A. Sani). Namun saya menggemari rakaman memorinya bersama tuan Jaafar Abd. Rahim dan Allahyarham Wan Mohd. Shaghir serta travelognya ke Iran yang disifatkannya sebagai lautan manuskrip.

Sekiranya anda punya teman yang baru memupuk minat membaca, jadikan buku ini sebagai hadiah kepadanya!
May 13, 2020
Setiap kali membaca buku mengenai buku, saya mesti ada satu perasaan ingin cepat habis membacanya tapi dalam masa yng sama rasa sayang untuk habiskan kerana saya tidak dapat nafikan dunia buku begitu mempersonakan. Terlalu banyak cerita menarik malah ada yang menghairankan.

Aneh sungguh dunia buku.

Baru saya tahu ada beza antara dunia pencinta buku dengan dunia pembaca buku kerana pencinta buku mempunyai lahap membaca yang begitu ekstrem berbanding pembaca buku. Ya lah. Lihat sahaja. Ada yang sanggup membelanjakan begitu banyak wang bagi mendapatkan koleksi buku yang terbaru. Malah, ada yang sanggup mencuri buku untuk dijadikan koleksi. Fuh.

Sungguh, buku ada tarikannya yang tersendiri. Di dalamnya tersimpan hikmah, pengetahuan, “pujukan” dan juga ketenangan ibarat seorang teman yang sentiasa ada untuk yang lain. Tidak berbicara sepanjang masa, tapi ada untuk menemani mereka dan berbicara ketika perlu.

Betapa hebatnya kuasa buku sehingga seseorang sanggup membakar beribu-ribu buku pihak musuhnya untuk menjatuhkan tamadun mereka. Kita mungkin fikir, buku hanyalah semata-mata kertas yang tertulis di atasnya huruf-huruf yang membentuk perkataan dan akhirnya membentuk perenggan. Tapi, di sebalik aksara itu, sebenarnya terkandungnya peradaban manusia yang menjadikan manusia itu seorang manusia. Itulah yang dinamakan “kemanusiaan” melalui buku. Menghapuskan buku ibarat menghapuskan peradaban manusia.

Profile Image for Bo Manson.
136 reviews8 followers
June 2, 2018
Satu lagi kisah buku dan pencintanya daripada pengarang yang sebelum ini telah menerbitkan beberapa lagi buah buku yang membicarakan soal buku dan perkara-perkara yang berkaitan dengan buku samada dalam konteks local dan juga global. Seperti biasa, pelbagai topik dan sudut perbukuan samada dalam dan luar negara dibincangkan bagi memberi laluan kepada para pembaca mengetahui bahawa di setiap belahan dunia ini terdapat satu golongan yang rakus membaca, sanggup berhabis demi buku, mengumpul buku, ada yang sanggup mengembara mencari buku-buku yang bersifat nadir yang tak mungkin lagi didapati di kedai-kedai buku, ada yang meninggal kerana buku dan ada juga yang ditangkap kerana mencuri buku. Penulis memperkenalkan tokoh-tokoh perbukuan dan sumbangannya dalam dunia perbukuan di Malaysia yang mana ada antaranya saya sendiri tidak kenal tetapi selesai membaca hasil sumbangannya, begitu dikagumi akan kesungguhannya dan kecintaannya terhadap buku. Topik lain yang dibincangkan juga antaranya penubuhan Kota Buku di Kuala Lumpur dan juga kelainan yang dibawa oleh kedai buku yang membolehkan pengunjung membaca buku sambil menikmati segelas kopi tanpa dipaksa untuk membeli buku tersebut.
Profile Image for Zaharahanum Kamarudin.
38 reviews4 followers
July 12, 2020
Bagai bertemu serpihan kenangan
bagai bersua kekasih yang hilang
bagai dititis embun di tengah gurun.

Demikian rasa yang berbaur saat menghadami buku ini. Setiap helai yang diselak, setiap kata yang dibaca, akan ada jerit, 'inilah aku!' dalam nubari.

Saya terpesona dengan kisah Boulard, Sun Ching, Hickles dan al-Jahiz, pencinta buku zaman silam.

Saya juga terpegun akan tabiat Jaafar Abd. Rahim, peninggalan Wan Mohd. Shaghir, dan pengaruh Oprah Winfrey dalam dunia buku hari ini.

"Sisi Aneh Dunia Buku" pula benar-benar bahagian yang menyentuh hati apabila berkisah tentang mengadu pada buku, keganasan terhadap buku, bibliokleptomania dan surat Maria Celeste.

Ya. Jika anda pencinta buku, tidak lengkap cinta ada kecuali setelah membaca buku ini, "Biblioholisme: Menelusuri Pesona Dunia Buku dan Pencintanya" tulisan Shaharom TM Sulaiman.
Profile Image for Ruzain Syukur.
29 reviews3 followers
April 27, 2020
Ia sebuah karya kembara ke dunia bacaan buku oleh bibliofil. Penulis memperaga dunia pesona buku dari pelbagai perspektif. Malah, kembara diteruskan dengan mengenali dunia bibliofil selain membicara bagaimana pencinta buku tersohor seperti Jaafar Abd Rahim, Oprah Winfrey Albert Einstein menyantuni buku yang mereka baca.
Profile Image for Farah.R.
20 reviews
March 8, 2021
Sepanjang membaca buku nukilan penulis. Saya banyak mengiakan segala tulisan penulis. Sebab segala penulisannya banyak terkena ke diri sendiri. Hanya seorang bibliofil yang mengenali sifat bibliofil yang lain. Malah saya jugak seorang bibliofil. Buku yang nipis namun banyak input berguna yang kita boleh dapati.
2 reviews
May 8, 2019
Pertama kali saya membaca buku mengenai buku. Menerangkan apakah biblioholisme dan simptom simptomnya. Wajib dibaca oleh si ulat buku!
Profile Image for Hadi Muss.
147 reviews20 followers
March 31, 2021
Rasa tak puas baca buku ini sebab menarik coretan penulis berkenaan dunia pembaca extreme (biblioholisme) yang kadang-kadang aku tergelak kecil atas sebab relatablenya benda-benda langka yang yang diceritakan.
Profile Image for Edziani Nabila.
59 reviews7 followers
February 8, 2025
Biblioholisme merupakan antara barisan buku yang menghidupkan semangat membaca saya. Buku ini benar-benar memikat saya untuk kembali ke dunia buku yang hampir tenggelam dalam fasa kemerosotan membaca setelah mempunyai anak.

Banyak perkara saya praktik daripada nukilan penulis terutama kisah Jaafar yang memberi makna dengan mencatat kenangan di muka hadapan buku.

Selain itu, kisah-kisah bibliofil yang dikongsi turut buat saya ternganga dan tak sangka wujudnya kisah begitu waima dalam dunia buku. Ada sebahagian kisah bibliofil menjentik perspektif saya sebagai seorang ibu khususnya kisah bibliokleptomania seputar tentang penyakit mencuri buku.
Profile Image for lost soul.
49 reviews10 followers
July 22, 2015
Pembacaan terhenti-henti. Mungkin sebab semester 2 di universiti, hidup makin kacau-bilau subjek makin susah, baca buku kena tinggal.

Baca buku pelajaran jelah jawabnya.

Cuti raya & cuti semester buatkan aku kembali gigih untuk baca buku walau aku dah ngada-ngada masuk reading slump phase. Cuba jugak untuk beri komitmen baca, aku hampir terlupa baca buku begini seronoknya.......

Menyelak muka surat buku yang tertunggak dan mara ke hadapan dengan tajuk-tajuk yang berlainan buatkan aku kembali segar & larut dengan dunia buku. Buku ini ditulis oleh Shaharom TM Sulaiman, pensyarah pengajian maklumat uitm yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang kewartawanan. Pernah bertugas sebagai pustakawan di perpustakaan negara Malaysia selama 10 tahun kot.

Siapa sangka buku punya aura yang begitu menarik dan menggiurkan? Dan untuk menulis ideologi buku dalam definisi yang bervariasi, aku tidak sangka falsafah buku dapat dihuraikan dengan baik sekali dalam setiap artikel/rencana yang beliau tulis. Aku mengetahu banyak perkara tentang buku melalui buku ini. bibliofil dalam perspektif sejarah & peradaban. Siapa sangka bibliokleptomania seperti stephen carrie blumberg wujud? Adakah biblioholisme sesuatu penyakit? Aku juga suka rencana tentang tokoh dengan sifat suka membacanya seperti Albert Einstein dan pencinta buku dari nusantara seperti Jaafar Abd.Rahim, Tengku Abdullah & pengkaji kitab ulama Wan Mohd Shaghir. disini juga ade artikel berkenaan Afred Nobel, yakni pengasas hadiah Nobel Kesusateraan. aku juga suka bahagian travelog pencinta buku. Selepas membaca ini, aku jadi teringin untuk melihat sendiri buku langka ataupun buku terpakai yang tua usianya tetapi bernilai berikutan ilmunya yang kekal muda tidak lekang dimakan zaman. Baru aku tahu wujudnya penubuhan kota buku kl dan wujudnya book city seperti Paju Book City di Korea Selatan.

Sisi aneh dunia buku juga menarik. Kalau aku sebutkan butirnya di sini sudah tiada unsur penarik la kan? hehehe.

Akhir kata, aku suka buku ini. Lain dari lain. Buku bahasa melayu pula itu. Buku ini aku dapat waktu berburu di pesta buku di picc hari itu. Berbaloi kerana buku seperti ini jarang sekali untuk aku lihat di kedai buku metropolitan. Cumanya untuk bacaan yang lebih 'deep' dan huraian yang lebih terperinci, anda boleh cuba buku lain. Apapun, bagi aku buku ini sahaja sudah cukup bagi aku untuk terus jatuh cinta...dalam dunia buku.
Profile Image for Mai Radhiallah.
84 reviews12 followers
May 27, 2014
Buku ini memberi kenikmatan luar biasa kepada pembacanya. Lebih-lebih lagi khusus kepada pembaca yang baru berjinak-jinak dengan bahan serius. Mungkin kerana keindahan bahasa yang digunapakai menyebabkan saya mengalamun di dalam dunia Biblioholisme. Jika dibandingkan dengan buku Dunia Pemikiran Intelektual, buku ini lebih terkesan di hati saya kerana saya terasa dekat dengan diri.

Ada-kala saya tersenyum sendiri, ia seolah-oleh bercerita mengenai saya.

Kehadiran tokoh-tokoh dunia yang hebat (rupa-rupanya seorang bibliofil) membuatkan perasaan iri hati saya membuak-buak kepada mereka. Saya memasang azam untuk menjadi seperti mereka.

Walaubagaimana-pun saya berasa kurang puas dengan Bahagian IV: Sisi Aneh Dunia Buku, saya lebih mendambakan sisi aneh dunia buku yang lebih aneh daripada perihal "Bertanyakan Seks pada Buku".

Dan saya kurang setuju cover buku ini yang menggunakan illustrasi buku, sepatutnya ia perlulah buku-real! Baru menunjukkan betapa biblioholisme. (Cuma buku yang baik bukan terletak pada covernya)

Secara keseluruhan(nya), buku ini memberikan sedikit impak dalam kehidupan seharian sya dan memberikan utiliti maksimum.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Nur Asilah.
94 reviews
October 21, 2012
Buku ini bercorak santai dengan seni pembacaan yang mudah. Jika dilihat daripada sosok halus pengutaraan penulis kepada pembaca, saya sebagai salah seorang pembaca menyedari kemanisan melalui tokoh-tokoh dan kata-kata yang saya anggap sebagai suatu inspirasi kepada peningkatan kecintaan saya. Saya tidak pasti adakah saya sudah mencapai tahap bibliofil? Kecintaan saya tidak setegar seperti tokoh-tokoh yang disebutkan, mungkin saya mempunyai identiti sendiri tanpa saya sedar.

Ya, dari awal hingga akhir, saya mencari estetika membaca dalam sesebuah pembacaan. Tentunya menanamkan pengertian makna buku itu sendiri ke dalam diri. Kemudian, merasai kelazatan menjadi 'pelahap' buku. Memahami setiap pembacaan.

Membaca buku ini juga mengingati kembali tulisan penulis dalam buku beliau sebelum ini seperti Buku Kekasih dan Keanehan Buku. Cuplikkan demi cuplikkan yang menjadi rujukan sedikit sebanyak membantu saya dalam mengenali tokoh-tokoh yang hebat

http://lembahbicara.blogspot.com/2012...
Displaying 1 - 30 of 36 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.