Jump to ratings and reviews
Rate this book

Nefertiti

Rate this book
“Kau nak tahu... Baik... Kau dengar sini. Aku buat sebab aku suka kau! Aku sayang kau. Aku nak kau selamat. Aku tak mahu ada anggota badan kau yang berkecai dan aku yang kena kutip. Faham?” - Ziyad

“Kita sebenarnya berbeza pendirian, Ziyad. Kau dari sebelah utara, aku dari sebelah selatan. Kau timur, aku barat. Di titik mana kita nak bertemu? Jadi kau jangan salahkan aku, kalau ada rasa curiga tu.” - Yasmin

Ziyad El Zamri terkepung dalam perasaan terhadap Yasmin Qawlah Azwar. Sayang, dia orang kuat Sorga Nefertiti. Banyak perkara menjadi halangan. Yasmin menuduh dirinya sebagai lelaki petualang yang mengkhianati bangsa sendiri.
Yasmin dengan perjuangannya, tekad menghancurkan segala kebatilan dari puak Nefertiti. Ziyad tak berpeluang menjelaskan kedudukan dirinya sebenar. Yasmin gadis keras, seteguh karang di lautan, selama ini menjadi dewasa dalam perlindungan Raid Arjuna. Atau, apakah Yasmin memang menaruh cinta pada Raid Arjuna? Ziyad tertanya-tanya, namun jiwanya sering berdoa, akan ada cinta yang bersatu biar mereka berlainan kutub. Perjuangan itu biarlah takdir yang menunjukkan kebenarannya.

“Kita semua sedang dalam pencarian. Mencari hakiki yang abadi. Walaupun kita berbeza laluan, tapi matlamat kita sama. Kita ni bukan kekal selama-lama di sini. Dunia ni cuma sebahagian daripada kembara kita sebelum sampai ke akhirat.”- Ziyad

656 pages, Paperback

First published December 1, 2018

10 people are currently reading
114 people want to read

About the author

Lily Haslina Nasir

47 books79 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
96 (63%)
4 stars
36 (23%)
3 stars
16 (10%)
2 stars
2 (1%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 35 reviews
Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
January 21, 2019
Berjaya memporak-perandakan hidup ku!!

21.1.2019

Banyak perkara yang saya gemari dalam naskah penulis kali ini jadi dengan dengan senang hatinya saya memberi bintang penuh *ikut rating goodreads. Suka cover buku ini, isinya permainan emosi setiap watak. "past-faced" anda macam tak ada masa nak duduk diam dan menunggu. Macam menonton filem Hollywood pulak. Teringat cerita Abduction.

Walaupun buku ini sekadar Fiksyen dan mungkin juga "inspired by" kejadian sebenar (siapa tahu kan). Pada saya penulis tidak membuat kerja sambil lewa, Penulis berusaha menyelitkan ilmu, nasihat. Kata-kata semangat dan yang paling penting penulis adil kepada setiap watak-watak penting dengan menggunakan POV 1 jadi sebagai pembaca kita seronok dapat jadi pemerhati.

Entah mengapa saya seolah merasakan ini percubaan pertama penulis dengan genre sebegini atau kisah aksi-thriller, kerana ada ketikanya saya merasakan babak-babak yang cuba dilakarkan tu longgar atau boleh dipertikaikan contoh, ketika babak tembak-menembak berlaku dialog2 yang dilakarkan membuat saya agak terganggu, (time tu lah nak membebel, memaki hamun siap mencarut lagi padahal kita yang membaca ni dah rasa kritikal sgt keadaan tu nak kelip mata pon rasa tak berani ini pulak nak membebel sahut-menyahut) . Maaf jika saya salah, maklumlah ini buku ketiga yang saya baca dari penulis yang lain2 dalam prosess.

Oh lagi satu yang saya perasan Penulis memang kedekut babak-babak manis ni lah, jadi yang sedikit tu yang mahal ok. Buat saya senyum2 sendiri sahaja. Cameo Raid Arjuna mengugah jiwa walaupun awal2 lagi saya dah tergugat dengan Ziyad El Zamri.

Typo ada tapi taklah byk sangat dan ada sekali tu tertukar nama watak page-355 *sepatutnya bekas isteri Datuk Taufan tapi ditulis Datuk Khan (terkedu seketika dibuatnya). Overall saya suka, ada masa nanti nak reread .
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,029 reviews377 followers
February 12, 2019
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM17. Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.

Raid Arjuna is still my man, but Ziyad is pretty awesome too. Yasmin, on the other hand.... Sigh, you will need kesabaran yang sedikit tinggi.

Pada awalnya N rasa agak sukar untuk N nak 'masuk' ke dalam cerita ini sebab terlalu banyak nama watak-watak yang disebut in such a short span of time. Sampaikan N rasa macam nak kena buat peta untuk link siapa berkait dengan siapa.

Tapi selepas sikit-sikit ia menjadi jelas, baru lah N boleh betul-betul enjoy cerita ini and it turns out to be pretty gruesome and kasihan. I know a lot of people rasa kasihan dengan watak Datin Naila. But on a personal level, I felt indifferent. Bila nak rasa kasihan, teringat pulak perangai dia yang bengis and bongkak tu, terus tak jadik nak kesian. N lebih kesian dengan watak dua wartawan tu.

I know the story is fiction tapi mahu atau tidak, one cannot help but draw the parallel to what has been going on semenjak beberapa tahun ini. Watak DA tu memang sebijik macam apa yang N sangka the 'real' DA to be like in real life, beneath all the calm facade.

I would like to suggest everyone to read it. But I am aware of the sensitivity that may arise to some people disebabkan jalan cerita ini. Jadi N nasihatkan untuk baca lah novel ini if you are happy, or at least okay, with the result of GE14. Jika anda still rasa bitter dengan keputusan GE14, look away. Look far, far away.
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews85 followers
January 22, 2019
2 - 2019

NOVEL : NEFERTITI
PENULIS : LILY HASLINA NASIR

Membaca Nefertiti selepas Raid Arjuna, benar² berjaya memberikan kepuasan berganda. Bagi saya kedua-dua novelis ini, berjaya mencipta kelainan dalam dunia penulisan tanah air hari ini yang semakin suram.

YASMIN - Kerana kisah silam, hatinya jadi keras. Keras dengan dendam. Dia membenci Naila. Dia membenci insan² di Nefertiti. Namun, saat mata bertemu Ziyad, hati yang keras mula mencair. Tapi... entah mengapa dugaan demi dugaan buatkan hatinya sendiri berbolak balik dalam menerima Ziyad. Kerana dia dan Ziyad tidak sebulu. Dia orang kumpulan 'putih' sedangkan Ziyad, orang kanan kumpulan 'hitam'. Jadi, celah mana bahagia itu akan muncul?

ZIYAD - Dia dikata pencacai oleh Yasmin. Tapi, itu tidak memberi kesan kepadanya. Saban hari, cintanya buat Yasmin makin kuat. Halangan demi halangan, akhirnya dua hati menyatu juga dek kerana rahsia siapa dirinya yang sebenar. Namun... bahagia yang diinginkan semakin sukar digapai pabila Ziyad mulai 'cuci tangan' daripada mendengar arahan DA. Sudahnya, bahagiakah hati mereka berdua?

NAILA - Aduh, watak ini. Watak ini berjaya membuatkan amarah bertukar air mata. Tak siapa menduga, kemegahan yang Naila ada, sebenarnya hanyalah plastik semata. Dia berendam air mata. Dia sanggup dihitamkan wataknya kerana ingin melindungi insan yang dia cinta. Biar dia dicerca, asalkan insan yang dia cintai akan terus bernafas. Sungguh, penulis berjaya membuatkan watak Naila ini memberi kesan yang mendalam pada diri ini.

Keseluruhannya, novel Nefertiti merupakan naskhah yang berani daripada penulis setelah Maharani. Tiada tapisan dalam berbicara. Yang ada kebenaran yang pahit! Penulis sebenarnya memberi gambaran kepada pembaca tentang kehidupan politik hari ini yang hanya mementingkan darjat yang kononnnya melaungkan perjuangan mereka untuk rakyat.

Lily Haslina Nasir bagi saya masih kekal berjaya dalam memperincikan perjalanan cerita sehinggakan benar-benar terasa adegan itu seperti wujud. Lebih-lebih lagi, pada babak-babak pertarungan di pengakhiran cerita. Ini sebab utama, mengapa karya penulis masih menjadi naskhah wajib saya! Ditambah lagi dengan lenggok bahasa yang tajam, kadang kala berjaya membuatkan hati ini sentap. Gitukan!

Tahniah buat Lily Haslina Nasir atas kelahiran novel Nefertiti ini! Teruskan berkarya kerana novel puan antara karya yang berilmu buat pembaca!

p/s : Punya banyak ayat sentap dalam novel ni, paling suka "Neraka mengucap, selamat datang!" Hahahaha. Padan muka Adnan. 😂😂
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
February 12, 2019
Pada mulanya aku sangkakan Yasmin akan diangkat menjadi ‘hero’ dalam Nefertiti sebab kemunculannya dalam Raid Arjuna (RA) buat aku penasaran. Tapi ya, nasib baik bukan Yasmin, kalau tak huru-hara emosi Cherina haha.

Full review: 12/02/2019

Kenapa aku senang dengan karya Lily Haslina Nasir (Kak Lily)? Salah satunya kerana langgam bahasa penulis, contohnya:

Ya Tuhan, inikah cinta? Hujan yang turun lewat pagi itu bagai turut sama berkongsi pilu. Angin yang bertempik seluruh jagat menyempurnakan lagi kengerian. Langit di luar sana dilanda amuk, Adnan di kamar bagai sama saja terkena tempiasnya – page 387


Sejuk perut baca. Itu aku lah, orang lain belum tentu kan?
Ok, berbalik pada Nefertiti, aku harus katakan:

1. Berani. Percubaan pertama untuk genre sebegini memang ‘berani mati’ – sepertinya based on true story dan antara mahu percaya atau tidak, sekurang-kurangnya naskhah ini berjaya membuat aku percaya akan tiap satu scene yang ada. Tahniah Kak Lily kerana sentiasa mewarnai dunia penulisan dengan genre yang berbeza.

2. Ziyad. OMG! Bagaimana ni hati cam dah beralih arah je? Haha. Tak mahu cerita banyak, kena baca sendiri okay?

3. Yasmin Qawlah Azwar. Frust sikit dengan Yasmin. Ya, faham insan biasa terkurung dengan peristiwa hitam bertahun-tahun lalu menjadikannya sebegitu. Tapi, alaaaa… (konflik peribadi sebab aku menjangkakan sesuatu yang lebih daripadanya).

4. Datin Naila. Plot twist. Apa yang aku harus katakan untuk watak ini ya? Tapi penulis berjaya mengucar-kacirkan perasaanku pada Datin Naila. Dah macam love-hate-relationship pula aku dengan dia haha.

5. Pertukaran POV di setiap bab memang memudahkan. Aku rasa ini memang ‘makanan’ penulis. Beliau tahu bagaimana mahu membuatkan emosiku turun-naik dengan setiap pelaku dalam Nefertiti. Tapi bila bermain dengan genre sebegini ada kontranya juga di mana ia seakan-akan membunuh rasa teruja bila masuk POV baru.

6. Babak aksi/pertempuran akhir tu sedikit off untukku. Aku faham tak semua perlu perfect cuma aku terganggu ketika saat genting tu, pelbagai pula yang nak dilontarkan sampai menghilangkan rasa thrill tu tadi.

7. Ending untuk seorang DA tak cukup solid. Tapi memetik perbualan dengan teman, buat apa nak serius sangat – after all ini masih sebuah novel cinta haha.

Macam biasa, ada masalah ejaan tapi itu ditutup dengan rasa teruja untuk membaca dan terus membaca. Kalau tiada komitmen lain, aku rasa buku ni boleh dihabiskan dengan cepat kerana memang pace laju.

Apa pun usai menghabiskan Nefertiti, ada rasa yang berbekas. Teringat pula ada pepatah lebih kurang begini; “Dan bagaimana keadaan kalian, begitulah pemimpin kalian.” Auchh! Deep.

Ha, nak tanya. Bukan ke masa perkahwinan tu si Raid ada emergency, jadi camna dia leh jadi pengapit ya? Confused… Cherina rasa cam nak buka RA balik. Pergh, alasan! Haha.

Ps: Ini naskhah yang pastinya aku akan ulang baca, macam marathon lepas RA-Nefertiti. Dan ya cover memang lawa 😍
Profile Image for Sha889.
141 reviews22 followers
February 7, 2019
Sejujurnya berbelah bahagi nak bagi 4* ke 5* sebab kalau dibandingkan dgn RA,lagi suka RA la.

Kalau RA saya cakap beraninya penulis, untuk Nefertiti ni double lagi beraninya. Kita yang membaca pulak seram sejuk jadi nya bila boleh dikatakan hampir sama dengan kisah benar yang diinspirasikan tu 😅.

Well tentulah kita rakyat marhaen ni tak tahu berapa peratuskah yang betul kan. Cuma bila membaca automatik terbayang siapakah yang memegang watak DA & Datin Naila tu. Cuma kisah disebalik Datin Naila dalam Nefertiti ni sebenarnya sadis la jugak disebalik timbunan duit emas permata tu. Datin Naila yang sebenar macam mana? 😏. Cuma baru kuperasan dia memang tak ada sosial media 🤔.

Ziyad ni sebab cover depan pun dah kemain hensem maka bonus disitu. Cuma sejujurnya saya kurang enjoy penggunaan POV yang bergilir-gilir.Rasa tak sempat nak menyelami perwatakan Ziyad tetiba dah jadi watak Yasmin tetiba Datin Naila n watak2 lain. Dan pada page 460 saya perasan patutnya Pov Ziyad tetiba masuk Pov Yasmin.terlepas pandang kot. Dengan ayat2 puitis untuk semua watak jadi key untuk enjoy adalah baca dengan perlahan n faham betul2 ayatnya n cantumkan dari sudut semua pihak. Tapi sebab dah terbiasa baca dengan laju then bila baca novel ni ada rasa geramnyaaaa sebab kekadang kena ulang 2-3 kali baca untuk faham 😅.

Saya agak lost selepas kematian Datuk Taufan sebab tetiba Ziyad lari dari DA sedangkan dia orang kanan DA n then lepas tu dia masih boleh jumpa Datin Naila. Lepastu dengan misi mereka masih kabur macamana sebenarnya keadaan DA waktu itu. Berlaku peralihan kuasa kah atau bagaimana DA boleh didakwa sedangkan semua kuasa dikawal oleh DA.Impak ending tu agak kabur untuk saya.Kecuali untuk Datin Naila dan Yasmin memang menyedihkan.

Apapun memang tabik dengan keberanian penulis.lari dari norma kebiasaan n sesekali membaca novel sebegini membuka minda kita. Dan semoga negara kita terlindung dari pemimpin munafik sebegini..
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
January 29, 2019
Second novel yang aku baca daripada penulis Lily Haslina Nasir.

Pada awalnya memang aku bagi high expectation yang novel ni meletop. Dan Alhamdulillah capai expection aku.

Kisah based on true event. Bagi aku kak Lily sangat berani menghasilkan novel ini.

Masa mula2 aku tahu yang Kak Lily & Kak Rose nak joinkan antara Raid Arjuna & Nefertiti. Aku agak dah, dua novel ini pasti hits. N yes.

Aku suka watak Ziyad. Dahla hensem. Haha. Pada awalnya aku cakap dalam hati. Seriusla Ziyad dalam team DA. Sayangnya. 😆. But then bile semua dah reveal. Aku lega. Bagi aku Ziyad ni seorang yang penyabar. Lihatla macam mana cara dia 'jinakkan' Yasmin. Seorang yang setia pada tugas. Yang sentiasa bertanggungjawab atas amanah yang diberikan. Dan after all, dia masih menjaga aib DA.

Yasmin Qawlah Azwar. Mase watak dia jadi cameo dalam Raid Arjuna, aku fikir dia jenis happy go lucky & baik punye watak. Yelah sebab bile watak dia muncul, semua in good condition. Tapi bile aku baca Nefertiti, serius macam ni rupanya watak seorang Yasmin. Keras Kepala, pendendam, keras hati. Semua dia lah. Tapi itu semua berpunca daripada kenangan lalu. Dia pernah hidup dalam keadaan sengsara. Sebab itulah menjadikan siapa dia hari ini. Tapi walau macam tu pun perangainya aku suka dengan semangat juang dia dalam nak memusnahkan nefertiti. Itu memang aku respect. Walaupon disebalik tu dea sebenarnya nak lunaskan dendam terhadap DA.

DA aka Dato Adnan. Yang ini tahap jahat dia, Masya Allah. Haih ade ke orang yang obses tahap dia ni. Membina empayar atas keluh kesah orang lain. Sanggup melakukan apa saje demi kepentingan diri sendiri. Bertopengkan pada wajah yang tenang & sentiasa tersenyum, dialah hantu yang sebenar. Kalau dilihat pada luaran, dia memang seorang lelaki & pemimpin yang mulia. Tapi pada dalaman. Hanya orang tertentu saje yang tahu.

Datin Naila, pada awalnya nampak dia seorang yang angkuh dengan kedudukan dia sebagai isteri kepada penguasa Sorga Nefertiti. Tapi disebalik itu, tak ramai yang tahu apa yang sebenarnya dia lalui. Bayangkan, seorang 'pendamping' ketua Sorga Nefertiti memakai telefon yang layak dicampak ke dalam sungai. Tahun berapakah ini? Pakai telefon yang dililit getah. Tiada sosial media. Seriusla. Tapi sebenarnya Datin Naila hanya dikambing hitamkan oleh DA demi menampakkan DA seorang manusia berhati mulia. Aku sedih dengan pengakhiran kehidupan Datin Naila. Tapi sekurangnya dia mampu mati dalam keadaan yang 'bersih'. Sejujurnya Datin Naila seorang yang baik. Sanggup memperjudikan nasib sendiri demi melihat anak & bekas suaminya bebas daripada cengkaman neraka Neferiti. Serius. Kuatnya seorang Datin Naila.

Ini merupakan 4 watak utama dalam Nefetiti. Aku tak boleh nak kupas lagi terperinci. Nanti jadi spoil untuk baru nak baca. Bagi aku coretan kak Lily sangat sempurna. Ayatnya yang mudah. Bahasanya yang puitis. Jalan cerita yang smooth. Lagi satu dalam novel ini kak Lily menggunakan POV 1 untuk semua watak. Jadi aku boleh menyelami watak mereka. Sesuatu yang baru bagi aku. Tapi serius. Ianya sangat sempurna.

Lepas ni memang Kak Lily merupakan salah seorang penulis yang aku akan nantikan novel2nya. Syabas kak Lily.

Highly recommended.
Profile Image for Azizah.
386 reviews6 followers
January 20, 2019
Puas hatiiii.. Tapi rasa macam nak ulang baca RA la pulak. :)

TBC...

Update: 20 Jan 2019

Yeahhhhh, itu yang terjerit dalam kepala apabila Nefertiti sampai ke tangan. Apa taknya, semua Geng Bonet dah tayang-tayang tapi naskhah I tak sampai-sampai ke pulau juga. KakChik sanggup rehat 2 hari tak membaca apa-apa buku semata-mata memberi ruang menanti ketibaan Ziyad-Yasmin ni.

Terima kasih pada Cherina tukang ambil order dan juga Kak Lily untuk coretan di halaman buku.

Dan memang seperti dijangka, karya ini penuh dengan keterujaan dan kejutan. Hampir semuanya lengkap diolah dan diplot dengan sempurna oleh Cik Puan Penulis. Dan percubaan pertama Kak Lily untuk genre sebegini, memang berbaloi-baloi. KakChik baca, baca dan baca sampai petang-petang tunggu anak bermain di luar rumah tetaplah kuangkut buku ni.

Naskhah yang penuh teka-teki, dengki, korupsi, haloba apatah lagi ramai yang menjadi pencacai, penjilat pada ketua negara yang menjadi duri dalam daging merosakkan tanah air sendiri.

Dan yang paling penting, setiap karektor@watak diberi peluang untuk menterjemah rasa hati sendiri apabila setiap watak itu diplot sebagai POV1 dalam setiap bab yang berlainan. Jadi kira adil untuk kita pembaca menghakimi setiap dari mereka.

Dan yang selebihnya, sila la baca ye. :)

* Rasa ada kesilapan ejaan nama Yasmin Qawlah Azwar di setiap bab apabila Yasmin menjadi POV1. Mungkin pihak editor boleh perbetulkan untuk cetakan akan datang.

#3/30
Profile Image for Mrs. Norfy.
169 reviews12 followers
February 16, 2019
Best sangat. Tapi kenapa sepanjang pembacaan aku, aku terbayang Najib dan Rosmah ye?
Profile Image for Yaya H. Amir.
147 reviews6 followers
December 25, 2020
Besttttttt😍😍😍😍

Penulis otai kutt, takkan tak best pulak. Menggunakan POV 1 yg selang seli, ini kali pertama saya baca style gini (lepas ni nak collect novel LHN😬)

Saya kurang setuju ada yg bandingkan Nefertiti dengan Raid Arjuna. Kedua² ada keunikan sendiri, ada isinya sendiri, ada twist dan kebaboom yg tersendiri. Maka tak perlu beritahu RA lagi best dari Nefertiti atau sebaliknya✌

Saya jadi teruja waktu writter describe tempat persembunyian Ziyad. Auwwww! Nak juga pergi sana😛

Naskah ini TERLALU berani. Memang mulanya agak pening sebab hal² politik kan. Dengan lantunan dialog yg super power, Ziyad yg macho dan susah nak move on dari mamat ni. Tak baik tauuuu Yasmin tuduh hero I macam²😜

Yg Zeus tu, pada awal cerita saya dh dapat teka. Cuma Datin Nailah dan rahsia yg dia simpan tu buat saya rasa speechless😳

P/S cant wait to see ur next baby😍 I tertunggu² novel yg katanya nak kombo dengan Rose Harissa😘😘
Profile Image for Tiara Sapphire.
160 reviews6 followers
February 6, 2019
Nefertiti memang satu naskah yg berani oleh penulis, bila baca novel ni automatik dah tahu sumber inspirasinya, dari cara penulis gambarkan watak mereka pun dah boleh bayang muka siapa tu. harapnya tak jadi isu panas..hehe

Ziyad - tengok cover pun dah boleh jatuh hati. aku suka watak Ziyad yg tenang dan sangat penyabar walaupun berulang kali dituduh pengkhianat mangsa oleh Yasmin.

Yasmin - memula tu rasa kesian juga dengan Yasmin sebab sejarah silam dia tak seindah orang lain tapi makin lama aku makin annoying juga dengan Yasmin. degilnya ya ampun.. pastu suka sangat buat tuduhan melulu, perangai Yasmin ni banyak juga spoil kan mood aku.

aku sebenarnya tertanya apa status Nefertiti tu, sebuah kerajaan atau negara? aku nak tahu juga apa reaksi rakyat marhaen bila Datuk Adnan lari dan pemerintahan dah jadi kucar-kacir, takkan senyap macam tu je. apa jadi pada Nefertiti yg diagung sangat oleh Datuk Adnan?

jujur cakap makin ke belakang cerita makin aku lost dengan buku ni, babak aksi yg ada pun tak mampu nak tarik balik rasa teruja untuk teruskan pembacaan hingga penamat.

walau apapun, salute dengan penulis yg berani untuk keluarkan naskah yg sebegini.
Profile Image for Nad.
100 reviews11 followers
August 14, 2019
Tepat tekaanku mengenai kaitan Datin Naila x Yasmin dan siapa Ziyad yang sebenarnya.

Rasa macam nak bagi 4* sebab geram dengan perangai Yasmin yang degil sangat tapi bila tengok balik cover depan dengan gambar Ziyad yang handsome tu (melting 😍), takpelah kita tambah 1* lagi.
33 reviews6 followers
February 18, 2019
Terbaik...satu lg buku penulis yg membuat diriku seram sejuk bila membacanya selain dr cinta hilang kata. Seram bila memikirkan...benarkah...benarkah.

Profile Image for Amal Lee.
277 reviews33 followers
November 3, 2023
Sedang dalam membaca kisah ini membuatkan aku teringat ‘hal-hal’ & ‘gosip’ yang pernah terjadi dalam negara. Beraninya penulis, tabikkk!!!

Punyalah aku menahan diri dari menyelak halaman tengah & akhir gara-gara panasaran siapakah Zeus walaupun boleh diagak. Perjalanan hidup Datin Naila yang tersalah dalam memilih kaca & permata. Sabarnya seorang Ziyad, degilnya seorang Yasmin, pemaafnya seorang Azwar & syaitannya hati orang yang menggunakan kuasa kerana tamak dengan duniawi.

thumbs up, really recommended. 👍👍👍
So, for me Nefertiti > Raid Arjuna.
242 reviews11 followers
February 11, 2019
Terbaik... Saya baca raid Arjuna dulu Baru baca Nefertiti. Satu gabungan yg mantap walaupun hanya cameo. Satu naskah yg berani. Masa saya baca memang kata beraninya kak lily buat kisah ni. Betul-betul bayang pasangan konspirasi terhangat sekarang. Rasa macam real. Banyak aksi Dan pertarungan Dalam Nefertiti. Ziyad dan Yasmin sering bertemu diluar jangkaan. Yasmin garang dalam naskah ni. Hanya ziyad dapat melembutkan Yasmin. Kisah yg betul sadis bagi saya. Kisah datin naila yg menyayat hati. Best.. high recommend.
Profile Image for Lailee Dee.
197 reviews16 followers
September 1, 2021
* nak letgo novel ni RM12 (include postage).. berminat bolehla PM

Tergamam!! Terkelu!!!. Hilang kata-kata... Woww!!! Membaca naskhah ini pada Ogos 2021 sempena bulan kemerdekaan memang membakar jiwa. Jujur aku katakan , aku tidak membaca lagi RAID ARJUNA - ROSE HARISSA . Aku terus membaca naskhah ini . Agak pening pada mulanya kerana ini adalah kesinambungan Raid Arjuna . Watak Raid Arjuna sesekali muncul sebagai watak pembantu . Watak utama , Ziyad , Yasmin, DA , Datin Naila , Tedung , Dato Taufan , Dato Khan etc semuanya terbaik . Siapa sangka karya ini berjaya diterbitkan . Mungkin kerana situasi politik negara yang sudah berubah . Kuatnya seorang Jasmin kerana ditinggalkan ibu & dilatih dengan Raid Arjuna . Ziyad pula woww...Watak ini bagitu sempurna sekali diolah penulis . Permulaan yang sangat dramatik , penuh kebencian . Plot twist yang tak disangka . Penulis terbaik kerana menggunakan POV bagi setiap watak. Kagum dengan insan yang bernama Ziyad ini yang ternyata mencintai Yasmin dengan sepenuh hati & seorang pekerja yang taat kepada perkerjaannya . Akhir kata , julanglah agama , bangsa & negara . Terbaik !!!
Profile Image for YONG EKIN.
90 reviews8 followers
March 30, 2022
Buku 5/2022

Sebab minat sangat kat penulis Lily Haslina Nasir... Apa saja buku dia ... Saya akan beli.. Nefertiti ni dah lama beli. Baca pun dah berkali2... baru hari ni je dapat nak review. Buku ni klu baca ... Kena baca juga buku Raid Arjuna .. sebab depa berdua ni ada kaitan..

Kak Lily kalau tulis buku memang mengkaji luar dalam... Hingga kan bila saya baca buku ni.. terasa macam faham2 je dunia politik Malaysia .. Yes.. saya kesian pada Datin Naila yang sanggup berkorban.. Setiap kali baca watak Datuk Adnan.. buat saya terbayang2 dan meletakkan watak itu dgn seseorang.... ( Semua orang yg baca buku ini.. mesti faham seseorang yg saya maksudkan tu).

Nasib baik ada Ziyad dan Yasmin... Boleh lah rasa asam manis dalam novel ni. Mereka buat saya rasa tersenyum2 hingga tak sabar nak tahu kesudahan kisah mereka...

Kak Lily... I love u.. Bisa tidak pernah hilang bila berkarya..
Profile Image for Zulaika.
122 reviews10 followers
December 27, 2023
Yasmin Qawlah Azwar, makin dia meningkat dewasa, makin tinggi dendam yang dia simpan. Sedaya upaya dirinya ingin menghancurkan segala tipu helah dari golongan Nefertiti. Bukan mudah untuk wanita ini mempercayai orang apatah lagi orang yang dari golongan Nefertiti jahanam itu.

Ziyad El Zamri, dianggap sebagai sayap kanan orang terkuat Nefertiti. Sudah lama dia mengetahui kehadiran Yasmin yang begitu benci dirinya dan golongan Nefertiti ini telah buat hatinya semakin teruja. Gila? Ya, dia gilakan Yasmin. Dia semakin tertarik dengan Yasmin.

“𝙆𝙚𝙣𝙖𝙥𝙖 𝙖𝙠𝙪 𝙥𝙪𝙡𝙖 𝙣𝙖𝙠 𝙢𝙖𝙧𝙖𝙝? 𝙆𝙖𝙪 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙥𝙖𝙩𝙪𝙩 𝙢𝙖𝙧𝙖𝙝 𝙙𝙖𝙣 𝙗𝙚𝙣𝙘𝙞 𝙖𝙠𝙪.”

“𝙍𝙖𝙨𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙢𝙖𝙠𝙞𝙣 𝙨𝙖𝙮𝙖𝙣𝙜.”

“𝙆𝙖𝙡𝙖𝙪 𝙠𝙖𝙪 𝙨𝙖𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙖𝙠𝙪, 𝙠𝙖𝙪 𝙩𝙞𝙣𝙜𝙜𝙖𝙡𝙠𝙖𝙣 𝙉𝙚𝙛𝙚𝙧𝙩𝙞𝙩𝙞.”

Berani ke Ziyad melakukan perkara mustahil itu? Apa sebenarnya rahsia yang disembunyikan oleh mereka?

Sejujurnya zu boleh kategorikan buku ni as enemies to lovers but make it slow burn romance. Sayangnya agak lama juga untuk zu serap chemistry antara Yasmin dengan Ziyad ni 😭 Perwatakan Ziyad yang suka menyakat manakala Yasmin yang stubborn ni comel tau. Lagi bila Ziyad tanpa lelah dan sabar yang tinggi, menasihati Yasmin supaya lembutkan hati sebelum terlambat 😌 aww 🥺

Dari segi plot, conflict, and watak lain sangat best. Senang cerita, pain dia tu yang best! Villain dalam storyline ni pun menarik untuk dibaca. Zu nangis tau bila baca surat yang ditulis oleh… 😞🥲 Tambah pula ada abe hot kita 😌 Empunya badan tiada tapi namanya sering kali disebut. Kelihatan begitu gah dan digeruni orang ramai seorang Raid Arjuna ini ❤️‍🔥

𝒦𝑒𝓃𝒶𝓅𝒶 𝓀𝒶𝓊 𝓈𝓊𝓈𝒶𝒽-𝓈𝓊𝓈𝒶𝒽 𝓈𝑒𝒷𝒶𝒷 𝒶𝓀𝓊, 𝒵𝒾𝓎𝒶𝒹?

𝒜𝓀𝓊 𝓈𝒶𝓎𝒶𝓃𝑔𝓀𝒶𝓃 𝓀𝒶𝓊, 𝒴𝒶𝓈𝓂𝒾𝓃.
Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
June 10, 2019
#NEFERTITI.....entah mengapa saya mengambil masa utk membaca citer ni! dr penulis Lily Haslina Nasir...senior dlm penulisan novel dan saya akui saya suka n senang terima novel2 beliau! paling saya teringat...novel Aku ada Kamu..Hisham n Adira..paling buat saya terasa dekat dihati..huhu

hokeyyy...Nefertiti ni, berat diperkisahkan! bkn sekadar citer cinta dan sayang tp diselit permasalahan yg melibatkan negara dan maruah!

dan utk pengolahan dlmnya saya mmg rasa kagum krn merasa kisah ini bagaikan sgt dekat n juga seolah mampu membayangkan tiap kejadian demi kejadian dlm Nefertiti!

ini kisah perjuangan! berjuang krn negara! berjuang demi cinta! berjuang untuk keluarga! tak mudah mengalas tanggungjawab! tak terdaya memikir kesan pada penglibatan Yasmin dan Ziyad! sesuatu yg misteri itu adakah perlu dibiar diam dan menyepi? atau perlukah diintai dan diusik agar sedar dari lena yg asyik?

keseluruhan? jiwa meruntun bila kebenaran itu diketahui! sakitnya teraniaya tk sesakit dibuang insan yg sedarah n sedaging! tapi bila kenyataan dihadapkan...nyata jiwa keras melembut jua! yg tertutup dibuka dgn hati lapang n jiwa tenang!
seyes! saya bagai dibawa kedlm citer ni! rasa sakit! rasa dendam! jiwa kacau! malah dilanda angin puting beliung pun ada! ahaha.
Tahniah Lily Haslina Nasir, utk sesuatu yg mencuit perasaan ini! yg mendebarkan! dan saya pasti nantikan yg seterusnya dr awak!
Profile Image for Wan rohani harun.
180 reviews6 followers
March 8, 2019
I love this book! Absolutely in love with ziyad! Especially when he was portrayed like rene grincourt. Well, I am shallow like that sometimes hahhahaha.... The theme from the book although quite heavy, but i could take it. Highly recommended!
Profile Image for Siqahiqa.
594 reviews106 followers
February 22, 2019
Review penuh dah update di blog >> http://www.siqahiqa.com/2019/02/revie...


Mangkubumi, Infinity, Sorga Nefertiti, dan Layar Nefertiti. Apakah semua ini? 😱 .

Satu naskhah yang sangat berani oleh penulis, Kak @lilyhaslinanasir . Aku kata sangat berani kerana aku bagaikan percaya bahawa setiap babak dalam novel ini adalah kisah benar. Maka, satu persoalan berlegar dalam fikiran. Benarkah ianya benar? Secara automatik juga, terbayang siapa yang boleh memegang watak DA dan Datin Naila. Harap tidak menjadi isu pada masa akan datang ye. Hihi. Novel ini hanyalah fiksyen semata. Kisah pemimpin negara yang songlap duit rakyat untuk kepentingan diri sendiri.

Apa yang menyebabkan aku sangat suka penulisan Kak Lily? Penggunaan bahasanya yang puitis dengan ayat yang mudah. Gaya penulisan terbaik. Jalan cerita smooth. Aku juga suka akan pertukaran POV di setiap bab. Ini memudahkan aku memahami setiap watak maka kuranglah pening 😅

Bagi aku, buku ini cukup serba-serbi. Konflik dan aksi boleh dikatakan memenuhi kebanyakan jalan cerita. Cinta hanya sedikit saja dan manis macam gula. Ada pengajaran untuk kehidupan dan plot twist juga 😊 .


“Selagi laut masih berombak, gelombang masih menderu, akan kuseru anak bangsa. Hidup harus bersemangat baru, setiap waktu! Selagi bumi masih berputar, biar getarnya tidak terasa, anak bangsa harus aku perkasa. Pedulikan kalau jagat alam masih belantara, kedaulatan negara jangan dibuat timbang tara.” .

👆🏻 A really good reminder, Kak Lily 😊😊 .

Rating: 4.5 🌟
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
September 26, 2019
Bukan genre yang diminati. Kadang2 jadi lost bila baca, tak boleh fokus sebab tak paham. Cerita okay, best, tapi Raid Arjuna lagi mendapat tempat di hati kut. Huhu.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
February 28, 2022
[BOOK 38]

Nefertiti by Lily Haslina Nasir.
.

Buku ni diterbitkan bersama-sama Raid Arjuna. So, dalam buku ni, ada la cameo Raid yang handsome tu. (Walaupun aku tak baca lagi Raid Arjuna tu, aku tahu Raid tu charming. hahaha)
.

Jujurnya, bagi aku, buku ni 'berat' ceritanya. Aku jenis yang suka baca buku time travel la, genre yang pelik-pelik la, masih boleh dihadam. Tapi, untuk Nefertiti ni, lebih kepada pergolakan dalaman kerajaan, lebih kurang politik la. So, memang memaksa otak aku bekerja lebih keras.
.

Ziyad ialah orang kanan Datuk Adnan (DA) dan juga isterinya, Datin Naila. Yasmin pula ialah antara pejuang kepada satu kumpulan untuk membanteras salah laku DA dan orang-orangnya di Nefertiti. So, memang Ziyad dan Yasmin tidak sebulu sebab pendirian mereka berbeza. Tapi Ziyad sukakan Yasmin, so dia selalu la usik Yasmin.
.

Baca cerita ni, buatkan aku terbayangkan figura yang hampir sama dengan watak DA dan Naila. Hahaha. so, naskah ni memang berani la.
.

Dan sebenarnya, aku dah boleh agak, siapa Ziyad, hubungan Yasmin dan Naila. So, terasa agak bijak di situ.
.

Otherwise, hasil penulisan LHN memang tidak dapat disangkal kehebatannya. Berpuitis. Dalam mencarut pun, rasa best ayatnya. hahaha
Profile Image for Noorsaliza Mohd Hadad.
15 reviews1 follower
March 17, 2019
Sebenarnya dah lama habis baca buku ni. Buku sampai pada 11/1/2019 dan malam tu jugak ku habis baca. Ai kalau dah asyik dengan pembacaan, makan minum pun dah tak ingat. Beli melalui Karyaseni, siap dapat sign penulis lagi..

Memang excited nak baca sebab dah kenal watak Yasmin Khawlah Azwar melalui Raid Arjuna. Tak sabar nak kenal Ziyad El Zamri yang selalu disebut-sebut dalam Raid Arjuna.

Secara keseluruhannya sangat sukakan plot cerita ni. Memang lari daripada kebiasaan walaupuan ai seorang yang suka baca yang sweet2 gitu.. Tapi Nefertiti ni sangat lain.. Kalau dah Raid Arjuna pun ai suka, takkan la Nefertiti ai tak suka kan?

Kisah yang sangat berani.. memang tak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati tapi dengan apa yang dilalui pada zaman sekarang, tak dapat tidak akan terbayang di mata individu-individu yang seolah-olah sangat menepati ciri-ciri sesetengah watak. Macam boleh bayangkan yang ianya benar-benar terjadi..

Kisah yang lengkap.. ada hubungan kekeluargaan, persahabatan, dendam, politik, thriller, kesetiaan dan cinta. Mungkin tak amai peminat genre yang macam ni, tapi ai sangat puas hati.. Tak cukup bintang nak bagi.. hehehe
Profile Image for N.A.N.A.
214 reviews5 followers
January 13, 2024
Diriku dilanda reading slump beberapa hari. Ni novel kedua aku baca dari penulis. Cerita best. Cuma dari segi bahasa, penggunaan ayat tu agak mengganggu sedikit pembacaan 😅 nangis jugak la baca novel ni. Nak dkt ending tu la ada scene sedih. Lps ni nak baca yg lain pulak 😊
Profile Image for Thes.
193 reviews3 followers
April 5, 2023
Novel pertama daripada penulis yang aku baca langsung tak menarik minat aku so aku agak skeptikal nak baca novel ni. Tapi disebabkan genrenya adalah genre yang aku enjoy baca, aku pun positif jelah. Dan, terbukti, aku sangat in love dengan jalan ceritanya!

Walaupun aku tersangatlah confuse dengan kewujudan Nefertiti yang mulanya aku sangka militan (aku pun tak pasti celah mana aku dapat idea ni?) yang mengganggu gugat kehidupan orang awam, ceritanya sangat gripping and susah ya untuk aku letak novel ni. Dengan watak-watak macam Datuk Adnan aka DA aka Mangkubumi, Datin Naila dan Datuk Taufan yang licik mempergunakan orang, dan bermuka-muka. Dan Ziyad yang berada di sisi mereka tapi dia macam baik? Haih keliru betul dengan si Ziyad ni.

Yasmin pula, walaupun penglibatan dia dengan MyJebat tu melogikkan kebencian dia pada puak Nefertiti, rupanya punya alasan yang lebih dalam daripada tu. Chemistry antara Yasmin dengan Ziyad saaaangatlah comel ya! Hate-love gitu. Ziyad yang selamba badak confess, Yasmin yang denying perasaan sendiri sebab mereka berada di side yang berlawanan. Dengan keras kepala dua-duanya sekali. Gabungan dua watak ni memang booms! Dah la dedua terer berlawan. Action scenes jangan cakap la, memang gempak habis!

Baca novel ni kena prepare mental la yang penting. Roller coaster ride ya! Kejap berbunga, kejap kesedihan, kejap berdebar, kejap bengang, semualah complete. Penulis mulakan setiap bab dengan nama watak untuk menunjukkan cerita dalam bab tu adalah daripada POV watak tu. And bagi aku, sangat membantu sebab kita dapat insight untuk semua watak, yang baik, yang jahat, yang main characters, yang side characters, semua kita boleh faham.

Novel ni jugak ada cameo watak Raid Arjuna dari novel Raid Arjuna karya Rose Harissa, which aku tengah peram lagi. Tengah tunggu maturity date, yang aku sendiri tak tau bila haha. Tapi berdasarkan watak dia dalam novel ni, aku super excite ya. Dan epilog tu! Cute habissss.
Profile Image for Fariza Umaira.
119 reviews7 followers
September 8, 2024
Takutnya la kan bila diri dikuasai nafsu tamak haloba yang rakus. Rasanya, orang seperti DA ni memang wujud dalam arena politik sesebuah negara, kan. Nauzubillah.. mintak simpang! Digula-gulakannya rakyat marhaen dengan pemberian beras dan biskut. Percakapan yang lemah lembut di khalayak ramai. Tetapi seorang yang kejam dan psiko dengan isteri yang sanggup dijadikan boneka demi meraih keuntungan berlipat kali ganda.

Dan saat kematian Datin Naila berjaya menitiskan air mata saya. Betapa DN sanggup menjadi hamba cinta dan pemuja seorang DA, ibu yang kejam, majikan yang angkuh dan sombong demi memastikan anakanda tercinta sentiasa selamat di samping bekas suami.

Ada la sikit kesinambungan kisah Raid Arjuna dengan Asyanur dan hero kecil mereka, Aqhari. Yasmin dengan Ziyad pulak dapat baby girl bernama Azween Zahra. Tak kesampaian impian Ziyad untuk dapat anak lelaki yang akan dinamakan Tariq.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Dara Oh.
23 reviews2 followers
March 10, 2019
Bila bca novel ni ter imagine kn pentadbiran negara yg lepas.. adakah pnulis garap ni dr kisah2 politik negara. Walaupun x 100% sama tp aku terbawa2 kisah politik negara. Kisah datin naila seolah2 kisah mantan wanita pertama negara. Kisah2 bagaimana nefertiti lupuskan org2 yg mencabar die spt kisah viral yg kecoh di media tmptn n antarabangsa. Perempuan, kuasa, & kekayaan. Kisah kapal layar, kisah datin naila yg gila kn DA hingga turun naik ofis DA msa muda, kisah datin naila yg rmpas DA dr bkas isteri Nik Halida yg dituduh gila msa diceraikan. Kisah doktor astetik yg ditugaskan utk buat rwtn muka datin naila. Dgn tok bomoh tok pawang lg. Semua kisah ni seolah2 bersangkut paut dgn politik negara zmn pemerintahan lepas.
Profile Image for Siti Nuraishah.
14 reviews5 followers
May 16, 2021
Memula nak bagi 5 tapi sebab menyampah dengan perangai Yasmin punya pasal terus bintang menurun. Sakit hati betul dengan perangai Yasmin ni.

Bab 56 kot, meleret-leret penerangan& perbincangan Ziyad dengan Yasmin. Nak hayati pon jadi sakit hati. Sebab banyak pengulangan dan yasmin keep repeating the same word. Ziyad pon keep repeating , nak terangkan perkara sebenar jadi slow sangat sampai rasa tu macam tak sampai. Sampai aku rasa kau nak terangkan apa sebenarnya Ziyad oii???

Aku faham dia nak slow & steady tapi kau kena faham Yasmin tu sejenis taramm je. Kau kena la cuba terangkan dalam bentuk yang mudah. Ni meleret sampai 20 mukasurat duk pusing tang tu je. At last Yasmin ketegaq jugak pon.
Displaying 1 - 30 of 35 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.