Tian Chua, reformis yang memahat ingatan rakyat Malaysia dengan susuk tubuhnya yang kurus di depan trak meriam air berkimia pada zaman Reformasi. Naik turun mahkamah, keluar masuk lopak sudah menjadi sesuatu yang lumrah sepanjang tempoh dua dekad perjuangan politik Tian Chua.
Namun, di sebalik imej berani yang ditonjolkan, Tian Chua memiliki jiwa seni yang halus. Tian Chua menggilap semula bakatnya dengan menghasilkan karya seni di sebalik tirai besi. Melalui pengamatannya, Tian Chua berkongsi kisah-kisah dalam Penjara Kajang, malah menyelami falsafah di sebalik fenomena yang berlaku. Meskipun jasadnya terkurung, Tian Chua tetap mempertahankan kebebasan jiwanya- kebebasan untuk memilih yang benar dan mulia, dan kebebasan untuk menolak yang salah dan korup.
Alhamdulillah, buku karya Saudara Tian Chua yang bertajuk 'Lakaran Jiwa Merdeka : Catatan Dari Penjara Kajang' menjadi buku pertama yang saya habiskan bacaan di Tahun 2026.
Buku ini aku beli semasa dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Tahun 2020 dan tersadai di rak buku aku di Kuala Lumpur hampir 5 tahun dan kebetulan baru-baru ini terlintas dalam fikiran aku mengenai buku tulisan Saudara Tian Chua ini.
Difahamkan, Saudara Tian Chua menulis bingkisan-bingkisan cerita ketika berada di Penjara Kajang ini setelah beliau menarik balik permohonan rayuan setelah didapati bersalah di bawah Seksyen 4(2) Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298) oleh Mahkamah Sesyen pada 23 Januari 2014 dan Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Sesyen pada 30 September 2016.
Coretan ini bermula 29 September 2017 liaity hari pertama penulis dimasukkan ke Penjara Kajang sehinggalah pada 27 Oktober 2017 (hari pembentangan bajet Tahun 2018).
*Penulis dijatuhkan hukuman disebabkan penulis berada di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (PULAPOL) Keramat untuk membela peserta BERSIH 3 yang ditahan. Penulis dituduh 'tidak mematuhi perintah Pegawai Polis untuk beredar dari kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan mengikut Perintah Kawasan-Kawasan Larangan 1975'.
Setelah membaca buku ini, aku baru tahu bahawa bekas Ahli Parlimen Batu ini memiliki jiwa seni yang halus apabila menghasilkan karya seni di sebalik tirai besi dengan menggunakan roti. Itu sesuatu yang menarik dan jarang-jarang berlaku.
Sepanjang aku memahami dan menghayati perkongsian coretan oleh penulis, banyak urusan harian penulis semasa di penjara dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti bersahaja dimana aktiviti kecerdasan, sembang santai bersama warden dan pegawai penjara dan situasi yang berlaku dari mata penulis terhadap persekitaran semasa berada di tirai besi ini.
Coretan yang dikongsikan oleh penulis tidaklah terlalu berat tetapi bersifat santai dan mempunyai hujah yang tersendiri seperti pesalah-pesalah juvana, infrastruktur penjara dan sebagainya yang dikongsikan melalui sembang borak bersama orang-orang yang berada di sana.
Situasi semasa yang berlaku di luar juga seiring dengan perkongsian yang dibuat oleh penulis dan bagi aku , itu cukup memberikan kefahaman kepada pembaca untuk meneliti setiap isu yang dibangkitkan.
Lakaran-lakaran yang dibuat oleh penulis juga turut dikongsikan untuk kita memahami 'hati' penulis semasa berada di tirai besi ini.
Apa-apa pun, aku ucapkan goodluck kepada penulis utk karier politik beliau dan seingat aku, kali terakhir aku berjumpa & bergambar bersama penulis adalah semasa sesi tayangan perdana filem Barbarian Invasion di Kuala Lumpur.
Aku bagi 3 / 5 stars utk buku ini.
Sekian, wallahua'lam...
Ikhlas dari, WMHMY Bukit Baru, Melaka 11 Januari 2026
Catatan daripada Tian Chua, bekas ahli parlimen Batu. Ia catatan hari-hari yang dilaluinya sepanjang sebulan pemenjaraannya di penjara Kajang pada tahun 2017.
Bukan sekadar bercerita tentang politik, ia juga berkongsi kehidupan kakitangan penjara, banduan dan..ya, kucing di sana.
Ada lakaran (lukisan tangan) sepanjang di penjara, ada juga gambar arca ciptaannya daripada roti yang tidak habis dimakan.
Buku ini bukan sahaja memberi satu perspektif kehidupan dalam penjara, ia juga memberikan satu cetusan imbasan kepada keadaan pergolakan politik negara pada waktu itu.
Anehnya, saya seronok baca catatan di buku ini. Bacalah kalau berpeluang.