Jump to ratings and reviews
Rate this book

Koc 13

Rate this book
Raiqal, pengembara mistik berada di Stesen Kereta Api Dabong yang terbiar sejak pembinaan rel baru pada tahun 2030. Tujuannya hanyalah satu, menaiki Koc 13 yang akan membawa dia ke dunia lain. Pertemuan dengan Aiman Aklaken, penulis seram bestseller antarabangsa di stesen yang sama untuk menaiki Koc 13 membawa mereka mengembara ke dunia penuh misteri.

Bermula dengan tiket bertulisan Jawi yang datangnya entah dari mana hinggalah kemunculan Koc 13 tepat pada waktunya menyebabkan Urban Legend yang dianggap khayalan semata kini berada di hadapan mata mereka. Koc 13 yang tiada pemandu membawa mereka ke dunia khayalan seperti Pengkalan Kubur menentang kerasukan zombie, menghadapi ahli sihir tua, menghadapi perang robotik dan tinggal semalaman di dunia hospital berpuaka. Mereka harus melepasi cabaran itu atau tetap terperangkap di dunia berpuaka itu selama-lamanya.


Info:
Koc 13 merupakan novel kelima Naim Tamdjis. Kali ini penulis mempersembahkan konsep urban legend kepada pembaca seram yang meminati dan mengikuti karya beliau. Melalui konsep cover baharu bagi prolifik seram, kali ini penulis menampilkan kelainannya yang tersendiri di mana genre seram fantasi diketengahkan oleh beliau di dalam Koc 13.

384 pages, Paperback

First published January 1, 2019

6 people are currently reading
51 people want to read

About the author

Naim Tamdjis

30 books103 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
27 (34%)
4 stars
26 (33%)
3 stars
19 (24%)
2 stars
6 (7%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 32 reviews
Profile Image for Lanzz.
816 reviews25 followers
December 4, 2019
Sebuah novel dengan idea yg unik. Menggabungkan pelbagai genre termasuk fantasi, seram, scifi, dan aksi. Permulaan novel ni best, tapi dah nak habis tu macam slow sikit.

Novel ni mengisahkan tentang Raiqal dan Aiman Aklaken yg mengembara ke alam fantasi dengan menaiki Koc 13 di sebuah stesen kereta api lama. Dalam pengembaraan itu, mereka telah bertemu dengan Raihan yg telah terperangkap di dunia itu selama 4 tahun. Untuk keluar dari dunia itu, mereka bertiga harus berkerjasama untuk menyelesaikan semua tugasan yg diberi di setiap hentian. Mereka terpaksa melakukan tugasan di perkuburan, menyelamatkan diri dari zombie, melawan robot dari masa depan, dan lain2 tugasan lagi yg tidak masuk akal.

Rasanya, enjoy jgk baca novel ni. Cuma rasa annoying dgn watak Aiman Aklaken. Pengecut sampai tamat dan xde character development.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
March 14, 2019
Seram fantasi yang ohsem dari penulis.. 4 bintang sebab ada watak yang mati.. 🙈🙈 Tahniah buat penulis kerana memberikan sebuah cerita seram fantasi yang berjaya membuatkan Sha berasa seram dan takut.. Hahaha.. Gila tak cuak.. Pengembaraan yang dilalui oleh Raiqal dan Aiman sangat mendebarkan.. Memang mengujakan hingga Sha rasa sayang dan tak sabar nak habiskan bacaan..
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
April 27, 2019
22 - 2019

NOVEL : Koc 13
PENULIS : Naim Tamdjis

Ini kali pertama saya membaca kisah seperti ini. Beberapa latar tempat dijadikan sebagai penggerak cerita. Bermula dari unsur seram sehingga pengembaraan, penulis saya kira berjaya melakar cerita ini dengan baik. Sebuah novel yang boleh dihadam buat pembaca yang menggemari genre seram/adventure. TAHNIAH buat penulis!
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
August 28, 2019
apalah sengal novel ni? haa... tu first impression je tau bila tengok cover dan baca belakang novel. kembara fantasi seram? jom...

raiqal, seorang pengembara mistik yang telah menjelajah serata pelosok dunia melawat tempat pelik dan menyeramkan. dia mahu menaiki koc 13 yang muncul empat tahun sekali dan mahu melihat ke mana arah koc 13 itu akan bawa. bertemu dengan aiman aklaken, seorang penulis seram yang juga mahu merasai pengembaraan itu. tapi si aiman ni.. adoi.. haha!!

penyampaian cerita secara agak santai dan selitan babak lucu mampu menghidupkan pergerakan kisah. itu memang sudah menjadi kelebihan tuan penulis Naim Tamdjis dan beliau bijak mengawal cerita. tak berlebih dan meleret. endingnya pun walaupun mungkin cara hentinya tak sama macam koc kereta api berhenti tapi tinggalkan banyak rasa pada pembaca.

part yang paling akak suka? haa.. akak suka masa mereka ada di hospital trans-allegheny asylum yang dikatakan hospital paling berhantu. bagaimana aiman aklaken bertindak melengkapkan task supaya dia dapat menyelamatkan dua orang sahabatnya itu. bilik mayat dan tempat pesakit psiko yang tidak boleh diubati. dalam pada lawak, saspen juga. kotlah si aiman ni tersungkur. dua orang sahabat? siapa lagi seorang? mana datangnya raihan? haa.. kena baca beb.. kena...

kisah zombie, kisah nenek kebayan, kisah artificial intelligent, kisah saturday night fever dan kisah purba. haa.. lupa. kisah alam kubur pun ada tau. gambaran tuan penulis untuk tahun 2030 pun tak terlalu ekstrem. sedang-sedang sedap saja. yelah, 10 tahun dengan sekarang rasanya takkan banyak beza kot.

serius. walaupun fantasi tapi bila diolah dengan baik,banyak pengajaran yang kita mampu kutip. persahabatan, tak boleh nak diukur dengan berapa lama terjalin tapi semangat, kejujuran dan ikhlas hati mampu membantu dalam apa jua bentuk keadaan.

penulis seram, bukan semua berani. betul? sebab bila diorang ni penakut memang banyaklah babak seram diorang mampu tulis. cuma jangan jadi macam si aiman aklaken ya! hehe...
Profile Image for Pak Badrul.
Author 3 books6 followers
December 23, 2019
3.5 bintang untuk naskhak ini. Koc 13 mengisahkan pengembaraan dua orang pemuda yang teringin untuk merasai pengalaman pelik, misteri dan mengujakan menaiki keretapi Koc 13. Sepanjang pengembaraan, mereka menempuhi pelbagai peristiwa aneh dan cabaran. Segala ujian dan dugaan harus mereka atasi agar mereka dapat kembali semula ke dunia nyata.

Saya merasakan kisah ini kekuatannya terletak pada elemen pengembaraan menempuhi pelbagai cabaran di bermacam-macam latar dunia. Selain itu, elemen persahabatan juga ditonjolkan dalam koc 13 yang mana mereka bersama menghadapi jerih payah seta suka duka untuk menghabiskan ujian yang diberikan oleh si penguasa dunia misteri. Watak yang kelakar dan sengal turut membuatkan karya ini mencuit hati walaupun tidaklah sehingga berderai tawa sepanjang pembacaan.

Satu kelemahan yang saya lihat cuma dari segi penceritaan yang kadang kala meleret untuk satu-satu bab itu. Ayat yang meleret dan berjela dalam menceritakan satu-satu situasi itu membuatkan saya skip-skip sahaja.

Apa-apa pun syabas Naim Tamdjis. Ini sebuah karya yang lain dari kebiasaan.
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
March 9, 2019
First time aku baca novel bergenre fantasi. Dan first time aku baca novel hasil tulisan encik penulis. Sebab dah lama ku tak mengikuti novel2 terbitan alaf/prima. Masa ambil novel ni, aku inginkan kelainan. Asyik membaca novel cinta aje. Sesekali bertukar angin la pulak.😅

Kisah Raiqal & Aiman Akhlaken yang mengembara menaiki koc 13 di tinggalan stesen keretapi Dabong pada tahun 2030.

Dalam ni dorang dikehendaki berjaya dalam semua ujian untuk kembali semula ke dunia mereka.

Ujian pertama mereka dikehendaki baring di dalam kubur & mengambil minyak dagu. Ujian kedua masuk ke dunia zombi..dan seterusnya mereka perlu melalui beberapa ujian. Sekiranya mereka tidak lepas ujianw tersebut maka mereka akan kekal di tempat itu.

Walaupon temanya fantasi, tapi masih boleh diterima. Jarang2 penulis ingin menulis genre fantasi ni.

So ini permulaan yang baik untuk aku menerima genre sebegini. Cuma itulah tidak puas. Jika ditambah lagi part ending tu mesti lagi ok..😄
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
466 reviews41 followers
September 2, 2024
Raiqal seorang pengembara yang gemar melawat tempat-tempat yang dikatakan keras cuba untuk menaiki koc 13 yang terkenal dalam 'Urban Legend'. Di sinilah dia mengenali Aiman Aklaken seorang penulis yang bakal bersama dengannya dalam mengharungi pelbagai kejadian pelik di sepanjang perjalanan koc 13. Satu per satu lokasi beserta ujian bakal mereka tempuhi.

SH rasa kalau SH jadi Raiqal pun SH akan rengsa dengan si Aiman ni. Semua tak tahu. Lepas tu nak berkepit je sebab penakut sangat. Geram betul. Lepas tu dahlah cakap nak bangga diri je. Dahlah kuat menjerit. Sikit-sikit nak menjerit. Kalah Raihan yang perempuan.

Ada beberapa tempat dan peristiwa dalam naskah ini yang tidak asing buat SH. Contohnya Pulau Eurasia dan zombinya, rumah manisan dan nenek tua. Tetapi ceritanya dipusing mengikut acuan dan cara penulis tersendiri.

Raihan dan Ratu Ungu beserta adik-beradik baginda memang selalu buat SH kagum. SH memang sukakan watak-watak wanita yang kuat dan tidak terlalu bergantung kepada kaum lelaki untuk mengatasi masalah mereka. Cukup sekadar bantuan di saat yang bertepatan.

Tulisan jawi yang dimasukkan ke dalam cerita ini juga amat SH suka. Ramai anak muda kita seperti Aiman yang tidak mampu lagi membaca tulisan jawi. Dan tidak mustahil semakin hilang suatu hari nanti.
2 reviews
April 3, 2019
Baru habis baca semalam, hari ini baru boleh tulis review.
Saya suka dengan tema seram fantasi berunsur 'adventure' yang digarap oleh penulis. Membacanya buat saya teringat karya penulis Enid Blyton, penulis kisah fantasi zaman kanak-kanak saya dulu. Penulis juga ada menyelitkan unsur komedi melalui kesengalan Aiman Akhlaken di mana Raiqal dan Raihan terpaksa melayan karenahnya membuatkan saya ketawa sorang. Hahaaa!!! Tapi part seram yang membuat bulu roma saya meremang di mana kisah di rumah Nenek Bayan dan bilik mayat tu. Serius seram!!! Ada part 'manis bergula' antara Aiman Akhlaken dan Puteri Kuning juga. Syabas buat penulis. Saya bagi 5 bintang.
Profile Image for Ant Azalea.
2 reviews1 follower
April 3, 2019
Kisah pengembaraan Raiqal & Aiman Aklaken menaiki Koc 13. Mereka perlu selesaikan misi di setiap stesen yang mereka 'terpaksa' singgah. Tahniah, novel ni lari dari kisah seram tipikal. Pengambaraan yang penuh nilai persahabatan antara Raiqal, Aiman & Raihan (yang mereka jumpa di Pulau Eurasia). Buku yang menarik untuk dibaca sebab kita akan ternanti-nanti apa misi yang bakal mereka terima selain penulis bijak menyuntik elemen komedi. Sekadar pendapat, kalau penulis dapat lebihkan elemen seram lagi baik... 5 bintang kerana berjaya menarik perhatian saya untuk tidak melepaskan buku ni dari pembacaan.🤣
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Noor Maizan.
85 reviews9 followers
September 10, 2023
Koc 13 merupakan kisah pengembaraan 2 lelaki (strangers) dengan 2 matlamat utk naik koc 13 yg kononnya dpt bawa ke dunia sebelah.

Cerita fast paced juga, dari dunia zombie,robot,mafia,melayu lama, fuh penat juga nk habiskan. Cuma makin nk habis, makin meleret pula.

Ada beberapa part yg aku tak faham mcm kisah awek si Raiqal yang jadi zombie tu, dia di dunia mana satu? Ke aku yg blur sgt.

Ada juga beberapa kesalahan dlm dialog bahasa inggeris...

Dan part nama Aiman Aklaken tu, why so panjang dan berulang banyak kali. Haha. Annoying.

Apapun aku suka idea plotnya...
Profile Image for P'dah Junip.
17 reviews
May 15, 2019
😍😍 B. E. S. T.

Pengembaraan yang mengujakan!
Walaupun 🤯 dengan Aiman 🤦‍♀️

I need more like this 🤩
Profile Image for Beelah.
309 reviews18 followers
September 23, 2025
Raiqal dan Aiman Aklaken, bertemu secara tidak dirancang di stesen keretapi api Dabong, Kelantan. Antara hidup dan mati, mereka harus menaiki kereta api Koc 13 dan harus melengkapkan misi di setiap perhentian atau mereka akan terkandas di dunia asing jika gagal.

Pembaca di bawa sekali mengembara bersama duo ni di beberapa dimensi berbeza; dunia hantu, dunia zombi, dunia robot, penjajajahan makhluk asing, era rock 'n' roll dan era Pattani 1600-an. Orang kelantan sebut, segalo mok niko ado. Perasaan seperti bermain permainan video, selesai je satu misi, pemain boleh langkah ke misi seterusnya.

Beberapa persoalan timbul seusai pembacaan saya. Siapa dalang di sebalik misi Koc 13 ni? Kenapa misi2 yang diberikan ada yang bersifat baik dan ada yang bersifat buruk? Apakah tujuan misi Koc 13? Memberi kesedaran atau menyesatkan minda peserta?

Trivia 1: Raiqal dan Raihan selalunya akan panggil nama Aiman Aklaken dengan nama penuh. Tak penat ke? Panggillah Aiman atau Man atau Ken. Hehe 🤭

Trivia 2: Dimaklumlan ada beberapa karya dari encik penulis yang ada hubungkait atau penampilan istimewa dari Raiqal dan Aiman Aklaken iaitu; Lanun, Sang Purba dan Maxwell (terbitan terbaru tahun 2023). Saya dah beli siap2, tunggu nak baca jer.
23 reviews1 follower
August 3, 2025
Secara keseluruhan, apa yang boleh dikatakan tentang novel ini ialah "macam-macam ada!"

Novel Koc 13 ni pada asasnya bergenre adventure dan fantasi, tapi di dalamnya ada subgenre lain pula seperti seram, sci-fi / futuristik, dan sejarah. Juga ada beberapa elemen misteri (yang tidak terjawab walau sudah sampai ke penghujung cerita).

Raiqal, seorang adventure-seeker berhati kering bersama Aiman Aklaken yang penakut, cemerkap lagi ke'sotong'an, telah menaiki Koc 13, sebuah keretapi puaka yang hanya muncul setiap empat tahun sekali iaitu pada tarikh 29 Februari.

Koc 13 membawa mereka ke lokasi dan 'timeline' yang berbeza dan mereka perlu melakukan cabaran yang gila setiap kali mereka tiba ke stesen-stesen. Sekiranya mereka tidak berjaya mengatasi cabaran itu, Koc 13 akan meninggalkan mereka dan mereka akan terperangkap di dunia itu.

Tagline novel ini, "Aku harap biarlah ini yang terakhir" sepatutnya menggambarkan perasaan mereka setiap kali sampai ke stesen baru, dalam keadaan tidak mengetahui yang mana satukah stesen terakhir yang akan membawa mereka pulang ke dunia asal.

Walaupun cabaran yang mereka perlu hadapi memang gila² dan mampu membahayakan nyawa, tapi most of the time perasaan saya rileks saja semasa membacanya... mungkin kerana adanya watak Aiman Aklaken yang selalu menjadi bahan jenaka (comic relief) - walaupun kadang² agak annoying apabila dia membuat perangai mengada².

Namun ada juga beberapa babak yang benar-benar emosional dan menyentap perasaan. Malah adakala rasa bengang juga terhadap 'puaka' Koc 13 itu yang sengaja memberi cabaran yang menyusahkan seolah-olah mahu mereka gagal dan tidak dapat pulang ke dunia asal.

Stesen terakhir mengingatkan saya tentang filem kegemaran saya, The Queens of Langkasuka. Walaupun latar masa dan tempatnya menarik namun di stesen terakhir ini jugalah mereka perlu menghadapi cabaran yang paling sukar serta tragis.

Overall novel ni best, cuma agak distracting bila terlampau banyak kesilapan typo dari segi tertukar nama watak.
Profile Image for SS.
512 reviews5 followers
February 4, 2025
Penulis gabungkan genre seram, fantasi & pengembaraan dalam Koc 13.

Raiqal dan Aiman Aklaken bertemu di Stesen Keretapi Dabong yang terbiar. Kedua-dua mereka curious dengan Koc 13 (banyak ura-ura). Jadi, nak jadikan cerita muncul la Koc 13 yang digembar gemburkan itu di depan mata & membawa mereka ke destinasi yang mereka tidak pernah bayangkan. Apa yang terjadi seterusnya?.

Setiap destinasi akan mencabar survival skills & mental mereka berdua. Kalau tak berjaya buat. Goodbye to them and stay la dekat dunia sebelah. Jadi manusia kalau dah terdesak akan buat ke tidak?. Jawapannya iya.

Soal Raiqal si pengembara kita tolak tepi sebab dia memang menyinar dalam Koc 13 ni. Tak dinafikan karakter dia agak kuat sampai watak Aiman Aklaken tu nampak banyak sangat kekurangan. Just imagine setiap destinasi tu arahan lebih banyak dari Raiqal & Aiman hanya menurut saja. Belum cerita pasal perangai penakut Aiman. 😮‍💨 Si Raihan tu pulak jadi berganda-ganda berani. Kalau nak puji sikit si Aiman tu pun maybe masa deka hospital. Hshs

Tak ada perkembangan watak untuk Aiman Aklaken 🫵🏻 Me is so frust. Sudahlah taknak dah cakap pasal Aiman.

Oh ya, kita suka pecahan idea penulis. Cumanya sometimes ada benda yang menjadi clueless & drag. Kita sangat berharap ada POV dari side Raihan. Macam mana dia boleh sampai situ & cara dia survive. Its not easy tau.
Lepastu, kita rasa ada cabaran tu macam agak senang sangat untuk orang yang seberani Raiqal. Hshs. Kasi susah sikit cabaran boleh?.

Tapi apa pun. Satu percubaan yang baik dari penulis.
Kita paling love cara penulis describe suasana stesen keretapi & keadaan koc 13. Kalau kita lah, baik balik rumah tidur lagi best. Hshs. And ada selit pasal tulisan jawi. For me, itu idea menarik.
Profile Image for Dalilah Izzatie.
58 reviews
July 26, 2021
Overall cerita perjalanan mereka menarik sebab penulis meliputi semua zaman, era dan bahagian mistik. Percampuran horror and thriller memang sesuai diketengahkan u tuk bacaan remaja. Bila baca satu persoalan yang tak terjawab sampai keakhirnya. Apa yang istimewa sangat dengan keistimewaan Raiqal yang digembar gemburkan dalam cerita ini. Jika dia boleh nampak hantu, abis yang aiman dan kawannya boleh je nampak jugak. Dapat baca jawi? Hanya seorang je tak dapat sebab tiada didikan. Jadi apa keistimewaan Raiqal (mungkin diterangkan dalam Sang Purba?). Lagi satu tentang novel ini adalah karakter Aiman Akhlaken. Tak tahu la jika penulis sengaja menjadikannya annoying gila sebab kalau betul memang menjadi ya dari awal sampai habis. Sehingga nampak saja nama Aiman Akhlaken boleh murung nak skip perangai dia tu. But wwll different people different perception sebab my niece and nephew rasa terhibur dengan karakter ini. Sebab itu novel ini bagus untuk remaja mencari ruang kreativiti lebih-lebih lagi era pandemik dan lockdown berleluasa.
Profile Image for Kieraeinz.
38 reviews3 followers
August 13, 2021
Untuk mereka yang sukakan kisah pengembaraan ke alam mistik boleh try dapatkan novel ni.

Kali pertama aku jumpa preview Koc 13 dekat wattpad. Blurb menarik sebab ada beberapa point yang aku rasa best.

Pengembaraan mistik. Stesen Kereta Api Dabong. Tiket bertulisan jawi. Pengkalan Kubur.

Aku sanggup tak baca preview awal-awal sebab nak dapatkan kejutan dari novel ni. Just masukkan dalam list dan tunggu rezeki untuk dapatkan.

Apa yang aku boleh mention, expectation aku terlalu tinggi kot. Awal-awal memang best tapi lama-lama plot agak meleret. Banyak kali jugak aku letak balik before mulakan bacaan kembali.

Dan ada beberapa bahagian juga yang buatkan aku down baca novel ni. Tapi biarlah aku simpan sorang-sorang. Tengok pada rumah penerbitan dan kejayaan penulis rasanya amatur macam aku ni tak layak nak kritik lebih-lebih. 😅

Maybe untuk korang yang minat tema pengembaraan novel ni salah satu bahan bacaan yang menarik.
Profile Image for cempakadahlia _.
41 reviews
October 20, 2023
i suka sangat dengan buku ni very advanterus and also character Raiqal buatkan i jatuh hati \. dalam pada dia geram dengan Aiman tu ada jugak sifat manusia tolong si penakut aiman.
susunan ceerita yang cantik
plot by plot mengikut alur yang baik.
pergi satu tempat ke satu tempat by using a koc 13 and nak balik naik koc 13 kene siapkan 'tugasan' memang best.duduk dalam kubur lah kene dengan zombie malam lah memang tak senang duduk dengan pengembaraan Aiman dengan Raiqal.

just one thing je yang i kurreng sikit dah nak sampai hujung tu emm kenapa baut si 'dia' pegi
and character Aiman tu sampai kesudah takut jer memanjang.
maybe ada yang suka ada sikap Aiman macam tu yeah well i' dont mind about that.
yang lain ok cun dan best

worth it
Profile Image for Haliza Mohd Dan.
15 reviews1 follower
January 10, 2025
Ada legenda yang tersebar di Medsos tentang tarikh 29 Februari, yang timbul hanya 4 tahun sekali. Legenda yang menyebabkan Raiqal (seorang peminat kisah seram) & Aiman Aklaken (seorang penulis kisah mistik) menaiki keretapi misteri KOC 13.

Sebuah perjalanan yang tiada patah balik...ada episode yang harus dilalui, ada misi yang wajib diselesaikan....sekiranya gagal, mereka akan terperangkap di alam "sebelah sini" buat selamanya sama ada hidup atau mati...
Profile Image for Natasha Shakila.
58 reviews
September 4, 2025
Full of imagination!

Best sebab setiap station dpt pengalaman dari dunia berbeza. Kawasan kubur, dunia technology, dunia coklat, hospital seram, dunia melayu lama. Seronok baca sebab satu watak sangat fun lagi satu watak hero serious haha bila bergabung jadi best! Kudos author! The real buku fiksyen!
Profile Image for AL Sihite.
194 reviews6 followers
July 8, 2020
Bravo Tuan Penulis. Banyak peningkatan.
Terasa macam sama sama ada dalam pengembaraan Raiqal dan Aiman.
Penat berlari. Lepas satu satu cabarannya.
Part alien duk bercakap macam bahasa hindustan tu lawak gila.
Dari bab 1 sampai 55 semua best.
13 reviews
June 3, 2023
penyampaian cerita agak santai tapi ada bab yang buat jantung dup dap..tbh saya tak berapa suka dgn ending dia dan ada banyak persoalan yang tak terjawab..permulaan novel ni best tapi bila nak dekat ending tu dia slow sikit
Profile Image for Hn.ssss.
56 reviews1 follower
January 23, 2023
Koc 13 - Naim Tamdjis

Rate aku : 4.5/5 ⭐️

Dah lama baca . Last year rasanya. So far aku terhibur. Lawak banyak buku ni.

Si penakut + si pemberani ✨
Profile Image for Kiantan Kiambang.
19 reviews3 followers
June 19, 2023
novel yang menarik untuk di baca mengisahkan perjalanan 2 sahabat yang tak sengaja bertemu dan melalui perjalanan sepanjang koc 13 bergerak..tak bosan..ayat pun tak meleret2..
99 reviews2 followers
Read
July 29, 2023
Notahanyauntukku

Bolehlah..agak penat nak menahan rasa annoying penciptaan watak akhlaken,tudung 4 tahun boleh reu..baju x reput pulak..apapun mesej cerita ni bagus.. berjuanglah kerana ALLAH.
Profile Image for Beverley.
33 reviews
March 3, 2025
Full of action, full of mystic and full of adventure. The relationship storyline was good too
Profile Image for nurrou.
84 reviews1 follower
June 20, 2024
Sebelum saya beli, saya dah baca kat Wattpad. Beli buku ni sebab betul-betul nak tau pengakhirannya.

Sejujurnya, saya rasa ending dia cam tk cukup. Dan klimaks dia rasa cam "rushing". Lepas habis jer, saya cam "aik tu jer?".

Tahap keseraman dalam buku ni, boleh tahan lah. Seram tapi tak seram sangat. Buku ni ada macam2 genre, dari seram kepada zombi, pastu lawan robot, pastu kena serang ngan hantu nenek haha. Pastu kena ganggu hantu kat hospital. Paling tak jangka, adalah masa Raiqal and the gang pergi New York untuk jatuhkan mafia (yes mafia beb). Last cabaran? Haa baca sendiri

Penulisan dalam buku ni sangat menarik dan berjaya membuatkan saya secara tak sedar membaca genre yang saya tak pernah suka selama ni, iaitu sci-fi. Sebab saya mula2 ingat ni buku seram jer, tak tau pula buku ni jenis 5-in-1 genre dalam satu buku hahah.

Dari segi watak pula, saya paling suka watak Raiqal. Teramat hebat dan skil mahir punya watak. Latar belakang mengenai kisah hidup dia ketika di Pulau Eurasia sangat bagus bagi saya. Raiqal ni saya imaginasikan dia sebagai lelaki muda, tapi bila lepas baca buku ni, saya rasa dia ni lebih kepada umur 30-an atau 40-an. Saya plan nk beli Lanun, Maxwell dan Sang Purba tu pun sebab ada watak Raiqal dalam tu eeeee sukaaaa.

Benda yang saya tak suka dalam buku ni adalah satu jer. Aiman. Aiman Aklaken. UISHHH stress ya bila baca dekat pov dia ya Allahhhh. Bagi saya, dia takde character development. Ingatkan lepas dia tolong kawan dia, dia jadi seorang ahli yang berfungsi dalam kumpulan tu. Tapi saya silap, character development dia dekat bab hospital tu jer. Kalau dia berfungsi pun, hanya bila kawan dia dalam masalah. kalau tak, kawan dia sendiri kena tolong dia. Malu!

Awal2 tu okay lagi sebab dia serve sebagai watak komedi. Tapi makin lama makin menjadi-jadi pula dia tu. Tolonglah, kalau saya jumpa agi dia dalam buku, saya harap author dapat membaikpulih watak karakteristik nya itu.
14 reviews
June 26, 2023
Mungkin style penulis tak kena dgn selera sy. Sepanjang pembacaan sy jd keliru dgn penceritaan dan kesengalan watak
Displaying 1 - 30 of 32 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.